Anda di halaman 1dari 8

50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi
suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang
Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya
diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan
bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat
berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.
Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan
mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat
kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini
akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang
dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat
Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri,
mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri
yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda
sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami
mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri
derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan
situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja
menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya
dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak
cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam
sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara
ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama
rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami
yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi
mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi
tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami
berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga
mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat
keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu
sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita
termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf,
peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih
disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari
punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat,
istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki
amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat
dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli
keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian.
Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama.
Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak
mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan
hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah
lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji.
Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa
memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang
tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila
berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan
orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak
berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan
perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara
anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul.
Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri
marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa,
patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut
sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik
nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan
kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar
juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan
merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi,
sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Tips Mendidik Anak Solat

1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu
anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya
mudah bila sampai masanya nanti.

2. Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya.

3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal,
ruku dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdhal.

4. Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu. Begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun, dan pada umur 10
tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas.

6. Belikan anak telekung atau songkok, jubah, baju melayu yang dia suka.

7. Pada awal latihan solat, biar anak baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya
pada waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh anak, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku, sujud dan lain-lain.

8. Jangan hadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan
anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil sikat rambut anak, sambil jalan-jalan dalam kereta,
minta anak baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dan lain-lain.

9. Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah
sayang dan mak ayah pun sayang.

10. Ajak anak dan adik-beradik yang lain untuk solat berjemaah bersama-sama apabila ada kelapangan
masa di rumah.

11. Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Bermacam ragam
mungkin akan terjadi. Maka bersabarlah menghadapinya.

12. Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian anak, ada waktu untuk tonton TV, main bersama kawan, belajar, buat kerja rumah dan
solat.

14. Beritahu anak sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Jadi nasihat anak agar sentiasa
bercakap perkara yang benar mengenai solat yang dia lakukan.

15. 2-3 bulan selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, ajar anak untuk baca dengan nada
perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun
dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.

16. Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke mana-mana. Semasa dalam
perjalanan jauh, kita boleh ajak anak solat bersama di R&R, masjid atau surau tempat kita berhenti.

17. Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak bersabar. Nabi beri tempoh
yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang
cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan. Practice Makes Perfect.
18. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jangan suruh anak solat, tapi kita seronok dan leka
menonton TV atau melayari Internet.

20 Cara Diet Pemakanan Rasulullah SAW. Sebab itu baginda jarang mendapat penyakit kerana mengamalkan
Diet Pemakanan yang sebetulnya, bukan seperti yang diwar-warkan oleh Yahudi.

1.Suka minum susu.

Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat
protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi
melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium
memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive
Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini
bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu
menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut
melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut
misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi
cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal
mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut
misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi
cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal
mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan
nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi,
secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang
banyak..

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

Al-Habbah Al-Sawda mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.


Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients.
Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem
pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau
serta juga mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.

Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar
protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar
kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus
karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin
dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari
mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.

8. Buah tamar

Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna
kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang
tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar
menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan
keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak
serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita
Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di
neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah
Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan)
hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah
pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92
peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu
mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi
vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur
penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan
tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang
berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada
kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar
daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk
kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung,
mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan(An-Nahl: 68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air

Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas
atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin
mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air
jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera
makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah
jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta
mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW
meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan
selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam
penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

16. Rasulullah SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun
chopstick.

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan
(tangan) kirinya.

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak
terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana
keasidan serta tahap kolesterol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut
(bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghadaman dan proses metabolisme gizi-
gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap
kesihatan kita.

20. Berpuasa

Selama sebulan pada bulan Ramadan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin
kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air
sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu
bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu
Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
Semoga dengan mengamalkan Diet pemakanan Rasulullah SAW, kita dapat menyihatkan badan dan ini juga
antara Sunnah. Jadi jika kita ikut pun dapat pahala. Selamat mencuba

Anda mungkin juga menyukai