Anda di halaman 1dari 9

015/2, 025/2, 035/2 MATEMATIK 2

BENTUK KERTAS SOALAN

Kertas Matematik (015/2, 025/2, 035/2) ini terdiri daripada 20 soalan berbahasa Ibunda di
halaman kiri dan 20 soalan berbahasa Inggeris di halaman kanan. Calon dikehendaki
menjawab pada ruangan yang disediakan dalam masa 40 minit.Calon dibenarkan menjawab
keseluruhan atau sebahagian soalan sama ada dalam bahasa Ibunda atau Bahasa Inggeris.
Kertas ini terdiri daripada 5 soalan yang diperuntukan 1 markah, 10 soalan diperuntukan 2
markah dan 5 soalan diperuntukan 3 markah.

PRESTASI KESELURUHAN

Secara keseluruhannya prestasi calon pada kertas ini adalah baik. Lebih 50% calon pada
setiap pusat peperiksaan memperoleh markah tinggi. Walau bagaimana pun masih terdapat
calon yang masih lemah dalam pertukaran unit, mencari perimeter dan menukar bentuk
pecahan.

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Prestasi calon dalam kumpulan ini dapat memenuhi kehendak soalan. Mereka menguasai fakta
asas, pengiraan operasi asas dengan tepat dan menulis jawapan dengan kemas, teratur dan
sistematik. Calon juga dapat menterjemah ayat biasa kepada ayat Matematik dengan baik.
Sebilangan kecil sahaja calon kumpulan ini cuai dalam pertukaran unit dan gagal dalam
aplikasi purata.

Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Calon dalam kumpulan ini menguasai sebahagian besar kemahiran asas Matematik dan
memahami tugasan soalan tetapi tidak dapat menunjukkan jalan kerja dengan jelas. Terdapat
juga beberapa jawapan akhir yang tidak tepat walaupun jalan kerja telah betul. Kebanyakan
calon dalam kumpulan ini gagal langsung dalam pertukaran unit.

Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon dalam kumpulan ini menguasai hanya sebilangan kecil kemahiran asas Matematik.
Jawapan yang diberikan oleh calon kumpulan ini selalunya tidak tepat disebabkan kecuaian
semasa mengira. Calon tidak memahami kehendak soalan, tidak dapat menterjemahkan
soalan peneyelesaian masalah kepada ayat Matematik. Calon juga lemah dalam kemahiran
fakta asas darab dan kemahiran asas operasi nombor. Calon dalam kumpulan ini juga terlalu
lemah dalam konsep pertukaran unit.

Matematik 2 45 Laporan Prestasi UPSR 2003


PRESTASI TERPERINCI

SOALAN 1

Calon baik dapat mengetahui nilai tempat dengan tepat iaitu ratus. Calon lemah menulis nilai
tempat dengan angka. Sebahagian calon tidak memahami kehendak soalan.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Calon menulis jawapan 2000 atau 2 atau ribu.

SOALAN 2

Calon baik menguasai kemahiran membundarkan kepada puluh ribu yang terdekat dengan
tepat iaitu 40 000. Calon lemah tidak memahami kehendak soalan. Terdapat calon lemah yang
membundarkan kepada ribu dan puluh sahaja.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon menulis 39 000 atau 38 570 atau 30 000.

SOALAN 3

Calon baik dapat menguasai operasi tolak dan konsep kumpul semula dengan memberikan
jawapan 10 313. Calon lemah tidak menolak sehingga selesai. Sebahagian calon tidak
memahami konsep kumpul semula. Segelintir calon memberikan hasil tolak 0 7 = 7.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon menulis 313, 11313 atau 11713.

SOALAN 4

Calon baik dapat menguasai operasi darab dalam pelbagai kaedah dengan menghasilkan
jawapan 4320. Calon yang menggunakan kaedah lattice mempunyai kebarangkalian betul
yang tinggi. Calon lemah tidak menguasai sifir darab.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Calon menyatakan jawapan 432 yang disebabkan oleh tertinggalnya sifar semasa proses
pendaraban. Ada juga calon yang mendarab 18 dengan 40 sahaja.

Matematik 2 46 Laporan Prestasi UPSR 2003


SOALAN 5

Calon baik boleh membahagi dengan betul dan dapat menulis semula nombor bercampur
3
dengan tepat 14 . Calon lemah boleh membahagi dengan betul tetapi tidak dapat menulis
semula nombor bercampur. Terdapat juga calon yang gagal menulis langsung nombor
bercampur.

Kesilapan yang seringkali ditemui

1 4 1 1
Kebanyakan calon menulis 4 3 atau 1 3 = 2 3 atau 3 4 .

SOALAN 6

Calon baik dapat menyamakan penyebut yang betul dan dapat menambah pengangka dengan
tepat. Calon lemah tidak dapat menyamakan penyebut dan menambah terus nombor.
Terdapat juga calon lemah yang dapat mencari penyebut yang sama tetapi cuai dalam proses
pendaraban. Segelintir calon sudah mendapat jawapan akhir tetapi menukarkannya kepada
nombor bercampur.

