Anda di halaman 1dari 4

MOTOR SEGERAK

Ciri-Ciri Motor Segerak

Motor segerak adalah satu motor yang bergerak dalam gerakan


dengan medan magnet berputar dihasilkan oleh belitan-belitan
pada pemegun.
Motor segerak biasa digunakan dalam industri.
Motor ini mempunyai kelajuan yang malar (tetap).
Statornya sama seperti motor sangkar tupai.

Motor ini tidak boleh bergerak sendiri, ia memerlukan bantuan


penggerak samada di luar atau di dalam motor sebelum ia
berputar.

Nama motor diperolehi daripada kelajuan segerak yang


dimiliki oleh motor ini ( Ns = Nr ). Ia tidak ada gelinciran.

Kelajuan motor berubah mengikut frekuensi (f) dan bilangan


kutub (P). Diringkaskan dalam formula berikut :

120f
Ns = Nr = -------
P

Di mana : Ns = Kelajuan segerak


Nr = Kelajuan pemutar
f = Frekuensi
P = Bilangan kutub
Contoh :

Frekuensi
Note :25Hz
Semakin besar frekuensi, semakin tinggi kelajuan dan
Bilangan Kelajuan Frekuensi 50Hz
Semakin banyak kutub, semakin rendah kelajuan
kutub (P) (Nputaran.
s = Nr ) Bilangan Kelajuan
2 1500 p.s.m. kutub (P) (Ns = Nr )
4 750 p.s.m. 2 3000 p.s.m.
6 500 p.s.m. 4 1500 p.s.m.
8 375 p.s.m. 6 1000 p.s.m.
8 750 p.s.m.

Contoh Soalan :
1.) Sebuah motor segerak 3 fasa 415V / 50Hz mempunyai 4
kutub, kirakan kelajuan segerak bagi motor tersebut.

2.) Sebuah motor segerak 3 fasa 415V / 60Hz mempunyai


kelajuan segerak sebanyak 1200 p.s.m., kirakan bilangan
kutub motor ini.
Prinsip Kendalian Asas Motor Segerak

Apabila satu voltan 3 fasa dibekalkan kepada belitan


pemegun motor segerak, ia akan menghasilkan satu medan
magnet berputar di pemegun pada kelajuan N s=120f/P
pusingan seminit.

Putaran medan magnet ini tidak berguna untuk


menghasilkan arus aruhan di pemutar kerana pemutar perlu
digerakkan oleh satu penggerak luar pada arah putaran
medan magnet di pemegun.

Terdapat berbagai cara untuk menggerakkan pemutar motor.


Di antaranya ialah menggunakan :

a.) Motor Proni ~ Sebarang motor dipasangkan secara


terus ke pemutar sangkar tupai.

b.)Perintang Pemutar ~ Perintang pemutar dipasangkan ke


pemutar dan akan berputar mengikut
prinsip motor pemutar berlilit.

Apabila motor menghampiri kelajuan segerakan, penggerak


pemutar motor dialihkan pada masa yang sama, arus
pengujaan medan dibekalkan.

Bekalan a.t. akan diberikan ke pemutar melalui gelang


gelincir hanya selepas kelajuan putaran pemutar (N r) itu
pecut sehingga menghampiri kelajuan segerak (Ns) [sehingga
95% kelajuan segerak].

Seterusnya pemutar akan berputar selaju putaran segerak


iaitu Nr=Ns=120f/P.
Pada kelajuan segerak, gelinciran pemutar adalah sifar (0).
Pegunaan Motor Segerak

Melakukan kerja-kerja yang memerlukan kelajuan yang tetap


seperti :

Pemampat gas
Menjalankan mesin bancuhan bahan mentah kerana
kelajuannya adalah malar samada berbeban atau berbeban
penuh seperti pengisar dan penggaul simen.

Membaiki faktor kuasa


Pemutar pendorong kapal elektrik

Perbandingan Dan Perbezaan Di Antara Motor Pemutar


Berlilit Dan Motor Segerak

i. ) Motor Aruhan Pemutar Berlilit


ii.) Motor Segerak

Motor
Ciri-Ciri Motor Motor
Pemutar
Aruhan 3 Fasa Segerak
Berlilit
1 Kelajuan Boleh ubah Malar
2 Pemutar (Rotor) Berlilit Tanpa berlilit
3 Pemegun Berbelitan Berbelitan
4 Cara menghidupkan Penggerak
Sendiri
motor luar
5 Gelinciran Ada Tiada