Anda di halaman 1dari 19

PENDAHULUAN

Mengikuti sunnah Rasulullah SAW merupakan kewajipan agama ke atas


setiap orang dan salah satu tuntutan dua kalimah syahadah. Sunnah
Rasulullah SAW tidak mungkin dapat diketahui tanpa melalui perawi-
perawi yang meriwayatkannya. Rangkaian dan rantaian perawi
tersebut sehingga sampai kepada Rasulullah SAW dinamakan
sebagai sanad ataupun isnad. Perawi-perawi yang membawa riwayat
tidak akan diterima periwayatan mereka melainkan setelah ditimbang
dan diuji sifat dan keadaan mereka dengan satu neraca yang adil yang
dinamakan sebagai ilmu al-Jarh wa al-Tadil.

Ilmu al-Jarh wa al-Tadil merupakan teras kepada kepercayaan


umat terhadap sumber pegangan dan amalan di mana setiap
maklumat telah dinuqilkan oleh mereka yang adil, benar dan amanah
dan ditapis dengan disiplin sistem sanad. Ulama hadith tidak hanya
berhenti setakat meriwayatkan hadith dengan sanad tanpa mengenali
nilai dan statusnya. Malah mereka telah mencurahkan segala usaha
untuk mengenali perawi-perawi dengan sifat-sifat mereka; Siapa
mereka yang boleh diterima periwayatannya, daripada siapa yang
meriwayatkan, berapa banyak bilangan hadithnya, bagaimana usul
atau catatannya, bila boleh diterima periwayatannya dan bila tidak?
Persoalan-persoalan inilah melahirkan ilmu neraca perawi al-Jarh wa al-
Tadil.

Adapun kitab al-Du`afa al-Saghir yang menjadi kajian penulis


merupakan salah satu kitab dari ilmu al-Jarh wa al-Tadil, hasil karya al-
Imam al-Bukhari. Kitab ini mengumpulkan sebilangan besar perawi-
perawi serta membincangkan mengenai perihal mereka dari segi jarh
dan tadil yang merangkumi penelitian terhadap keadilan serta
kedabitan mereka. Oleh itu, penulis akan membahaskan serba sedikit
mengenai kitab ini dengan menyentuh biografi ringkas pengarangnya
serta meneliti manhaj yang diguna oleh pengarang kitab dalam
penulisan dan penyusunan kitab.
PENGENALAN KEPADA PENGARANG:

AL-IMAM AL-BUKHARI

NAMA DAN LATAR BELAKANG:

Nama penuh al-Imam al-Bukhari ialah Abu Abd Allah Muhammad bin
Abu al-Hasan Isma`il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin al-Ahnaf al-Jafi al-
Bukhari. Perkataan al-Bukhari ialah nisbah kepada nama tempat, iaitu
Bukhara. Al-Imam al-Bukhari dilahirkan di Bukhara pada hari Jumaat,
13 Syawal 194H1. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat malam
Sabtu selepas solat Isya, tepat pada malam 1 Syawal 256H iaitu
ketika berusia 62 tahun. Beliau dikebumikan pada keesokan harinya
selepas solat Zuhur di Khirtank, suatu kampung tidak jauh dari
Samarqand2.

PENDIDIKAN:

Al-Imam al-Bukhari telah mula menghafaz hadith-hadith Rasulullah


SAW sejak berumur kurang daripada sepuluh tahun. Semasa berumur
enam belas tahun, beliau telah menghafal beberapa buah kitab tulisan
ulama mutaqaddimin yang terkemuka seperti Ibn al-Mubarak, Waki
dan lain-lain. Beliau tidak puas dengan hanya menghafal hadith dan
kitab ulama mutaqaddimin sahaja lalu beliau mempelajari riwayat
hidup periwayat-periwayat yang memainkan peranan dalam
meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW serta tarikh lahir mereka,
tempat lahir dan sebagainya.

1 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. ahh al-Bukhar,


(Qahirah: Al-Matba`ah al-Salafiyah wa Maktabatuha, 1980), 1:3.

