Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SEMANGAT KEJIRANAN
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
semangat kejiranan semakin terhakis dalam masyarakat dan kebaikan-kebaikan hidup
berjiran. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Antara budaya yang semakin dipinggirkan oleh kebanyakan anggota masyarakat kini
termasuklah budaya hidup berjiran. Jiran merujuk kepada seseorang atau sekelompok orang yang
tinggal berhampiran atau bersebelahan dengan rumah kita. Oleh sebab jiran merupakan orang yang
dekat dengan kita, maka sudah menjadi tanggungjawab kita selaku anggota masyarakat untuk
berbaik-baik dan berhubungan antara satu dengan yang lain.Sikap ini dapat memupuk budaya
kejiranan yang menjadi asas kepada keharmonian kehidupan masyarakat di negara ini.
Namun, fitrah manusia yang memerlukan kehidupan berjiran telah diselewengkan. Punca
kepada kebobrokan yang berlaku adalah disebabkan sikap mengutamakan kebendaan atau
materialistik dalam kalangan masyarakat. Selain itu, sikap individualistik, iaitu hanya
mementingkan diri telah menyekat manusia daripada bercampur gaul. Malah, kongkongan sifat ini
menyebabkan manusia menjadi sombong, bongkak dan angkuh sehingga terpaku kukuh sifat ego
dalam diri masing-masing. Hubungan kemasyarakatan yang semakin renggang juga ada kaitan
dengan sikap masyarakat sekarang yang lebih suka hidup bersendirian tanpa gangguan dan sikap
ini begitu menular dalam kalangan anggota masyarakat dewasa ini. Kemewahan yang dikecapi oleh
masyarakat kini juga menjadi punca yang menyebabkan seseorang itu berasakan tidak perlu
bergantung pada orang lain. Bagi mereka, apa-apa yang dimiliki sudah mencukupi untuk menjalani
kehidupan tanpa bantuan jiran.
1
Soalan 2(a) Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan daripada tiadanya amalan kerjasama dalam
menjayakan sesuatu majlis kenduri. Nyatakan dua kesan tersebut.
[3 markah]
(iii) Andaikan jiran anda sedang sakit. Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu
jiran tersebut.
Berikan tiga tindakan. [4 markah]
2
2. AMBANG REMAJA
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan
usaha-usaha mengatasi masalah buli di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Perbuatan buli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud
untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli
secara langsung dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut,
menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung seperti mengejek,
mengacau dengan kata-kata, diketawakan dan gosip-gosip liar. Lebih 80 peratus pelajar mengakui
pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Pelajar lelaki lebih banyak terbabit dalam kes
buli berbanding pelajar perempuan. Pelajar tingkatan empat didapati paling sedikit terbabit dalam
kes buli berbanding pelajar tingkatan rendah yang lain.
Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh
menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek
gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli.
Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan
hubungannya dengan orang lain dan ahli keluarga. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh
menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan
itu walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan
Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi
Salim, berpendapat bahawa mangsa buli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang
penakut. Mangsa juga takut ke sekolah.
Sebetulnya, perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, akan
membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan
yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa.
Sebaliknya pembuli berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya. Masalah ini hanya dapat
dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi
mangsa telah lama cedera akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu mengendahkan
aduannya. Atasi segera masalah berkenaan supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada pelajaran. Oleh itu, semua pihak perlu berkerjasama bagi menangani masalah yang semakin
meruncing dan berbahaya ini.
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar terbabit dalam kes-kes buli di sekolah?
[ 4 markah ]
3
3. DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif
penggunaan telefon bimbit dan punca-puncanya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Laporan mengenai penggunaan telefon bimbit di Malaysia yang mencecah 5 juta pengguna
mengesahkan bahawa alat tersebut merupakan alat komunikasi terpenting. Telefon bimbit telah
menjadi barang keperluan dan turut dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Telefon talian
tetap sedang berundur daripada pasaran. Timbullah banyak aduan tentang kawasan-kawasan yang
tidak diliputi oleh rangkaian telefon selular, seolah-olah kehadiran alat itu sudah menjadi hak asasi
manusia.
