Anda di halaman 1dari 21

TUGASAN

SEPTEMBER 2012 SEMESTER

KOD KURSUS : MQA 101

NAMA KURSUS : BAHASA MELAYU &

KOMUNIKASI PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : MASRIZAL BIN RAHMAT

NO. MATRIK : E30209120599

FASILITATOR : EN MOHD RAFI BIN GHAZALI


AKADEMIK

PUSAT : AEU MELAKA


PEMBELAJARAN
Soalan 1

Pendahuluan
Ibarat hendak membuat garisan lurus, pembaris mestilah
lurus. Jika bengkok pembaris, bengkoklah garisan. Berkaitan
bidalan moden tersebut, untuk memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu di persada antarabangsa, perlulah ada
peranan oleh pembuat dasar (kerajaan) dan dari semua pihak bagi
merealisasikan tujuan tersebut amatlah penting. Sebelum itu, kita
perlulah mengkaji tentang bahasa kita sendiri.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, 'bahasa' didefinisikan


sebagai lambang bunyi suara yang digunapakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Dari
definisi tersebut, jelaslah bahawa bahasa yang mempunyai fungsi
penghubung, pernyataan perasaan dan pernyataan fikiran ini amat
penting untuk urusan seharian termasuklah penyampaian ilmu
pengetahuan didalam pendidikan. Sudah tentu ianya berkait rapat
dengan usaha memartabatkan penyampaian ilmu pengetahuan.

Memang terdapat banyak kekangan dan cabaran dalam


memperkasakan Bahasa Melayu ini terutamanya di peringkat
antarabangsa. Dalam abad ke-21 ini, Bahasa melayu kini tercabar
dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat.
Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang
menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha
penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang
sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan
perkembangan ilmu dan pembangunan Negara. Di Malaysia,
bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa
negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari
zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan
Malaysia, tetapi adakah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu
terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan
maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar
pendidikan Negara?

Usaha memartabatkan Bahasa Melayu dari sudut jati diri.

Usaha dan kesedaran dari dalam bukan dari orang


perseorangan sahaja. Tetapi, ianya adalah usaha bersama
terutamanya oleh gabunagan dari pembuat dasar (kerajaan), NGO
dan orang perseorangan perlu dilakukan agar Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu di persada antarabangsa dapat
dimartabatkan.

1. Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu di institusi


pendidikan.

Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang


menyatakan, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan. Ini bermakna perlunya Bahasa Melayu
perlu digunakan di mana-mana institusi pendidikan terutamanya di
sekolah-sekolah dan universiti-universiti sebagai bahasa
penghantar atau bahasa ilmu. Jikalau boleh diperingkat pendidikan
awal lagi iaitu zaman Pra-sekolah mereka. Jadi, para pendidik perlu
menyediakan diri agar lebih mantab tentang perbagai sudut
terutamanya dari sudut pedagogi dan keilmuan untuk mendidik
anak-anak supaya wujudnya jati diri dalam mempertahankan
Bahasa Melayu dan pada masa yang sama dapat memartabatkan
bahasa melayu di tunjang bangsa itu sendiri.

2. Penggunaan bahasa Melayu dalam ucaptama bagi semua


pemimpin.

Pihak pembuat dasar juga perlu menguatkuasakan dan


memperkasakan agar semua pemimpin dapat memberikan
ucaptama yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan
dapat disampaikan dalam Bahasa Melayu dengan baik. Ini
bermakna setiap pemimpin juga perlulah mempunyai jatidiri dalam
berbahasa melayu tidak kira apa jua keturunan mereka.

3. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Peranan aktif perlu dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka


( DBP ) dengan memperbaharui istilah bahasa melayu yang
menggunakan singkatan Inggeris, memperbanyakkan istilah yang
meliputi pelbagai bidang seperti istilah perubatan , istilah
perundangan , sistem kewangan dan lain-lain serta
memperbanyakkan penyelidikkan tentang bahasa melayu
disamping menggiatkan usaha menambah bahan rujukan dalam
bahasa melayu melalui usaha penterjemahan bahan bahasa asing
kepada bahasa melayu .

