Anda di halaman 1dari 15

PERSAMAAN PANDUAN

LINEAR PENGAJARAN

Objektif
Menyelesaikan persamaan linear.

Mengenal pasti dan menulis persamaan yang memodelkan


situasi.

Tempoh Pembelajaran
80 minit

Istilah Baharu
Tiada

Penekanan
Proses Matematik, model 5E (Engage(Penglibatan),
Explore(Penerokaan), Explain(Penerangan),
Extend(Pengayaan), Evaluate(Penilaian)), inkuiri, aplikasi
kehidupan sebenar, kemahiran berfikir aras tinggi.

Pengajaran tentang Persamaan Linear


Pengetahuan tentang cara menyelesaikan persamaan
linear adalah antara asas konsep algebra yang perlu
dikuasai oleh murid. Bagi meningkatkan kefahaman murid,
penyelesaian persamaan linear perlu terlebih dahulu
diperkenalkan dengan bantuan bahan maujud dan
seterusnya dikembangkan secara berperingkat kepada
bentuk abstrak. Elemen permodelan Matematik
berdasarkan situasi kehidupan sebenar perlu diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran persamaan linear agar
murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan ilmu
Matematik itu sendiri serta membuat perkaitan dengan
dunia sebenar.

Pengetahuan dan Kemahiran Persamaan Linear


Serentak di Peringkat Sekolah Rendah
Pengetahuan tentang persamaan linear tidak termasuk dalam
silbus Matematik di peringkat sekolah rendah.
Walaubagaimanapun, elemen pra-algebra yang melibatkan
penyelesaian persamaan secara tidak langsung telah dipelajari

PERSAMAAN LINEAR 2
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
oleh murid apabila mereka menyelesaikan masalah yang
melibatkan nombor seperti berikut:

5+ =9, + =
12

Dengan menyelesaikan masalah seperti ini, murid telah


didedahkan tentang konsep algebra yang penting, iaitu anu,
pemboleh ubah dan kesamaan.

Pengetahuan dan Kemahiran Persamaan Linear


Serentak di Peringkat Sekolah Menengah
Di peringkat sekolah menengah, konsep algebra
dikembangkan secara berperingkat bermula dari Tingkatan 1
dengan pengenalan tentang pemboleh ubah dan ungkapan,
dan seterusnya persamaan linear diperkenalkan di Tingkatan
2. Kemahiran menyelesaikan persamaan linear perlu diberi
lebih penekanan kepada murid kerana ia merupakan asas
kepada penyelesaian persamaan di peringkat lebih tinggi,
termasuk persamaan serentak yang melibatkan persamaan
linear dan juga tak linear.

Dalam menyelesaikan persamaan linear, konsep kesamaan


perlu ditekankan secara konsisten supaya murid tidak
menyelesaikan suatu persamaan linear secara mekanikal
semata-mata. Pengajaran tanpa pembinaan konsep yang
mendalam mestilah dielakkan. Sebagai contoh, murid
seharusnya dapat menerangkan proses sebenar yang berlaku
dalam menyelesaikan suatu persamaan linear dan bukan
hanya membuat kesimpulan seperti tanda bagi suatu nombor
atau pemboleh ubah akan bertukar sekiranya kedudukannya
diubah ke sebelah kanan atau kiri persamaan, tanpa
memahaminya.

Penggunaan persamaan linear dalam situasi kehidupan harian


mestilah menjadi tunjang kepada pengajaran tajuk ini agar
pembelajaran lebih bersifat realistik dan bermakna. Ini kerana
pelbagai masalah dalam kehidupan harian boleh dimodel dan
diselesaikan dengan lebih mudah menggunakan persamaan
PERSAMAAN LINEAR 3
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
linear.

Slaid 3

Domain Kognitif: Pengetahuan


Mulakan pengajaran dengan menayangkan video bagi
menarik minat murid terhadap topik yang akan dipelajari
serta membolehkan murid membuat perkaitan konsep
dengan dunia sebenar.

