Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAAN

TAJUK MUKA SURAT


Pengenalan 2
Sejarah Perkembangan PAS 3~4

-Sistem Pendidikan Sebelum 5


Merdeka

Kajian Tentang Pendidikan Islam Di 6~7


Malaysia
Kajian Tentang Sejarah Dan 8-9
Pekembangan PAS
Kajian Tentang PAS Dan 9~10
Sumbanganya Dalam Bidang
Pendidikan Di Malaysia
PAS Menyumbang Kepada 11~15
Pendidikan Negara

-Pembangunan Pusat Pengajian 15~16


Tahfiz
16~17
-Pembangunan Pendidikan Di
Sekolah Rendah Dan Menengah
17~18
-Pembangunan Pendidikan Di Pusat
Pengajian Tinggi
Kesimpulan 19
Rujukan 20

1
PENGENALAN

Kajian ini akan memperincikan literatur yang mendasari falsafah


pendidikan dan tentang pendidikan Islam serta teori perubahan sosial.
Memandangkan tujuan dan matlamat penubuhan institusi pendidikan di
bawah PAS adalah manifestasi daripada Falsafah Pendidikan Islam. Kajian
ini akan melihat sorotan lampau yang berkaitan dengan pendidikan Islam,
yang digerakkan oleh PAS. Selain itu, kajian ini akan menjelaskan sejauh
manakah institusi pendidikan yang digerakkan oleh PAS berjaya
membawa nilai-nilai yang diinginkan oleh PAS atau yang berjalan
kehendak Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Adakah
masyarakat terkesan dengan kehadiran PAS dalam memperjuangkan isu-
isu yang berkaitan dengan pendidikan, atau sejauh manakah PAS dan
iinstitusi pendidikannya menjadi agen perubahan daripada nilai yang
sedia ada kepada nila-nilai Islam yang dinuansakan oleh PAS.

Pendidikan Islam memainkan peranan yang besar dalam


perubahan sosial, sebagai agen perubahan yang dinamik. Di tengah
kebejatan nilai yang ada pada hari ini akibat proses pembaratan dan
sekularisasi maka dalam keadaan inilah pendidikan Islam yang cuba
digerakkan oleh PAS telah memainkan peranan besar selaras dengan FPN
dan juga Falsafah Pendidikan Islam di negara ini. Pendidikan adalah ejen
transformasi masyarakat yang sangat berkesan iaitu institusi pendidikan
dalam ruang lingkup yang luas adalah mencakupi pembelajaran yang
manusiawi dalam rangka untuk merubah rupa bentuk masyarakat.
Semoga hasil kajian ini dapat membuka minda kita dalam melihat
kesungguhan PAS bagi menerajui Islam dalam Pendidikan di negara yang
aman ini.

2
Sejarah perkembangan PAS:

Menelusuri pekembangan organisasi PAS sepanjang keberadaanya


di pentas politik nasional adalah cukup penting bagi memahami
sumbangan PAS dalam bidang pendidikan di Negara ini. Pelbagai
kajiantelah dilalkukan oleh penyelidik dan tulisan popular berkaitan
dengan organisasi PAS yang meliputi sejarah perkembanga, orentasi
kepimpinan, tulisan berbentuk memoir, kegiatan dakwah dan keluasan
pengaruh, biografi tokoh-tokoh PAS , kajian pencapaian politik
persaiangan kuasa dan sebagainya.

Antara tokoh PAS sendiri yang banyak merakamkan sejarah dan


perkembangan awal PAS ialah Baharuddin Latif (1994),sejarah penuuhan
Pas adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hizbur muslimin,sebuah
gerakan islam kontemporari yang telah diharamkan oleh penjajah British
pada tahunb 1948. Hizbur Muslimin ditubuhkan di Maahad al-Ehya as-
Syarif, Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh- tokoh
politik yang berhaluan kiri seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, Kiai Masyur
az-Azhari seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (MASYUMI). Parti
ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pipinanseorang
tokoh agama, Ustaz abu bakar -baqir dan al dikokong oleh kalangan elit
agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama.

SISITEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

Penjajahan British di tanah melayu secara rasminya berlaku apabila


perjanjian Pangkor ditandatangani diantara British dengan istana Perak
1874.British menjajah Tanah Melayu desebabkan beberapa factor seperti
keperluan bahan mentah untuk revolusi perindustrian di Eropah, dan
persaingan di antara negara-negara Barat untuk meluaskan tanah
jajahan.British juga memerlukan pasaran bagi memasarkan produk
revolusi perindustrian yang sedang rancak di penghujung abad ke-19

British jugamelakukan penjajahan dengan alasan untuk


mentamadunkan tamadun Asia. The white man burden , di antara pakej

3
untuk mentamadunkan orang Asia ialah pendidikan.Kehadiran penjajah
British untuk memperkenalkan system pendidikan moden di Tanah
Melayu.

Dalam tahun 1980-an ,Inggeris yang baru berkuasa di Tanah Melayu


telah menggunakan pendidikan sebagai alat penguasaanya ke atas Tanah
Melayu sertamempunyai beberapa matlamat seperti bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja dalam sector pentadbiran.Contohnya kerani dan
pegawai-pegawai pentadbiran peringkat rendah.Pendidikan juga adalah
salah satu wahan untuk melahirkan pemimpin di kalangan orang Melayu
sendiri seperti yang dicitrakan melalui penubuhan Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK)

Penjajah Inggeris bukan sahaja dapat menjalankan proses


pemasyarakatan, tetapi juga dapat menguasai massyarakat peribumi
melalui pemimpin Melayu yang mendapat pendidikan Barat.Dengan
demikian secara golongan masssa akan patuh kepada golongan pemimpin
tradisional, dan golongan pemimpin tradisional pula akan patuh kepada
penjajah Inggeris.

Kedatangan penjajah Inggeris telah merubah landskap politik, sosio


Dan ekonomi Tanah Melayu termasuk bidang pendidikan.Denagn
kedatangan kaum imigran, maka sekolah vernakular turut berkembang di
Tanah Melayu yang akhirnya menyumbang kepada jurang integrasi di
antara kaum. Inggeris dengan sengaja mewujudkan sistem kepelbagaian
sekolah ini untuk menjarakkan hubungan antara kaum.Sekolah Inggeris
ditubuhkan di Bandar-bandar oelh golongan mubaligh Kristian, manakala
sekolah Cina ditubuhkan di kawasan perlombongan, dan sekolah Tamil di
kawasan lading-ladang getah.Sekolah vernakularini mempunyai sukatan
dan kurikulum yang berbeza serta berkiblat ke Negara asal migran.

Antara pengkaji awal tentang pendidikan vernacular di Negara ini ialah


Franchis Wong dan Ee Tiang Hong (1971). Penjajahan British di Tanah
Melayu juga turut merancakkan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris di
mana sekolah ini dibuka untuk semua kaum.Di Tanah Melayu sekolah-
sekolah Inggeris ini berasal dari sekolah-sekolah persendirian yang dibuka
dengan usaha dan peruntukan daripada orang-orang tempatan atau
badan-badan mubaligh. Antara sekolah-sekolah ini ialah Sekolah Penang
Free (1896), Sekolah Raffles yang dulu dikenali sebagai Singapore
Free(1823), Sekolah Tinggi Melaka yang dahulunya bernama Malacca
Free (1826), Sekolah Victoria (1894), dan Sekolah King Edward Taiping
(1906).

