Anda di halaman 1dari 10

1

PENDEDAHAN MUZIK DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT

Pernahkah anda mendengar muzik? Sudah pasti jawapannya ya! Amat mustahil jika
jawapannya tidak, kerana pada zaman yang serba maju ini, perkembangan muzik berlaku
amat pesat sekali. Kita sentiasa mendengar bunyi muzik di mana-mana sahaja seperti di
pasaraya, restauran, semasa kita menonton televisyen dan juga ketika talifon bimbit anda
berdering. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa kita tidak akan terpisah dengan bunyi
muzik walau di mana jua kita berada. Setiap bunyi muzik yang kita dengar pasti mempunyai
keseniannya yang tersendiri. Oleh itu, muzik tergolong dalam seni. Muzik lebih sinonim
dengan panggilan ‘seni muzik’. Hal ini membuktikan bahawa seni dan muzik tidak dapat
dipisahkan lagi.

Seni muzik adalah dua perkataan yang berbeza maksudnya. Apabila dipisahkan perkataan
muzik dan seni akan memberi dua erti yang berbeza. Bidang kesenian di anggap sebagai
suatu nilai dan simbol dalam sesebuah tamadun, bangsa dan kebudayaan. Seni adalah satu

manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir
daripada seniman. Wujud atau lahirnya sesebuah karya seni atau objek seni adalah hasil dari
idea-idea para seniman yang berlandaskan daya imaginasi, pengetahuan, pendidikan,
inspirasi dan juga tenaga seniman itu sendiri. Dalam memperkatakan tentang kesenian,
banyak definisi yang dapat diberi. Namun begitu, kebanyakkan takrif seni lebih menekan dan
menjurus mengenai keinginan manusia untuk menghasilkan sesuatu aktiviti.

Raymond William (1968:132) mendefinisikan seni sebagai satu kemahiran yang


bersifat imaginatif dan kreatif; suatu gubahan lagu yang menghasilkan satu bentuk
irama yang indah dan penerimaannya bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan
citarasa seseorang itu. Menurut Kamus Dewan ‘muzik’ didefinisikan sebagai gubahan
bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan serta
terdiri daripada pelbagai jenis bunyi-bunyian.


perbuatan (ucapan dan lain-lain) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;
2

Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa
setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi
manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan.
Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi
dirasai dengan hati atau perasaan.

Suasana di sekeliling kita akan berubah apabila terdapat bunyi muzik yang kedengaran.
Seseorang yang berada dalam keadaan sedih atau murung akan menjadi cepat ceria apabila
mendengar muzik. Muzik sebenarnya mampu menghiburkan hati yang duka, merawat jiwa
yang lara dan menjadi pengubat kecewa. Begitulah besarnya implikasi muzik dalam
mempengaruhi pembentukan emosi seseorang.

Kini terdapat kaedah yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan, dan
peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Kaedah ini dinamakan terapi
muzik. Bidang terapi muzik merupakan suatu disiplin muzik yang khusus yang muncul di
kedua-dua benua Amerika dan Eropah lebih kurang pada masa yang sama di awal abad ke-
20. Setiap perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik
muzik tertentu.

Megikut kajian sebanyak 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi
perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya mereka yang menghadapi
trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan, penyakit kanser & AIDS, dan
lain-lain lagi. (David Aldridge, 2005:113)

Sejak awal abad ke-20, muzik dimainkan di hospital dengan tujuan membantu proses
pemulihan serta meningkatkan semangat pesakit. Muzik dipercayai mempercepatkan fungsi

metabolisme serta melegakan tekanan jiwa. Disamping itu, terapi muzik juga bertujuan bagi
memulihan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi
sokongan emosi kepada pesakit dan keluarganya, serta memberi peluang melepaskan


proses kimia yang berlaku dalam semua sel hidup yang melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan
peguraiannya semula menjadi sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga.
3

perasaan dan menyenangkan fikiran. Setelah penaksiran klinikal dijalankan, pakar terapi
muzik akan menjalankan program terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik
seperti mendengar seleksi muzik tertentu, memain alat-alat muzik, menyanyi, perbincangan
lirik-lirik lagu, mengarang dan menggubah lagu, memberi persembahan secara kumpulan,

hipnosis muzik, menari atau melukis dengan muzik.

Bidang terapi muzik diiktiraf sebagai suatu disiplin akademik yang tersendiri serta mustahak
dalam penubuhan program peringkat universiti oleh Kansas University di Amerika Syarikat
dalam tahun 1946. Di United Kingdom pula, pakar terapi muzik diiktiraf sama taraf dengan
profesional para perubatan yang lain apabila Jabatan Kesihatan dan Sekuriti Sosial
menganugerahkan mereka dengan struktur gaji dan pekerjaan yang sah. Semua ini
menunjukkan bahawa muzik boleh membawa faedah yang penting kepada manusia sekiranya
ianya digunakan dengan betul.

