Anda di halaman 1dari 7

SULIT 021/031

BAHAGIAN A

[ 20 markah]

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ____________ hendak bermain bola atau tidak petang nanti? tanya Lim kepada kawan-kawannya.

A Anda
B Kamu
C Kalian
D Mereka

2. Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Sultan Alaudin amat terkenal dengan sifatnya berjiwa rakyat. _____________amat disayangi oleh
rakyat jelata.
A Baginda
B Tuan hamba
C Beliau
D Patik

3. Pak Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit yang sudah ____________ itu.
A nipis
B kasar
C tumpul
D kesat

2
SULIT 021/031

4. Pelajar Tahun Enam Mawar sangat ________ dan hormat kepada guru mereka.
A berani
B malu
C takut
D patuh

5. Setelah sampai di muka pintu, Raju membuka kasutnya ____________ masuk ke dalam rumah.

A agar
B lalu
C jika
D tentang

6. Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Terumbu karang yang cantik terdapat di _________laut Pulau Sibu.


A hujung
B celah
C dasar
D bawah

3
SULIT 021/031

7. Ibu sering ________kami agar sentiasa menghormati guru-guru dan orang yang lebih tua.
A memarahi
B menyayangi
C mematuhi
D menasihati

8. Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

Puan Maimunah dan anaknya ________melawat suaminya yang terlantar di hospital.


A hendak
B sedang
C boleh
D telah

9. Pembuangan sampah yang tidak diawasi di kawasan perkelahan itu boleh mengakibatkan kawasan
tersebut kurang ______________ pelancong.
A mengunjungi
B kunjungan
C pengunjung
D dikunjungi

4
SULIT 021/031

10. Tudung saji itu digantung ___________dinding bersebelahan dengan bilik emak.
A di
B pada
C dalam
D dengan

11. Cikgu Ramesh mencatatkan kedatangan murid-murid kelasnya dalam _______________ kehadiran
murid.
A buku akaun
B buku cek
C buku rekod
D buku latihan

12. Puan Swee Lin menghalau anjing-anjing liar yang berkeliaran di hadapan rumahnya.
Perkataan seerti bagi menghalau ialah
A melepas
B mengusir
C menyisih
D mengejar

13. Hubungan antara keluarga Jefri dengan keluarga Mohan semakin rapat selepas keluarga Jefri
berpindah ke sebelah rumah keluarga Mohan.
Perkataan berlawanan bagi rapat ialah
A jarang
B jurang
C renggang
D tegang

5
SULIT 021/031

14. Tahukah awak di mana rumah Puan Salmah? tanya Suzi kepada Aminah.
A Suzi bertanya kepada Aminah tentang kedudukan rumah Puan Salmah
B Suzi bertanya kepada Aminah tentang kedudukan Puan Salmah.
C Suzi bertanya kepada Aminah tentang rumah Puan Salmah.
D Suzi bertanya kepada Aminah tentang Puan Salmah.

15. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kami menganjurkan jualan untuk mengutip derma bagi membantu
murid-murid miskin.
A Bagi membantu murid-murid miskin, Persatuan Bahasa Melayu sekolah kami mengutip derma
melalui jualan yang dianjurkan.
B Persatuan Bahasa Melayu sekolah kami akan membantu murid-murid miskin dengan mengutip
derma melalui jualan.
C Murid-murid miskin sekolah akan dibantu setelah Persatuan Bahasa Melayu menganjurkan
kutipan derma untuk jualan.
D Murid-murid miskin sekolah kami akan dibantu setelah Persatuan Bahasa Melayu menganjurkan
jualan untuk mengutip derma.

16. Pilih ayat yang betul.


A Adik memiliki koleksi setem-setem di dalam album.
B Cis, sedap sungguh kuih di gerai itu !
C Banglo-banglo di kawasan itu cantik-cantik belaka.
D Mengapakah dia resah sejak tadi ?

6
SULIT 021/031

Soalan 17-20 berdasarkan petikan di bawah.

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Makanan dan minuman diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan. Setiap orang memerlukan
makanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan. Makanan seimbang perlulah mengandungi karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, garam mineral dan air. Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan
untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal.
Makanan berkhasiat akan membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita. Karbohidrat merupakan
makanan pemberi tenaga kepada tubuh badan kita. Antara makanan yang mengandungi karbohidrat seperti
nasi, roti, ubi kayu dan kentang. Fungsi lemak bagi tubuh badan manusia banyak sekali. Lemak berperanan
membekalkan tenaga dan menjadi pelindung kepada organ jantung dan buah pinggang.
Ikan,daging, dan susu terkenal sebagai sumber protein. Protein dapat membina tisu-tisu dan sel-sel
baharu serta membaiki bahagian-bahagian badan yang rosak.
Setiap orang digalakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana merupakan sumber vitamin
yang penting kepada tubuh manusia. Vitamin dapat melawan jangkitan penyakit dan mengelakkan rabun
mata. Kita perlu makan buah-buahan sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit dan membantu proses
penghadaman.
Oleh itu, makanlah makanan yang berkhasiat dan berzat. Jika tidak, kita akan mudah dijangkiti
penyakit.

17. Apakah maksud makanan seimbang ?


A Makanan yang diamalkan setiap hari
B Makanan yang mengandungi semua zat dan vitamin
C Makanan yang mengandungi protein sahaja
D Makanan yang menjamin kesihatan

7
SULIT 021/031

18. Apakah peranan vitamin kepada tubuh badan manusia ?


A Pembekal tenaga
B Membina tisu-tisu dan sel-sel baharu
C Menjadi pelindung kepada organ
D Melawan jangkitan penyakit dan mengelakkan rabun mata

19. Berikut adalah makanan yang tidak berkhasiat, kecuali


A ulam-ulaman
B mi segera
C makanan dalam tin
D keropok udang

20. Apakah makanan yang sesuai untuk membina tisu-tisu dan sel-sel baharu apabila kita terluka ?
A Sayur-sayuran
B Ikan
C Buah-buahan
D Agar-agar

KERTAS SOALAN TAMAT