Sekolah- sekolah mubaligh, iaitu satu lagi jenis sekolah-sekolah


Inggeris, dibuka dan diselenggarakan oleh Persatuan Mubaligh Londan,

4
Mubaligh Roman Katholik, Mubaligh Methodis dan Gereja kanak yang
terdiri daripada semua bangsa dan kepercayaan. Tujuan diadakan sekolah-
sekolah mubaligh ini ialah untuk memberi pelajaran Inggeris, dan
kejayaanini bolehdiukur daripada kenyataan bahawa sebelum Perang
Dunia Pertama, lebih daripada 75 peratusmurid-murid lelaki yang
memasuki sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura adalah
di sekolah-sekolah mubaligh (Franchis Wong &Ee Tiang Hong,1971).

Orang orang Melayu di Negara ini telah terlibat dalam dunia


pendidikan sejak Tanah Melayu menerima kehadiran Islam. Dengan
pertapakan Islam di Tanah Melayu, orang-orang Melayu mula
diperkenalkan dengan pendidikan , iaitu pendidikan berteraskan agama
sepertimembaca al-Quran, menulis jawi, mempelajari ilmu fikah, tauhid,
tasawuf, akidah dan sebagainya. Tapak utama kepada pengajarandan
pembelajaran ialah masjid, surau, madrasah, sertarumah-rumahalim
ulama yang akhirnya berkembang menjadi pusat pengajian Islam yang
dikenali sebagai pondok.

Kedatangan dan penjajahan Inggerismula mempelbagaikan bentuk


pendidikan di Negara ini dan memberikan persaingan sengit kepada
pendidikan Islam yang telah mengakar semenjak kerajaan Melaka.
Inggeris telah merancakkan penubuhan sekolah-sekolah di Tanah Melayu
serta berlaku migrasi besar-besaran pada pertengahan abad ke-19 serta
awal abad ke-20 yang akhirnya turut merubah landskap pendidikan
Negara ini dengan pengenalan sekolah-sekolah vernacular.

Antara pengkaji yang menekuni sejarah perkembangan sekolah


Melayu ialah Salleh Lebar (1988). Perkembangan sekolah-sekolah
vernacular Melayu boleh dikatakan bermula di Seberang Perai, kemudian
terus berkembang ke Negeri-negeri Melayu Bersekututerutama Perak dan
Selangor. Pada peringkat awal, sekolah vernacular Melayu kuran
mendapat sambutan oleh sebab masayarakat Melayu pada masa itu
menaruh harapan yang penuh kepada pengajian tradisional iaitu al-Quran.
Bagaimanapun untuk menarik minat lebih ramai anak-anak Melayu ke
sekolah Melayu, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Seberang Perai telah
membuat satu perubahan iaitu mengadakan pelajaran Melayu di waktu
pagi dan pelajaran al-Quran pada waktu petang. Antara pelajaran-
pelajaran yang diajar waktu pagi ialah bacaan, mengarang, ilmu hisab,
menulis, latihan jasmani dan ilmu alam. Mulai abad ke-20, pelajaran
anyaman dan perkebunan ditambah sesuai dengan cadangan Laporan
Winstedt. Usaha pihak British untuk memperkembangkan persekolahan
vernacular Melayu sebenarnya setakat darjah empat sahaja iaitu sesuai
dengan pendidikannya iaitu melahirkan anak-anak petani Melayu yang
pandai sedikit daripada ibu bapanya.

5
Secara umumnya pendidikan Melayu yang diperkenalkan oleh
British kepada rakyat-rakyat ini adalah sebagai saingan kepada sistem
pengajian Islam yang sedia ada, dan pendidikan kepada orang Melayu
adalah sekadar untuk membolehkan orang Melayu mengenali asas
membaca, menulis, dan mengira. Matlamat ini difahami kerana British
tidak akan memunculkan golongan intelegensia Melayu yang akan
mengancam hegemoni kuasa mereka.

KAJIAN TENTANG PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pendidikan di Tanah Melayu telah bermula sejak awal sebelum


kedatangan penjajah Britishke Tanah Melayu. Sistem pendidikan adalah
bercorak tidak formal dan berkembang pesat dengan kedatangan Islam
pada abad ke-15 terutama di Melaka yang dibanjiori ulama tempatan dan
luar negara. Istana Melaka juga memainkan peranan penting dalam
memangkin dan menyemarakkan kegiatan keilmuan. Masjid, suran dan
madrasah telah menjadi pusat penyebaran ilmu di mana ilmu yang
diajarseperti al-Quran, nahu, fikah, tauhid, hadis, dan tasawuf.

Pengkajiantentang sejarah pendidikan Islam di negara tidak lengkap


jika tidak membincangkan sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu
sebagai satu bentuk pendidikam awal. Sistem pendidikan pondok pula
berkembang pesat di negeri Kelantan, Kedah, Terengganu pada abad ke-
19 dan ianya selaras dengan kepesatan pendidikan Islam di wilayah Patani
dan Acheh.

Beberapa pengkaji dan penganalisa telah membuat kajian terhadap


perkembangan sistem pendidikan pondok seperti Ishak Abdullah (1990).
Kajian beliau melihat dengan objektif perkembangan pendidikan Islam di
madrasah dan sekolah-sekolah pondok yang berada di negeri-negeri
Semenanjung. Pengkajian ini meliputi factor kemunculan pondok dalam
masayarakat Melayu, sukatan pekajaran serta prospek masa depan
pelajar pondok. Kajian Ishak juga melihat halangan dan kekangan
terhadap institusi pengajian Islam di zaman moden di mana sekolah
pondok merasai kesuramannya dengan persaingan sistem pendidikan
arus perdana dan sistem madrasah serta kemunculan tahfiz di negara ini.
Sekolah pondok berpusat di masjid dan rumah tuan guru, dikelilingi
dengan pondok-pondok para pelajar. Kaedah belajarnya secara halaqah

6
mirip kepada pendidikan di zaman Rasulullah SAW, namun dengan
peredaran zaman sistem pendidikan ini mula ditelan zaman.

Institusi pondok telah berjaya melahirkan para ulama yang


berwibawa. Antara mereka seperti Sheikh Abdul Malik Bin Abdullah (Tok
Pulau Manis) Terengganu, Tuan Tabal, Tok Kutan, Tok Seleho, dan Tok
Kenali di Kelantan, Haji Muhamad Taib Mufti, Haji Mohamad Nor, Haji Saha
dan Tuan Husin di Kedah mereka adalah antara ulama ulama yang begitu
berwibawa dan berjaya menubuhkan beberapa institusi pondok,
disamping melahirkan pula tokoh tokoh ulama yang sangup menyambung
kerjaya mereka disamping beberapa tokoh ilmuan lain yang melibatkan
diri dalam polotik negara serta dalam perhidmatan kerajaan (ibid,1995).

