Anda di halaman 1dari 14

PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

TAJUK 1 : AMALAN ASUHAN DAN INTERAKSI DENGAN KANAK-KANAK


SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan konsep amalan asuhan dan interaksi dengan kanak-kanak.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat menghuraikan:

1. konsep amalan asuhan.


2. Ciri-ciri amalan asuhan yang berkesan
3. Nilai dan sikap pendidik
4. Faktor-faktor yang menggalakkan hubungan pendidik dan kanak-kanak

TAJUK 1 Konsep Amalan Asuhan

KANDUNGAN TAJUK 1:

1. Konsep amalan asuhan.


2. Ciri-ciri amalan asuhan yang berkesan
3. Nilai dan sikap pendidik
4. Faktor-faktor yang menggalakkan hubungan pendidik dan kanak-kanak

1
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

1.KONSEP AMALAN ASUHAN

1.1 Mengenai Asuhan & Didikan Kanak-Kanak

Pengertian kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 bermaksud "seseorang yang


berumur di bawah 18 tahun. Terdapat pelbagai amalan asuhan kanak-kanak yang di bawa dari
barat seperti oleh Froebel, Dr.Maria Montessori, Glen Doman dan ramai lagi. Tak kurang juga
amalan asuhan sentuhan Islam yang murni dipaparkan melalui sejarah hidup junjungan besar
kita Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda serta cendikiawan Islam tersohor didunia.

1.2 Prinsip amalan asuhan kanak-kanak

Froebel kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi


dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang
digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk
menyokong perkembangan kanak-kanak.
Dr.Maria perkembangan seseorang kanak-kanak khususnya apabila kanak-kanak diberi
Montessori peluang menyentuh, mencuba dan menggunakan peralatan khas dan
persekitarannya yang disediakan secara tersusun
Glen Doman perkembangan atau potensi intelek seseorang kanak-kanak kurang upaya
(segi mental) dapat dirangsang dengan penggunaan pelbagai "flash card".
Dengan cara ini, kanak-kanak dapat didedahkan kepada perkataan dan ide
sebelum ia mencapai tahap mengenal, memahami atau menerap makna
sesuatu konsep

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menggalakkan amalan asuhan kanak-kanak yang


memberi tumpuan kepada perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak yang
merangkumi perkembangan fizikal, sosio-emosi, kognitif dan bahasa. Ianya memberi tumpuan
kepada tahap kebolehan dan kesediaan seseorang kanak-kanak melalui persekitaran dan
aktiviti yang dirancang.

Dalam Islam, kita biasa mendengar dalil yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w, ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang maksudnya ; "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua-dua ibu

2
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

bapanyalah yang meyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya."

1.3 Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008

Dasar asuhan dan didikan awal kanak kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai
landasan jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan seperti yang
digariskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kanak-kanak hari ini merupakan bakal pewaris
dan modal insan negara di masa hadapan. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan
salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan menghasilkan
insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan
teknologi dan sosio ekonomi global.

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


KEBANGSAAAN 2008

Dasar asuhan dan didikan awal Kanak-Kanak Kebangsaan


ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan
yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun.
Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-
kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh
serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan kebangsaan sedia
ada.

Pelaksanaan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat


yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan dan pihak
swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia kearah melahirkan modal insan
yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua piha yang bertanggungjawab perlu
mengembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan,
pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang
perkembangan positif kanak-kanak.

3
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

1.4 Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:

(I) Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan
optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan
dan amalan bijak antarabangsa;
(II) Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan
yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut
kumpulan umur dari segi fizikal, Bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam
persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan;
(III) Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-
kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan;
(IV) Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk
peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil
pembelajaran yang positif;
(V) Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, kerajaan,
pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat
di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak;
(VI) Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal
kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik
mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal; dan
(VII) Memastikan pewujudan dan pelaksanaan system pemantauan dan penilaian
keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

1.5 Ciri-Ciri Amalan Asuhan Yang Berkesan

Setiap pendidik perlu memahami bahawa pengasuhan memberi impak kepada pendidikan yang
cemerlang. Pengasuhan yang lengkap dan berkualiti memainkan peranan yang penting dalam
menentukan keberkesanan perkhidmatan sesebuah taska. Antara ciri amalan asuhan yang
berkesan adalah
Pemakanan yang seimbang,
keselamatan,
kebersihan dan
penjagaan serta
amalan pengasuhan yang sempurna

