Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran
banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah
satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti
berikut. Maksudnya: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di
dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta
berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" (Al-
Asr)
Pembahagian Masa
Bersedialah
Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang
akan
penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa
kejayaan
yang cemerlang.
Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting.
natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan
seseorang. Bagi
remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak
masa
Tersusun
dalam urusannya sehingga menjadikan
kehidupannya teratur dalam segala hal
yang menjadi tanggung jawab dan
amanahnya. Dapat menyelesaikan semua
masalahnya dengan baik dengan cara yang
baik.
*Di sini pihak PRSMML ingin berkongsi 10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang di
sunting dari petikan buku siri motivasi Jatidiri Penggerak Perubahan
1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan
mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda.
Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus
pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita
lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang
diperlukan untuk menyelesaikannya.
2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya
mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam
suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah
menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang
efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan
fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang
secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-
matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi
kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil,
mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran
waktu yang sia-sia.
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi.
Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita
menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah
anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya.
Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya
jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu
dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang
juga.
9. Delegasikan pekerjaan
Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk
mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh
cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk
membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi
mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup
mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini
membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang
sama tarafnya seperti orang yang keagihan alkohol.