Kaijian tentang perkembangan pendidikan islam juga meliputi


sistem madrasah yang bersal timur tengah dan juga benua kecil India
(sabCcontinet). Antara wahana yang digunakan untuk menggerakkan
kesedaran social politik orang melayu ialah dengan pendidikan.
Golongan reformis ini telah menubuhkan madrasah madrasah bagi
menggembangkan idea idea pembaharuan mereka. Gerakan refomis ini
yang muncul melalui penubuhan madrasah madrasah yang mengajar ilmu
agama juga menawarkan ilmu ilmu umum dalam kurikulumnya.

Kehadiran institusi sekolah pondok di tanah melayu sejak lama


dahulu sehinggalah sekarang telah memberikan impak yang besar
terhadap pembangunan dan penyemaian nilai nilai islam terhadap bangsa
bangsa melayu. Sekolah pondok telah mengharungi sejarah yang
panjang,bersaing dengan institusi konvensional yang lain, dan juga sistem
sekolah madrasah yang lebih tersusun serta menjajikan kesinambungan
tempat berlajar yang lebih menjanjikan peluang kepada pelajarnya. Ini
membuktikan pendidikan awal orang melayu di negara ini tidak terpisah
dengan sejarah kemunculan institusi pondok sebagai kesinambungan
belajar di masjid dan surau semenjak orang melayu menerima islam.
Keberadaan institusi pendidikan seperti pondok masih kekal di negeri
negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dah juga selatan Thailand.
Perkataan pondok mungkin berasal dari perkataan arab iaitu `funduqun`
yang bererti rumah tumpangan atau tempat menginap pengembara
pengembara.

KAJIAN TENTANG SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PAS

Menulusuri perkembangan organisasi PAS sepanjang keberadaannya


di pentas politik nasional adalah cukup penting bagi memahami
sumbangan PAS dalam bidang pindidikan di negara ini. Pelbagai kajian
telah dilakukan oleh penyelidik dan tulisan popular berkaitan dengan
organisasi PAS yang meliputi sejarah perkembangan, orientasi

7
kepinpinan, tulisan berbentuk memoir, kegiatan dakwah dan penluasan
pengaruh, biografi tokoh tokoh PAS, kajian pencapaian politik, persaingan
kuasa dan sebagainya.

Antara tokoh PAS sendiri yang banyak merakamkan sejarah dan


perkembangan awal PAS ialah Baharudin Latif (1994), sejarah penubuhan
PAS adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hisbul Muslimin, sebuah
gerekan islam kontenpopari yang telah diharamkan oleh penjajah British
pada tahun 1948. Hisbul Mulimin ditubuhkan Mahad Al ehya AS-syarif,
Gunung Semanggol Perak dengan idea daripada tokoh tokoh politik haluan
kiri seperti Dr Burhadin Al Hilmi dan Kiai Masyhur Azahari, seorang
pemimpin kanan Malis Syura Muslimin (Masyumi). Parti ini ditubuhkan
secara rasmi pada 17 Mac 1948 dibawah pimpinan seorang tokoh agama,
Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan didokong oleh kalangan elit agama
tradisional seperti guru guru serta pelajar agama.

Seawal penubuhannya Hisbul Muslimin diawasi dan diintik


kegiatannya oleh Unit Risikan British. Hal ini terjadikerana British sudah
mempunyai pengalaman bertembung dengan gerakan islam yanganti
penjajah dan melakukan perlawanan dengan mereka seperti di Sudan,
Mesir, Nigiria dan sebagainya. Hisbul MUslimin ditubuhkan dalam keadaan
politik yang tidak kondusif untuk aktiviti menentang kerajaan.
Pertengahan tahun 1948, darurat diishtiharkan, tangkapan massa telah
dibuat terhadap tokoh tokoh politik. Tiga pemimpin utama Hisbuk
Muskimin, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abrab Tamimi, dan Ustaz Abdul
Rauh Bin Nor juga telah ditahan (Fakaharuddin Ghazali,2003). Ramai
kalangan anggota Hisbul Muslimin hanya kembali arena politik pada
pilihan raya kebangsaan 1995 dan tidak memeranjatkan apabila mereka
menyertai PAS yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1951.

Pada tanggal 24 November 1951, satu perhimpunan, badan badan


dan pertubuhan islam telah diadakan di perkarangan kelab melayu Bagan
di Butterworth Pulau Pinang suatu keputusantelah diambil bagi
mewujudkan parti islam setanah melayuyang mana telah mendapat
sokongan yang kuat daripada perwakilan yang hadir pada hari tersebut.

Selain membincangkan soal nama pertubuhan, perwakilan juga


turut membahaskan rangka perlembagaan persatuan baru itu. Pada
malamnya perwakilan telah memilih pemegang pemegan jawatan.
Terdapat beberapa nama yang dicadangkan untuk jawatan presidrn parti,
tetapi ramai yang menarik diri kecuali Tuan Haji Ahmad Fuad dan Sheikh
Abdullah Fahim. Pemilihan presiden telah dibuat dengan undian yang
memberi kelebihan kepada Ahmad Fuad. Jwatan lain seperti timbala
presiden dijawad oleh Haji Mohamad Ghazali Abdullah, Naib presiden oleh

8
Haji Husain Che Dol, Faqeh Mohamad Nor dan Abdul Rahmad Jamaluddin.
Manakala setiausaha agung PAS yang pertama ialah Haji Ahmad Maliki
dan jawatan bendahari disandang oleh Haji Ahmad Tuan Husain.

Kewujudan PAS telah menyediakan satu ruang kepada ahli ahli


Hisbul MUslimin utuk berpartisipasi dengannya, apatah lagi terdapat
ramai daripada kalangan bekas pemimpin Hisbul Muslimin turut serta
mengagotai parti tersebut seperti Khaidir Khatib, Otham Hamzah dan
Baharuddin Latiff, Mohamad Asri dan yang lain lain.

KAJIAN TENTANG PAS DAN SUMBANGANYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

Seperti yang disebutkan sebelum ini tidak banyak kajian ilmiah


dantulisan popular berkaitan dengan PAS serta sumbangannya terhadap
pendidikan. Kamaruddin Jaafar (2005) dalam kajiannya telah meneliti
sumbangan PAS secara sepintas lalu dalam bidang pendidikan, selaian
mengemukakan beberapa cadangan untuk memperkasa pendidikan PAS
pada masa hadapan. Antara disinggung oleh Kamaruddin ialah usaha PAS
mebina rangkain pendidikannya secara tersendiri yangbertunjangkan
kepada Falsafah pendidikan Falsafah Pendidikan Islam. Usaha PAS ini
selaras dengan perjuangannya untuk menegakkan islam sebagai secara
hidup dan bernegara.