4
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

1.5.1 Pemakanan seimbang

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk kanak-kanak ianya
menyumbang kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan mereka, keperluan makanan
kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur kerana kadar tumbesaran dan perkembangan
yang berbeza. Pusat pendidikan awal kanak-kanak perlu menyediakan pemakanan yang
seimbang mengikut garis panduan pemberian makanan bayi dan kanak-kanak kecil,
kementerian kesihatan Malaysia 2008 dan sebaik-baiknya mengikut selera dan budaya
setempat. Adalah tidak wajar memaksa kanak-kanak makan sesuatu makanan yang tidak
disukainya. Pendidik boleh menggantinya dengan makanan lain yang mengandungi zat atau
nutrient yang sama, supaya kanak-kanak dapat menikmati makanan berkhasiat.

(a) Penyusuan ibu dan makanan pelengkap

Pendidik hendaklah menggalak dan menyokong penyusuan bayi sehingga kanak-kanak


berumur 12 bulan. Setiap Taska perlu menyediakan kemudahan dan ruang yang
bersesuaian untuk ibu menyusukan bayinya atau menyediakan susu ibu untuk
disusukan kemudian oleh pendidik kepada bayi. Pemakanan bayi dan kanak-kanak
yang sihat perlu mengikut jenis yang sesuai dalam kuantiti yang telah ditetapkan seperti
dinyatakan dalam Buku Standard Piawaian Operasi Pelaksanaan Kurikulum PERMATA
Negara (SOP PERMATA), Pendidik perlulah memahami:
Tempoh optimum penyusuan susu ibu
Umur yang sesuai untuk diperkenalkan dengan makanan pejal
Keperluan nutrient bagi bayi yang masih menyusu
Keperluan tenaga yang dibekalkan oleh makanan pejal

(b) Penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak

Pemakanan seimbang amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.


Semasa umur kanak-kanak meningkat, mereka perlu diberikan makanan yang seimbang
yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan. Pendidikan hendaklah memastikan
makanan yang disediakan adalah segar, berkhasiat dengan amaun yang mencukupi
sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian oleh pendidik mengenai pemakanan
kanak-kanak ialah:
Kepelbagaian jenis makanan untuk kanak-kanak
Cara dan teknik penyediaan- sebelum, semasa dan selepas memasak;
Amaun makanan
Persekitaran makan ruang, peralatan, perabot, jadual dan menu harian

5
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

Cara memberi makanan kepada kanak-kanak


Interaksi positif dengan kanak-kanak semasa makan
Adab sebelum, semasa dan selepas makan.

1.5.2. Penjagaan dan Latihan Urus diri Bayi dan kanak-kanak

a)Penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak di taska

Kesihatan yang baik adalah asas kepada perkembangan kanak-kanak yang optimum.
Pendidik peru peka dengan setiap perubahan kesihatan kanak-kanak. Pendidik perlu
mempunyai kafahaman tentang jenis-jenis penyakit yang mudah berjangkit, alahan dan
epidemic dalam kalangan kanak-kanak dan langkah-lanagkah awalmencegah serta
mengawal penyakit di Taska. Setiap kanak-kanak perlu mempunyai Buku rekod kesihatan
sendiri yang sentiasa dikemaskini. Berikud adalah rekod kesihatan yang perlu ada di Taska:

Rekod imunisasi dan vaksinasi (jens imunisasi/vaksinasi dan tarikh diberikan)


Rekod tumbesaran, iaitu tinggi, berat badan, saiz kepala, sebarang kecacatan dan
indeks BMI
Rekod pemeriksaan rawatan kanak-kanak oleh pegawai perubatan.
Maklumat status kesihatan kanak-kanak: alahan, asma, homofilia, kekurangan zat
makanan, masalah pendengaran/penglihatan dan lain-lain

b)Pemeriksaan kesihatan kanak-kanak

Pemeriksaan kesihatan dijalankan secara berkala dengan menjemput pegawai kesihatan


kanak-kanak ke TASKA. Pegawai kesihatan akan memaklumkan kepada pendidik sekiranya
terdapat perubahan dari segi tahap kesihatan kanak-kanak supaya pemeriksaan lanjut
boleh dijalankan.

1. Mengapa bayi dan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit


Bayi dan kanak-kanak belum mempunyai imuniti yang mencukupi untuk melawan
kuman yang paling biasa, terutama jangkitan berkaitan pernafasan (selesama)
Bayi dan kanak-kanak mempunyai banyak ciri-ciri perkembangan yang mudah
menyebabkan penyebaran kuman seperti meletakkan objek ke dalam mulut,
menghisap jari
Jumlah kanak-kanak yang ramai di Taska meningkatkan risiko kanak-kanak dijangkiti
kuman/penyakit
Peredaran udara dalam bilik/ruang penjagaan bayi/kanak-kanak yang kurang
memuaskan juga boleh menyebabkan penyakit mudah merebak.

6
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

c)Penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak

Penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh merebak dari seorang ke seseorang yang lain.
Biasanya penyakit ini disebabkan oleh kuman seperti virus, bakteria, kulat dan parasite yang
boleh berpindah dari pesakit kepada orang lain melalui sentuhan, pernafasan dan luka. Bagi
memastikan penyebaran penyakit berjangkit tidak berlaku di Taska, pendidik hendaklah
mengenal pembawa penyakit tersebut, mengasingkan pesakit daripada kanak-kank lain,
menghubungi ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk membawanya pulang atau untuk
mendapatkan rawatan doktor. Setiap pendidik diwajibkan mencuci tangan dengan teliti selepas
menukar lampin bayi atau membawa bayi ke tandas dan menggunakan ubat nyahkuman dan
pengudaraan yang mencukupi di Taska.

d)Jenis penyakit berjangkit di Taska


Demam selesama dan batuk
Sakit tekak
Sakit telinga
Cirit birit
Seriawan
Penyakit Cocksackie
Cacar air
Kudis buta

e)Panduan kepada pendidik

Pendidik hendaklah memeriksa keadaan kesihatan kanak-kanak pada setiap pagi dan sebelum
kanak-kanak pulang dari Taska. Pendidik boleh melakukannya secara rambang semasa
menyambut ketibaan kanak-kanak tersebut:

Melihat mood kanak-kanak (gembira,sedih, mengantuk, meragam)


Mengambil suhu badan kanak-kanak menggunakan thermometer
Memberi perhatian jika terlihat ada ruam di kulit, bitnik luar biasa, bengkak ataulebam,
kanak-kanak menggaru kerana gatal dan sebagainya
Kanak-kanak mengadu sakit atau kurang sihat, kerap menangis
Wujud tanda-tanda sakit yang lain seperti batuk, bersin, susah bernafas, cirit birit,
muntah dan sebagainya.
Melihat log harian yang ditulis oleh ibu bapa sekiranya kanak-kanak memang kurang
sihat sebelum datang ke Taska.

f)Penjagaan kesihatan Oral

Pendidik perlu memastikan kesihatan oral bayi dan kanak-kanak diberi perhatian. Kanak-kanak
perlu dilatih untuk menggosok gigi dan menjaga kebersihan oral mereka. Panduan cara

7
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

menggosok gigi yang betul hendaklah dipamerkan supaya kanak-kanak memahami cara yang
betul melakukannya.

g)Latihan urus diri bayi dan kanak-kanak

Kanak-kanak hendaklah digalakkan menjaga kebesihan diri dan peralatan peribadi meraka.
Latihan urus diri yang dijalankan oleh pendidik kepada kanak-kanak akan membantu mereka
memahami cara mengurus diri mereka terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan,
kesihatan, adab dan keselamatan diri mereka

TUGASAN

1. Rancangkan menu harian kanak-kanak taska bagi umur 6 bulan hingga 4 tahun.

2. Bincang kan latihan yang sesuai untuk kanak-kanak bagi mengurus:


Kebersihan diri sendiri
Latihan urus diri- mengurus peralatan peribadi dan barang permainan
Latihan Urus Diri Menjaga adab dan kesopanan

