Anda di halaman 1dari 11

KARYA ARCAWAN TEMPATAN

Pengkarya : Bayu Utomo Radjikin


Tajuk: Bujang Berani
Tahun : 1991
Media : besi campuran
Berukuran 55x100x100 cm
Karya arca ini telah dihasilkan oleh Bayu Utomo Radjikin seorang artis yang berasal dari

Sabah. Arca ini diberikan tajuk Bujang Berani yang telah dihasilkan pada tahun 1991. Telah

dihasilkan menggunakan media besi campuran. Pengkarya telah menghasilkan arca ini dengan

saiz berukuran 100x100x55cm. Kategori Arca bersifat realistik atau abstrak. Arca realistik

menampilkan objek yang sebenar yang difahami kewujudannya seperti patung manusia. Arca

abstrak bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk

mengintepritasikan bentuk dan maksud arca itu.

Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Bagi arca oleh

Bayu Otomo Radjikin adalah daripada arca jenis estetik di mana arca ini yang dijadikan bahan

peragaan atau tatapan sahaja. Ia dipamerkan di ruangan galeri atau ruang dalam bangunan

sebagai penghias. Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yang memerlukan daya

pemikiran yang kritis untuk memahami maksud estetiknya. Arca merupakan karya seni

bersifat 3 dimensi.

Arca mempunyai jisim dan ia lebih kepada reka bentuk seni bina. Permukaan arca

boleh dirasa, dilihat dari pelbagai sudut. Seorang pereka arca dipanggil Arcawan.

Merupakan Arca jenis Gabungan Arca iaitu gabungan/campuran berbentuk instalasi. Ia

adalah gabungan disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.


KRITIKAN

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk

lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut

berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis,

interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni di anggap penting dalam perkembangan seni

visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak,

cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni.

DISKRIPSI

Dari segi diskripsi, Bentuk seni karya merupakan bentuk karya arca estetik di mana arca ini

dijadikan bahan peragaan atau tatapan sahaja. Ia dipamerkan di ruangan galeri atau ruang dalam

bangunan sebagai penghias. Medium yang digunakan adalah besi dan campuran bahan lain. Pengkarya

telah menghasilkan arca ini dengan saiz berukuran 100x100x55cm. Figura mendongak ke atas dan

seakan menjerit. Komposisi karya adalah menegak seperti manusia. . Karya ini dihasilkan

berbentuk figura seorang pahlawan yang gagah berani. Hal ini adalah berdasarkan baju yang

digunakan dan terdapat perhiasan pada kepala figura tersebut. Reaksi pada wajah figura

tersebut memperlihatkan seperti sedang menahan kesakitan sesuatu. Mimik muka kelihatan

seperti seseorang sedang menjerit meluahkan segala yang terpendam di dalam hati. Garisan-

garisan terhasil pada tekstur pada baju yang kelihatan berselerak dan menampakkan usang

pada karya. Keseluruhan bentuk pada karya menunjukkan seorang manusia berjantina lelaki.

Dari aspek formalistik, didapati bentuk atau susunan besi pada bahagian kepala telah memberi

kesan pergerakan yang dinamik. Arca diperlihatkan sebagai figura manusia dengan mengena

pakaian perang yang diperbuat daripada besi. Warna kusam kehitaman pada baju dan putih
perang pada bahagian muka. Bahagian kepala di hiasi dengan pembalut pada dahi dengan

rambut terurai panjang kelihatan seperti pergerakan yang sedang berlaku.

ANALISIS

Dari segi analisis pula karya tersebut dihasilkan dengan amat teliti sehingga berjaya

menimbulkan struktur-struktur pada wajah seperti mata, hidung dan mulut. Garapan

pengkarya ini banyak menggunakan unsur-unsur seni seperti jalinan dan garisan. Pada setiap

sudut arca ini banyak menunjukkan garisan-garisan yang memperlihatkan penegasan yang

jelas.
Bentuk pada arca ini jelas menunjukkan watak sebagai seorang pahlawan dengan

elemen pakaian serta gaya yang dikenakan. Bentuk figura karya menggambarkan makna

tersurat dan tersirat di mana aksi yang digambarkan oleh pengkarya. Selain itu pada bahagian

tengah arca ini juga menggunakan unsur rupa yang diolah dan di gabungkan untuk

menghasilkan bentuk-bentuk yang dikehendaki. Rupa-rupa pelbagai terdiri daripada organik

mahupun geometri di aplikasikan padan bahagian tersebut.

