Anda di halaman 1dari 2

7 Strategi Elak Kebocoran Wang

Jadi kalau nak kaya, kita kena handle emosi dengan biasakan diri dengan tabiat-tabiat
yang boleh elakkan kekayaan kita daripada bocor. Antaranya:

Strategi #1 Bayar Diri Sendiri Dulu


Bila dapat duit, bayar diri sendiri dulu dengan tambahkan simpanan. Selebihnya baru
berbelanja. Bukan berbelanja dulu, lepas tu tunggu duit lebih baru simpan. Kalau
tunggu duit lebih, alamatnya memang tak akan menyimpan.

Strategi #2 Tukar Duit Kepada Harta


Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar
macam emas, tanah, atau rumah-rumah sewa. Jangan biarkan duit tu terbiar dalam
bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.

Strategi #3 Potong Semua Kad Kredit


Potong semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit tu lubang hutang paling mudah. Ia
hutang yang kita tak sedar bahkan ia jadi simbol status. Memang nampak hebat kalau
ada kad kredit Platinum, tapi kad kredit boleh jadi kanser kewangan sebab kita tak
terasa duit kita bocor. Tahu-tahu hutang dah banyak. Dah la interest paling tinggi
berbanding pinjaman lain, interest dia compounding pulak tu.

Strategi #4 Berbelanja Secara Tunai


Kalau nak beli barang, pastikan beli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap
sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim
bayaran mudah, hatta zero interest payment sekalipun. Walaupun mungkin zero
interest payment tu secara matematiknya macam untung , tapi ia memupuk tabiat suka
berhutang. Dalam jangka panjang, ia bahaya.

Strategi #5 Langsaikan Hutang Paling Kecil


Bila nak langsaikan hutang, target hutang yang jumlahnya paling kecil dulu sebab bila
satu hutang dah settle, ia jadi motivasi untuk langsaikan hutang-hutang lain. Bila dah
bebas hutang, kita rasa berat untuk buat hutang lagi kecuali hutang baik yang
membuatkan kita lebih kaya.

Tapi kalau ada dua (2) hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, settlekan hutang
yang interest rate paling tinggi dulu.
Strategi #6 Buat Hutang Baik, Tambah Harta
Bila dapat kenaikan gaji yang bagus, atau pendapatan dah meningkat, manfaatkan
kenaikan tu untuk buat hutang-hutang baik seperti tambah rumah sewa, beli tanah dsb.
Bukan tukar kereta baru! Saya perhati ramai orang bermasalah nak simpan duit
walaupun kalau ikut kira-kiranya, dia sepatutnya boleh menyimpan. Bukan senang nak
paksa diri simpan duit, tapi kalau hutang, kita terpaksa bayar! Kalau buat hutang baik,
kita terpaksa kaya! Tapi hutang-hutang tu mesti diurus dengan baik.

Strategi #7 Tinggalkan Window Shopping


Tinggalkan sikap suka merayau-rayau di shopping complex, suka terapi diri dengan
bershopping, suka semak brosur-brosur promosi dalam post box atau surat khabar,
pergi ronda-ronda pasar malam dsb. Sikap ni saya dah tinggalkan dah bertahun-tahun
sebab sikap macam ni terbukti duit kita senang sangat bocor. Kalau asalnya cuma nak
dibeli 10 barang, tapi akhir sekali kita akan bawa balik at least 15 barang! Kenapa
macam tu? Sebab kewangan bukan sekadar matematik, tapi juga tentang mengurus
emosi Bila kita saja-saja tengok barang-barang yang kita tak perlu, mesti ada yang kita
jatuh hati dan akhirnya terbeli.

Tabiat-tabiat yang saya senaraikan ni antara cara saya tutup emosi berbelanja dan
mengelakkan kekayaan daripada bocor. Bila lubang-lubang kebocoran wang ni
kita tutup, insyaAllah kekayaan kita senang berkembang walaupun
mungkin pendapatan bulanan kita tak sebesar mana. Jangan ingat orang
income besar tu kaya raya sebab saya jumpa ramai orang incomenya 5 angka sebulan,
tapi duit simpanan kecemasan pun tak ada!
Wallahu alam.

Faktor utama yang menentukan masa depan kewangan kita bukan


ekonomi, tetapi psikologi Jim Rohn