Bincangkan persoalan yang dikemukakan tentang

PERSAMAAN LINEAR 4
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
pertukaran mata wang asing dan kaitkan dengan persamaan
linear. Galakkan dan bimbing murid untuk menerbitkan
persamaan linear bagi situasi tersebut.

Slaid 4 - 5

Domain Kognitif: Menganalisa


Murid perlu mengenal perbezaan antara persamaan linear
dan persamaan tak linear. Minta murid untuk meneliti
persamaan-persamaan yang diberi.

Minta murid berbincang dan menyatakan ciri-ciri yang


membezakan antara persamaan linear dan persamaan tak
linear. Guru boleh meningkatkan kefahaman murid dengan
memberikan beberapa persamaan dan meminta murid untuk
mengkategorikan sebagai linear atau tak linear. Libatkan
persamaan seperti xy + y = 9 dan sebagainya.

Slaid 6

Domain Kognitif: Menganalisa

PERSAMAAN LINEAR 5
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
Untuk aktiviti ini, murid melaksanakan aktiviti secara
berpasangan.

Minta murid membentuk 5 persamaan linear dan 5


persamaan tak linear. Murid membentangkan dan
seterusnya menjustifikasikan jawapan mereka. (atau lebih,
berdasarkan kepada keperluan dan kebolehan murid)

Slaid 7 - 8

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa


Rangsang pemikiran murid dengan bertanya bagaimanakah cara
menyelesaikan persamaan linear yang diberi?

Seterusnya bincangkan dan bimbing murid menyelesaikan


persamaan linear tersebut. Murid perlu menjelaskan langkah yang
perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut dan
memberikan alasan bagi setiap langkah kerja yang dilakukan.

Contoh penjelasan daripada murid:

8x - 25 =3x + 15
8x - 3x = 15 + 25 Kumpulkan sebutan tersebut
5x = 40 Ringkaskan
5x 40
5 = 5 Bahagi kedua-dua belah persamaan

dengan 5
x=8

Bincang juga kaedah-kaedah lain yang difikirkan sesuai. Langkah


kedua mungkin memerlukan perbincangan khusus tentang
pengumpulan sebutan serupa. Di baris keempat, kedua-dua belah
persamaan perlu dibahagi dengan 5 supaya pekali bagi x ialah 1.?

Setelah murid memperoleh jawapan, minta mereka menjelaskan


bagaimana mereka tahu jawapan tersebut adalah betul. Tegaskan
bahawa mereka perlu menyemak semula jawapan yang diperoleh
PERSAMAAN LINEAR 6
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
bagi memastikan jawapan tersebut adalah betul.

Slaid 9

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bincang dan bimbing murid menyelesaikan persamaan linear yang
diberi. Galakkan murid menjelaskan setiap langkah yang diambil
untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memberikan alasan
bagi setiap langkah kerja yang dilakukan.

Contoh penjelasan daripada murid:

5
4x + 2 x = 13

2 (4 + 52 x) = 2(13) Darab kedua-dua belah persamaan dengan 2

8x + 5x = 26 Ringkaskan
13x = 26 Ringkaskan
13 x 26
13 = 13 Bahagikan kedua-dua belah

persamaan dengan 13
x=2 Ringkaskan
Setelah murid memperoleh jawapan, minta mereka menjelaskan
bagaimana mereka tahu jawapan tersebut adalah betul. Tegaskan
bahawa mereka perlu menyemak semula jawapan yang diperoleh
bagi memastikan jawapan tersebut adalah betul.

Sekiranya guru menggunakan slaid jawapan, beri penekanan


kepada langkah-langkah yang telah ditunjukkan. Baris kedua
mungkin boleh ditambah secara terus tanpa mendarab dengan 2.
Guru sepatutnya menggalakkan murid menggunakan kaedah yang

PERSAMAAN LINEAR 7
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
mudah bagi mereka.

Slaid 10

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bincang dan bimbing murid menyelesaikan persamaan linear yang
diberi. Galakkan murid untuk menjelaskan setiap langkah yang
diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memberikan
alasan bagi setiap langkah kerja yang dilakukan.