Pengkarya cuba menunjukkan jalinan antara rupa tersebut kelihatan tersusun dan

bertepatan dengan fungsi dan keadaannya. Penggunaan warna yang berbeza di sebahagian

unit kecil juga berfungsi sebagai penegasan.Pengkarya telah menggunakan warna yang

minimum dan ia dapat dibuktikan di sebahagian kecil karya tersebut. Warna yang dipilih

hanya hitam dan putih keperangan juga merupakan warna yang kontra yang menfokuskan

antara bahagian-bahagian pada arca selain.

eniman cuba mengekalkan warna asal besi dan ini telah memberi kesan harmoni pada

karya. Karya ini telah mewujudkan satu ruang realiti. Sebahagian daripada karya tersebut

berdiri pada ruangan sebenar, keadaan ini menyebabkan objek tersebut kelihatan bersaiz

seakan manusia. Kadar banding antara bahagian-bahagian pada arca iaitu muka dan badan
jelas adalah betul dan tidak dicacat atau di tambah lainnya kecuali sengaja pengkarya

menfokuskan hanya dua bahgian iaitu badan dan muka yang tidak berkaki mahupun tangan

ini telah mewujudkan satu pandangan yang menuju ke satu situasi yang ingin di sampaikan

pengkarya iaitu di mana wujudnya keadaan perih, derita serta kesakitan pada karya dengan

ditambah nilai ekspresi pada mimik muka seolah-olah karya cuba menahan sakit.

Karya nampak seimbang dari segi imbngan kerana kedua-dua bahagian kiri dan kanan

sama panjang sama berat dan sama semuanya jelas menujukkan imbangan jenis imbangan

simetri. Kepelbagaian pada karya boleh dilihat dengan penggunaan rupa dan bentuk logan

atau besi yang terdapat pada baju dan bahagian rambut arca. Rupa dan bentuk ini telah

mewujudkan nilai harmoni dan kelihatan tidak asing pada karya.


Berdasarkan gambar yang dikaji, unsur jalinan sentuh jelas iaitu jalinan besi yang dicantum

membentuk struktur pakaian pada arca. Dari perspektif prinsip rekaan karya Bujang Berani

dilihat

INTERPRETASI

Dari sudut interpretasi ialah karya Bujang Berani amat menarik dan memperlihatkan nilai

estetiknya. Lihat pada struktur pada wajah yang dihasilkan dengan penuh teliti. Arca ini ingin

menyampaikan tentang luahan rasa yang dilalui oleh golongan muda yang hendak suara-suara

mereka didengari oleh masyarakat. Mesej yang hendak disampaikan ini jelas dilihat pada raut

wajah yang terdapat pada arca ini. Elemen-elemen yang digunakan pengkarya berdasarkan

kepada karakter atau watak arca sebagai pahlawan yang sememangnya pada peringkat umur

dewasa/muda. Watak berpakaian lengkap seakan pahlawan memungkinkan pengkarya ingin

menyampaikan bahawa masyarakat muda sedang memperjuangkan hak mereka untuk

bersuara.
Disokong dengan reaksi muka sedang menjerit dalam keadaan menderita atau sakit. Di

sini mungkin pengkarya ingin menyatakan bahawa mereka cuba bersuara walaupun ditindas

dan tidak diberi ruang dan peluang melalui gambaran reaksi muka tersebut. Setiap elemen

yang dibuat pengkarya mempunyai nilai tersendiri, kalau dilihat rambut yang berselerak

memungkinkan keadaan watak yang dibawa dalam keadaan serabut dan tertekan. Apa yang

cuba disampaikan oleh pengkarya Bayu Otomo Radjikin ini sebenarnya berkisarkan kepada

isu semasa. Melalui karya ini mesej dapat di sampaikan sekiranya audiens dapat memahami

dengan jelas sekiranya maksud tersurat dan tersirat pengkarya.


PERTIMBANGAN (JUDGEMENT)

Dari sudut formalisme iaitu pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni,

pengkarya telah menggunakan unsur serta prinsip seni reka dengan baik, pengolahan media

dan teknik yang sesuai, hasilkan sebuah arca yang menarik, menepati ciri estetika seni halus.

Pengkarya telah menggunakan prinsip dan elemen dengan baik sehingga menimbulkan suatu

perasaan pada arca yang di hasilkan. Ciri-ciri yang diselitkan oleh pengkarya seperti ekspresi

muka, jalinan pada baju serta lain-lain telah membantu karya arca ini menarik perhatian

audiens.

Dari segi ekspresivisme pula, ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan

menyampaikan perasaan dan idea. Pengkarya telah berjaya meluahkan idea, perasaan dan isi

pemikirannya melalui karya tersebut melalui gambaran arca yang di bentuk dengan penuh

persoalan. Lihat kepada bagaimana pengkarya menghasilkan ekspresi muka yang

menggambarkan sedang menjerit, bersedih mahupun menggambarkan perasaan untuk


meluahkan sesuatu. Dilihat pula dengan keadaan komposisi arca yang berdiri tegak dan

mendongak menggambarkan seperti dalam keadaan tertekan. Komposisi yang aplikasikan

pengkarya sudah memadai untuk menyampaikan mesej. Bagaimana pengkarya begitu

mendalami karya sehingga betul-betul berkesan dari segi perasaan kepada audiens.

Pertimbangan dari sudut instrumentalisme mendapati karya ini telah berfungsi menjadi

satu alat yang menghubungkan idea dan perasaan pengkarya dengan apresiasi dan

pemahaman khalayak.
BIBLIOGRAFI

http://sayaseorangpensyarah.blogspot.com/

http://shah0306.blogspot.com/2012/01/kritikan-karya.html