Anda di halaman 1dari 1

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi

imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

1. Lanskap di taman itu sunnguh menarik kerana pemiliknya sentiasa mengindahi taman
tersebut.
2. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah di Bandar sukar dikawal kerana
mereka tidak mengarap ilmu yang disampaikan.
3. Sesiapa yang menyintai ilmu pasti akan sentiasa memperoleh pelbagai munafaat.
4. Matalamat kerajaan membasmikan kemiskinan tidak akan berjaya tanpa adanya
kerjasama antara semua pihak.
5. Pencapaian akedemik pelajar-pelajar sekolah itu amat mengkagumkan.
6. Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menemukan pemilik passport antarabangsa yang
hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
7. Missi hantar bantuan kemanusiaan yang ditaja oleh Malaysia akan diteruskan
walaupun diserang tentera Israel.
8. Penaikan harga minyak menyebabkan 3200 pengusaha stesyen minyak berhadapan
dengan peningkatan kos operasi.
9. Pengurangan sabsidi petrol membolehkan kerajaan salur kewangan kepada pelbagai
bidang lain.
10. Kaletah bayi yang menyertai acara tahunan itu berjaya tertarik perhatian ramai.
11. Fenomena menaikkan harga minyak menyebabkan harga barang melambong tinggi.
12. Pameran hasil kraftangan Orang Kelainan Upaya terdapat sambutan yang luar biasa.
13. Pengembala lembu yang rajin itu akan menjalani pembedahan untuk membuang
selapot matanya.
14. Isteri Umar menghadiahi sebuah bag kepada anaknya yang lulus cemerlang dalam
peperiksaan.
15. Gadis itu menggunakan losyen untuk melembuti kulitnya.
16. Sewaktu aku sedang mentelaah pelajaran di dalam kelas guru sains masuk dan
memberitahu kelas tambahan akan diadakan pada petang itu
17. Pelajar perlu menjadikan lebih kreative dan inovatif dengan cara belajar yang
diberikan.
18. Teater memberikan peluang kepada saya untuk tonjolkan diri sekaligus mengisi masa
dengan lebih bermanfaat.