Kajian yang mendalam terhadap perhubungan muzik dengan perkembangan kanak-kanak


menunjukkan bahawa muzik dapat memainkan peranan penting dalam memperkembangkan
kemahiran kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kerajinan yang diperlukan dalam
pembelajaran kemahiran bermain sesuatu alat muzik dapat membina disiplin. Kanak-kanak
yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran
berinteraksi secara sosial. Keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanak-
kanak itu berjaya bermain sebuah lagu. Daya kreativiti terbina apabila kanak-kanak
digalakkan mencipta lagu sendiri.

Hiburan adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Misalnya,
lagu-lagu berunsur motivasi yang membawa kepada kebaikan mampu memberikan signifikan
yang cukup besar untuk pembangunan diri yang positif. Walau bagaimanapun tidak
dinafikan seseorang itu mampu terleka dengan alunan irama dan lagu sesebuah muzik apabila
muzik dihayati dengan penuh mendalam. Bagi masyarakat Melayu terutamanya yang
beragama Islam, muzik sering dianggap sesuatu hiburan yang berunsurkan negatif. Tetapi

keadaan seseorng yang kelihatan seperti tidak sedar diri tetapi masih boleh berkomunikasi dengan pihak yang
menjadikan keadaannya sedemikian.
4

sebenarnya ia tidak seperti yang disangkakan oleh kebanyakkan masyarakat Melayu. Agama
Islam menyatakan selagi muzik yang dibawa dalam apa jua versi dan rentak yang tidak
bertentangan dengan syariat serta memenuhi kriteria sebagai lagu yang mendorong kepada
kebaikan, maka Islam membenarkannya.

Umat Islam pada asasnya tidak dihalang menikmati muzik malah untuk menceburkan
diri secara serius dalam arena muzik. Sememangnya terdapat beberapa genre muzik
yang diharamkan dalam Islam. Kita tidak boleh menerima semua bentuk seni muzik
moden, kerana ia akan menyebabkan kegagalan pemulihan nilai-nilai murni terhadap
seni muzik. Walau bagaimanapun muzik boleh dinikmati sekiranya ia berlangsung
dalam suasana yang baik. (Zunaidah Zainon, 2006:12)

Muzik adalah suatu ilmu pengetahuan yang amat meluas untuk kita terokai. Setiap golongan
diseru agar mempelajari pendidikan muzik bagi meluaskan ilmu pengetahuan tentang muzik.
Dalam pembelajaran pendidikan muzik, kita akan diajar teknik-teknik yang betul untuk
bermain alat muzik, membaca notasi muzik dengan cekap, menyanyi dengan vokal yang
mantap, menggubah lagu dan banyak lagi. Di samping itu, tidak ketinggalan juga dalam
mempelajari serba sedikit tentang bahasa-bahasa asing seperti bahasa Itali, bahasa France dan
bahasa German. Hal ini kerana muzik adalah pendidikan terawal yang bermula di negara-
negara Barat. Kita perlu mempelajari bahasa-bahsa berikut kerana perkembangan awal muzik
bermula di negara-negara Barat pada tahun 450-1450. Oleh kerana perkembangan seni muzik
kini berlaku amat pesat di negara-negara Barat, secara tidak langsung kita juga berpeluang
mencungkil teknologi baru dalam bidang muzik di sana. Pengalaman yang diperoleh di
negara luar dapat dipraktikkan di negara sendiri bagi memajukan industri muzik tanah air.

Muzik sebenarnya telah lama dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah rendah dan
menengah di negara Barat dan juga diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Ini
menandakan bahawa muzik diiktiraf sebagai suatu mata pelajaran yang patut dipelajari.
Penglibatan anak-anak muda dalam bidang muzik di sekolah-sekolah swasta mahupun
kerajaan kini kian bertambah. Keadaan ini menunjukkan bahawa respon yang positif telah
5

diberi oleh masyarakat zaman kini. Hal ini terjadi kerana, pendidikan muzik dijalankan
dalam suasana yang harmonis dan menyeronokkan bagi meningkatkan minat murid terhadap
pendidikan muzik. Penglibatan dalam bidang muzik dapat mengisi masa lapang mereka
dengan lebih bermakna. Jadi, masalah lepak dikalangan remaja secara tidak langsung dapat
dikurangkan. Seterusnya negara juga dapat melahirkan generasi yang bijak pandai serta
berpengetahuan tinggi.