2 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, ed. Buran al-Dinawi. (Birut: Al-Mazra`ah Binayah al-Iman, 1984), 19.
Al-Imam al-Bukhari telah berhijrah ke Makkah untuk melanjutkan
pengajiannya terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW. Beliau menetap
di Makkah dan sempat menuntut ilmu daripada beberapa orang guru
hadith yang masyhur seperti Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-
Azraqi dan Isma`il bin Salam al-Saigh. Beliau memulakan
penulisannya dengan menulis sebuah kitab yang membincangkan
tentang para perawi hadith dengan menetapkan darjat-darjat hadith
yang diriwayatkan oleh mereka. Ketika beliau berada di Madinah,
beliau telah mengarang kitab keduanya yang berjudul al-Tarikh al-
Kabir. Selain Makkah dan Madinah, beliau pernah merantau menuntut
ilmu di negeri Syam, Mesir, Basrah, Hijaz, Baghdad dan lain-lain3.

GURU-GURU4:

1. Makki bin Ibrahim al-Balkhi

2. Ahmad bin Hanbal

3. Yahya bin Ma`in

4. Abdan bin Uthman al-Marwazi

5. Ubaid Allah bin Musa al-Abasi

6. Abu Asim al-Syaibani

MURID-MURID5:

3 Imam al-Bukhari (artikel ISMP Pendidikan Islam dan Pengajian Al-Quran


dan Al-Sunnah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, 2009/2010), 3.

4 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 16.

5 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. ahh al-Bukhar,


1:6.
1. Al-Imam al-Tirmidhi

2. Abu Abd Allah Muhammad bin Nasr al-Marwazi

3. Abu Ali Salih bin Muhammad bin Amru bin Habib al-Asadi

4. Abu Jafar Muhammad bin Abd Allah bin Sulaiman al-Hadrami

5. Abu Bakr Muhammad bin Ishaq al-Sulami

KEDUDUKAN DALAM ILM AL-RIJAL6:

Al-Imam al-Bukhari terkenal sebagai seorang ahli hadith yang mahir


dan dapat memahami hadith-hadith Rasulullah SAW dengan mendalam
sekali. Beliau juga dapat membezakan di antara hadith yang sahih dan
hadith yang cacat (malul), mengenali perawi-perawi secara terperinci
dengan mengenali sifat-sifat mereka sama ada thiqah atau tidak.
Beliau juga dapat memahami serta menghafaz hadith-hadith
Rasulullah SAW beserta dengan sanadnya sekali sehinggakan beliau
digelar Amir al-Muminin fi al-Hadith.

Ketinggian ilmu al-Imam al-Bukhari dalam bidang hadith tersebar


luas. Beliau mempunyai akal yang bijaksana, ketekunan dan
ketabahan, serta galakan daripada ibunya selain menjadi pewaris
bapanya dalam mengembangkan ilmu hadith.

PUJIAN ULAMA7:

6 Wan Hasan bin Wan Embong, et. al. Kajian Takhrij Hadith Sahih Berkaitan
dengan Iman yang Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, (artikel
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia,
Johor, 2003), 19.

7 Ibid., 22.
Sebagai seorang yang telah diberi gelaran Amir al-Muminin fi al-
Hadith, sudah tentu banyak sanjungan para ulama yang diberikan
terhadapnya. Antaranya:

1. Menurut Muhammad bin Basyar: Terdapat empat orang hufaz


dunia iaitu Abu Zur`ah, Muslim bin al-Hajjaj, Abd Allah bin Abd
al-Rahman al-Darimi dan Muhammad bin Isma`il al-Bukhari.

2. Menurut Yaqub bin Ibrahim al-Dawarqi: Al-Bukhari adalah faqih


umat Muhammad SAW.

3. Menurut Abd Allah bin Abd al-Rahman al-Darami: Aku telah


banyak melihat ulama di Makkah, Kufah, Basrah, tetapi belum
pernah melihat orang yang lebih alim daripada Muhammad bin
Isma`il.

4. Menurut al-Imam al-Tirmidhi: Allah telah menjadikan engkau (al-


Imam al-Bukhari) sebagai perhiasan kepada umat Muhammad
SAW ini. Katanya lagi, Aku belum pernah melihat orang yang
lebih memahami tentang ilal dan rijal selain Muhammad bin
Isma`il.