4. Membudayakan Bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian

Apa yang lebih penting ialah peranan individu itu sendiri untuk
menggunakan bahasa melayu dengan betul dalam semua urusan
harian mereka termasuklah dalam urusan sesama keluarga, rakan-
rakan, orang sekeliling serta berhubung dengan sistem pesanan
ringkas. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan
pengunaan bahasa melayu dengan betul ketika berkomunikasi
dengan anak-anak di rumah. Ini adalah kerana persekitaran yang
membina akan menjana kepada penguasaan bahasa yang
sempurna.

5. Memperkasa bahasa Melayu dalam kommunikasi dan media


massa

Dalam sub bidang komunikasi dan media massa iaitu hiburan, amat
dekat dengan masyarakat. Jadi relevanlah sekiranya perkasaan
bahasa melayu melalui saluran ini dengan menitik moral bahasa
melayu yang betul dalam hiburan. Contohnya drama, senikata
lagu, iklan, dan sebagainya supaya ianya lebih berkesan
terutamanya golongan generasi X dan Y.
6. Kempen Bahasa Melayu

Kempen ini didedikasikan kepada bangsa Malaysia termasuklah


kepada orang luar, seperti pantu, pidato, puisi, lagu dan
sebagainya.

Usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke arena


antarabangsa.

Setelah jati diri diperkasakan, barulah ianya lebih mudah


untuk menyebarkan pengaruh dan mertabat ke arena
antarabangsa. Oleh yang demikian, perlunya usaha mempromosi
atau meluaskan pengaruh penggunaan Bahasa Melayu agar dapat
dimartabatkan di persada antarabangsa.

1. Menggalakkan Pertandingan yang berkaitan dengan Bahasa


Melayu

Terdapat pelbagai cara untuk meluaskan pengaruh


bahasa melayu supaya dapat dimartabatkan diperingkat
antara bangsa. Antaranya pertandingan atau karnival yang
melibatkan peserta antara bangsa seperti Pidato Peringkat
Antarabangsa, sayembara puisi bahasa melayu,
pertandingan nyanyian lagu dalam Bahasa Melayu dan
sebagainya.
2. Memperkasa Bahasa Melayu di dalam bidang teknologi
maklumat dan

komunikasi.

Teknologi maklumat dan komunikasi amatlah luas


pengaruhnya kerana ianya di gunapakai oleh amat ramai
pengguna diseluruh dunia. Oleh yang demikian, haruslah
memperbanyakan perisian serta istilah dalam versi bahasa
Melayu.

3. Promosi

Dengan memperkenalkan kesenian dan budaya melayu


seperti nyanyian lagu-lagu melayu di persada antarabangsa,
secara tidak sengaja dapat mempromosikan budaya serta
bahasa Melayu ke dunia luar atau bangsa asing.

4. Fakulti Bahasa Melayu di universiti luar negara.

Membuka peluang kepada universiti luar negara


mengadakan Fakulti Bahasa Melayu. Di sinilan akan lahir
cendiakiawan, pengkaji, pengikut dan pejuang serta akan
menjadi batu loncatan kepada bahasa melayu itu sendiri
untuk menjadi lebih perkasa di arena antarabangsa.
Kesimpulan

Usaha untuk Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


di persada antarabangsa tidak dapat dilakukan dengan hanya
memukul canang sahaja. Tetapi, ianya perlu dilakukan dengan
menguatkan jatidiri dari dalam supaya apabila ianya
diperjuangkan, masyarakat antarabangsa sendiri dapat menilai
bahawa warga Malaysia ini "cakap serupa bikin". Barulah kukuh apa
yang diperjuangkan. Ia bikan usaha individu sdahaja, tetapi ia
melibatkan seluruh warga negara Malaysia bermula dari peringkat
akar umbi hingga ke golongan cendikiawan dan cerdik pandai. Yang
paling asas ialah setiap ibu bapa,guru dan mana-mana pihak
terlibat harus membimbing dan mengajar anak-anak ,murid-murid
mereka dengan Bahasa Melayu yang betul, bukannya bahasa rojak.
Sampai ke peringkat sekolah menengah dan hingga ke peringkat
pengajian tinggi,usaha ini harus diteruskan.
SOALAN 2

Definisi MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Melaysia dan Mengukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI)
Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan MBMMBI ini
menerusi dua sudut.

