Anda di halaman 1dari 4

--------------------------------------------------------------------------------------------------- Program Permuafakatan Ibu B apa & Sekolah/2008

Assalammualaikum wbh dan salam sejahtera

Yang berusaha,
Puan Junaidah Bt Hj Jaffar,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota

Yang berusaha,
Tn. Hj. Yahya Bin Abd. Rahman
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin,

Yang dihormati
.
Ketua Polis Daerah Larut Matang dan Selama

Yang dihormati,
Pn. Naemah Bt Ramli
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Sri Kota

Yang dihormati,
Encik Soo Kean Aik
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sri Kota

Yang dihormati,
En. Abd Aziz Bin Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dr. Burhanuddin,

Yang Mulia Raja Mohd Nordin bin Raja Ariffin


Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Chai Sang Ter


Penolong Kanan Petang

Tuan Haji Zulkapli bin Abdul Manap


Yang Dipertua PIBG

Guru-guru kanan, barisan guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar SMK Sri Kota
serta SMK Dr Burhanuddin yang diraikan sekalian

KZ/SMKSK/2008 1
--------------------------------------------------------------------------------------------------- Program Permuafakatan Ibu B apa & Sekolah/2008

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dapatlah kita
bersama-sama pada pagi ini di dewan SMK Sri Kota untuk program
Permuafakatan Ibu Bapa dengan Pihak Sekolah SMK Sri Kota dan SMK Dr.
Burhanuddin tahun 2008 ini

Semoga dengan adanya program yang dianjurkan iniakan dapat


memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik dan membina
pembangunan diri anak-anak di samping mengadakan suatu iklim dan
persekitaran yang sihat dan stabil di sekolah.

Bagi memperolehi keberkatan pada pagi yang mulia ini, majlis


mempersilakan En. Ahmad Fariz Bin Yusof untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*
Amin 2x...Ya rabbal alamin....Terima kasih kepada En. Ahmad Fariz.
Semoga majlis kita pagi ini mendapat keberkatan dan keredaanNya.
Insyaallah.....

Tuan-tuan, puan-puan para hadiran sekalian,

Program ini diadakan mempunyai 5 objektif


1. merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah
2. melahirkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa
terhadap anak-anak.
3. dapat berkenalan lebih rapat dengan ibu bapa atau waris dalam
memahami permasalahan pelajar.
4. meningkatkan sahsiah pelajar dan mengurangkan masalah disiplin
sekolah
5. menjalinkan hubungan silaturrahim di antara pelbagai kaum.

KZ/SMKSK/2008 2
--------------------------------------------------------------------------------------------------- Program Permuafakatan Ibu B apa & Sekolah/2008

Seterusnya untuk meneruskan acara program pada pagi ini. Majlis


mempersilakan yang dihormati Tuan Haji Zulkapli bin Abdul Manap, yang
dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

*
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Zulkapli bin
Abdul Manap....

Seterusnya ,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha, Tn.


Hj Yahya Bin Abd Rahman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dr
Burhanuddin untuk menyampaikan ucapan Majlis mempersilakan.

*
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan Tn. Hj Yahya Bin
Abd Rahman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin itu
tadi.

Semoga apa yang diperkatakan oleh beliau itu tadi akan menjadi satu
panduan dan pedoman untuk kita.

Para hadirin yang dihormati sekalian..

Seterusnya ,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha, Puan


Junaidah Bt Hj. Jaffar, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota,
untuk menyampaikan ucapan ..Majlis mempersilakan.

*
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan daripada Puan
Pengetua itu tadi..Di dalam ucapan beliau itu tadi, puan pengetua banyak
menekankan hubungan baik di antara pihak ibu bapa dengan pihak
sekolah..demi kepentingan dan masa depan anak-anak agar lebih
cemerlang di kemudian hari..

KZ/SMKSK/2008 3
--------------------------------------------------------------------------------------------------- Program Permuafakatan Ibu B apa & Sekolah/2008

Seterusnya sebelum program ibu bapa dan pelajar bersama guru, marilah
kita bersama-sama mendengar ucapan Ketua Polis Daerah Larut Matang dan
Selama..dengan ini majlis menjemput.untuk
memberikan ucapan beliau..dengan segala hormatnya dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Ketua Polis Daerah
Larut Matang dan Selama itu tadi

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi.. bermakna berakhirlah acara kita di


dalam dewan ini.selepas ini program ibu bapa dan pelajar akan bersama
guru akan diadakan.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan,

Perjumpaan untuk pelajar Islam sesi pagi dan petang akan diadakan di Surau
SMK Sri Kota, iaitu di tingkat atas blok A bersama-sama Ustazah Azura bt
Tarikat, Pn. Zainab Bt Abd Aziz (pagi) dan Pn. Foziah bt Mat, Ustaz Sayuti
Bin Mat Nawi (ptg)

Perjumpaan untuk pelajar India sesi pagi akan diadakan di Makmal Sains 1,
iaitu tingkat bawah Blok A bersama-sama En. Sukumaran dan Pn.
Ponniamah dan pelajar India sesi petang pula akan diadakan di Makmal
Sains 2, Blok A tingkat bawah bersama En. Ganesh dan En. Thillai Muthu.

Perjumpaan untuk pelajar Cina sesi pagi akan diadakan di Bilik Gerakan,
iaitu tingkat atas Blok A bersama-sama Cik Chuah Chan Kin dan En. Ooi
Cheng Teik dan pelajar Cina sesi petang pula akan diadakan di Bilik
Gerakan juga bersama En. Yeap Kean Hong dan Pn. Yong Kui Chin.

Dengan itu
Sekian lah sahaja majlis kita pada hari ini
Wabillahhitaufik walhidayah
Assalammualaikum wbh
Terima Kasih
Sehingga kita berjumpa lagi.

KZ/SMKSK/2008 4

Anda mungkin juga menyukai