8
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

1.5.3.Keselamatan , kebersihan dan kesihatan

a) Keselamatan kanak-kanak di Taska

Pendidik bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak diawasi dan mereka


berada dalam keaadan yang selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya. Setiap ruang yang
disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh
pihak pengurusan taska atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah Taska

b)Keselamatan Fizikal, peralatan dan ruang pembelajaran kanak-kanak

Bangunan yang didirikan sebagai sebuah taska perlu mendapat kelulusan daripada semua
agensi yang terlibat dengan proses pendaftaran taska. Kebenaran yang diperolehi dari semua
agensi ini mentukan keluasan sesebuah taska dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan
berada di Taska. Selain daripada itu semua langkah-langkah keselamatan berhubung dengan
keperluan pihak Jabatan Bomba dan penyelamat dan Jabatan dan Kesihatan perlulah dipatuhi
dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.

Taska yang baik akan menyediakan kelengkapan serta pelbagai program yang dapat
merangsang perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Setiap ruang yang digunakan untuk
keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabut
yang bersesuaian dan selamat untuk digunakan

c)Keselamatan emosi

Pendidik mempunyai peranan yang amat penting dalam memastikan kanak-kanak sentiasa
berada dalam keadaan yang selesa dan jauh daripada perasaan takut atau curiga. Kanak-
kanak perlu memahami setiap sudut dan ruang di Taska adalah direkabentuk untuk kegunaan
mereka. Pendidik perlu peka setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti
yang disediakan. Kanak-kanak perlua sentaiasa merasa dirinya selamat semasa di Taska.
Pendidik hendaklah memastikan sebarang tindakan yang diambil tidak akan menjejaskan emosi
kanak-kanak. Pendidikan menggunakan pendekatan yang berhemah dan berlemah-lembut
untuk menegur dengan cara yang baik, menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh
kanak-kanak dengan kasih sayang dan membolehkan mereka menerima teguran dengan lebih
berkesan.

1.5.4 Amalan Pengasuhan di Taska

Semasa di Taska,Pendidik adalah individu yang paling hampir dengan kanak-kanak. Mereka
seolah-olah Ibu kedua kepada kanak-kanak. Pendidik berperanan untuk memberikan
sepenuh kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh kanak-kanak selain daripada
memberi sokongan dan tunjuk ajar pelbagai aspek kehidupan kepada kanak-kanak. Antara

9
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

amalan asuhan yang boleh diamalkan oleh pendidik bagi membantu menggalakkan
perkembangan positif kanak-kanak ialah :

Menggalakkan hubungan dan interaksi antara pendidik, kanak-kanak dan ibu bapa
Prihatin terhadap keperluan kanak-kanak
Empati dengan keadaan fizikal dan emosi kanak-kanak
Menggalakkan kanak-kanak, melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan
Memberi pujian dan sanjungan kepada hasil kerja dan peningkaan pembelajaran kanak-
kanak
Menerima kanak-kanak mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka
Mengamalkan sikap adail dan tiak pilih kasih terhadap kanak-kanak
Sentiasa peka dengan keperluan kanak-kanak
Melayan kanak-kanak dengan senyuman dan suara yang lemah lembut
Sentiasa menjaga ketrampilan diri yang kemas dan bersih

a)Keselesaan kanak-kanak di Taska

Pembesaran dan perkembangan kanak-kanak sangat bergantung kepada persekitaran fizikal


Taska seperti kebersihan, makanan seimbang dan tahap keselamatan Taska yang terbaik.
Taska tidak mengabaikan aspek perkembangan minda dan personaliti anak-anak disamping
aspek jagaan dan keselamatan. Keselesaan kanak-kanak semasa berada di Taska akan
membolehkan kanak-kanak menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kepada mereka
semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Ruang-ruang yang digunakan oleh kanak-kanak
seperti ruang bermain, tidur, makan dan menyalin pakaian hendaklah berada dalam keadaan
yang bersih dan selesa digunakan. Ibu bapa juga perlu diberi maklumat berkaitan keadaan diri
anak mereka. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang masih tidak dapat dapat menyesuaikan diri
di taska, pendidik hendaklah mengambil tindakan dengan menghubungi ibu bapa, supaya
kanak-kanak tidak merasakan diri mereka diabai atau ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.

