Anda di halaman 1dari 3

Latihan Regangan

Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan mengelakkan
kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa melakukan
latihan ini ,jangan tahan nafas kerana ia akan menjadikan anda pening. Semasa melakukan latihan
ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda bertambah.

Melonggarkan lengan atas dan otot dada.


Cantumkan jari dengan kedudukan tapak atas
kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu
sama lain. Regangkan ke atas dan tahan
selama 10 saat tangan keluar. Luruskan tangan
anda .

Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah


lengan.Bengkokkan satu tangan melepasi
kepala dan dan turun ke belakang. Bengkokkan
tangan yang lagi satu dari bawah ke atas. Cuba
pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat.
Biarkan keadaan belakang anda dalam keadaan
tegak semasa latihan ini.

Melonggarkan bahu dan otot belakang.Kuncikan


jari kedua-dua tangan bersama-sama,
keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri
dan kekanan perlahan-lahan selama 10 saat.

Jangan berpusing secara mengejut kerana ini


akan merosakkan sendi-sendi tulang belakang.

Melonggarkan otot belakang dan bahu.Gunakan


seutas getah, pegang kedua-dua hujungnya,
angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan
depangkan tangan. Biarkan bahu pada
kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan
dengan cara mengembang dan menguncup otot
belikat. Lakukan selama 10 saat.
Melonggarkan otot bahu.Gunakan seutas getah,
pegang kedua hujungnya, angkat sebelah
tangan melepasi kepala dan sebelah lagi
separas dengan bahu. Tarik tangan separas
bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang
lebih kurang 6 kali.

Melonggarkan otot dada dan bahu.Gunakan


seutas getah, pagang kedua hujung ketika
getah berada di bahagian belakang badan.
Angkat kedua tangan separas bahu kemudian
hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan
getah. Tahan selama 10 saatdanulangsebanyak
6 kali.

Melonggarkan otot memanah.Gunakan seutas


getah. Ikat kedua hujungnya untuk membentuk
satu lingkaran, buat aksi seperti menarik tali
panah. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak
6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang
sebelah lagi.
Pengenalan Sukan Memanah

Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan
bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu.

Kemahiran dalam memanah ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melepaskan anak panah pada
sasaran dalam jangka masa tertentu dengan ketepatan. Ertan. H et. All (2003)

Sejarah dan latar belakang sukan memanah

Apabila anda mula memegang panah dan melepaskan anak panah yang pertama sebenarnya anda
telah melakukan satu acara yang telah pun bermula sejak 20,000 tahun yang lalu. Para pengkaji
sejarah mula dapat mengesan aktiviti memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat
di gua-gua lama di Sepanyol.Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum Masehi.

Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahan-bahan makanan. Pada
zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masehi yang lalu panah digunakan sebagai senjata dalam
peperangan. Ukuran alat pada zaman itu hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala anak
panah diperbuat daripada batu dan tembaga.Orang-orang tartar telah mencipta alat memanah yang
diperbuat daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun
sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika dibandingkan pada zaman mesir kuno.
Orang-orang tartar juga dikenali sebagai pahlawan yang terulung pada zaman itu.

Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman Kerajaan Rom dan Kerajaan Mongolia
di sekitar abad ke-11.Penggunaan panah sebagai senjata mula berkurangan pada abad ke-16
dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.

Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di sekitar abad ke-16
apabila Raja Hendry viii mengarahkan Sir Christopher Morris menubuhkan kelab memanah dalam
tahun 1537. Pertandingan memanah yang pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire
untuk lelaki dan pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.

Di Benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828 yang dikenali
dengan nama United Bowman of Philadelphia.

Memanah mula dimasukkan dalama cara sukan olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di
Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak dipertandingkan di
sukan olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan sehingga The
Federation International De TirALarc (FITA) menggubal undang-undang pertandingan. Sukan
memanah dimasukkan kembali dalam acara sukan olimpik pada tahun 1972 di Munich.

FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan sukan memanah
di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan
memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf
segala rekod dunia dalam sukan memanah.

Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
(NAAM).Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia (MSSM).Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan
di peringkat MSSM.Dengan adanya kejohanan memanah seumpama ini, diharapkan penglibatan para
pelajar dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili
negara di peringkat yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai