Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dan
keredhaan Allah SWT yang melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh
Al-Quran dan al-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan
mendapat keampunan Illahi.1 Tamadun Islam pernah muncul sebagai sebuah kuasa
empayar yang teragung melalui penaklukan negara Eropah, India, Asia Tenggara dan
sebagainya. Tamadun Islam merupakan satu teladan yang baik kepada peradaban manusia
dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kewujudan tamadun Islam memiliki
sebuah sejarah yang dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat pada masa kini.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW menjadi titik permulaan wujudnya sejarah Islam di rantau
dunia ini. Perkara ini secara tidak langsung telah mengakibatkan kepada wujudnya
beberapa pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang menjalankan pemerintahan berasaskan
pegangan agama dan akidah. Kepimpinan dapat ditakrifkan sebagai satu keupayaan
individu untuk memimpin dan mempengaruhi pengikut bagi mencapai sesuatu matlamat 2
Dalam sejarah dunia Islam, semasa sistem pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, Umar Al-
Khattab dan juga khalifah keenam Bani Umaiyah iaitu Umar bin Abdul Aziz telah lahir dan
melakukan banyak pembaharuan yang menyumbang kepada masyarakat sehingga hari ini.

1Abdullah Zhidi Omar & etc. 2013. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. m/s 26.

2 Yazid Abdul Manap. 2015. Pemimpin Hebat. m/s 35.

1
2.0 Pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz Semasa
Pemerintahan

Umar Bin Al-Khattab bin Nufail Bin Abdil Uzza, dikenali juga dengan nama Umar al-Farooq,
Omar atau Umar.3 Umar al-Khattab adalah salah seorang bangsawan Quraisy iaitu dari Bani
Adi. Umar pernah menyandang jawatan terhormat seperti juru diplomasi, utusan khusus,
duta besar dan juru runding. Umar tercatat sebagai orang yang ke-40 memeluk Islam pada
Zulhijah tahun ke-6 kenabian.4 Setelah menyelami diri dalam ilmu Islam, Umar telah banyak
berjasa dalam proses mengukuhkan daulah Islam di serantau dunia. Beliau telah dipilih oleh
Saidina Abu Bakar (khalifah pertama) untuk menjadi khalifah kedua Islam pada tahun 13
Hijrah. Melalui pelantikan ini, beliau menjadi salah seorang khulafa al-Rasyidin dan telah
menjalankan pemerintahan yang cekap dalam masa 10 tahun pemerintahannya. Mengikut
tradisi bangsa Arab Umar telah muncul sebagai seorang yang telah terbukti kebolehannya
dan hampir merupakan suatu kemestian bahawa beliau dipilih sebagai pemimpin.5

Dalam kerajaan Bani Umaiyah pula, muncul seorang pemimpin yang teragung iaitu
Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan dan dilahirkan pada tahun 682. Beliau adalah keturunan
dari Umar al-khattab dari sebelah ibunya, iaitu Laila Hashim bin Umar bin al-Khattab. 6 Umar
bin Abdul Aziz pernah menyandang jawatan sebagai gabenor di Hijaz sewaktu pemerintahan
Abdul Malik dan al-Walid. Pemilihan Umar sebagai khalifah Umaiyah bagi mengantikan
tempatnya diputuskan oleh Sulaiman sebelum kewafatannya. Walaupun pemilhan dilakukan
oleh Sulaiman, namun rakyat sendiri telah membaiat dan menyatakan sumpah setia
kepadanya. Tempoh pemerintahan Umar selama dua tahun merupakan jangka masa yang
pendek namun beliau dapat melakukan beberapa perubahan yang menyumbang kepada
kesejahteraan rakyat.

Persamaan pertama dapat dilihat pada kedua-dua khalifah ini apabila mereka
mengutamakan ajaran Islam dalam memerintah sesebuah kerajaan. Perkara ini dapat
dibuktikan apabila Umar bin al-Khattab memerintah Parsi beradasarkan prinsip Islam dan
mendorong kebanyakan penduduk wilayah tersebut menerima dan memeluk agama Islam.
Begitu juga dengan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sepanjang pemerintahannya beliau
sentiasa bersikap sederhana dan bersifat Zahid tanpa mementingkan kemewahan. Beliau

3 https://ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab

4 Musthafa Murad. 2015. Kisah Hidup Umar Ibn Khattab r.a. m/s 25.

5 Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 37.

6 Mohd Mokhtar Shafie.1993. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. m/s 408.

2
juga mahu melihat ahli keluarganya bersikap benar dan adil, justeru itu beliau telah
memansuhkan semua tanah sawafi yang dikurniakan kepada keluarga Marwan, serta wang
awam yang dibayar kepada pengawal-pengawal peribadi mereka. 7 Anjakan ini dilaksanakan
semasa daulah Bani Umaiyah kerana pendirian beliau yang mementingkan cara
pemerintahan berdasarkan prinsip agama Islam.

Perubahan yang dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz sangat berbeza dengan
khalifah bani Umaiyah yang lain dimana mereka mementingkan kehidupan kebendaan.
Seterusnya, Umar bin Abdul Aziz juga telah mengembalikan rakyat kepada syariat Islam
melalui pemerintahannya seperti pada zaman permulaan Islam dulu. 8 Menurut Abdul Ala al-
Maududi, Umar merupakan mujaddid pertama dalam Sejarah Islam.9 Beliau telah
dikurniakan penghormatan ini disebabkan kegigihannya untuk menghidupkan kembali
(ihyarevive) Sunnah dan menghancurkan tradisi yang jahiliah yang semakin menular.

Dalam proses pembaharuan ini, kedua-dua pemimpin ini amat menitikberatkan


kesejahteraan rakyat. Umar bin al-Khattab memberikan perhatian khusus terhadap
kebajikan rakyat sehingga pada zamannya bermula sistem pentadbiran yang serba teratur
berdasarkan kepada prinsip Syura. Beliau juga akan melakukan rondaan pada waktu
malam dalam usaha untuk mengetahui denyut nadi rakyatnya dan menolong mereka
dengan merahsiakan identitinya. Umar bin Al-Khattab juga bertindak adil dengan
menghapuskan pemerasan tuan-tuan tanah (landlords) terhadap kaum petani. Perhatian
khas terhadap kesejahteraan rakyat telah membawa kepada kewujudan klinik dan rumah
sakit semasa pemerintahan Umar.

Umar bin Abdul Aziz juga, telah berusaha gigih dalam membasmi kemiskinan di
kalangan masyarakat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pengakuan yang diberikan oleh
Yahya Bin Said, dimana menyatakan bahawa Umar telah mengutuskannya ke Afrika Utara
untuk membahagikan zakat kepada fakir-fakir yang memerlukan, tetapi tidak seorang yang
menerimanya kerana sememangnya Umar telah menjadikan mereka kaya.10 Umar juga
akan memilih menggunakan kewangan untuk membantu fakir miskin yang kelaparan dari
memperindahkan dinding masjid. Perkara ini sememangnya telah membuktikan bahawa

7 Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 176.

8 Mohd Mokhtar Shafie.1993. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. m/s 408.

9 Abdul Rahman hj.Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. m/s 175.

10 Ibid. m/s 179.

3
kedua-dua pemimpin ini menitikberatkan kepentingan rakyat dalam proses membangunkan
kerajaannya.

Dalam aspek pentadbiran pula, Umar bin al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz telah
bergerak secara bijaksana dengan mengaplikasikan pelbagai rancangan strategik. Umar Bin
Al-Khattab bagi melicinkan pentadbiran wilayahnya, telah melaksanakan dasar disentralisasi
dengan membahagikan negara kepada lapan wilayah. Umar juga turut memperkenalkan
istilah perundangan moden yang dipanggil prinsip perasingan kuasa dimana para kadi
diberikan kebebasan untuk menjalankan tugas mereka tanpa khuatir terhadap kuasa politik.
Lembaga Konsultansi Hukum turut diperkenalkan oleh Umar agar dapat berfungsi sebagai
penegakan hukum sehingga masyarakat hendak mengadu sesuatu haldi pengadilan.

