Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A BINA 5 AYAT

1. Amir dan keluarganya bergotong royong membersihkan halaman

rumah untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.


2. Amir dan keluarganya sedang berkelah bersama sama di tepi

pantai untuk menghirup udara segar.


3. Amir dan keluarganya sedang bercucuk tanam bersama sama di

kebun sayur supaya tanaman mereka sentiasa subur.


4. Amir dan keluarganya sedang berjogging bersama sama di taman

rekreasi supaya badan mereka sentiasa sihat .


5. Amir dan keluarganya sedang makan malam bersama sama untuk

mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.

BAHAGIAN B ULASAN (15 MARKAH)


Gambar menunjukkan piramid aktiviti fizikal mengikut keutamaan.

Setiap hari, kita boleh melakukan aktiviti seperti menaiki tangga,


menyiram pokok bunga, mengemas rumah dan menyapu sampah.
Seterusnya, lakukan aktiviti senaman dan sukan rekreasi. Aktiviti ini
boleh dilakukan selama 20 hingga 30 minit iaitu 3 hingga 5 kali seminggu.
Selain itu, lakukan aktiviti senaman untuk fleksibiliti kekuatan daya
tahan otot seperti tekan tubi, bangun tubi dan angkat berat. Akhir
sekali, kurangkan aktiviti tidak aktif seperti tidur.
Kesimpulannya, kita mesti melakukan aktiviti fizikal untuk menjaga
kesihatan tubuh badan.

BAHAGIAN C
Soalan 1 :

Pendahuluan

Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga telah berkesempatan


pulang ke kampung bagi menziarahi datuk dan nenek. Pelbagai aktiviti
telah kami jalani sepanjang percutian di kampung.

Isi :

1. Memancing ikan di sungai.

2. Bersiar siar di sawah padi.

3. Meredah hutan.

4. Mencari buah di dusun buah - buahan

Penutup
Pada hari Ahad, kami telah balik semula ke Bintulu kerana sesi
persekolahan akan bermula. Saya berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan datuk dan nenek. Saya berharap agar kami sekeluarga
berkesempatan untuk pulang bercuti di kampung pada masa akan datang.

Soalan 2

Pendahuluan

Secara amnya, gaya hidup sihat ialah gaya hidup yang mengutamakan
amalan kesihatan, pemakanan seimbang dan pencegahan jangkitan
penyakit.

Isi
1. Makanan seimbang

2. Pemeriksaan kesihatan secara berkala.

3. Menjalankan aktiviti senaman setiap hari.

4. Sentiasa menjaga kebersihan diri

Penutup

Secara kesimpulannya, kita perlu sentiasa menjalankan gaya hidup sihat


untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Anda mungkin juga menyukai