Pertama
Memartabatkan bahasa malaysia dengan meletakkan Bahasa
Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam perkara 152, perlembagaan Malaysia dan
juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan
berdasarkan akta pendidikan 1996.
Kedua
Memperkukuh Bahasa Inggeris dengan memantapkan
penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa yang wajib
dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat
nasional dan antara bangsa.

Dasar MBMMBI

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul sebagai
menggantikan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan


Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan oleh
kerajaan bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25
Januari 2010 adalah berkaitan.

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud strategi


memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains
dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta
penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia.

Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris


melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta
penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi
melaksanakan kurikulum tersebut.
Diantara sebab MBMMBI menggantikan PPSMI di sekolah-sekolah
ialah

1. Penguasaan pelajar dalam bahasa Malaysia berbanding


bahasa Inggeris.
2. Pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik mengikut
jenis sekolah.
3. 3. Pencapaian pelajar dalam PPSMI mengikut lokasi.
4. Penggunaan bahasa Inggeris oleh guru Sains dan Matematik
dalam bilik darjah.
5. Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai


bahasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di
sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis
kebangsaan Tamil.

Perlaksanaan MBMMBI di sekolah.

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui beberapa


pendekatan.
1. Mengembalikan peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik.
2. Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris melalui
pelaksanaan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran
3. Ttransformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan
sumber manusia,
penyediaan bahan dan peralatan
3. Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Dasar MBMMBI diperkenalkan.

Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI


tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian
juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik
dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang
lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana
mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru
untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat
memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini
bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi
juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan,
sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai
ilmu matematik dan sain dengan baik dan mereka akan terus
ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan
sekolah telah melaksanakan p&p matematik dan sains dalam
bahasa Malaysia.

Selain daripada memartabatkan Bahasa Melayu, MBMMBI


mengandungi strategi untuk memperkasakan dan mengukuhkan
penguasaan Bahasa Inggeris yang melibatkan penambahbaikan
kurikulum serta penyediaan guru dan bahan yang berkualiti.
Daripada pernyataan tersebut, sudah tentu dan semestinya
terdapat tindakan-tindakan yang wajar diambil agar dasar ini dapat
dijayakan dengan sehabis baik.

Cadangan dan tindakan sehingga berjayanya MBMMBI


dilaksanakan di sekolah-sekolah

1. Merelevankan dasar dengan situasi terkini

Pihak kementerian yang menjanakan dasar tersebut


perlu menggariskan kaedah yang berkesan terhadap
perlaksanaan MBMMBI ini. Kajian secara berterusan dan
perlaksanaan yang berkesan haruslah dititik beratkan agar
impak yang akan diperolehi lebih positif dan lebih berjaya
dari dasar yang dijalankan sebelum ini.

2 Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Kedudukan Bahasa inggeris tidak boleh juga


diperlekehkan kerana ianya juga sama penting dengan
perjuangan Bahasa Malaysia. Antara cadangan untuk
memperkukuhkan Bahasa Iggeris ialah dengan menambah
waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di
SK,SM,SJKC & SKJT. Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran
juga harus diperkaya serta menambah fungsi makmal
komputer kepada fungsi bahasa.
3 Penyediaan guru terlatih

Fungsi Institut Pendidikan Guru Malaysia memainkan


peranan yang penting dalam menjana perancangan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telah merancang
dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI
untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan
untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga
melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan
pembangunan pendidikan nasional. Antaranya ialah:

3.1. Latihan untuk mata pelajaran:

Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia:


i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 Minggu
iii. Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris:


i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen
bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa
Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris
3.2. Melengkapkan guru pra perkhidmatan dengan
kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai
kebolehan dan gaya pembelajaran murid selaras
dengan dasar MBMMBI itu sendiri. Sebagai contoh bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Penerapan terkini MBMMBI dalam Komponen Amalan
Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
dan Praktikum amat penting bagi merealisasikan
tujuan.

4. Pembangunan profesionalisme secara berterusan.

Memberikan kursus atau kaedah pencerahan lain yang


difikirkan kepada semua guru secara berterusan adalah satu
kaedah berkesan. Sebagai contoh, satu pusat khas iaitu
English Language Training Center (ELTC) diwujudkan di
Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) dan telah
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan beberapa
aktiviti yang berkaitan dalam memperkukuhkan Bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah.