Dalam soal pentadbiran, Umar bin Abdul Aziz telah melakukan perubahan dengan
mengantikan para pembesar dan pegawai yang tidak layak semasa pemerintahannya.
Kuasa gabenor-gabenor mula diawasi dan pegawai yang zalim telah disingkirkan. Perkara
ini dibuktikan dengan lucutan kuasa Yazid yang gagal menghantar harta rampasan perang.11
Beliau telah mengundurkan kebanyakan tentera Syria di Iraq dan Khurasan bertujuan
mewujudkan masyarakat stabil menerusi perimbangan kuasa politik bagi setiap wilayah.
Selain itu, beliau juga telah memartabatkan kedudukan kadi-kadi (hakim), di taraf yang
terhormat dengan kuasa yang agak luas. Perkara ini agak bersama dengan tindakan yang
diambil oleh Umar al-Khattab dimana mengasingkan kuasa kepada para hakim.

Seterusnya, dari aspek perluasaan kuasa dapat dilihat sedikit perbezaan di antara
pemimpin Umar bin al-Khattab dengan Umar bin Abdul Aziz. Semasa pemerintahan Umar
bin al-Khattab telah berlaku perluasaan empayar Islam dengan penaklukan wilayah Parsi,
Rom, Mesir, Iraq, Syria, Palestin dan sebagainya. Gerakan-gerakan ketenteraan di zaman
Umar tertumpu kepada jajahan-jajahan Rom serta wilayah Parsi sendiri, sebagai penerusan
daripada gerakan pada zaman Abu Bakar dahulu.12 Beliau telah merancangkan pelbagai
strategi dalam proses menjayakan penaklukan dan mewujudkan kuasa empayar Islam yang
teragung.

Pemilihan panglima untuk mengetuai peperangan dibuat secara wajar oleh Umar al-
Khattab agar dapat memastikan kemenangan pasukan Islam dalam pertempuran
menentang wilayah Parsi, Iraq, Syria dan lain-lain. Semasa pemerintahan Umar bin Abdul
Aziz, tidak berlaku sebarang perluasaan kuasa secara drastik. Beliau lebih tumpukan
kepada gerakan dakwah daripada perluasan kuasa. Perkara ini dapat dibuktikan dengan

11 Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 169.

12 Abdul Rahman hj.Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. m/s 176.

4
peristiwa raja Srivijaya iaitu Srindravarman memeluk agama Islam pada 718 Masihi,
memanggil balik angkatan tentera yang bertempur di Constantinople dan pengislaman raja-
raja Sind.13 Tambahan pula, Umar juga telah memerintahkan Ibnu Hazm, gabenor Madinah
untuk mengumpulkan hadith-hadith.

Dalam bidang ekonomi juga, Umar bin al- Khattab telah membawa perubahan
dengan menubuhkan Baitulmal (perbendaharaan). Sumber kewangan negara diperolehi
melalui cukai yang dikenakan seperti kutipan zakat, cukai kharaj cukai jizyah serta harta-
harta rampasan musuh dalam peperangan (ghanimah) dan disimpan di dalam baitulmal.
Untuk pengurusan perbendaharaan negara itu, Umar menetapkan tadwin-al-diwan sebuah
sistem akaun pencatatan belanja yang pertama kali ada dalam sejarah Arab. 14 Dengan
adanya sumber-sumber kewangan seperti ini, dapatlah Umar melaksanakan program-
program sosialnya, seperti memberi elaun khas kepada rakyat. Umar bin al-Aziz pula,
membawa perubahan dalam bidang ekonomi dengan meringankan cukai-cukai Nasrani dan
telah menghentikan pungutan jizyah terhadap sesiapa yang telah memeluk Islam. Cukai lain
seperti usyr (hasil pertanian) dan Muqasamah (hasil tanah yang diusahakan) maish terdapat
semasa pemerintahannya. Sumber baitulmal juga diteruskan semasa pemerintahan Umar
bin abdul Aziz.

