Anda di halaman 1dari 3

TEKS BERCERITA MTQ (PEREMPUAN),

KISAH KEPIMPINAN RASULULLAH


S.A.W

KANDUNGAN CATATAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
Terima kasih pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi Salutasi/Pendahuluan
bijaksana, dan hadirin yang dirahmati sekalian.

awan berarak diwaktu senja, Pantun


Laksana bahtera di atas langit,
Qisasul anbiya halwa telinga,
Ambilah iktibar walau sedikit.

Dengarkan kisah, Kepimpinan Rasulullah s.a.w


Maal hijrah menyingkap sejarah Nasyid
Kisah Perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah

Kawan-kawan,
Rasulullah s.a.w merupakan seorang pemimpin yang
bijak dalam menyatupadu kan antara kaum apabila berhijrah Isi dan huraian
ke tempat yang baru. Sebagai mana yang telah terlakar
dalam lipatan sejarah hijrah kaum muhajirin ke madinah.

Firman Allah s.w.t :

Nas Al-Quran serta


terjemahan dan
sumbernya
Maksudnya: dan orang-orang (Ansar) yang telah mendiami
kota (Madinah) dan telah beriman sebelum mereka
(muhajirin)...
Surah Al-Hasyr ayat 9

Apabila Rasulullah s.a.w melihat situasi tersebut


lantas, baginda mengukuhkan lagi silaturrahim antara dua
golongan tersebut dengan cara mempersaudarakan kaum
muhajirin dan Ansar. Bertitik tolak dari peristiwa tersebut
maka terbinalah sebuah negara Madinah yang kukuh dan
.bersatu padu

Ya kawan-kawan,
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Oleh itu,
kita perlu bijak dalam menilai sesuatu perkara terutamanya ,
hal-hal menyentuh sensitiviti kaum yang tular di dalam
media sosial bagi mengelakkan berlakunya perpecahan
perpaduan rakyat.

Kehebatan daya kepimpinan Rasulullah


2 s.a.w bertambah Isi dan huraian
apabila baginda bertindak mendirikan Masjid yang kini
dikenali sebagai Masjid Nabawi.

Teguh berdirinya masjid..


Atas dasar ketaqwaan
bukan sekadar...
tempat sujud menyembah Ilahi
Namun nilainya lebih dari itu Sajak
Medan masyarakat berkumpul
Tempat berkembangnya ilmu syariat
Tempat luahan karya seni Islam
Ekonomi berkembang di kawasan luarnya Sambungan sajak

Firman Allah :
.

Nas Al-Quran serta


Maksudnya: sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah terjemahan dan
hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah.. sumbernya

Surah AT-Taubah ayat 18

Ya kawan-kawan..
Betapa utuhnya jiwa Rasulullah mengimarahkan masjid
yang juga menjadi tempat pelbagai fungsi demi kepentingan
ummah. Ketika Bumi Palestin masih dihimpit kezaliman
zionis, begitu jugalah dengan nasib Masjid Al-Aqsa yang
berada dalam bahaya yang seharusnya tidak dipinggirkan Isu semasa berkaitan
oleh masyarakat dunia khasnya ummat Islam.
Hebatnya kepimpinan baginda tiada tandingannya. Dia
kekasih Allah yang berjiwa rakyat. Walau baginda berada di Isi dan huraian
atas namun baginda tidak sombong apabila bersama rakyat
jelata.

Tiupan khabar datang menerpa


Kota Madinah bakal diserang
Lalu baginda bermusyawarah Nasyid
Buah fikiran rakyat diutarakan

Kalam Ilahi yang berbunyi:

Maksudnya: ....dan bermusyawarahlah dengan mereka


dalam urusan itu. kemudian apabila Engkau telah berazam
.maka bertawakalah kepada Allah

Surah Ali-Imran ayat 15

Salman al-Farisi berkata, wahai Rasulullah.. dahulu


ketika kami di Parsi jika takut akan serbuan tentera kuda
maka kami akan menggali parit disekitar kami
Rasulullah s.a.w menerima pendapat tersebut lalu turut
sama membanting tulang untuk menggali parit di sekeliling
Kota Madinah. Kesannya kaum muslimin telah berjaya
Isu semasa
mempertahankan Kota Madinah tersebut.
Ya kawan-kawan,
Itulah hasil musyawarah yang berjaya di Madinah bak
kata pepatah melayu, bersatu teguh, bercerai roboh.
Sesungguhnya Rasulullah adalah tauladan yang hebat Penutup
sepanjang zaman. Berkat kesungguhan dan kehebatan
pimpinan baginda, maka Islam telah sampai ke serata
pelusuk dunia. Firman Allah s.w.t :

Nas Al-Quran
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik

Surah Al-Ahzab ayat 21

Pengajaran daripada kisah sebentar tadi ialah:


Pertama: perpaduan antara masyarakat adalah penting agar
negara terus berkembang maju.
Kedua: Janganlah asyik leka dengan hal-hal keduniaan
sehingga lupa untuk memakmurkan masjid.
Ketiga: apa sahaja kemahiran yang kita ada sepatutnya
digunakan untuk kepantingan ummah.

Solatullah sallamullah
Ala toha Rosulillah
Solatullah sallamullah
Alaa yaa siin habibillah Nasyid Selawat
Badariyah
Sekian..Wabillahi taufik wal hidayah, assalammualaikum w.b.t