Contoh penjelasan daripada murid:

3
a = 3b - 5 Kumpulkan sebutan selain sebutan 3b

5 (a+ 35 ) = 3b Darab kedua-dua belah persamaan dengan 5

5a + 3 = 15b Ringkaskan
5 a+ 3 15 b
15 = 15 Bahagi kedua-dua belah persamaan dengan

15
a 1
b = 3 + 5 Ringkaskan

Setelah murid memperoleh jawapan, minta mereka menjelaskan


bagaimana mereka tahu jawapan tersebut adalah betul. Tegaskan
bahawa murid perlu menyemak semula jawapan yang diperoleh
bagi memastikan jawapan tersebut adalah betul.

Guru juga perlu memberikan beberapa contoh lain sekiranya murid


masih belum menguasai penyelesaian persamaan linear ini.

PERSAMAAN LINEAR 8
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Slaid 11 - 12

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Minta murid membina ayat matematik bagi pernyataan yang
diberi.
Setelah itu minta murid menyatakan sama ada mereka
setuju atau tidak dengan persamaan yang ditulis oleh
Kamalia.

Murid perlu memberi alasan mereka. Bincangkan jawapan


mereka.

Kemudian, minta murid menulis persamaan yang betul bagi


mewakili pernyataan yang diberikan iaitu (m + 4)+ 3 = 16.

Galakkan murid meneroka penggunaan tanda kurung dan


seterusnya membuat kesimpulan. Bincangkan dan ransang
pemikiran mereka dengan menggunakan teknik penyoalan
yang berkesan. Tegaskan kepada murid bahawa dalam kes
seperti ini, penggunaan tanda kurung adalah satu
kemestian. Kegagalan menulis kurungan akan menyebabkan
mereka mendapat jawapan yang salah.

Slaid 13

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


PERSAMAAN LINEAR 9
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Bimbing murid untuk memodelkan pernyataan berikut ke dalam


bentuk persamaan linear dan seterusnya menyelesaikan persamaan
linear tersebut.

Contoh Jawapan

1. 3x = 93
3x 93
3 = 3

x = 31

2. x + 2x + 3x = 88
11x = 88
11 x 88
11 = 88

x = 8

3. x + (x + 2) + (x + 4) = 78
3x + 6 = 78
3x + 6 - 6 = 78 - 6
3x = 72
3x 72
3 = 3

x = 24

Slaid 14

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul

PERSAMAAN LINEAR 10
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
Aktiviti berpasangan: Minta murid membentuk satu
situasi/pernyataan yang boleh dimodellkan kepada bentuk
persamaan linear. Murid perlu menukar situasi/pernyataan
yang telah mereka tulis dengan kumpulan yang lain.
Kemudian, minta murid membentuk persamaan linear
berdasarkan situasi/pernyataan yang telah diberikan kepada
mereka dan seterusnya menyelesaikan persamaan linear
yang telah mereka peroleh. Minta murid
membentangkan jawapan mereka.

Slaid 15 - 20

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Paparkan video bagi menarik minat murid dan mengaitkan
penggunaan persamaan linear dalam kehidupan seharian.

Bagi meningkatkan kefahaman murid, bincangkan satu


persatu langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menyelesaikan persamaan linear yang diperoleh. Guru boleh
menggunakan slaid yang disediakan ataupun
membincangkan langkah-langkah penyelesaian pada papan
hitam/putih bergantung kepada kesesuaian dan keperluan
murid.

Oleh sebab sebahagian murid mungkin menghadapi


kesukaran untuk membentuk persamaan dalam ayat

PERSAMAAN LINEAR 11
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
matematik, maka galakkan mereka untuk menulis terlebih
dahulu persamaan dalam bentuk pernyataan. Bincangkan
dengan teliti. Bincangkan maklumat yang diketahui dan
maklumat yang perlu dicari.

Pastikan murid dapat memahami dan menjelaskan alasan


bagi langkah yang diambil.

