Anda di halaman 1dari 1

Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imagina
si kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya se
makin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan
..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita me
neruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-
kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW
itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya do
a mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat d
unia, sebaiknya mata membaca Al-Qur an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Pal
ing tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun l
angkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana
panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memak
murkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesa
n solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaika
t Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, s
edekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khali
fah Ali bin Abu Thalib, Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa sela
lu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, a
mpuni dosa dan sayangi dia ya Allah .
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa
kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka ki
ta kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayat
an dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahata
n dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal
pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga iany
a memberi manfaat pada semua.

Anda mungkin juga menyukai