Anda di halaman 1dari 5

1

Anak anda mahukan mainan? Anda tidak tahu hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada anak
anda pada majlis sambutan hari lahirnya? Cadangan kami, berikan anak anda patung beruang
atau 'teddy bear' sebagai hadiah. Patung beruang kecil ini pasti akan menarik minat si kecil anda
untuk memeluk dan membawanya ke mana sahaja. Apakah yang membuatkan beruang kecil ini
sebagai sesuatu yang amat menarik perhatian kita? Mainan yang diinspirasikan dari peristiwa
bekas presiden Amerika Syarikat, Theodore 'Teddy' Roosevelt yang enggan menembak seekor
beruang atas dasar kasih sayang ketika sedang memburu, telah menjadi sebuah legasi yang masih
mencuit hati setiap kanak-kanak sejak zaman berzaman, dari 1902 lagi! Semua orang pasti
melalui zaman kanak-kanak, dan tidak akan pernah terlepas dari merasakan perasaan kasih
sayang yang wujud ketika memeluk patung yang memiliki mata bulat bersinar, telinga yang
kecil, badan berisi kapas yang lembut serta bulu yang tebal ini. Anda pasti ingin anak anda turut
merasakan perasaan anda yang sama ketika itu bukan? Pakar psikologi juga turut mengatakan
rata-rata orang yang membeli patung beruang comel ini, ketika membelai bulunya yang tebal,
akan menimbulkan perasaan 'aman, selamat dan keselesaan'. Kajian telah menunjukkan bahawa
kanak-kanak yang bermain dengan patung beruang akan kurang mengalami masalah sosial
seperti sikap memencilkan diri dan stress, yang pasti kesan therapeutik ini tidak terhad kepada
kanak-kanak. Senyuman, kegembiraan mereka ketika bermain dengan beruang kecil ini akan
turut membuatkan anda tersenyum. Anak-anak anda akan berasa sangat selesa dengan memeluk,
bermain, bercakap dan berimaginasi dengan sahabat 'beruang comel' yang mereka namakan
sendiri. Mainan ini juga akan turut memupuk hubungan antara anak-anak anda dengan rakan-
rakan mereka apabila mereka berkenalan dengan patung beruang istimewa masing-masing.
Beruang teddy yang sangat comel adalah sesuatu yang sangat sesuai untuk diberikan kepada
anak anda yang masih kecil mahupun bagi anak anda yang sudah dewasa, ianya bersifat selamat
dan tidak mempunyai sebarang komponen tajam atau berbahaya. Seperti bantal busuk, kanak-
kanak yang membesar dengan patung beruang akan merasa selamat, selesa dan yakin apabila
berada di luar mengikut kajian di Amerika.
2
Terlalu banyak mainan berunsur elektronik yang boleh melalaikan? Apa kata anda cuba berikan
satu hadiah yang sangat comel, lembut untuk dipegang dan kurang melalaikan seperti mainan
masa kini. Tidak perlu sebarang permainan yang bersifat futuristik atau sofistikated, kita tidak
perlukan sentuhan robot bagi menggantikan kelembutan belaian ibu. Cadangan kami ialah hadiah
berbentuk beruang teddy atau lebih manja dipanggil 'teddy bear'. Patung berbentuk beruang ini
pasti akan menimbulkan rasa nostalgia kepada anda. Pada zaman kini, banyak permainan yang
berunsurkan permainan video adalah lebih bersifat permainan sendirian dan tidak memerlukan
banyak interaksi fizikal antara pemain dengan watak di dalam permainan tersebut. Bagi anak-
anak kita, ini tidak membantu dalam perkembangan mental dan fizikal mereka. Mereka
memerlukan lebih banyak interaksi dengan keadaan sekeliling dan melakukan lebih banyak
perhubungan mental dengan persekitaran mereka bagi memupuk perkembangan minda yang
lebih sihat. Ingatkah anda permainan ketika zaman kanak-kanak dulu? Bermain masak-masak,
berlakon menjadi doktor, berlari menangkap pencuri dan bersembunyi daripada raka-rakan yang
lain. Di sini mainan seperti patung beruang dapat membantu dalam tumbesaran anak anda.
Mainan yang comel ini membantu anak-anak anda untuk berinteraksi, di mana mereka akan
bercakap, bermain dan melayan patung beruang mereka seperti sahabat peribadi mereka sendiri.
Aktiviti seperti ini akan mengajar mereka bagaimana untuk berinteraksi dengan kanak-kanak
yang lain dengan lebih efektif. Bukankah itu suatu perkara yang baik? Manusia sejak azali
mempunyai perasaan gembira ketika bergaul dan bermain bersama, beruang ini akan menjadi
peneman anak-anak ketika anda sibuk malah anda juga boleh menyertai anak-anak anda bermain
dengannya. Anda tidak terlalu tua untuk bermain dengan patung beruang bersama dengan anak-
anak anda. Bersama-sama berimaginasi seperti meneroka dunia dengan anak dan patung
beruangnya sebagai teman. Pasti anda dapat mengerat hubungan kekeluargaan sekaligus
mendidik anak mengenai hubungan antara manusia dengan cara yang penuh kasih sayang.
Televisyen juga menayangkan cerita kartun yang memaparkan kisah persahabatan yang
menggunakan watak comel seperti patung beruang untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sudah
pasti anak-anak anda akan berasa senang dan selesa dengan mainan yang sudah mereka kenali
dan mungkin berasaskan daripada cerita yang pernah mereka lihat. Jadi patung beruang boleh
menjadi satu hadiah yang sesuai bagi menggantikan mainan yang melalaikan dan tidak
membantu perkembangan fizikal dan mental anak anda. Anda boleh membuat pilihan, maka pilih
sesuatu yang bermanfaat untuk anak anda. Jika anda berminat untuk mendapat patung beruang
yang comel serta menarik, layarilah laman web kami untuk melihat sendiri pilihan yang terbaik
untuk anda dan anak anda.
3
Ianya juga sesuai untuk diberikan kepada teman istimewa anda tanpa mengenal peringkat umur
atau jantina. Siapa yang tidak suka patung comel yang berbentuk beruang ini. Pilihan anda akan
sentiasa memberikan senyuman kegembiraan dan impresi yang baik kepada penerimanya.

Anda mungkin juga menyukai