Sering kali juga tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada perbualan kerana mata
pengguna telefon terpaksa melirik kepada mesej yang dikirim melalui SMS. Dalam mesyuarat dan
ketika bersolat berjemaah, orang lain akan terganggu apabila telefon berbunyi. Walaupun seseorang
itu berusaha mengetepikan panggilan telefon tangan dengan meletakkannya pada mod senyap,
namun tetap mengganggu pengguna kerana otaknya sudah tentu tertanya-tanya kalau-kalau
panggilan tersebut penting. Jika dibuat perumpamaan, gangguan daripada panggilan telefon tangan
ini seperti iklan di televisyen yang jalan ceritanya sentiasa terganggu dengan iklan yang semakin
hari semakin banyak, menyebabkan nikmat menonton filem di televisyen bertambah luntur. Begitu
juga dengan kehidupan seharian seseorang pada hari ini. Ketika makan, seseorang itu tidak dapat
memberi tumpuan kepada makanan dan temannya di depan kerana pada bila-bila masa sahaja
panggilan telefon tangan akan menerjah masuk.
Begitu juga dengan tidurnya. Apabila terjaga daripada tidur, dengan spontan seseorang itu
akan menjenguk skrin telefon tangan untuk memerhati kalau-kalau ada panggilan atau pesanan.
Masalah ini sukar diatasi dalam keghairahan manusia menggunakan teknologi moden. Tetapi
kesedaran sivik akan penggunaan telefon tangan perlu diuar-uarkan kepada masyarakat. Selain itu,
tempat-tempat yang penting seperti bilik mesyuarat wajar memasang alat yang menghalang
panggilan daripada dapat masuk. Seterusnya, masyarakat perlu mendidik waktu yang sesuai untuk
menggunakan telefon tangan supaya telefon ini tidak menjadikan manusia seperti hamba.
4
Soalan 2(a): Petikan Umum
Berdasarkan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
.
5
4. KERANAMU MALAYSIA
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
mendorong Malaysia merealisasikan slogan Malaysia Boleh dan faedah-faedah
merealisasikan slogan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Cogan kata Malaysia Boleh memang tidak dapat dinafikan mempunyai signifikannya yang
tersendiri untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia agar dapat berusaha mencapai kejayaan
dalam pelbagai bidang. Kejayaan pemimpin Malaysia mencipta nama di pentas dunia telah
menjadi pendorong kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh kejayaan yang sama. Secara tidak
langsung hal ini juga menunjukkan bahawa kita berkemampuan dan berkebolehan untuk mencapai
kejayaan yang setanding dengan negara lain. Sungguhpun negara kita kecil, kehebatan kita telah
teruji di persada antarabangsa. Sikap tegas, positif dan berani pemimpin kita membidas negara-
negara maju terhadap isu-isu antarabangsa telah membuka mata rakyat Malaysia akan kebolehan
pemimpin mereka.
Malaysia dengan penduduknya seramai 25 juta orang, dikira kecil berbanding dengan
beberapa negara lain tetapi mampu meletakkan atlet negara kita di puncak kejayaan. Semangat
juang yang jitu yang dimiliki oleh beberapa orang atlet telah membuahkan kejayaan yang
membanggakan. Kejayaan tidak datang bergolek tetapi perlu diseiringkan dengan kegigihan dan
keberanian menempuh cabaran di pentas antarabangsa. Oleh itu, slogan Malaysia Boleh menjadi
kata keramat dan laungan pembakar jiwa seluruh rakyat negara ini untuk menjana kejayaan demi
kejayaan di samping menjadi rangsangan kepada generasi muda untuk terus memburu kejayaan.
Justeru, pembabitan secara langsung syarikat-syarikat gergasi dalam sukan pemotoran telah berjaya
memartabatkan imej Malaysia sehingga beberapa orang jurutera tempatan terbabit secara langsung
dalam sukan paling berprestij itu.
