Anda di halaman 1dari 2

Pemerhatian Budaya

1.0 Warna merah dalam kehidupan masyarakat Cina

Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina terutama pada setiap kali
sambutan Tahun Baru Cina. Oleh itu, warna ini akan mendominasi persekitaran kehidupan
mereka. Malah, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah
mereka. Kenapa warna merah merupakan warna utama dalam masyarakat Cina daripada
kebanyakan warna-warna yang lainnya. Adakah warna merah mempunyai maksud atau
keistimewaaan yang tertentu?

Warna merah atau warna hong dalam bahasa Cina merupakan warna pilihan utama
masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak
ada warna lain yang menjadi pilihan utama kecuali warna merah. Warna merah
menggambarkan keadaan yang terang dan ceria yang telah menjadi lambang kegembiraan
dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan. Warna merah dipanggil hong dalam
bahasa Cina dan bunyinya seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna
ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan
yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

2.0 Tarian Naga Cina

Pada zaman sekarang, jarang sekali ada orang percaya akan kewujudan naga apatah
lagi sebagai makhluk yang wujud. Namun begitu, naga masih dipuja sebagai dewa di
sesetengah kampung di China dan amat diingati dalam tradisi kebudayaan Cina terutamanya
dalam sambutan Tahun Baru Cina. Adakah betol wujudnya naga di dunia ini? Naga Cina
ialah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina yang sejawat dengan naga-naga
Jepun, Korea, Vietnam dan Turki. Dalam seni Cina, naga biasanya digambarkan sebagai
makhluk seakan-akan ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat.

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.
Tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan di samping tarian singa. Orang
Cina selalu menyebut Keturunan Naga sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang
Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah, Sekarang, tarian
naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan
tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
3.0 Wang neraka

Dalam masyarakat kaum Cina, terdapat upacara membakar wang kertas selepas
kematian salah seorang daripada ahli keluarga mereka. Hal ini telah menyebabkan saya ingin
mengetahui kenapa perlunya membakar wang kertas tersebut. Adakah wang tersebut boleh
dihantar kepada si mati melalui pembakaran wang tersebut?

Wang kertas ini dikenali sebagai wang neraka yang merupakan bentuk moden kertas
colok. Persembahan wang kertas alam berikutnya yang digunakan dalam penyembahan roh
nenek moyang tradisional Cina, yang boleh dicetak dalam bentuk wang kertas bank barat
ataupun China. Dalam budaya Cina, wang neraka tidak memiliki nama atau status khas dan
hanya dianggap sebagai bentuk lain kertas colok.

Tanpa mengira perwakilannya, duit kertas wang neraka juga dikenali kerana nilainya
yang besar iaitu daripa $10,000, $100,000, $1,000,000 malah sehinggan $500,000,000. Pada
setiap wang kertas, ia memaparkan Maharaja Jed, raja yang memerintah langit dalam
Taoisme dan tanda tangan baratnya (Yu Wong atau Yuk Wong) yang ditandatangan balas oleh
Yanluo, Raja Neraka (Yen Loo). Pada sebelah belakang setiap not, ia memaparkan gambar
bank neraka.

Anda mungkin juga menyukai