5. Menurut al-Musnadi: Muhammad bin Isma`il adalah seorang


imam dan sesiapa yang mengatakan dia bukan imam maka
hendaklah engkau meragui orang tersebut.

HASIL KARYA:

1. Al-Jami al-Sahih

2. Al-Tarikh al-Kabir

3. Al-Tarikh al-Awsat

4. Al-Tarikh al-Saghir
5. Al-Tafsir al-Kabir

6. Al-Adab al-Mufrad

7. Al-Du`afa al-Saghir

8. Al-Asyribah

9. Al-Ilal

10. Khalq Af`al al-Ibad


PENGENALAN KEPADA KITAB:

KITAB AL-DUAFA AL-SAGHIR OLEH AL-IMAM AL-BUKHARI

PENGENALAN8:

Kitab al-Duafa al-Saghir karangan al-Imam al-Bukhari ini merupakan


sebuah kitab yang membicarakan mengenai jarh dan tadil setiap
perawi hadith dengan lafaz-lafaznya yang tertentu. Kesederhanaan al-
Imam al-Bukhari dalam memberikan penilaian terhadap seseorang
perawi sama ada dari jarh atau tadil terserlah berdasarkan kepada
lafaz-lafaz yang digunakan. Bagi perawi yang bermasalah, beliau

banyak menggunakan lafaz (


) ,
) , (( ) ( .
atau (


Manakala bagi perawi yang berdusta, beliau menggunakan lafaz (

) (
atau ( (
) )
dan sedikit sekali menggunakan lafaz (

atau (
) .
Al-Imam al-Bukhari menggunakan manhaj yang jelas dalam
kitabnya ini iaitu beliau tidak terlalu memanjangkan sesuatu
perbahasan secara panjang lebar dan beliau juga tidak memperincikan
seseorang perawi sekiranya tiada tujuan tertentu. Antaranya untuk
menguatkan sesuatu sanad atau menda`ifkannya, atau untuk
mempertahankan seseorang perawi sekiranya dia dilihat sebagai
bermasalah oleh pihak yang lain.

KEPENTINGAN KITAB9:

8 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 11.

9 Ibid., 12.
Penilaian yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari terhadap para perawi
yang dikumpul dalam kitab al-Duafa al-Saghir ini membolehkan para
pembaca untuk mengenal pasti perawi yang thiqah dan perawi yang
da`if. Dengan ini, secara langsung para pembaca dapat menilai status
sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh perawi tersebut.

Antara pembahagian peringkat perawi yang dilakukan oleh al-


Imam al-Bukhari di dalam kitab ini ialah perawi thiqah, perawi saduq,
perawi munkar, perawi yang memalsukan hadith, perawi matruq,
perawi da`if, perawi kadhib, perawi wah, dan peringkat akhir sekali
ialah laisa bi syai.
MANHAJ AL-IMAM AL-BUKHARI DALAM KITAB AL-DUAFA AL-
SAGHIR

METODOLOGI PENULISAN

KRITERIA PERAWI YANG DIMASUKKAN DALAM KITAB AL-


DUAFA AL-SAGHIR

Perawi-perawi yang dimasukkan dalam kitab al-Duafa al-Saghir tidak


bermaksud al-Imam al-Bukhari mendaifkan mereka, dan ini bukanlah
sebab utama. Adapun kriteria-kriteria perawi yang dimasukkan dalam
kitab beliau ini antaranya:

1. Perawi itu daif di sisi al-Imam al-Bukhari.

Al-Imam al-Bukhari banyak menghasilkan karya biografi perawi.


Adapun perawi-perawi yang diasingkan dan dimasukkan dalam
kitab al-Duafa al-Saghir menunjukkan tujuan al-Imam al-Bukhari
untuk mengumpulkan nama-nama perawi yang majruhin (yang
ditarjih).