Projek Everest 1997 berjaya memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu
bersaing dalam apa-apa jua bidang. Rentetan itu, Program Misi Kibaran Jalur Gemilang Everest
Camp 2007 diadakan. Sokongan padu rakyat Malaysia telah memacu kejayaan program ini. Nama
Malaysia sekali lagi bakal mengharum di dunia apabila dua orang angkasawan negara yang bertuah
akan membawa agenda negara dengan jayanya. Berbekalkan kata-kata percaya dengan kemampuan
diri sendiri, mereka telah berjaya melepasi setiap ujian yang ditetapkan. Selain itu, berpegang pada
prinsip tiada apa-apa yang tidak dapat dicapai dalam hidup ini menjadi faktor pendorong kepada
mereka untuk mengharumkan nama negara. Dalam aspek yang lain, kerajaan membiayai kajian dan
penyelidikan seperti penerokaan ke kutub Utara dan kutub Selatan bagi mencari penemuan-
penemuan baru amat mengagumkan kita sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu, penyelidikan dan
pembangunan sememangnya menjadi suatu elemen yang penting dalam menguja kemajuan
sesebuah negara.
(Dipetik dan diubahsuaiakan daripada rencana Jalur Gemilang
Kembali Berkibar di Everest, Dewan Masyarakat, Ogos 2004
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
pengurusan hutan di negara kita dan kepentingan mengekalkan hutan. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu Malaysia. Sekiranya
pembalakan ini berterusan sehingga lima tahun yang akan datang, bermakna jumlah pokok yang
ditebang akan berlipat ganda. Oleh sebab itu, kegiatan pembalakan perlu dikawal agar tidak
memusnahkan alam sekitar.
Keadaan ini lebih serius apabila kerja pembalakan haram dilakukan di kawasan sempadan
negara. Malaysia pernah didakwa oleh Indonesia sebagai pembeli balak haram kerana terdapat
pihak tertentu yang cuba menyeludup kayu balak dari Indonesia secara haram ke Malaysia.
Seharusnya Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk memantau kawasan hutan di sempadan
kedua-dua buah negara dengan lebih ketat bagi membanteras aktiviti pembalakan haram. Kedua-
dua negara tidak harus saling menuding jari sehingga menjejaskan hubungan diplomatik yang telah
sedia terjalin. Teknik mengesan profil deoxyribonucleic acid (DNA) pokok adalah salah satu cara
untuk mengatasi aktiviti pembalakan haram. Teknik ini dikenali sebagai Random Amplified
Polymorphic DNA (RAPD). Setiap spesis pokok mempunyai profil DNA unik yang berlainan dan
tidak menyerupai mana-mana profil pokok yang lain. Melalui teknik RAPD, balak yang dicuri
dapat dipadankan dengan tunggul pokok yang ditebang secara haram. Teknik ini telah digunakan
dengan jayanya di beberapa buah negara maju.
Walau bagaimanapun, teknik RAPD memerlukan pihak penguat kuasa perhutanan
menjalankan pemerhatian yang kerap di kawasan yang disyaki berlaku aktiviti pembalakan haram.
Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) berjaya membaik pulih 1.56 juta hektar hutan kekal di
negara ini dan 80 ribu hektar kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia. Pada 1995-2000,
sebahagian kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digunakan untuk menjayakan Program
Perhutanan Masyarakat yang meliputi penubuhan dan penyelenggaraan hutan lipur, hutan
perkampungan, hutan bandar dan sebagainya. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara dalam taman dan memulihara alam sekitar, kerajaan negeri menetapkan
sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun dan 1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri
masing-masing. Malaysia juga begitu komited untuk melaksanakan pengurusan hutan secara
berkekalan selaras dengan deklarasi RI0 pada Jun 1992. Bagi program kemajuan ekonomi jangka
panjang, kerajaan berusaha memanfaatkan industri hiliran kayu. Kerajaan memberikan insentif
kepada industri berasaskan kayu seperti perusahaan perabot, papan lapis dan kraf tangan. Selain itu,
khidmat nasihat dan kepakaran diperluaskan untuk sektor ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan memberikan pendapatan yang
lumayan kepada negara. Kayu dan hasil pengeluaran kayu menjadi penyumbang pertumbuhan
ekonomi dan merupakan eksport ketiga besar negara ini. Sektor ini juga berupaya menyediakan
lebih 260 ribu peluang pekerjaan kepada guna tenaga negara. Namun sekiranya aktiviti pembalakan
tidak disekat, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang.