PAS semenjak ditubuhkan mempunyai pertalian yang rapat dengan


institusi pendidikan islam di negara ini, parti itujuga dilahirkan di serambi
sekolah agama dan juga latar belakang kepimpinannya terdiridaripada
aktivis luar. PAS mempunyai misi yang tersendiri apabila menggerakkan
bidang pendidikan tetapi ia secara lansung juga membantu proses
melahirtkan rakyat yang berilmu dan membantu kerajaan menjayakan
agenda pendidikan negara seperti yang hasratkan oleh FPN dan Falsah
Pendidikah Islam. LUlusan daripada institusi pengajian PAS juga telah
menyertai pasaran kerja termasuk menjadi penjawat penjawat awam
serta menyumbangkan dalam membina peradaban dan pembangunan
negara.

Kajian dan tulisan Abu Bakar Chik (2010) menghuraikan hubungan


simbiosis antara pendidikan islam dan perjuangan PAS din negara ini.
Kebanyakkan tuan guru dan pondok menjadi `power base` PAS pada
peringkat awal hingga kini. Walaupun podok itu tidak berada dibah
kendalian PAS tetapi pembawaan tuan gurunya mempengaruhi dalam
tindakan. Mahathir Mohd Khir dalam satu tulisannya telah menyatakan
bahawa terdapat kaitan erat antara pondok, padi dan PAS. PAS telah
berkembang pesat dikawasan yang mempunyai institusi pendidikan
agama seperti sekolah pondok dan madrasah. Ini kerana perjuangan islam

9
yang dibawa PAS terikat dengan pembawaan yang diwa Nabi Muhammad
SWT yang menggerakkan pendidikan.

Kajian Idris Ahmad (2009) juga memperlihatkan dapatan dan analisa


yang hampir sama dengan Abu Bakar Chik. Penglihatan beberapa orang
ulamak dan Tuan Guru pada peringkat awal penubuhan PAS memberi
impak yang besar kepada politik orang Melayu. Daerah-daerahyang tebal
dengan tradisi persekolahanpondok khasnya di Kedah, Kelantan ,
Terengganu telah menjadi sasaran parti itu. Antaranya Tuan Guru Haji
Ahmad Tuan Hussein merupakan mudir di Madrasah al-Khairiah di Pokok
Sena, Seberang Hilmiah Padang Lumut Kedah, Tuan Guru Haji Ahmad
Kodiang, Tuan Guru Haji Hussein Che Dol, Tuan Haji Ahmad Fuad menjadi
pengetua al-Masriah, Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution Tanjung
Pauh, Jitra, Tuan Guru Haji Osman Yunus dari Pondok an-Nahdhah Bukit
Besar, Kedah. Di Kelantan, antara tuan guru yang terlibat dengan PAS
pada peringkat awal ialah Tuan Guru Haji Daud Pondok Meranti, Pasir Mas,
Tuan Guru Haji Hussein Rahimi dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dari
Madrasah al-Aahmadiah, Bunut Payong, Tuan Guru Haji Abdul Ghani dari
Madrasah Muhammadiah Kumbang Bemban, Pasir Mas, Tuan Guru Haji
Abu Bakar dari pondok Bukit Tiu, Tuan Guru Haji Omar dari pondok
Kampung Baru Pak Hussein, Tuan Guru Haji Hassan dari pondok Teliar,
Tuan Guru Haji Harunjuga dari Pondok Lemal, Tuan Guru Haji Mustapha
dari pondok Pasir Tumboh dan Tuan Guru Haji Hassan dari pondok Ketereh
yang sebelumnya seorang penyokong UMNO menyertai PAS pada tahun
1958.(M/S:97)

PAS- MENYUMBANG KEPADA PENDIDIKAN


NEGARA

Dalam konteks penyelidikan ilmiah, kaedah dilakukan menerusi


penyiasatan yang tuntas dan teliti terhadap semua bukti yang diperoleh
berkaitan permasalahan yang dinyatakan, sehingga kita sampai kepada
penyelesaian permasalah tersebut. Ini bermakna, penyelidikan bukan
aktiviti pemindahan kenyataan atau kebenaran daripada sumber
maklumat lain. Penyelidikan adalah aktiviti menambahkan ilmu
pengetahuan yang mengurangkan kejahilan kita dan masyarakat terhadap
perkara, benda atau manusia lain (Sulaiman Masri, 2003)

Berdasarkan tempoh masa yang dikaji oleh pengkaji bermula


daripada tahun 1951-2004, iaitu selama 53 tahun. Pengkaji

10
membahagikan kepada empat fasa sumbangan PAS dalam pendidikandi
negara ini. Pengkaji akan menghuraikan rasionaliti setiap fasa dan tempoh
masa yang telah dicerakinkan seperti di bawah:

1. Fasa Pertama: Tempoh ini bermula pada tahun 1951-1971.

2. Fasa Kedua: Tempoh ini berlangsung di antara tahun 1971-1982.

3. Fasa Ketiga: Tempoh ini berlangsung 1990-2004.

Melihat kepada tempoh masa yang dibahagikan kepada empat fasa


di atas menunjukkan sumbangan PAS dalam bidang pendidikan di negara
ini. Empat fasa ini juga mengambarkan rentas sejarah yang berlaku
kepada organisasi PAS seperti perubahan kepimpinan ataupun kemenagan
mereka dalam pilihan raya dan seterusnya memerintah negeri. Pengkaji
akan menjelaskan rasional dan justifikasibagi setiap fasa yang telah
dicerakinkan tersebut.

Fasa pertama adalah tempoh bermulanya PAS pada tahun 1951


yang telah didaftarkan sebagai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu di
Sekolah Agama Seberang Perai. Tokoh-tokoh awal PAS ialah guru-guru
agama dan kalangan yang terlibat dengan pendidikan Islam
(Funstons:1980, Shafie Ibrahim: 1988). Fasa ini bermula dalam keadaan
darurat yang sedang menyelubungi Tanah Melayu akibat pemberontakan
komunis yang bermula pada tahun 1948. Ramai tokoh Hizbul Muslimin
telah mendekam di dalam penjara dan suasana ketakutan akibat
penahanan tanpa bicara terhadapaktivis Hizbul Muslimin. PAS di awal
perjuangannya begitu terikatdan berpusat di kalangan guru agama
sehingga digelar sebagai Parti Pak Lebai (Farish Noor: 2006).

PAS telah mempunyai jaringan yang kukuh di sekolah agama rakyat


apabila ramai aktivitisnya terlibat sebagai gurur sekolah agama dan
madrasah seperti Hasan Adki, Asri Muda Yunus Yatimi, dan juga
menubuhkan KEPAS sebagai gerakan pelajar sekolah agama (Fadhli Ghani:
2003). Pas juga dalam fasa ini telah dipimpin oleh Haji Fuad , Dr Abbas
Alias, Dr Burhanuddin al-Helmy dan juga Dato Asri Muda. PAS telah
memenang Kelantan dan Terengganu dalam pilihanraya umum pada
tahun 1959.Pengkaji akan meneliti sumbangan yang telah PAS berikan di
Kelantan dalam tempoh mereka berkuasa di Kelantan. PAS hanya sempat
berkuasa sementara sahaja di Tererngganu sebelun tumpang pada tahun
1961 akibat masalah lompat parti dan manipulasi politik.Dlam tempoh
inbi juga pemimpin PAS seperti Dr Burhanuddin telah dipenjara di bawah
ISA atas tuduhan ingin mendirikan kerajaan buangan di Pakistan (Ahmad
Boestaman:1971). Dalam tempoh ini PAS tidak mempunyai institusi
pendidikan formal di bawah seliannya sendiri tetapi dimiliki secara

11
peribadi oleh tokoh-tokoh PAS dan ini berlangsung sehingga tahun 1971.
Pda tahun tersebut PAS telah menyertai BN akibat peristiwa 13 MEI1969
yang telah membawa kepada suasana politik yang tidak stabil.

