Anda di halaman 1dari 4

TUGAS GURU PEMULIHAN

Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas:

Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas


1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah
ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan
pengajaran pemulihan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor,
pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah
laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat
sekolah atau daerah.
5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.

Peranan GPK Dalam Program LINUS


Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan
Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak
menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu,
Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid
pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3.Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam
Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.
Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada
setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru
Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan
Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk
waktu persediaan).

Surat Siaran, Perlaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahap 1 Di Sekolah
Rendah,Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.

Punca dan Bidang Kuasa

o Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985.


(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
o Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh
28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
o Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh
17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

Senarai Semak Tugas-Tugas GPK

1) Instrumen/Ujian yang dijalankan

1. Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid)


2. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik)
3. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT
4. Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M
5. Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid
6. Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu
bapa)
7. Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor
8. Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana
9. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke
semasa tentang masalah murid
10. Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke
semasa

2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas


1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah
06/04/013
2. Fail Guru 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus)
3. Fail Maklumat Program 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/
Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas)
4. Fail Surat Menyurat 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM)
5. Fail Minit Mesyuarat 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit
mesyuarat)
6. Fail Murid 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan)
7. Fail Diagnostik BM&MT 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-Lisan/Praktik/Bertulis,
Ujian Diagnostik MT
8. Fail Pelepasan BM&MT 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain)
9. Fail Analisa Ujian 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian &
Peperiksaan dalam arus perdana)
10. Fail Lembaran Kerja 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)
11. Fail Kertas kerja 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program)
12. Fail LINUS 06/04/013/11(Maklumat LINUS/
13. Fail Individu murid

3) Pengurusan Program LINUS


1. Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011
2. Menjadi AJK program LINUS di sekolah
3. Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2
4. Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2
5. Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid
6. Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor
7. Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid
8. Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas.
9. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid

Anda mungkin juga menyukai