Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PERDA

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

KERTAS KERJA
MAJLIS BACAAN YASSIN
DAN
SOLAT HAJAT PERDANA
PT 3 DAN SPM
(2014)

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2014


HARI: JUMAAT

TEMPAT : MASJID BANDAR PERDA


1.0 PENGENALAN :
Program Majlis Bacaan Yassin Perdana bagi tahun 2014 melibatkan kerjasama dengan
Masjid Bandar PERDA. Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana ini merupakan
salah satu program tahunan sekolah dengan kerjasama ibu bapa pelajar yang akan
menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Program ini melibatkan tenaga dan kerjasama
guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis Bacaan Yassin dan Solat
Hajat Perdana ini memberi peluang kepada semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5
untuk membersihkan fikiran dan jiwa agar mereka lebih bersedia dan fokus kepada
peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal dihadapi nanti. Program ini diharapkan dapat
menjadikan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 lebih bersemangat dan bersedia
menduduki peperiksaan pada tahun ini dan seterusnya mencapai kejayaan yang bakal
mengharumkan nama sekolah dan ibu bapa kelak.

2.0 RASIONAL
Program Majlis Bacaan Yassin Perdana ini diadakan setiap tahun bertujuan untuk
mendoakan kejayaan para pelajar yang akan menduduki peperikasaan PT 3 dan SPM
2014.

3.0 MATLAMAT PROGRAM


Mengeratkan hubungan guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar tingkatan 3 serta
tingkatan 5 melalui aktiviti keagamaan sebagai salah satu cara dan usaha memohon dan
mendoakan kejayaan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT 3 dan SPM
2014 nanti.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengeratkan hubungan ibu bapa dan pelajar dengan pihak sekolah.
4.2 Membersihkan fikiran dan jiwa pelajar-pelajar.
4.3 Menaikkan semangat dan keyakinan pelajar untuk berjaya dalam PT 3 dan SPM.
4.4 Memohon dan mendoakan kejayaan para pelajar yang akan menduduki
peperiksaan PT 3 dan SPM 2014.

5.0 SASARAN
Semua pelajar Islam tingkatan 3 dan tingkatan 5, waris dan guru-guru muslim.

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG DICADANGKAN:


Tarikh : 26 September 2014 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi 12.00 tengah hari
Tempat: Masjid Bandar Perda

7.0 ATUR CARA PROGRAM


(Sila rujuk Lampiran A)
8.0 AJK PELAKSANA
(Sila rujuk Lampiran B)

9.0 KEWANGAN

PENDAPATAN
SUMBER KEWANGAN JUMLAH
Wang Kegiatan Pendidikan Islam & Moral RM 1900.00
Sumbangan guru dan pelajar RM 720.00
Sumbangan PIBG RM 1297.00
Sumbangan Kismis RM 200.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 4117.00

PERBELANJAAN
PERKARA BUTIRAN JUMLAH
Jamuan makan dan minum 380 orang x RM 5.00 RM 1900.00
(dibungkus)
Yassin 380 orang x RM 2.50 RM 950.00
Sumbangan kepada 1 orang x RM 150.00 RM 150.00
penceramah
RM 697.50
Pen dan pensil
RM 120.00
Beg kecil
RM 99.50
Pelbagai
RM 200.00
Sumbangan Kismis
JUMLAH RM 4117.00

10.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan semangat agar
mereka mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya
mengharumkan nama sekolah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


(PN. NURUL HASLIZA AINI BT RAMLI) (PN. KHALIJAH BT SIRAT)
Setiausaha, Pengetua Cemerlang,
Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana, SMK Bandar Baru PERDA.
SMK Bandar Baru PERDA.
Aturcara Program Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM 2014

Masa Tentatif Tempat

7.25 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan Tapak Perhimpunan


7.30 pagi Guru kelas mengambil kehadiran
7.45 pagi Berjalan kaki ke Masjid PERDA

8.00 pagi Mengambil tempat di masjid Masjid Bandar PERDA


- Ucapan Pentadbir
- Solat Sunat
- Solat Hajat Dipimpin oleh :
- Bacaan Yassin
Imam Masjid Bandar
- Pencerahan Minda &
PERDA
Jiwa oleh penceramah jemputan.

12.00 tengah Bersurai


hari
Lampiran B: AJK Pelaksana

Senarai AJK Nama Guru Senarai tugas


AJK Sambutan Pn Khalijah Bt Sirat (pengetua), En -Menyambut tetamu yang
Nazari B. Mohamed (PK 1), Ustaz Md hadir.
Salleh B. Man (PK HEM), Pn Hjh
Rohana Bt Ismail (PK Ko), Pn. Napisah
Bt Daud, Pn Rosniwati Bt Md Salleh,
En. Mohd Lazim B. Abu Bakar, En
Shahrul Rizal(guru penyelaras).

AJK Peleraiaan En Muhamad Zaki B Rajali - Memastikan masjid


Pn Muna Zahraak Bt Md Ludin dikemaskan setelah majlis
Pn Aznida Bt Abu Hasan bacaan Yassin selesai.
Pn Heiada Nadia Bt Hamzah - Menyimpan sejadah dan
surah Yassin di tempat asal
dengan bantuan pelajar.

Penyediaan Kurma, Pn Haryati Bt Hashim (K) - Membeli air mineral, pen dan
Pen dan Air Mineral Pn Sophia Bt A. Hamid kismis.
Pn Masna Bt Masri - Menyediakan dan menyusun
En. Azli B Abd Manaf air mineral, pen dan kismis
untuk bacaan Yassin.
- Air Mineral, kismis dan pen
yang berlebihan disimpan di
sekolah.

AJK Kebersihan - En Harmizal B Majid -Memastikan keadaan masjid


(Perkarangan dan - En Yusof B Man bersih.
luar masjid) - Menyediakan plastik hitam
yang secukupnya.

Setiausaha Pn Nurul Hasliza Aini Bt Ramli - Menyediakan kertas kerja


program.
-Mengumpul bahan daripada
Ajk Pendaftaran, surat
menyurat dan membuat
laporan program.
-Serah dokumentasi kepada
pengetua / s/k PPD.
Pengacara Majlis -Ustaz Razali B Ibrahim -menyediakan teks yang sesuai
-mengacarakan majlis

AJK Jamuan -Pn Siti Zubaidah Bt Awang Kechil (K) -Menyediakan jamuan untuk
- Pn Halimah Bt Hashim 500 tetamu.
- Pn Azirawati Bt Ahmad - Mengedarkan jamuan kepada
- Dibantu oleh pelajar pelajar, waris dan guru setelah
selesai majlis.

Penolong setiausaha - En Abdull Jamal B Saad - Berurusan dengan wakil


masjid untuk menetapkan
tarikh majlis dan imam untuk
majlis.

AJK Disiplin - En Ahmad Azhar B Talib (K) -Memastikan semua pelajar


-En Zainol B Zakaria berdisiplin dan beradab di
- Pn Azlina Wati Bt Md Noor dalam masjid.
- Pn Ariza Bt Awang - Menjaga disiplin pelajar dari
- Pn Zaiton Bt Mohamed awal hingga akhir majlis.

Fotografi En Mohd Zulyaznie B Ibrahim -Mengambil gambar-gambar


Pelajar-pelajar Fotografi akiviti sepanjang majlis.

Anda mungkin juga menyukai