7
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1(i) Terangkan
maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan
di atas.
[2 markah]
2
3(ii) Nyatakan sumbangan-sumbangan sektor pembalakan dalam meningkatkan
pembangunan negara.
[3 markah]
4(iii) Pada pendapat anda, huraikan cara-cara memupuk sikap generasi muda agar
5 menyayangi alam sekitar?
6 [4 markah]
8
6. RIADAH
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara mengisi masa
lapang murid-murid dan masalah untuk menjayakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai pertandingan yang menawarkan hadiah
yang menarik seperti pertandingan membaca, bahas, kuiz dan berbalas pantun. Dalam hal ini,
pihak sekolah mestilah memastikan bahawa murid-murid yang telah selesai menghadapi
peperiksaan tidak akan ponteng sekolah kerana tindakan itu merugikan diri mereka sendiri. Guru-
guru pula mestilah memainkan peranan dengan memberikan penekanan kepada murid-murid
tentang matlamat mereka berada di sekolah bukan hanya untuk lulus peperiksaan, tetapi turut
memanfaatkan peluang tersebut untuk mempelajari pelbagai perkara positif yang lain. Sebaliknya,
jika masa dibiarkan begitu sahaja kemungkinan mereka terbabit dengan gejala ponteng sekolah dan
mereka terlibat dengan gejala negatif seperti melepak di kafe siber, pusat snuker dan kompleks beli
belah.
Dalam pada itu, pelbagai pertandingan sukan boleh diadakan antara sekolah kerana aktiviti
ini boleh memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan sukan sebagai aktiviti
yang mampu menyihatkan badan, mencerdaskan minda serta memupuk semangat kerjasama, tabah
dan berdaya saing. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mengadakan pelbagai aktiviti
untuk murid-murid lepasan sekolah tidak sewajarnya dibebankan kepada pihak sekolah seratus
peratus. Masa seseorang murid di sekolah sangat terhad, iaitu lebih kurang enam jam sehari.
Sekolah hanya sebagai tempat persinggahan sementara. Semua pihak mesti memahami keadaan
ini.
Oleh itu, ibu bapa tidak boleh lepas tangan, sebaliknya mereka mesti memainkan peranan
untuk memastikan bahawa anak-anak mereka yang telah tamat peperiksaan ini tidak terlibat dalam
sebarang gejala yang tidak sihat dengan cara ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-
anak. Mereka juga mestilah merancang aktiviti yang bersesuaian untuk anak-anak supaya anak-
anak melakukan aktiviti yang berfaedah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam aktiviti anak-anak.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar, melancong
dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik di rumah. Hasil daripada kerjasama pelbagai
pihak, sudah tentu masa murid-murid sekolah selepas tamat peperiksaan tidak disia-siakan begitu
sahaja.
9
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(ii) Mengapakah masa murid-murid yang telah selesai menduduki peperiksaan perlu diisi
dengan pelbagai aktiviti?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan murid-murid untuk
mengisi masa lapang?
[4 markah]
10
7. GENERASI KITA
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
siswazah menganggur dan kesannya kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) baru-baru ini
mendapati bahawa peratus pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat dari tahun ke
tahun. Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pesta Kerjaya untuk
siswazah menganggur pada 7 April 2005. Pesta tersebut memberi peluang kepada siswazah untuk
mendapatkan pekerjaan terutama dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan
perkhidmatan.