Menurut kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (2005) pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran telah mengambil keputusan untuk menjadikan pendidikan muzik
sebagai satu mata pelajaran yang digalakkan bagi semua pelajar peringkat sekolah
rendah di Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditugaskan untuk
merancang satu sukatan pelajaran muzik dan mata pelajaran muzik KBSR telah
dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. Objektif sukatan pelajaran ini
menekankan kepada pembentukan kemahiran murid. Pada tahun 1995, sukatan
pelajaran muzik yang baru telah diterbitkan oleh PPK. Matlamat kurikulum baru ini
pula bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi

nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah
meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks pelbagai budaya dan aspirasi
negara.

Pendedahan muzik dapat merangsang minda seseorang itu untuk berfikikir dengan cergas.
Seseorang itu akan menjadi lebih mudah untuk mengingat serta mempunyai ingatan yang
kukuh. Kajian telah menunjukan bahawa muzik juga dapat merangsang pembelajaran kerana
muzik mempu melahirkan rasa suka, selesa dan ceria ketika belajar dan membantu maklumat
diserap oleh otak. Setiap pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan
suasana yang paling sesuai untuk belajar. Memainkan lagu-lagu latar berbentuk instrumental
adalah cara yang terbaik semasa kita sedang belajar. Untuk kesan yang terbaik, muzik ini
mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang sederhana tinggi agar tidak mengganggu anda.


cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain.
6

Muzik yang paling sesuai ialah instrumental klasik yang dimainkan oleh pemuzik seperti
Vivaldi, Bach, Bernstain dan lain-lain. Muzik ini sangat sesuai kerana kebanyakannya
menggunakan tempo 60 bit seminit, iaitu sama seperti kadar degupan jantung purata anda
ketika rehat. Apabila bunyi muzik dialunkan, denyutan dan tekanan darah akan
menurun disamping membantu memperlahankan gelombang dalam otak kita. Dlam masa
yang sama juga otot-otot kita juga berada dalam keadaan relaks.

Selain itu, pakar-pakar perubatan dari negara Barat pernah membuat kesimpulan bahawa
muzik juga baik untuk perkembangan bayi semasa dalam kandungan ibu. Muzik klasik
khususnya dikatakan memberi pengaruh besar kepada perkembangan otak bayi. Berdasarkan
penyelidikan oleh Universal Securities, lebih 60 peratus daripada wanita hamil di Jepun
mendengar muzik klasik untuk janin mereka. Seorang profesor muzik di Kolej Muzik
Kunitachi, Jepun mengatakan muzik klasik adalah penting untuk tumbesaran anak-anak.

Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, muzik tersebut mempunyai tiga kesan positif
untuk ibu dan bayi yang dikandung. Pertama, muzik klasik membantu menghasilkan
gelombang alpha otak yang mana kita memilikinya ketika sedang santai atau merasa selesa.
Oleh kerana janin amat dipengaruhi oleh keadaan ibu, rasa relaks, tenang dan selesa semasa
mendengar muzik klasik akan memberi kesan positif kepada bayi juga. Kesan positif kedua
ialah muzik klasik turut membantu perkembangan otak janin kerana ia boleh mendengar.
Jadi, sekiranya kita memainkan muzik untuk janin, ia akan memberi ransangan kepada otak
untuk berkembang dengan lebih baik. Kesan ketiga pula ia membantu ibu mengeluarkan
lebih banyak hormon yang diperlukan oleh janin mahu pun diri sendiri. Malah, kajian terbaru
juga mendapati muzik klasik adalah antara jalan yang paling sesuai untuk bayi bersedia
dengan masa hadapan. Menurut Dr. Etsujiro Takahashi dari Hospital Aiiku, walaupun ibu
dan janin mempunyai dua hidup yang berbeza, namun bayi amat sensitif dan bertindak balas
kepada perasaan ibu mereka kerana hormon yang dikeluarkan akan masuk kepada bayi
melalui uri.
7

Ilmu pengetahuan tentang muzik harus didedahkan kepada orang ramai agar mereka lebih
menghargai karya-karya muzik yang tedahulu. Muzik sebenarnya mempunyai kelebihannya
tersendiri yang dapat membentuk jati diri seseorang itu. Pendedahan muzik kepada
masyarakat secara tidak langsung dapat melahirkan pemain muzik yang handal, pencipta
muzik dan juga pendidik muzik yang profesional. Kemajuan dalam bidang muzik yang
meluas ini, dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seterusnya
berpeluang mencipta sebuah sejarah negara. Golongan profesional inilah yang akan
memajukan industri seni muzik negara dan berpontensi untuk bersaing dengan negara-negara
luar.

