Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM

JALAN SIMPANG TIGA, 45800 JERAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK

BILANGAN 1 / TAHUN 2017

Tarikh : 28 Februari 2017

Masa : 4.:00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jeram

Kehadiran :

1. En. Mohd Hairul Razib bin Nordin ( Penolong Kanan Kurikulum )


2. Pn. Khairul Niza binti Ismail ( Penolong Kanan HEM )
3. En. Ruzaidi bin Sidek ( Penolong Kanan Kokurikulum )
4. Pn. Marlini binti Yusoff ( Ketua Panitia )
5. En.Jasnin bin Abu Bakar ( Ahli Jawatankuasa )
6. En. Velmurukan a/l Perumal ( Ahli Jawatankuasa )

Tidak Hadir Bersebab:

Tiada

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih


kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali pertama bagi tahun 2017.

1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Panitia Muzik kerana telah
berusaha untuk mengajar dengan baik sepanjang tahun 2016.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang


pindaan.

2.2 En.Jasnin bin Abu Bakar mencadangkan minit mesyuarat Panitia Muzik
tersebut disahkan dan disokong oleh En. Velmurukan a/l Perumal.
Tindakan: Setiausaha

3. Perkara berbangkit.

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. Pembentangan Isu dan Laporan

4.1 Kewangan

4.1.1 Cadangan pembelian barang / alat bantu belajar

Pembelian Alatan Anggaran Perbelanjaan

ABM/ Modul PdP Semakan KSSR RM 300.00

Pendidikan Muzik Tahun 1

CD RM 50.00

VCD RM 70.00

Rekorder RM 200.00

Kayu Tik Tok RM 100.00

Kompang RM 280.00

Jumlah RM 1000.00

Tindakan :Ketua Panitia

4.2 Fail Panitia

4.2.1 Kemaskini fail panitia bagi tahun 2017.


4.2.2 Bahan tahun lepas perlu dikeluarkan dan disimpan di dalam kotak.
4.2.3 Bahan yang terkini mesti diletakkan di sebelah atas fail.
4.2.4 DSKP dan RPT bagi setiap tahun akan diasingkan fail.

Tindakan : Ketua Panitia

4.2.5 PK Pentadbiran,En. Mohd Hairul Razib bin Nordin akan menyelaras


kulit dan tulang fail bagi tahun 2017.

Tindakan: PK Pentadbiran
4.3 Rancangan Pengajaran Harian

4.3.1 Format Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesenian


Elemen Muzik Semakan Tahun 1 seperti yang berikut :

Tema : Seni Disekelilingku


Tajuk : Nyanyian dan Gerakan
Standard Pembelajaran : 2.2.8
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. membuat pergerakan asas
Berdasarkan lirik lagu Suasana Pagi.
Aktiviti PdP : 1
2
EMK :
BBB :
Refleksi :
Tindakan : Makluman

5. Hal-hal lain

5.1 Mesyuarat Panitia Muzik boleh dijalankan bersama dengan Mesyuarat


Panitia Pendidikan Seni pada mesyuarat yang akan datang.

5.2 Tiada ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan untuk mata pelajaran
muzik tetapi guru perlu menilai murid secara teori dan pemerhatian di
dalam kelas sepanjang tahun

5.3 PBS masih perlu dijalankan dan dihantar 2 kali setahun pelaporan iaitu
pada pertengahan tahun dan hujung tahun.

Tindakan: Makluman

6. Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir


mesyuarat pada kali ini dan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli
amatlah diharapkan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti yang
dirancang. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah
al-Asr.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:15 petang.

Ketua Panitia Muzik,


Sekolah Kebangsaan Jeram.
3 Mac 2017