Fasa kedua pula berlangsung dalam keadaan PAS menyertai BN akibat


permuafakatan politik selepas tragedi 13 MEI, antara lain berpunca
daripada ketidakseimbangan kaum di negara ini (Tunku Abdul
Rahman:1970). Dalam tempoh PAS bersama BN, ABIM telah ditubuhkan
pada tahun 1971 oleh graduan-graduan universiti yang mempunyai cita-
cita Islam. ABIM sebagai gerakan satelit kepada pemuda PAS sangat aktif
merespon isu pendidikan negara dan dalam tempoh yang pantas telah
menjadi terkenal sebagai gerakan sosiopolitik anak muda. PAS dalam
tempoh ini masih berkuasa di Kelantan dan melaksanakan agenda
pendidikannya melalui JASA, YIK, YPTIK dan sebagainya. Dekad ini juga
menyaksikan kebangkitan Isla, yang sedang melanda dunia Islam tidak
terkecuali negara Malaysia. Kmpus-kampus universiti mula disentuh
dengtan kesedaran untuki menghayati Islam terutama setelah kerajaan
meminda Akta Universiti dan Kolej(1975), kerana gerakan pelajar yang
lantang, reaksioner, progresif seperti Kelab Sosiolis ini bdibubarkan.
Kelompangan kepada gerakan pelajar yang vokal ini menyebabkan
gerakan pelajar Islam mula mendapat tempat di kampus-kampus
universiti tempatan. Kerajaan melalui DEB telah menghantar ramai pelajar
Melayu ke luar negara dan pelajar-pelajar ini mendapat kesedaran Islam
melalui beberapa pertubuhan peljar yang didirikan, juga akibat pergaulan
dengan tokoh-tokoh pergerakan Islam dari Asia Barat dan juga rantau sub-
continent.

Dalam tahap fasa kedua ini juga telah dikesan, hubungan simbiosis di
antara anggota-anggota ABIM dan jugaDewan Pemuda PAS yang ketika itu
dipimpin oleh Mustapha Ali.ABIM adalah pertubuhan belia Islam yang
banyak bercakap soal pendidikan Islam, termasuk secara aktif
menubuhkan sekolah-sekolah swasta untuk menampung pelajar-pelajar
bumiputera yang tercicir. ABIM yang bersinergi dengan aktivis-aktivis
muda PAS telah menubuhkan pendidikan prasekolah yang dinamakan
TASKI. Sebahagian TASKI inilah yang akhirnya diserap menjadi PASTI
dalam dekad 1980-an apabila berlaku krisis gerakan Islam apabila Anwar
Ibrahim telah menyertai UMNO.

PAS pada tahun 1977 mengalami krisis di Kelantan dan juga akhirnya
telah ditendang keluar daripada BN, dan pada tahun 1978 PAS kehilangan
Kelantan dan mengalami penurunan sokongan yang mendadak daripada
pengundi. Ketika PAS mulai melemah inilah tokoh-tokoh ABIM telah
menyertai PAS seperti Nakhaie Ahmad, Syed Abdul Rahman Syed Ibrahim,
Abdul Ghani Abdul RAHMAN , Dato Fadzil Noor dan lain-lain lagi. PAS

12
mulai mengalami pemerkasaan dalaman dengan kehadiran ramai tokoh
muda ulama dan intektual yang menyertai parti tersebut. Kesedaran
daripada kebangkitan Islam juga semakin menarik aktivis muda Islam
untuk menyertai PAS dan kegiatan PAS di pengkalan politik melayu seperti
Kelantan, Terengganu, Kedah semakin menarik dan memberikan impak
kepada organisasi dalaman PAS.

Kebangkitan Islam yang sedang melanda di luar negara juga turut


mempengaruhi PAS, Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979 juga
memberikan inspirasi kepada penggerak-penggerak muda kebangkitan
Islam di negara ini. Peristiwa politik yang penting di penghujung dekad
1970-an ialahpenaklukan Soviet terhadap umat Islam di Afghanistan di
mana bantahan umat Islam di seluruh dunia telah menimbulkan rasa
penyatuan dan kebersamaan umat Islam1 . Dengan berlakunya
kebangkuitan Islam, terdapat permintaan yang tinggi untuk mewujudkan
institusi Pendidikan Islam di negara ini dan dekad ini juga telah
menyaksikanmunculnya pendidikan prasekolahberorientasikan Islam.
Pada tahun 1982 telah berlakunya beberapa isu besar dalam politik
negara ini, antaranya tokoh belia Islam iaitu Anwar Ibrahim telah
menyertai UMNO. PAS pula telah mengalami perubahan kepimpinan
apabila Dewan Pemuda Pas Pusat mengusulkan usul kepimpinan ulama
dalam partitersebut dan diterima oleh perwakilan dalam muktamar penuh
parti itu di Dewan Syed Nasir (DBP) Kuala Lumpur. Ulama ulama muda
telah mengambil alih parti tersebut daripada kepimpinan Dato Asri dan
kempen menjenamakan kembali PAS sebagai gerakan Islam semakin
agresif dilakukan parti tersebut (Fadhli Ghani:2003)

Fasa ketiga yang bermula dari tahun 1982 sehingga tahun 1990. Fasa ini
terlalu banyak perubahan ataupun transformasi dalaman yang berlaku,
antaranya PAS telah menegaskan kembali gerakan mereka sebagai
gerakan Islam yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup (Farish
Nor:2006). PAS tidak lagi terikatdengan nuansa politik Melayu
sebagaimana era Dato Asri. PAS juga menyemarakkan kembali pusat
pengajian pondok dan sekolah agama rakyat milik ahli mereka,
mengerakkan pendidikan prasekolah dengan leboih tersusun,
mewujudkan skema tarbiah di seluruh negara. PAS juga mula membina
rangkaian pendidikan sehingga peringkat menengah.2 Fasa ini ialah yang
paling rancak dengan gerakan pendidikan yang digerakkan oleh Dewan

1 Dewan Pemuda PAS Pusat dalm pelbagai program antarabangsa dalam dekad
80-an dan awal 90-an sentiasa memanggil wakil Iran dan Afghanistan.
Contohnya program Himpunan Jihadul Akhbar pada 19 November 1991 turut
menjemput wakil Iran dan Afghanistan. Lihat minit mesyuarat DPPP bertarikh 20
Oktober 1991. Perkara 5.3.4.

13
Pemuda PAS (Fadhil Ghani: 2003, Riduan Mohamad Nor: 2004) dan Dewan
Ulama PAS di semua peringkat. Tempoh masa ini juga memperlihatkan
masa uttuk mempraktiskan gagasan Islam sebagai cara hidup yang
lengkap dan merealisasikan impian PAS untuk mewujudkan institusi
pendidikan mereka sendiri.