Jelas bahawa bahasa Inggeris diletakkan sebagai asas yang penting oleh majikan dalam
menemu duga seseorang calon bagi sesuatu jawatan. Namun, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang
dibina sejak merdeka dahulu meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama.
Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar majikan ini menimbulkan masalah
pengangguran yang cukup membingungkan. Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting
sebagai bahasa komunikasi antarabangsa, tetapi kelemahan kemahiran berkomunikasi merupakan
satu lagi faktor yang perlu diteliti. Hakikatnya, siswazah di negara ini bukan sahaja lemah
penguasaan bahasa Inggeris malah tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan
khalayak. Terdapat juga faktor lain seperti mobiliti kerana siswazah masih terikat dengan tempat
kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.
Siswazah seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Skim Latihan
Siswazah Menganggur (SLSM) bagi menumpukan penyediaan kemahiran yang lebih tinggi selain
mendedahkan siswazah kepada suasana dunia pekerjaan. Penglibatan siswazah dalam sesuatu
sektor ekonomi juga harus dikembangkan. Usaha lain yang dapat membantu mengurangkan
masalah pengangguran dalam kalangan siswazah adalah dengan mempelbagaikan kegiatan
kokurikulum di institusi pengajian tinggi (IPT).
Kesimpulannya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak dinafikan merupakan aset
yang penting bagi seseorang siswazah apabila melangkah ke dunia pekerjaan, tetapi faktor
kemahiran komunikasi tidak wajar dikesampingkan. Biar siapa pun diri kita yang penting ialah
perlunya berkomunikasi.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana: Mengapakan Siswazah
Menganggur, oleh Puteri Roslinda Abdul Wahid,
Dewan Masyarakat,Julai 2005)
11
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab-jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata cukup membingungkan seperti dalam petikan di atas.
[2 markah ]
ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam
kalangan siswazah? [3 markah ]
iii. Sekiranya anda seorang siswazah menganggur, apakah yang anda akan lakukan untuk
mengatasi masalah ini? [ 4 markah]
12
8. GAYA HIDUP SIHAT
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai
kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebih 120 patah perkataan.
Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat
menggunakan masanya dengan aktiviti yanglebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform
seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasamenepati dan
menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa
dengan baik kerana seperti kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu
emas. Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk
lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja
nama nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulumakan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar
akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai
Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplindan sahsiah diri pelajar
yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat
dititikberatkan.Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan
pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaianseimbang antara akademik dengan aktiviti
kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satunilai tambah
kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik
darjah.
Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat
muafakat, bekerjasama dantolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum,
nilai nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setiakawan, jujur, rajin banyak diterapkan.
Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan
seterusnyakaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah
terpengaruh dengan gejala sosial sepertimerokok, menghidu gam, melepak, seks rambang,
mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yangaktif dalam kegiatan
kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan
aktiviti yang lebih berfaedah. Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti
kokurikulum, semua pihak perlulah mengambillangkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang
rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak anak mereka dengan aktiviti
kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru guru, peranan mereka dalam usaha menarik
minat pelajar menyertaiaktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.
13
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar?
(3 markah)
14
9.
15
10. WARISAN BANGSA
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan dalam
usaha mewujudkan semangat patriotik dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha
tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen televisyen dan
radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak ketinggalan juga memaparkan
pelbagai berita mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal
perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi
kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung terus
dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang kental di kalangan rakyat, khususnya
golongan belia. Hal ini dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan
pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan patriotisme.
Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa fahaman individualisme.
Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi
komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara
maya ialah negara tanpa sempadan seperti dalam konteks internet, komunikasinya dapat dibentuk
tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita
berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan
bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun
lalu merupakan percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh kuasa
ekonomi asing.
Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak
bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat
penting untuk meningkatkan patriotisme di kalangan belia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan
ini merupakan sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan
perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.
16
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
17
11. INDUSTRI PELANCONGAN
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan kesan-kesannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar diusahakan
oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia
sebenarnya mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh
dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki
kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata
wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama
terhadap sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini
telah bekerjasama dengan KementerianKesihatan.
Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan
pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan
syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan
perkembangan pelancongan kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia
Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah
Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat
imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit.
Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi Kesihatan untuk
membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta
mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan.
Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi
kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang
kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar
Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.
Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti
perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat
kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan
Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang
terlibat dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan
perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh.
18
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat dalam proses
pelaksanaan pelancongan kesihatan ?
[4 markah]
19
SKEMA JAWAPAN
1. SEMANGAT KEJIRANAN
(i) Maksud rangkai kata memupuk budaya adalah menyuburkan/menggalakkan cara hidup/
amalan masyarakat. [2 Markah]
(ii) Kesan tiada amalan kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri:
masyarakat [3 Markah]
- menziarahi jiran
20
- membawa jiran ke hospital
- mendoakan jiran
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan akibat/ impak/ implikasi masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah di
Malaysia
Kesimpulan [2 markah ]
Kesimpulannya pihak sekolah dan ibu bapa haruslah bersama-sama berusaha memastikan kes-
kes buli di sekolah tidak berlaku demi mendaulatkan institusi sekolah
[ 4 markah]
21
3. DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Pendahuluan [2 Markah]
Penutup [ 2 markah]
[3 markah]
22
(iii) Langkah-langkah:
- menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke sekolah
- menegur/memberi nasihat
- menyediakan telefon awam
- mengadakan pemeriksaan mengejut
- memberi taklimat/penerangan kepada ibu bapa/penjaga berkaitannya
[4 markah]
4. KERANAMU MALAYSIA
Kesimpulan [2 markah]
i Maksud :
- mengangkat/menaikkan maruah/nama baik negara/Malaysia
[2 markah]
ii Tujuan :
23
[3 markah]
(iii) Peranan :
- belajar bersungguh-sungguh/mencapai kejayaan yang cemerlang
- mematuhi peraturan sekolah
- menghormati guru
- menempa kejayaan dalam aktiviti yang diceburi
[4 markah]
Pendahuluan [ 2 markah ]
Kesimpulan [2 markah]
i. - Maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat
dalam petikan ialah jangan selalu menyalahkan antara satu sama lain/tuduh
menuduh. [2 markah]
6. RIADAH
Pendahuluan [2 markah]
Kesimpulan [2 markah]
ii Masa murid-murid selepas peperiksaan perlu diisi dengan pelbagai aktiviti kerana
7. GENERASI KITA
Pendahuluan [2 markah]
Kesimpulan [2 markah]
Sebagai kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil langkah segera mengatasi masalah siswazah
menganggur agar tenaga profesional mereka dapat digunakan untuk pembangunan negara
[3 markah]
iii. Sekiranya saya seorang siswazah menganggur
- Menerima tawaran kerja walaupun pekerjaan tersebut tidak setaraf dengan kelulusan
yang dimiliki.
- Melakukan kerja sendiri seperti bertani dan sebagainya.
- Berkongsi dengan rakan untuk memulakan pekerjaan seperti berniaga.
26
- Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
[4 markah]
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan manfaat-manfaat menyertai kegiatan kokurikulum
Kesimpulan [2 markah]
Semua murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum agar mereka dapat mengelakkan
diri daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat.
27
9.
28
10. WARISAN BANGSA
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta akan negara dalam
kalangan belia.
Kesimpulan [2 markah]
Pemimpin-pemimpin belia patut bekerja keras membawa belia kembali ke pangkal jalan supaya
mereka menyedari tanggungjawab mereka kepada negara.
Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar disegarkan dalam jiwa para belia supaya mereka
menyedari tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan tanah air.
29
11. IINDUSTRI PELANCONGAN
Pendahuluan [2 markah]
1. Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel.
2. Membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.
3. Menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia.
4. Menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta.
5. Melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit.
6. Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan.
7. Mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan
kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan.
8. Mengadakan pemantauan secara berterusan.
9. Menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan.
10. Mengutamakan tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang berkualiti.
Kesimpulan [2 markah]
30
31