b)Penjagaan kebesihan di taska

Setiap taska mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Dua proses
penjagaan yang perlu dilakukan di Taska iaitu pembersihan dan pembasmian. Pembersihan
ialah menghapuskan kotoran yang boleh dilihat. Pembeersihan rutin menggunakan sabun dan
air untuk menghapuskan kuman daripada permukaan di Taska. Pembasmian atau sanitasi ialah
penyingkiran kuman. Proses ini boleh dilakukan menggunakan bahan penyahkuman yang
diluluskan untuk membunuh dan menyingkirkan kebanyakan kuma yang tidak boleh dilihat
tetapi kekal pada permukaan dan alatan permainan kanak-kanak. Biasanya barang mainan
kenak-kanak perlu direndam atau dibasahkan beberapa minit untuk memberimasa kepada
bahan cucian membunuh kuman yang tinggal.

Panduan penjagaan kebersihan

10
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

Bahan yang digunakan secara harian hendaklah dibasuh.


Kawasan yang mudah kotor hendaklah dibasuh menggunakan bahan pencuci kuman
yang kuat.
Selepas pembersihan dan pembasmian, keringkan semua peralatan. Bahan pencuci
hendaklah disimpan di tempat selamat dan jauh daripada kanak-kanak
Penggunaan kertas tisu mengurangkan risiko jangkitan merebak, tetapi hanya boleh
digunakan sekali sahaja.
Penggunaan tuala dan span boleh menyebabkan kekotoran bertambah
Buangkan semua air pembersihan ke tempat pembuangan tertutup
Basuh dan menyahkuman semua peralatan pembersihan seperti mop dan timba
Semua permukaan, peralatan, perabut yang sudah rosak atau dalam keadaan tidak
selamat perlu diperbaiki atau digantikan dengan baru

PENTING

Pendidik, Pembantu pendidik dan tukang masak di Taska


hendaklah mendapat suntikan typhim 6 dan membuat
pemeriksaan kesihatan diri secara berkala.Setiap Taska perlu
dilengkapkan dengan kotak pertolongan cemas.

c) Pembuangan Sampah

Pembuangan dan pelupusan sampah setiap hari akan menghalang penyebaran penyakit dan
mencegah bau yang tidak menyenangkan serta masalah lain seperti kehadiran lalat, semut,
lipas dan tikus. Item kotor,contohnya lampin pakaibuang, sarung tangan, kertas tisu harus
dibuang serta merta kedalam bekas sampah yang tertutup

Setiap bekas sampah hendaklah:

Kalis tikus dengan penutup yang ketat


Menggunakan bekas yang dikendalikan oleh pedal kaki
Menggunakan beg plastik
Meletakkan bekas atau tongsampah dekat kawasan menyalin lampin, sink membasuh
tangan dan ruang menyediakan makanan
Pastikan bayi dan kanak-kanak tidak boleh mencapai bekas yang mengandungi
sampah.

d) Kebersihan tempat menukar lampin dan tandas

Setiap Taska perlu memastikan ruang untuk menukar lampin bayi dan kanak-kanak berada
pada tahap kebersihan yang baik. Beri perhatian kepada perkara berikut:

11
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

Ruang tersebut hanya untuk memakai atau menukar lampin, jauh dari kawasan
pengendalian makanan
Terdapat sinki untuk membaush tangan serta-merta selepas menukar lampin
Permukaan menukar lampin hendaklah rata, selamat dan cukup tinggi supaya pendidik
tidak perlu membongkok atau menjengketkan badannya
Pastikan permukaannya bersih, kalis air dan bebas retak atau rekahan. Jika tidak, guna
pengalas yang baik dankalis air untuk keselseaan kanak-kanka.
Jauhkan semua krim, losyen dan bahan pencuci daripada dicapai bayi atau kanak-
kanak, tetapi mudah dicapai oleh ppendidik. Jangan sekali-kali memberi bayi atau
kanak-kanak bahan-bahan tersebut untuk bermain.
Awasi bayi atau kanak-kanak setiap masa dan pastikan mereka tidak ditinggalkan
bersendirian.