Dakwah Islamiyyah bermakna menyeru manusia ke jalan Allah SWT dalam


erti kata mengajaknya menerima Islam dan seterusnya menegakkan
kehidupan dengan berasaskan kehendak dan peraturan Allah SWT (an-
Nahl:125) Islam adalah agama sempurna yang berasaskan wahyu Ilahi (al-
Maidah:53), dengan erti kata dalam pola kehidupan semua aspek
kehidupan manusia malah setiap kegiatan hariannya diatur sebaik-baik
menurut perintah Allah SWT, bersama tauladan yang ditinggalkan Nabi
Muhammad SAW (al-Anam:162). Justeru Islam itu cara hidup yang
mnenyeluruh maka apabila diwujudkan usaha-usaha pendakwah
mengenainya, semestinya usaha-usaha itu juga dibuat secara menyeluruh
dengan erti kata lain apabila disebut gerakan dakwah, maka secara
implikasinya gerakan itu semestinya mengenai dan melibatkan seluruh
kehidupan manusia dalam erti kata semuanya perlu diletakkan di atas
landasan Islam. Berdasarkan pengumpulan data yang telah dihimpun dan
disemak oleh pengkaji, bentuk sumbangan dan peranan yang dimainkan
oleh PAS semenjak pramerdeka. Pengkaji memcahkan persoalan kepada
beberapa sub-tema seperti tokoh-tokoh PAS, institusi pengajian , juga
pengajian PAS dalam pendidikan.

PAS semenjak mengadakan Muktamar Agung yang pertama pada 2dan


4 Januari 1953 di Madrasah Ad-Dairat Al-Marif Kepala Batas,Pulau Pinang
dimana muktamar ini telah dihadiri oleh dua puluhorang Ahli
Jawatankuasa Ekskutif dan 20 perwakilan dari sebelas buah cawangan
PAS. Dalam muktamar ini, muktamar bersetuju dengan resolusi antara
lain memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar agama.

Wakil-wakil rakyat PAS termasuk Dr Burhanuddin, ketika belum ditahan


di bawah ISA begitu aktif membincangkan dasar pelajaran. Dr
Burhanuddin mahukan kerajaan tegas dalam melaksanakan dasar
pelajaran ini. Beliau amat risau dengan dasar yang massih menggunakan
bahsa inggeris kerana tanpa usaha yang gigih Bahasa Kebangsaan tidak
mungkin dugunakan di sekolah-sekolah tinggi dalam tempoh 10 atau 20
tahun akan datang. Dr Burhanuddin al-Helmy sebagai ahli politik yang
berpengalaman dan pejuang bangsa melayu yang sentiasa
melihatkepentingan bahasa melayu sebagai maruah bangsa. Beliau
mampu menjangkakan apa yang akan berlaku jika usah bersungguh tidak

2 Dewan Muslimat PAS Pusat melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan

14
dibuat untuk mengangkat harkat Bahasa Melayu.Pemikiranh Dr
Burhanuddin jelas menjangkau ke hadapan. Sehingga tahun 1967
misalnya, jelas Bahasa Melayu jelas belum menjadi bahasa rasmi
sepenuhnya. Maka dengan sebab itu PAS menuntut lagi sekali, dan
berpegang kuat pada tuntutannya, bahawa bahasa tunggal dan rasmi
Tanah Melayu adalah Bahasa Melayu. Ini adalah disebut, bahawa Bahasa
Melayu itu, dijadikan bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan yang tunggal
dalam negeri ini dari sekrang juga.Oleh hal demikian,setiap kali muktamar
PAS berlangsung maka isu-isu tentang pendidikan sentiasa diperbahas
oleh perwakilan parti tersebut, selain disorot dalam ucapan dasar Yang
Dipertua (Presiden).

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan nonformal bagi kanak-kanak


yang berumur diantara 4 hingga ke 6 tahun. Pendidikan prasekolah pada
peringkat ini adalah untuk memberikan kanak-kanak mengembangkan
potensi mereka secara menyeluruh dari segi sosial, emosi, rohani,
intelektual, dan fizikal. Pendidikan prasekolah juga menyediakan
persekitran untuk kanak-kanak mendapat pengalaman yang boleh
menimbulkan untuk perasaan dan ingin berfikir, membaca dan menulis.

Dengan perkembangan pantass landskap politik, ekonomi dan sosial


negara ini selepas kemerdekaan, pendidikan prasekolah telah
dibangunkan dengan pesat sama ada oleh pihak kerajaan,kerajaan
Negeri, pertubuhan bukan kerajaan, kesatuan sekerja setempat, badan-
badan Islam seperti PERKIM, Persatuan Gereja-gereja Kristian, pertubuhan
politik dan juga NGO-NGO Islam.

Riak untuk menubuhkan pusat prasekolah yang berorientasikan Islam


semakin hebat pada penghujung dekad 70-an , terutama apabila
kelompok kelas menengah Melayu semakin membesar terutama yang
mempunyai kesedaran Islam. Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI telah
dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu, manakala di Kelantan
pula pusat pendidikan prasekolah yang ditaja oleh Lajnah Tarbiyah Dewan
Pemuda PAS Kelantan dikenali sebagai PUTERA ISLAM. Di negeri Kedah
pula telah diwujudkan pendidikan prasekolah di bawah kendalian Dewan
Pemuda PAS Kedah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam.
Dewan Pemuda PAS Kedah yang dipimpin oleh Najib Pahmi Yahaya telah
menubuhkan PASTI di setiap kawasan di Kedah yang dikendalikan oleh
Pemuda PAS Kawasan masing-masing.

Pada 29-30 Mei 1988 telah berlangsung seminar prasekolah di


Masjid Rusila, Terenggganu yang telah dianjurkan Dewan Pemuda PAS
Pusat. Seminar ini rentetan daripada keseriusan Dewan Pemuda PAS untuk
merakyatkan pendidikan prasekolah yang beroientasikan Islam di negara

15
ini denga penglibatan PAS dengan sistematik. Dua orang tokoh pendidikan
PAS telah membentangkan kertas kerja iaitu Harun Taib dan Abdul Halim
Arsyad.

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan pelbagai usaha untuk


mengetengahkan PASTI kepda masyarakat terutama kepada ahli-ahli PAS.
Pada 23 Disember 1989 Dewan Pemuda mengeluarkan arahan supaya
kempen digerakkan ke seluruh negara. Bagi mengekuhkan lagi organisasi
PASTI mulai Januari 1963, semua PASTI diarahkan supaya berdaftar
dengan PASTI Pusat untuk mengelakkan tekanan kerajaan yang mahu
masalah didaftarkan dengan kerajaan.