Kesilapan yang seringkali ditemui

1 2 3 1x3 2x4 3+6 3


Kebanyakan calon menulis 4 + 3 = 7 atau 4x3 + 3x4 = 12 = 4 atau
1x3 2x4 11 1
4x3 + 3x4 = 12 = 1 12 .

SOALAN 7

Calon baik dapat menunjukkan penyelesaian hingga selesai tanpa baki iaitu 0.104. Calon
lemah membuat operasi bahagi dengan tepat tetapi jawapan masih berbaki. Terdapat
sebilangan calon yang membuat kaedah bahagi yang salah.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon menyatakan jawapan 0.14 atau 0.10 baki 2.

Matematik 2 47 Laporan Prestasi UPSR 2003


SOALAN 8

Calon baik dapat menggunakan hukum BODMAS (Bracket Of Division/Multiplication/Addition


/Subtraction) dengan betul. Terdapat calon yang dapat menggunakan hukum BODMAS tetapi
salah pada jawapan darab. Calon lemah tidak memahami konsep BODMAS. Calon lemah ini
membuat operasi tolak dahulu, kemudian mendarab.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Calon seringkali menuliskan jawapan 65 4 = 61 x 7 = 427 atau 4 x 7 = 21, 65 21 = 44.

SOALAN 9

Calon baik dapat menukarkan pecahan kepada bentuk peratus dengan pelbagai kaedah
3 3x25 75
samada menggunakan 4 x 100 = 75 atau 4x25 = 100 . Calon lemah tidak memahami
kehendak soalan. Terdapat segelintir calon yang menukarkan pecahan kepada perpuluhan
sahaja.

Kesilapan yang seringkali ditemui

3 3x20 60
Calon kerapkali menulis 4 = 0. 75 sahaja atau 4x 20 = 100 .

SOALAN 10

Calon baik dapat menukar laras bahasa daripada kepada simbol darab. Calon dapat membuat
operasi bahagi dahulu kemudian membuat operasi darab. Terdapat juga calon yang boleh
membuat operasi darab dahulu kemudian membuat operasi bahagi. Calon lemah mendarab
dengan 2 dahulu dengan betul tetapi jawapan bahagi kurang tepat. Terdapat calon yang
mendarabkan dengan 3 kemudian membahagikan jawapan dengan 5. Segelintir calon sudah
memberi jawapan yang betul tetapi meneruskan kerja dan mengakibatkan jawapan akhir calon
bukan yang dikehendaki.

Kesilapan yang seringkali ditemui

RM540 3 x RM270
Kebanyakan calon menyatakan jawapan 5 = RM18 atau 5 = RM162 atau
RM540
5 = RM108, RM 270 RM108 = RM162.

Matematik 2 48 Laporan Prestasi UPSR 2003


SOALAN 11

4 1
Calon baik dapat permudahkan pecahan dengan tepat 8 = 2 . Calon lemah hanya
menyatakan pecahan kawasan berlorek sahaja tetapi tidak faham bentuk termudah.

Kesilapan yang seringkali ditemui

4 4 2
Calon menulis 8 sahaja atau gagal semasa permudahkan pecahan 8 = 4 .

SOALAN 12

Calon baik dapat melukis rajah dengan sempurna, tepat dan berlabel. Calon lemah melukis
bentuk segiempat tepat sahaja tetapi tidak tepat dimensinya. Terdapat segelintir calon yang
melorek segiempat tepat. Terdapat juga calon melukis segiempat tepat diluar petak jawapan
yang disediakan. Ada juga calon melukis bentuk segitiga.

Kesilapan yang seringkali ditemui

3 cm

4 cm

Matematik 2 49 Laporan Prestasi UPSR 2003


SOALAN 13

Calon baik dapat menolak nombor perpuluhan dengan betul dan dapat menukar unit dengan
tepat. Calon lemah gagal dalam penolakan nombor perpuluhan dan tidak dapat menukar unit.
Terdapat calon yang boleh menolak nombor perpuluhan tetapi tidak melakukan pertukaran unit
atau salah penukaran unitnya.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon memberikan jawapan 0.24kg = 240 g atau 0.16 kg = 16 g atau 0.16 kg
sahaja.

SOALAN 14

1
Calon baik dapat membaca muka jam, dapat menukarkan 2 jam = 30 minit, seterusnya dapat
menyelesaikan masalah yang diberi dengan tepat. Calon dapat menulis waktu dengan betul.
1
Calon lemah hanya membaca muka jam dan salah menukarkan 2 jam = 30 minit. Calon lemah
juga salah meletakkan tanda tambah(+) dalam penyelesaian masalah. Terdapat calon yang
menulis waktu 8.45 sebagai tempoh masa 8 jam 45 minit. Bagi SJKC terdapat calon yang
cuba menjawab dan menukarkan masa yang sudah diperoleh dengan betul kepada shike. Ini
menunjukkan bahawa calon kurang terdedah kepada istilah piawai shike.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon menulis muka jam sahaja iaitu 8.15. Sebilangan besar calon menulis
jawapan 8 jam 45 minit dan salah operasi 7.45.