Seterusnya, bidang ilmuwan turut mendapat perhatian daripada kedua-kedua


Khalifah Islam ini. Khalifah Umar bin al-Khattab menitikberatkan ilmu pengetahuan dengan
mendirikan pusat-pusat pengajian Islam. Tujuan utama beliau memperkembangkan pusat
ilmuwan adalah bagi mengajarkan dan menyebarkan al-Quran ke seluruh pelosok negeri.
Umar berkata bahawa Ajarkanlah kepada mereka firman-firman Allah, juga hadis-hadis
Rasullulah.15 Sorotan daripadanya beliau telah mendirikan pusat-pusat pengajian seperti
madrasah di Basrah, Kufah, Fustat, dan sebagainya 16 Umar Bin Abdul Aziz yang
melatarbelakangkan pendidikan yang baik turut mempergiatkan proses keilmuwan dengan
mengerahkan para ulama agar mengembangkan ilmunya. Semasa pemerintahannya,
masjid dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk tujuan menimba ilmu.

Fokus terhadap pembangunan kerajaan dengan meningkatkan kemudahan mendapat


perhatian kedua-dua pemimpin ini. Umar bin al-Khattab semasa pemerintahannya telah

13 Ibid. m/s 178.

14 Musthafa Murad. 2015. Kisah Hidup Umar Ibn Khattab r.a. m/s 150.

15 Ibid m/s 141.

16 Abdul Rahman hj.Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. m/s 145.

5
membangunkan kota-kota seperti Basyhrah, Fusthath yang memiliki kemudahan seperti
saluran air, masjid dan juga pejabat-pejabat pemerintahan. Semasa pemerintahan Umar bin
Abdul Aziz program-program pembangunan pesat berlaku dimana muncul jabatab-jabatan
pos, rumah-rumah tumpangan, mengali parit, terusan dan sebagainya. Dalam soal
ketenteraan, Umar bin al-Khattab mentransformasikan dengan membahagikan tentera Islam
kepada dua bahagian iaitu aliran sepenuh masa (standing army) dan orang awam yang
dikerahkan di masa-masa tertentu (volunteer). Umar II pula telah mengemukakan undang-
undang yang membayar gaji kepada tenaga tentera yang terdiri daripada masyarakat Arab
dan sebaliknya melalui pengumuman Rasmi Fiskal (Shaban,1984). 17

3.0 Kesimpulan

Sumbangan Umar bin al-Khattab dengan Umar bin Abdul Aziz terhadap pembangunan Islam
memang tidak terhingga. Semasa kepimpinan mereka telah berlaku banyak perubahan yang
memberi faedah kepada masyarakat sehingga pada masa kini. Kepimpinan mereka dapat
dijadikan sebagai satu teladan yang baik kepada kanak-kanak dan remaja pada zaman
moden ini. Antaranya, sikap mereka sebagai ketua kerajaan yang menitikberatkan
kesejahteraan rakyat melebihi segalanya dapat dijadikan sebagai satu pengajaran. Perkara
ini sesuatu yang perlu ditanamkan dalam diri seseorang individu yang kian menjadi
pemimpin dalam rutin harian mereka. Contohnya, di sekolah murid yang dilantik ketua
kumpulan perlu memberikan perhatian khas dalam menerima pandangan ahli kumpulan. Ini
secara tidak langsung membantu dalam menjaga kebajikan ahli kumpulan. kedua-dua
khalifah ini memberi Penekanan terhadap ilmu pengetahuan oleh Ibnu Al-Khattab dan Umar
bin Abdul Aziz juga antara perkara yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan. Sifat
peribadi yang melayan semua orang secara adil yang terdapat dalam diri Khalifah ini perlu
dicontohi. Di negara Malaysia, masyarakat terdiri dari berbagai bangsa, kaum, warna,
bahasa dan sebagainya. Oleh itu, sifat ini perlu diterapkan dalam diri setiap warganegara
agar tidak berlaku diskriminasi dan dapat membentuk semua negara bangsa. kedua-dua
khalifah ini melibatkan diri dalam isu rakyat secara langsung iaitu menurun padang untuk
melihat keadaan rakyat adalah sesuatu asas yang perlu dicontohi oleh golongan pemimpin
masa kini. Sememangnya, kelahiran kedua-dua pemimpin, Umar bin al-Khattab dan Umar
bin Abdul Aziz menjadi suatu kurniaan Allah SAW dalam membangunankan tamadun Islam.

17 Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 176.

6
7