PEMBANMGUNAN PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ

Di negara ini dalam konteks sekolah tahfiz bermula agak lewat


berbanding dengan umat Islam di negara lain seperti di Pakistan,Mesir,
Syria dan sebagainya. Dengan berlakunya kebanhgkitan Islam di negara
ini, permintaan untuk mewujudkan sekolah-sekolah tahfiz mula muncul
dan PAS tidak ketinggalan dalam mewujudkan pusat pengajian tahfiz.
Perkembangan pusat tahfiz ini yang pada asalnya hanya menekankan
hafalan al-Quran dan ilmu yang berkaitan dengan al-Quran akhirnya telah
dipertingkatkan lagi denga pelajar diperkenalkan dengan peperiksaan
awam seperti dilaksanakan di bawah banyak sekolah tahfiz yang dinaungi
di bawah PAS. Di Negeri Johor antara pusat tahfiz yang diwujudkan oleh
PAS ialah Sekolah Rendah dan Menengah Al-Tahfiz, Pasir Gudang. Di
Negeri Sembilan ialah Maahad Tahfiz AL-Quran Ibnu Hajar, Batu Kikir,
Sekolah Rendah Islam Darul Ulum , Seremban, Sekolah Tahfiz Darul Qura
di Port Dikson

Pusat Maahad Tahfiz di Melaka pula ialah Maahad Tahfiz Ummul


Amirah Masjid Tanah, Mahaad Tahfiz as-Solihin, Jasin.Di Pahang, Maahad
Tahfiz al-Amin, Temerloh, Pomdok an-Nur di Kuantan. Di Terengganu ialah
Maahad Tahfiz Wat Taalim Matlain Badrain, Setiu, Maahad Darul Quran,
Rusila, Marag, Sri Darul Bayan Dungun, Maahad Tahfiz Wal Tarbiah Darul
Iman, Kuala Terengganu.Di Pulau Pinang, Maahad Tahfiz al-Quran Wal
Qiraat Jalan Air Hitam. Di Kelantan ialah Darul Quran Selor Machang, Pasir
Ma. Di Kedah, antara sekolah tahfiz yang ditubuhkan ialah Maahad Tahfiz
Saidina Abu Bakar,Kuala Nerang,al-Azhar Amal Aimy Zdalifah,Alor Setar,
Madrasah Nurul Islah, Zubaidiah,Merbok, Maahad Tahfiz al-Quran Misbahul
Munir. Sekolah tahfiz yang ditubuhkan di Perlis ialah Maahad Tahfiz Imam

16
Nawawi (MATIN) yang ditubuhkan oleh Ustaz Yusaini Yahya yang
merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis.

Di Kelantan, pembangunan tahfiz berlaku dengan pesat semenjak


tahun 1990, juga seiring dengan minat mendalam masyarakat terhadap
pengajian tahfiz. Kerajaan PAS di Kelantan turut membina Maahad Tahfiz
Sains di Tanah Merah, Bachok dan beberapa buah lagi untuk
menyemarakkan pendidikan tahfiz ini yang mendapat permintaan yang
tinggi daripada masyarakat.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH

Pendidikan dalam masyarakat jelas telah memainkan peranan amat


penting, menepati posisi penting, baik dalam pembentukan karakter
mahupun sebagai wahana untuk meningkatkan kecerdasan serta
keterampilan anggota masyarakat. Sekolah adalah jambatan untuk
pendidikan yang ingin dicapai.

Sekolah memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana


pengaruhnya besar pada jiwa anak-anak. Maka di samping keluarga
sebagai pusat pendidikan, sekolah pun mempunyai fungsi sebagai pusat
pendidikan, sekolah pun mempunyai fungsi sebagai pusat pendidikan
untuk pembentukan peribadi anak-anak. Dengan sekolah kerajaan
mendidik bangsanya untuk menjadi seorang ahli yang sesuai dengan
bidang dan bakatnya anak didik, yang berguna pada dirinya dan berguna
bagi nusa dan bangsanya. Dengan sekolah, golongan atau parti mendidik
kader-kadernya untuk meneruskan dan memperjuangkan cita-cita dari
golongan atau partinya.

Berkesannya sekolah sebagai tempat indoktrinisasi adalah sangat


disedari oleh kerajaan dan juga pertubuhan agama. Seluruh gerakan Islam
yang wujud di dunia menggerakkan institusi seperti sekolah rendah dan
juga sekolah menengah, termasuk PAS di negara ini. Semua responden
menyetujui bahawa PAS memberikan perhatian keoada pembinaan
institusi pendidikan rendah dan menengah sebagai alat untuk melahirkan
pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup. Sekolah adalah sebagai
lembaga pendidikan formal, diadakan di tempat tertentu, teratur,
sistematik, mempunyai tempoh dan dalam waktu tertentu.

PAS telah melangkah setapak lagi dalam mengerakkan institusi


pendidikan apabila jentera partinya telah menubuhkan Sekolah Rendah
Islam (SRI). Kesedaran untuk menumbuhkan sekolah-sekolah rendah Islam
ini adalah kerana permintaan ibu bapa untuk menampung keperluan

17
pendidikan anak-anak selepas melalui pendidikan prasekolah di PASTI. PAS
di semua peringkat telah berusaha untuk menubuhkan Sekolah Rendah
Islam bagi mengembangkan sistem Pendidikan Islam di negara ini dan ia
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli mereka
sendiri.PAS juga menubuhkan Majlis Pendidikan PAS bagi menyelaraskan
kukrikulum dan pemantauan yang berterusan terhadap sekolah-sekolah
yang ditubuhkan oleh PAS di semua peringkat atau ahli mereka secara
individu.

Antara Sekolah Rendah Islam yang ditubuhkan oleh PAS ialah Sekolah
Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Sekolah Rendah Madinatul Ilmi
(Kelantan), Sekolah Rendah Islam al-Ummah (Wilayah Persekutuan),
Sekolah Rendah Islam at-Taqwa, Sekolah Rendah Islam al-Islah, Sekolah
Rendah Islam Ehsan, Sekolah Rendah Islam Darul Mujahidin, Sekolah
Rendah Islam Darul Bayan dan sebagainya.Sekolah rendah Islam ini
mempunyai UPSRI (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam) untuk pelajar
darjah lima.

PAS juga telah mengambil insiatifuntuk membina pendidikan peringkat


menengah bagi mewujudkan kitaran pendidikan yang ditaja oleh PAS
terutama selepas PAS dipimpin oleh kepimpinan ulama. Sekolah-sekolah
menengah Islam yang ditubuhkan oleh PAS ini juga berfungsi mencetak
kader-kader parti dan menjadi pengkalan program PAS.

Antara PAS negeri yang agak terkedepan dalam penubuhan sekolah


menengah Islam di bawah kelohan parti ialah PAS Terengganu, Kedah ,
Kelantan dan Perlis. Di Terengganu, Institut Berakan atau Maahad Ikhwan
yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Mengadang Akar, Kuala Terengganu.
Maahad ini pada pertengahan dekad 1970-an telah menjadi markas
kegiatan ABIM di Terengganu. Sekolah swasta ini akhirnya telah
dirobohkan oleh pihak kerajaan BN pada tahun 1991 dan akhirnya pihak
pengurusan dengan bantuan orang ramai telah membangunkan pula
sekolah ini di Kampung Tok Jiring, Terengganu.