Mempelajari seni muzik bukanlah merugikan seseorang itu, malah ia memberikan


keuntungan yang berlipat ganda terutamanya kepada diri sendiri. Apabila kita sudah
menguasai sesuatu ilmu, sudah pasti kita boleh mencari keuntungan melaluinya. Apa yang
cuba saya maksudkan di sini ialah kita berpeluang menjual lagu-lagu yang kita cipta sendiri,
membuat persembahan di tempat-tempat ternama ataupun membuka sekolah muzik kita
sendiri. Seterusnya kemajuan ekonomi negara juga dapat ditingkatkan seiring dengan
penubuhan sekolah-sekolah muzik baru. Oleh yang demikian, bangsa-bangsa asing juga akan
sentiasa mencari peluang pasaran antarabangsa di negara kita.

Saya ingin menyarankan dalam usaha kita memberi pendedahan seni muzik
khususnya kita tidak harus alpa terhadap nilai-nilai dan budaya kita sendiri. Seni itu
juga global, kerana globalnya seni maka kita dapat menikmatinya tanpa mengira
batasan geografi. Kepelbagaian etnik di bumi bertuah ini juga menjadikan kita kaya
dengan seni dan budaya, oleh itu usaha untuk memupuk seni dan pembudayaannya
tidak harus dibelakangkan. Usaha ini tidak harus ditumpukan kepada Kementerian
Kebudayaan semata-mata malah setiap agensi harus sama-sama menerapkan dan
menonjolkan kebudayaan kita di mana saja ada ruang dan peluang untuk ini.
(Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman, 2005:22)
8

Kita perlulah sentiasa menyokong arena muzik tanah air bagi menjayakan industri muzik
tempatan. Jika tidak, pembangunan muzik di negara ini akan menjadi semakin tenat dan
dikuatiri seni muzik akan pupus dan musnah begitu sahaja. Contoh-contoh pendedahan
muzik yang dibincangkan di atas menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada
masyarakat umum kenal bahawa muzik boleh mempengaruhi manusia. Pengaruh muzik ini
tidak berhenti setakat individu sahaja, tetapi dapat juga mempengaruhi masyarakat secara
lebih umum, khususnya dalam membina semangat nasionalisme di kalangan rakyat sesuatu
negara. Ini dilihat dalam pembangunan gerakan Nasionalisme di benua Eropah pada
pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Oleh itu, usahlah kita memandang rendah terdadap seni muzik ini . Marilah kita bersama-
sama memajukan serta meluaskan pendedahan seni muzik ini kepada semua lapisan
masyarakat agar pengaruh muzik ini berkembang maju sehingga keakhir zaman.
9

BIBLIOGRAFI

David Aldridge (2005). Case study design in music therapy. London: Jessica Kingsley
Publishers London and Philadelphia.

Frans Schalkwijk (1994). Music and people with developmental disabilities. England:
Jessica Kingsley Publishers London and Philadelphia.

Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman (2005). Cultural Rendezvous In Borneo III. Sabah: Sound Of
Strings.

Ang, M. (1996). Peranan muzik dalam membina bangsa Malaysia. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zunaidah Zainon (2006, Ogos 15). Muzik Islam perlu disokong. Harakah, 7.

Bunt, L. (1994). Music Therapy. London: Routledge.

Department of Health and Social Security Memorandum: PM (82) 6.

Blair, D. (1964). Arts in Society: Music Therapy. New Society. 30 Jan 64. p26.

Feder, E. & Feder. B. (1981). The “Expressive” Arts Therapies: Art, Music and Dance as
Psychotherapy. New Jersey: Prentice-Hall.

Draper, T.W. & Gayle, C. (1986). An Analysis of Historical Reasons for Teaching Music to
Young Children. Music and Child Development. New York: Springer-Verlag. pp 194-
205.

Scott-Kassner, C. (1992). Research on Music in Early Childhood. Handbook of Research on


Music Teaching and Learning. New York: Schirmer Books. pp. 651-668.
10

Peery, J.C. & Peery, I.W. (1986). The Role of Music in Child Development. Music and
Child Development. New York: Springer-Verlag. pp. 3-31.

Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2006). Suasana belajar yang berkesan. Diperoleh
pada September 5, 2006 daripada
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/laman_map/belajar/belajar04.htm

Luca (2004). Definisi Seni. Diperoleh pada Ogos 29, 2006 daripada
http://www.sifoo.com/sifoov5/articles.php?do=view&id=38

Utusan Malaysia Online (2006). Muzik pengaruhi perkembangan otak janin. Utusan
Malaysia. Diperoleh pada September 4, 2006 daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?
y=2003&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2005). Kajian Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diperoleh pada September 1, 2006 daripada http://www.moe.gov.my/tayang.php?
laman=lihat_info&bhs=my&id=40&info=penyelidikan