SOALAN 15

Calon baik mantap dalam memahami ciri-ciri segiempat sama dan dapat mencari perimeter
dengan tepat. Calon lemah gagal memahami ciri-ciri segiempat sama dan konsep perimeter.
Terdapat juga calon yang menambah nombor yang sedia ada pada rajah.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon menyalin sahaja nombor yang sedia ada 3 + 4 + 5 = 12 atau menambah
semua nombor yang dilabelkan, 3+3 +3+3+4+4+4+4+5 = 33.

Matematik 2 50 Laporan Prestasi UPSR 2003


SOALAN 16

Calon baik dapat mengesan unit yang perlu ditukar dahulu dan seterusnya dapat menambah
ukuran dengan betul. Calon lemah gagal dalam penukaran unit tetapi boleh menambah
dengan baik .

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon memberikan jawapan 7250ml, 320ml atau 257ml.

SOALAN 17

Calon baik dapat mencari harga bagi barang yang sama mengikut kuantiti dan seterusnya
dapat mencari jumlah harga barang yang dibeli dengan tepat. Calon lemah gagal memahami
kehendak soalan dengan menambah sahaja nombor yang ada. Calon tidak membaca soalan
dengan teliti. Masih terdapat calon yang memberikan jawapan akhir yang salah misalnya 5.50
sen

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon menambah nombor yang sedia ada, RM1.90 + 70 sen = RM1.90 atau
RM1.90 x 4 = RM7.60 atau 70 sen x 4 + RM1.20 = RM4.

SOALAN 18

Calon baik dapat menukar unit dengan betul dan menyelesaikan masalah diberi dengan operasi
yang betul. Calon lemah hanya dapat menyelesaikan masalah diberi dengan operasi yang
betul tetapi gagal dalam pertukaran unit.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Kebanyakan calon menulis jawapan 57000 m atau 570 m.

SOALAN 19

Calon baik dapat menukar unit dengan betul dan menyelesaikan masalah diberi dengan operasi
yang betul. Calon lemah hanya dapat menyelesaikan masalah diberi dengan operasi yang
betul tetapi gagal dalam pertukaran unit.

Kesilapan yang seringkali ditemui


1
Kebanyakan calon menulis jawapan setakat 4 x 2 sahaja, 50g atau 5000g.

Matematik 2 51 Laporan Prestasi UPSR 2003


SOALAN 20

Calon baik memahami konsep purata dengan betul dan dapat menggunakan aplikasi purata
untuk mencari baki dengan tepat. Calon lemah tidak memahami kehendak soalan dan mencari
purata sahaja.

Kesilapan yang seringkali ditemui

Calon memberikan jawapan 14 iaitu purata daripada nombor yang sedia ada.

SARANAN KEPADA CALON

1. Memahami kehendak soalan dan teliti dalam pengiraan.

2. Menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang bersistematik, kemas dan tepat.

3. Menyemak semula jawapan supaya tidak mengabaikan titik perpuluhan dan unit jawapan
sama sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan.

4. Mempertingkatkan kemahiran dalam fakta asas, pecahan asas dan pertukaran unit.

5. Memahami konsep operasi bercampur, purata, peratus, pecahan dan perimeter dengan
baik.

6. Mengaplikasi pengetahuan matematik dalam kehidupan harian.

7. Memperbanyakkan latihan yang berkaitan dengan pertukaran unit.

SARANAN KEPADA GURU

1. Menekankan fakta asas dan algoritma.

2. Menekankan langkah- langkah pengiraan yang kemas, teratur dan konsisten.

3. Menekankan penguasaan konsep perpuluhan, pecahan, operasi bercampur, purata,


peratus dan perimeter dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Mengadakan latihan mencongak, seperti Latihan asas Matematik Kertas 2 meliputi semua
topik dalam kertas 2.

5. Mengajar kaedah yang berlainan untuk murid yang lemah/pemulihan. Ini akan memberi
peluang kepada semua murid untuk lulus dalam Matematik.

Matematik 2 52 Laporan Prestasi UPSR 2003


6. Menekankan kaedah pendaraban petak(lattice) sebagai satu kaedah darab untuk murid
yang lemah dalam Matematik.

7. Mengadakan latihan tubi kertas 2 yang berterusan untuk murid yang lemah berdasarkan
sukatan Matematik Kertas 2.

8. Membiasakan murid menulis kaedah lisan samada sifir, pecahan asas ataupun
pertukaran unit.

9. Menekan setiap masa aktiviti pertukaran unit dalam pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan tajuk pengukuran.

10. Menekan penggunaan alat bantuan mengajar bagi tajuk yang melibatkan pengukuran,
perimeter, bentuk bentuk 2 matra dan 3 matra.

11. Mempraktikkan kemahiran melukis bagi tajuk-tajuk bentuk 2 matra dan bentuk 3 matra.

12. Menekankan kepentingan menterjemah bahasa biasa kepada ayat matematik dalam
penyelesaian masalah.

13. Guru perlu memberi penekanan kepada murid mengenai perbezaan di antara penulisan
waktu dengan tempoh masa.

Matematik 2 53 Laporan Prestasi UPSR 2003

Anda mungkin juga menyukai