2.NILAI DAN SIKAP PENDIDIK

Pendidik telah dilatih supaya mereka dapat membentuk diiri dengan ciri-ciri pendidik yang
berakhlak mulia dan berkualiti semasa menjalankan tugas meraka. Ciri-ciri penting yang ada
dalam diri setiap pendidik adalah seperti berikut.

a)Jujur dan amanah

Pendidik yang jujur tidak akan bertindak mengikut emosi atau keputusan sendiri.pendidik
hendaklah sentiasa merujuk keapda pihak pengurusan sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Setiap keputusan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak
di bawah asuhan mereka.

b)Berintegriti

Pendidik mesti menjaga keperibadian diri dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang
diamanahkan. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak memandang rendah terhadap
keupayaan diri dalam menjalankan tugas.

c)menepati masa

Pengurusan mmasa amat penting dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Setiap
tanggungjawab dan tugas dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang telah dirancangkan.
Sentiasa menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan tanpa melengah-lengahkan masa.
d)Berdisiplin
Pendidikan perlu meastikan bahawa mereka sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab tugas seharian. Pendidik hendaklah mendisiplin kan diri untuk tidak mengambil
kesempatan terhadp tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya

e)Teladan baik

Pendidik yang profesional akan menjadi teladan (role moodel) kepada pihak taska, ibu bapa
dan anak-anak. Tabiat seperti menegking, berbohong, tingkahlaku kurang sopan, bergaduh,

12
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

merokok dan minum arak adalah tidak bersesuaian sama sekali semasa bertugas atau luar
waktu bertugas. Pendidik tidak boleh mengguankan kemudahan dan peraltan TASKA untuk
urusan peribadi sebelum meminta kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab/majikan.

f)Bersedia

Pendidik sentiasa bersedia untuk menjalankan setiap tugas yang diarahkan. Selain itu, adalah
ammat penting pendidik bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku semasa bertugas
seperti kemalangan, kecemasan, kehadiran tetamu, menganjurka majlis dan sebagainya.

g)Menghargai diri

Pendidik perlu merasa bangga dan menghargai diri dengan profesyennya. Mereka hendaklah
menjalankan ugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan yakin dan berwibawa

h)Bertanggungjawab

Setiap keputusan dan tindakan yang diambil hendaklah secara rasional dan dibincangkan
bersama pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi mengelakkan salah faham. Pendidik juga
hendaklah bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang diambil dan tidak
menyalahkan orang lain.

i)Berketrampilan Diri

Pendidik perlu menunjukkan ciri-ciri keperibadian yang tinggi dengan menjaga tatasusila
tentang cara menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan. Pendidik harus sentiasa
kelihatan bersih,kemas dan bersedia melakukan segala tanggungjawab yang telah
dipersetujui.Pakaian merupakan faktor penting yang perlu diberiperhatian. Pendidik hendaklah
sentiasa tampil dalam keadaan yang bersopanan, tidak keterlaluan dan tidak menjolok mata
dalam pakaian.

3.FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN HUBUNGAN PENDIDIK DAN KANAK-


KANAK

Menghormati hak kanak-kanak seperti yang termaktub dalam konvensyen Hak Asasi
kanak-kanak
Personaliti pendidik- bersifat penyayang, sabar dan sentiasa mendampingi kanak-kanak
Proaktif dan bermotivasi tinggi untuk memajukan diri bagi meningkatkan pengetahuan
dan profesionalisma dalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak
Mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas. Cekap
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

13
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

Mewujudkan persekitaran yang merangsangkan, mesra, selamat dan bersih bagi


meningkatkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Setiap kanak-kanak adalah unik dan mempunyai potensi diri sendiri. Pendidik hendaklah
menggalakkan mereka berkembang tanpa paksaan.
Tiada diskriminasi kanak-kanak kerana agama,bangsa, bahasa,kebudayaan, gender,
umur, kebolehan dan status ekonomi mereka

Rancang jadual kerja pembersihan dan pembasmian di taska yeng melibatkan peralatan, ruang
pembelajaran dan kekerapan.

14

Anda mungkin juga menyukai