2. Perawi itu dibincangkan oleh imam-imam pengkritik ( ).

Al-Imam al-Bukhari memasukkan perawi-perawi yang ditajrih oleh


imam-imam pengkritik dalam kitab al-Duafa al-Saghir. Manhaj
kitab ini dilihat sama dengan manhaj kitab al-Kamil fi Du`afa al-
Rijal oleh Ibn Adi, kitab Mizan al-Itidal fi Naqd al-Rijal oleh al-
Dhahabi, dan kitab Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar, yang mana
kesemua kitab tersebut menyebut perawi-perawi yang menjadi
perbincangan dalam jarh tadil. Kriteria ini terbahagi kepada tiga
keadaan iaitu:
i. Al-Imam al-Bukhari menyebut perawi, kemudian menyebut
kethiqahannya. Contoh10:

ii. Al-Imam al-Bukhari menyebut perawi dengan tujuan untuk


mempertahankannya. Contoh11:

iii. Al-Imam al-Bukhari menyebut perawi untuk menerangkan


bahawa beliau bukanlah orang yang ditolak hadithnya secara
mutlak. Hadithnya diterima bila mana ada syawahid dan
mutaba`at, atau diterima apabila disepakati oleh perawi thiqah.


Antara lafaz yang diguna oleh al-Imam al-Bukhari ialah (



) atau ((

) . Contoh12:

10 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 122.

11 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 224.

12 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 35.
3. Perawi itu adalah dari kalangan yang mengamalkan bidah.

Al-Imam al-Bukhari dalam kitab al-Duafa al-Saghir memasukkan


perawi yang didakwa mengamalkan bidah. Pun begitu, tujuannya
bukanlah untuk menolak hadithnya tetapi untuk memberi
peringatan supaya berhati-hati dari amalan bidahnya. Buktinya,
mereka yang dikatakan mengamalkan bidah ini disebut tentang
kethiqahannya oleh al-Imam al-Bukhari. Contoh13:

4. Mengkritik periwayatan dan hadith perawi, bukan mengkritik


perawi.

Kadang-kadang seorang perawi itu thiqah, tetapi sedikit


meriwayatkan hadith. Tidak ada riwayat darinya melainkan satu
sahaja atau seumpamanya. Maka dalam hal ini, al-Imam al-Bukhari
menyebut namanya dalam kitab al-Duafa al-Saghir sebagai
memberi perhatian terhadap da`ifnya sesuatu riwayat melalui
thariqnya dan menerangkan illah sesuatu sanad yang datang dari
riwayatnya. Jadi di sini menunjukkan tujuan al-Imam al-Bukhari ialah
untuk mengkritik periwayatannya, bukan mengkritik perawi.
Contoh14:

13 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 127.

14 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 248.
PEMBAHAGIAN PERAWI YANG DISEBUT DALAM KITAB AL-
DUAFA AL-SAGHIR

Al-Imam al-Bukhari bukan hanya memasukkan perawi du`afa sahaja di


dalam kitab al-Duafa al-Saghir ini, tetapi beliau turut memasukkan
perawi yang thiqah dengan beberapa sebab atau tujuannya yang
tersendiri.

Adapun perawi-perawi yang da`if, al-Imam al-Bukhari telah


membahagikannya kepada beberapa bahagian, iaitu:

i. (

. Contoh15:

ii. (
( . Contoh16:

15 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 105.

16 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 35.
iii.


. Contoh17:

iv.

. Contoh18:

v. (

. Contoh:

vi.

(








. Contoh19:

Begitu juga dengan perawi-perawi yang thiqah, al-Imam al-Bukhari


juga membahagikannya kepada beberapa bahagian, iaitu:

i.

. Contoh:

17 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 238.

18 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 80.

19 Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, 233.
ii. . . . Mereka ini dibahagikan kepada tiga, iaitu:



( . . Contoh:


.(
. Contoh:
. .

.
. Contoh:
. .

MANHAJ PENTAJRIHAN AL-IMAM AL-BUKHARI TERHADAP


PERAWI SERTA KETERANGAN KEADAAN MEREKA

Al-Imam al-Bukhari telah membezakan dan membahagikan lafaz-lafaz


yang digunakannya dalam mentajrihkan perawi. Seterusnya beliau
membahagikan lafaz-lafaz tersebut mengikut peringkat-peingkatnya.

1. Lafaz-lafaz dalam mentajrih keadilan perawi (


(
) .

i. Lafaz-lafaz dalam mentajrihkan perawi dengan sifat (


) , (
) , dan (

) . Antara lafaz yang digunakan:

( ( ) ( (
( ( ( (
( (

ii. Lafaz-lafaz dalam mentajrihkan perawi dengan amalan bidah.


