Anda di halaman 1dari 1

Patah tangan

Semasa di kantin sekolah kawan kamu bertolak-tolak semasa


membeli makanan. Seorang kawan kamu telah jatuh kerana ditolak
sehingga tangan kanannya patah. Apakah tindakan kamu?
Semasa berada di dalam tandas, seorang dari kawan kamu
tergelincir kerana lantai yang licin sehingga tangan kirinya patah.
Apakah tindakan kamu untuk menolongnya?

Patah kaki

Kamu sedang berkhemah di Matang Family Park bersama kawan-


kawan kamu. Semasa menjalani aktiviti mendaki gunung, seorang
dari ahli kumpulan kamu telah terjatuh sehingga menyebabkan kaki
kanannya patah. Apakah tindakan kamu untuk menolongnya?

Semasa di sekolah, kawan kamu terjatuh semasa menuruni tangga.


Kaki kirinya patah. Apakah tindakan kamu untuk menolongnya?
Luka di kepala

Semasa berkhemah di padang sekolah, seorang dari ahli kumpulan


kamu telah cedera dengan luka yang terbuka di dahi kerana
terhantuk batu. Apakah tindakan yang kamu akan lakukan?
Semasa bermain-main di padang sekolah, kawan kamu telah cedera
dengan luka yang terbuka di dahi. Apakah tindakan kamu untuk
menolongnya?
Tapak tangan melecur

Semasa memasak untuk perkhemahan, tapak tangan kanan kawan


kamu melecur kerana memegang periuk yang panas Apakah
tindakan kamu untuk menolongnya?
Semasa menjalani perkhemahan di sekolah, kawan kamu telah
melecur tapak tangan kirinya kerana terkena air panas. Apakah
tindakan kamu untuk menolongnya?

Anda mungkin juga menyukai