Contoh penjelasan:

x
x- 2 -4=3 Tulis persamaan

x
x - 2 - 4 + 4 = 3 + 4 Tambah kedua-dua belah

persamaan dengan 4
x
x- 2 =7 Ringkaskan

2 ( x 2x ) = 7 (2) Darabkan kedua-dua belah

persamaan dengan 2

2x - x = 14 Ringkaskan
x = 14 Ringkaskan
Galakkan murid menggunakan kaedah dan langkah kerja mereka
sendiri. Setelah murid memperoleh jawapan, minta mereka jelaskan
apakah maksud jawapan tersebut dan bagaimana mereka tahu
jawapan tersebut adalah betul. Tegaskan bahawa murid perlu
menyemak semula jawapan yang diperoleh bagi memastikan
jawapan tersebut adalah betul.

Slaid 21- 23

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul

PERSAMAAN LINEAR 12
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
Minta murid meneliti masalah yang diberi.

Bagi meningkatkan kefahaman murid, bincangkan satu


persatu langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menyelesaikan persamaan serentak tersebut sama ada
menggunakan slaid atau papan hitam/putih.

Oleh sebab sebahagian murid mungkin menghadapi


kesukaran untuk membentuk persamaan dalam ayat
matematik, maka galakkan mereka untuk menulis terlebih
dahulu persamaan dalam bentuk pernyataan. Bimbing murid
sekiranya perlu. Penyelesaian secara berpasangan boleh
dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian.

Pastikan murid dapat memahami dan menjelaskan alasan


bagi langkah yang diambil.

Contoh penjelasan:

(r 2) + r = 144 Tulis persamaan


2r + r = 144 Ringkaskan persamaan
3r = 144 Ringkaskan persamaan
3r 144
3 = 3 Bahagi kedua-dua belah persamaan

dengan 3

r = 48 Ringkaskan

Galakkan murid menggunakan kaedah dan langkah kerja


mereka sendiri. Bincangkan kepelbagaian penyelesaian yang
ada. Setelah murid memperoleh jawapan, minta mereka
menjelaskan maksud jawapan tersebut dan bagaimana
mereka tahu bahawa jawapan tersebut adalah betul.
Tegaskan bahawa mereka perlu menyemak semula jawapan
yang diperoleh bagi memastikan jawapan tersebut adalah
betul. Minta murid menerangkan cara mereka menyemak
jawapan tersebut.

Slaid 24 - 27

PERSAMAAN LINEAR 13
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Dalam kumpulan dua atau tiga orang, minta murid
menyelesaikan masalah yang diberi dan membentangkan
jawapan mereka. Pastikan murid dapat memahami dan
menjelaskan alasan bagi langkah yang diambil.

Contoh Jawapan. (Gunakan sebarang kaedah yang sesuai


dengan guru dan murid.)

Katakan x minit = masa untuk memenuhkan kolam


20 cm
Kadar pengisian air = 10 minit

Ketinggian paras
Ketinggian paras air = air yang diperolehi +

(Kadar Masa untuk


pengisian air memenuhi kolam )

120 cm = 20 cm + [( 20 cm
)
10 m init
x
]
120 - 20 = 20 - 20 + (2010 ) x
100 = (2010 ) x
PERSAMAAN LINEAR 14
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

(100) (1020 ) = [( ) ]
20
10
x
3 (1020 )
x= 5

Oleh itu, Sanusi perlu menunggu selama 50 minit lagi untuk air di
dalam kolam itu mencapai ketinggian 120 cm.

Slaid 28

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Minta murid menyelesaikan masalah yang diberi secara berkumpulan
dan membentangkan jawapan mereka. Pastikan murid dapat
memahami dan menjelaskan alasan bagi langkah yang diambil.

Contoh Jawapan: Gunakan sebarang kaedah yang sesuai dengan


guru dan murid.

Katakan x cm = panjang bahagian pertama


Maka, panjang bahagian kedua = ( x - 13 )
Panjang bahagian pertama + Panjang bahagian kedua
= Jumlah panjang kayu

x + x -13 = 45
2x = 58
2x 58
2 = 2

x = 29
Oleh itu, bahagian pertama = 29 cm dan bahagian kedua = 29 13 =
16 cm.

PERSAMAAN LINEAR 15

Anda mungkin juga menyukai