5. Bahan yang dibekalkan untuk MBMMBI


Bahan utama seperti buku teks dan bahan-bahan
pentaksiran yang menyokong pendekatan pengajaran dan
pembelajaran perlulah terkini dan standart supaya bebanan
guru-guru untuk melaksanakan dasar ini berjalan lebih lancar
dan tidak dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang tidak
mengerti.
6. Penggunaan Makmal Bahasa.

Pendekatan ini merupakan satu pendekatan baru yang


diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong
dasar MBMMBI. Penggunaan Makmal Komputer sebagai
makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa
dilaksanakan berasaskan perkara-perkara berikut:-

i. Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk


Makmal
Bahasa
ii. Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi
pengajaran
bahasa
iii. Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran
dan
pembelajaran bahasa di sekolah
iv. Membantu guru dan murid dalam memperkasa Bahasa
Malaysia dan
memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Objektifnya ialah menjadi satu pendekatan dalam


menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa.
Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan
melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris . Individu atau
kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi
menyokong Pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam
kelas sebenar. Secara tidak langsung, ianya dapat
membentuk kreativiti pelajar. Ianya boleh juga menjadi pusat
setempat untuk aktiviti persatuan bahasa seperti mendengar
rakaman, memainkan bahan digital, slaid dan filem berkaitan.

7. Peranan guru matapelajaran itu sendiri.

Guru mata pelajaran perlulah memahami tentang


prosedur bagi menjalankan dan melaksanakan dasar ini.
Latihan dan pencerahan berterusan memainkan salah satu
antara peranan yang penting supaya perjalanan dasar
menjadi lebih mudah dan tidak terlalu membebankan. Guru
juga haruslah terbuka untuk pembaharuan dan transformasi
pendidikan dari sudut persediaan, kaedah, pedagogi dan
sebagainya agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan relevan sejajar dengan dasar yang sedang dilaksanakan.

8. Peranan pihak pentadbir sekolah

Pihak pentadbir sekolah juga memainkan peranan yang


penting. Pentadbir perlu menekankan dan memandu guru-
guru supaya dasar yang dijana tidak lari dari objektifnya.
Dana yang disalur kepada setiap sekolah haruslah
dimanfaatkan oleh pihak pentadbir untuk diagihkan secara
betul untuk dasar MBMMBI di peringkat akar umbi ini.
9. Peranan PIBG dan ibu, bapa serta penjaga.

Pihak PIBG, ibu, bapa serta guru amat penting kerana


mereka adalah tergolong dalam pihak akar umbi. PIBG
berperanan menghebahkan informasi yang menjadi tunjang
kepada pemahaman dan persepsi ibu, bapa dan penjaga
terhadap perlaksanaan MBMMBI berkonsepkan Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) kepada kumpulan sasar iaitu
murid-murid itu sendiri.

10. Asas Berbahasa

Dalam pertuturan seharian, pihak ibu, bapa atau


penjaga memainkan peranan yang amat penting. Kerana
semuanya bermula dari rumah. Secara tidak langsung, asas
yng terbina dari rumah ini dapat menyediakan murid yang
lebih bersedia untuk menerima ilmu dan pembaharuan dalam
proses revolusinya.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi kaedah dan cara lain yang boleh


dijalankan di sekolah supaya MBMMBI. Namun apa yang amat
penting ialah semua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan
dasar MBMMBI di semua sekolah di Malaysia.
Rujukan

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan


Kita. Asal-usul Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Noresah Baharom (1994). Kamus Dewan. Edisi ketiga,Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Isu Glokal dan Global (2011, February 24). e-dekz cdyz Laman
Blogspot: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Diperolehi pada
December 18, 2012. From, http://e-
dekz.blogspot.com/2011/02/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-
ilmu.html

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala


Lumpur:PTS Professional

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu Apa Sudah


Jadi?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Bakar &Awang Sariyan. (2005). Suara Pejuang Bahasa.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman. (2002). BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu.


Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia.

Ahmat Adam. (1994). Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Hashim Musa. (2007). BBM5203 Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.