PAS di Kedah juga turut menubuhkan Sekolah Menengah Islam mereka


iaitu di Darul Ulum, Pokok Sena dan Maahad Islahiah,Memali, Kedah.
Penubuhan sekolah menengah Islam ini juga rentetan daripada desakan
ahli dan keperluan untuk mewujudkan rantaian pendidikan rantaian
pendidikan dalam PAS. Antaranya Dewan Pemuda PAS Kedah juga telah
menubuhkan Lujnah Pendidikan untuk mengelola. Memantau, memajukan
institusi pendidikan dalam PAS.Sehingga tahun 2004 boleh dikatakan di
setiap negeri telah wujud sekolah Islam milik PAS termasuk di negeri
Sabah.

18
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI

PAS semenjak awal penubuhan parti tersebut, bahkan gerakan Islam


sebelumnya seperi Hizbul Muslimin telah berusaha menubuhkan pusat
pengajian tinggi, pergerakan MATA kemudiannya tertumpu kepada
menyambung usaha mewujudkan Universiti Islam yang pernah
diusahakan oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir di Maahad al-Ihya as-Syarif dan
Madrasah Idrisiah sebelum Perang Dunia Kedua.Bagi MATA, kesungguhan
mengerakkan umat Islam ini adalah sebahagian daripada penentanangan
umat Islam terhadap Melayu Union.

Usaha berterusan telah dubuat untuk memajukan penddikan tinggi di


negara ini dan pimpinan PAS tidak menyembunyikan keinginan mereka
untuk melihat tegaknya institusi pendidikan tinggi. Antara tokoh beasar
PAS yang sentiasa bercakap tentang Pendidikan Tinggi Islam ialah Prof
Zulkifli Mohamad dan beliau adalah antara pengasas Kolej Islam Malaya
(KIM) dan juga penyokong kepada penubuhan YPTIK Nilam Puri. Ahli
parlimen Bachokyang berkaliber, Abu Bajar Hamzah pula telah membawa
usul Kolej Islam Zulkifli

Mohamad. Beliau telah menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan


kepada umat Islam kepentingan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di
negara ini. Abu Bakar Hamzah berpandangan bahawa (Kolej Islam Malaya)
KIM wajar dinaiktaraf kepada Universiti Islam yang akan mengandungi
tiga fakulti iaitu Fakulti Undang-undang, Fakulti Bahasa dan Sosiologi.

Menurut Ustaz Abu Bakar Hamzah, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS,
Universiti Islam perlu diwujudkan selaras dengan kedudukan Islam

19
sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu yang termaktub dalam
Perlembagaan negara, sekali gus dengan wujudnya institusi pendidikan
tinggi Islam, kedudukan Islam perlu dipertingkatkan kedudukannya dalam
negara ini.Beliau juga mengatakan sistem pendidikan yang ada sekaran
tidak dapat menerangkan keindahan Islam.Universiti itu adalah perlu
sebagai penyebar dan penyampai keindahan Islam kepada masyarakat.

Pada tahun 1964, sebaik sahaja Dato Mohd Asri bin Haji Muda
memulakan tugas sebagai Menteri Besar, beliau memaklumkan kepada
pihak pimpinan PAS negeri Kelantan, masalah penubuhan Yayasan Pusat
Pengajian Tinggi Islam ini adalah masalah yang termasuk dalam senarai
utama kerajaan PAS pimpinan beliau.PAS di Kelantan akhirnya telah
Berjaya menubuhkan YPTIK semasa memerintah Kelantan pada fasa
pertama.

Selepas memenangi Kelantan sekali lagi pada tahun 1990, kerajaan


PAS juga telah berusaha menubuhkan pusat pengajian tinggi. Antara
usaha yang telah dibuat ialah menubuhkan Maahad Dakwah Wal
Immamah di Nilam Puri. Maahad Dakwah akhirnya diperbesarkan
perannya sebagai insitusi pendidikan tinggi, maka akhirnya KIAS telah
ditubuhkan pada 24 Ogos 1999.

Antara lain ialah penubuhan Institut Tekonologi Ibnu Sina.


Penubuhan Kolej Universiti yang terletak di Seri Gomabak ini diinisiatifkan
oleh sebuah badan koperasi yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda
PAS pusat iaitu Koperasi Siswazah Berhad (KOSIS). KOSIS telah ditubuhkan
pada tahun 1994 semasa Dewan Pemuda PAS dipimpin oleh Dato Abu
Bakar Chik, bertujuan untuk menghimpun dan menyatukan siswazah
penyokong PAS , lulusan dalam dan luar negeri.

KESIMPULAN

20
Sebagai pengkaji dan mengamati lekukan perjalanan Pas dalam
bidang oendidikan di negara ini, pengkaji mengharapkan supaya pelbagai
pihak terusmemberikan sumbangan yang semaksimum mungkin untuk
menjana kemajuan pendidikan Islam di negara ini. Pendidikan adalah
wahana untuk mencerdaskan bangsa, maka usaha Pas haruslah dilihat
persaingan sihat dalam pendemokrasian pendidikan di negara kita.

Kajian ini juga mendapati PAS seperti mana gerakan Islam


kontemporari lain di luar negara seperti Ikwanul Muslimin, Jamiat Islami,
Parti Saadat (Turki) telah Berjaya mempunyai rakaian pendidikan mereka
sendiri. Bahkan PAS paling lengkap kitaran pendidikan bermula daripada
pra sekolah sehinggalah kolej universiti disamping pemberdayaan aspek
pendidikan apabila mereka mempunyai kerajaan sendiri. Mungkin yang
membezakan PAS dengan gerakan Islam lain di luar negara ialah ganguan
pemerintahan yang ekstrem terhadap kegiatan mereka, sepertiyang
dialami oleh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami. Ikhwanul Muslimin yang
ditubuhkan pada tahun 1928 telah beberapa kali diharamkan pemerintah,
begitu juga Jamiat Islami di negara negara sub-kontien yang juga diterjah
penguasa.

Kajian ini telah menunjukkan secara emperikal bahawa PAS turut


menyumbangkan dalam membina peradaban bangsa melalui pendidikan
dan pencerahan semenjak parti itu ditubuhkan pada tahun 1951. Hasil
dapatan kajian juga telah membenarkan persoalan kajian yang telah
dikemukakan dalam bab awal ini.Pengkaji juga telah memberi cadangan
untuk penambahbaikan dalam memastikan apa yang diusahakan oleh PAS
memberi manfaat secara menyeluruh terhadap kemajuan pendidikan
negara dan bangsa ini.

21
RUJUKAN:

1. Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan Di Malaysia (1951-2004),


Dr. Riduan Mohamad Nor, Jundi Resources, 2013.

2. Touch N Get (Aplikasi Smartfhone PAS).

3. Mengenal Falsafah Pendidikan, Abdul Fatah Hasan, Utusan


Publications, 2007.

4. Jika Islam Mentadbir, Abdul Hadi Awang, Penerbitan Gedung Gua,


1984.

5. Membangun Gagasan Baru Pendidikan Islam Malaysia, Abu Bakar


Chik, Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia Tahun 2010 (Shah
Alam), 2010.

22

Anda mungkin juga menyukai