Antara lafaz yang digunakan:

( ( ( ( ) ( (
( ( (
2. Lafaz-lafaz dalam mentajrih kedabitan perawi (
(
) .
i. Lafaz-lafaz dalam menghukum nakarah hadith perawi. Antara
lafaz yang digunakan:

( ( ( ) (
( (
( (
... ( ( (
( (

ii. Lafaz-lafaz dalam menghukum periwayatan perawi tanpa


mutaba`ah. Antara lafaz yang digunakan:

( )

iii. Lafaz-lafaz dalam mentad`ifkan hadith perawi. Antara lafaz yang


digunakan:

( )
. . ( .
(

3. Peringkat-peringkat lafaz al-Imam al-Bukhari dalam jarh:

i. Peringkat pertama, lafaz yang jelas diguna untuk menyatakan


bahawa perawi itu berdusta, atau, menaqalkan penyataan
bahawa perawi itu berdusta atau perawi yang dituduh berdusta.

) , ( (
Contoh lafaz: ( ) , () (.

ii. Peringkat kedua, lafaz yang diguna merujuk kepada perawi yang
ditinggalkan iaitu perawi yang tidak diambil periwayatan darinya.

Contoh lafaz: ( ), ()(.

iii. Peringkat ketiga, lafaz yang diguna merujuk kepada perawi yang

sangat lemah. Contoh lafaz: ( )(, () , (

) , () (, () .

iv. Peringkat keempat, lafaz yang diguna merujuk kepada perawi

yang lemah. Contoh lafaz: (), ( ), (


) , () (, (.)( .

v. Peringkat kelima, iaitu peringkat yang paling ringan dalam jarh


dan termasuk dalam peringkat yang paling bawah dalam tadil.

Contoh lafaz: ( ).
PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kepentingan ilmu al-Jarh wa al-Tadil adalah untuk


memastikan keadilan seseorang perawi dalam menyampaikan riwayat
yang dibawa. Untuk mengetahui keadilan seseorang perawi adalah
berdasarkan penjelasan daripada ulama al-Jarh wa al-Tadil dan juga
sudah memadai apabila seseorang perawi itu masyhur atau terkenal
dengan keadilannya tanpa perlu penjelasan daripada ulama al-Jarh wa
al-Tadil seperti imam empat mazhab: Abu Hanifah, al-Syafi`i, Malik bin
Anas, Ahmad bin Hanbal serta Sufyan bin Uyainah, Sufyan at-Thauri,
al-Auza`i dan selainnya.

Oleh kerana itu, ilmu al-Jarh wa al-Tadil sangat penting untuk menjaga
syariat atau agama ini, dan ia bukanlah untuk mencari kesalahan atau
mencela seseorang. Bahkan dalam persaksian sekalipun kita boleh
melakukan jarh terhadap seseorang, maka para perawi juga boleh
melakukan jarh dalam memastikan riwayat itu benar kerana mencari
kebenaran dalam masalah agama adalah lebih penting berbanding
masalah hak dan harta.
BIBLIOGRAFI

Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. ahh al-


Bukhar, Qahirah: Al-Matba`ah al-Salafiyah wa Maktabatuha,
1980.

Al-Bukhri, Ab Abd Allh Muammad bin Isml al-Jaf. Al-Duafa al-


Saghir, Birut: Al-Mazra`ah Binayah al-Iman, 1984.

Abdul Azid Muttaqin. Pengaruh Ideologi dalam Penilaian Kritikus


Hadis Tesis Sarjana Teologi Islam, Universitas Islam Negeri Sunan
Kalijaga, Yogyakarta, 2008.

Wan Hasan bin Wan Embong, et. al. Kajian Takhrij Hadith Sahih
Berkaitan dengan Iman yang Diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Muslim, Artikel Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan
Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, 2003.

Zulhilmi bin Mohamed Nor. Ilmu al-Jarh wa al-Tadil: Tumpuan Terhadap


Ketokohan Imam Bukhari, Artikel Fakulti Quran dan Sunnah, Universiti
Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, t.t.

Imam al-Bukhari, Artikel ISMP Pendidikan Islam dan Pengajian Al-


Quran dan Al- Sunnah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak,
2009/2010.