Anda di halaman 1dari 9

SJK (C) TAI TONG TAMAN KEMPAS 08000

SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN MELUKIS MURAL 07


JULAI 2013 20 JULAI 2013 PROGRAM

ANJURAN: INTERNSHIP PISMP


SEMESTER 8
1.0 PENGENALAN

Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh guru
pelatih dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi memenuhi syarat Internship bagi
semester 8 ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan
mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guru-guru
SJK (C) Tai Tong. Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat
dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat
menceriakan lagi persekitaran sekolah.

2.0 RASIONAL

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting dalam sesebuah
sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai
organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri.
Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara tidak
langsung di sekolah.

3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.

4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti
dalam melaksanakan tugas.

4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara


berterusan.

5.0 NAMA PROGRAM Projek Melukis Mural

6.0 ANJURAN Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim
dan guru-guru SJK (C) Tai Tong.

7.0 TARIKH 7 Julai 2013 hingga 11 Julai 2013

8.0 TEMPAT SJK (C) Tai Tong, Taman Kempas, 08000 Sungai Petani, Kedah.

9.0 ORGANISASI Penasihat : EN. Low Yew Fatt (Guru Besar SJK (C) Tai Tong) Mentor : En.
Tan Chee Yew
10.0 PELAN TINDAKAN PROJEK

Langkah Aktiviti

1 Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis


Rukun Negara melalui internet. Mengukur saiz perkataan.
Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita
ukur dan kapur

2 Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka


dan berus. .

Mencetak perkataan yang diperluakan untuk mural

3 Mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat.

4 Memperbaiki perkataan yang dilukis

5 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

11.0 SUMBER KEWANGAN Peruntukan dari SJK (C) Tai Tong 12.0 ANGGARAN
BELANJAWAN BIL. PERKARA UNIT HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) 1. Cat Pelaka
(hitam, merah) 1 14.50 29.00 2. Berus (4) 2 4.20 8.40 JUMLAH KESELURUHAN 37.40 13.0
PENUTUP

1. 4. Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti
yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.
Disediakan oleh: ........... (LEE XIAO TING ) Guru Pelatih, IPG
Kampus Sultan Abdul Halim Disemak dan Disahkan oleh:
(EN. LOW YEW FATT) Guru Besar, SJK (C) Tai Tong

KERTAS CADANGAN
MELAKSANAKAN
PROGRAM KECERIAAN UNIT 3K
PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK,
KUANTAN TAHUN 2017

ANJURAN UNIT 3K
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU
BAPA-GURU
SK BALOK, KUANTAN

1.TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Yang Dipertua,melalui Mesyuarat


Ahli Jawatankuasa Unit Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) untuk
menimbang dan bersetuju:

1.1 Mengadakan Program Keceriaan peringkat sekolah;


1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 850.00

2. LATAR BELAKANG

2.1 Merujuk kepada Rancangan Tahunan Jawatankuasa


3K,memutuskan untuk melaksanakan Program Keceriaan peringkat
Sekolah Kebangsaan Balok (SKB) pada tahun 2017 dan meminta
kerjasama daripada PIBG sekolah.

2.2 Sehingga kini SK Balok memerlukan penambahbaikan melalui


projek-projek keceriaan bagi menggantikan mural dinding bahagian
pejabat dan bilik guru .

2.3 Unit Hal Ehwal Murid memerlukan sedikit suntikan kewangan atas
kekangan dan implikasi kewangan yang dialami atas ketiadaan bajet
khas bagi unit tersebut.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Objektif program adalah seperti yang berikut:


i) Menjadikan suasana bangunan supaya lebih efektif dan kondusif bagi
meningkatkan keberkesanan P&P di sekolah.

ii) Meningkatkan imej sekolah pada mural yang telah lusuh sebagai
satu tanda mercu baru sekolah yang lebih ceria dan dinamik.

iii) Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di


kalangan warga guru,PIBG,ibu bapa dan murid.

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Dengan bertambahnya fungsi dan peranan Unit 3K kepada


kumpulan sasar,maka pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan
kualiti perkhidmatan yang baik.Justeru,program murni ini perlu
dijalankan bagi kebaikan bersama.

4.2 Pihak sekolah memerlukan sokongan dan kerjasama daripada


semua pihak.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program


Keceriaanperingkat sekolah berjumlah RM850.

KOS PELAKSANAAN PROGRAM

BI ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH KOS (RM)


L (RM)

1 Cat Minyak 5 liter 30 10 300


Colourland

2 Berus Cat 5 6 30

4 Thinner Bottle 5 4 20

5 Upah 500 500

JUMLAH 850

6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Program ini akan dijalankan oleh pekerja sekolah,guru atau orang
luar yang difikirkan sesuai.

6.2 Program akan dijalankan pada bulan Mac 2017 dengan dipantau
oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa 3K sekolah.

6.3 Cadangan Program Keceriaan ini meliputi aspek seperti berikut:

i) Mengecat dan melukis mural dinding bilik guru dan pejabat

ii) Mengecat daun pintu kelas dan bilik khas

iii) Menggantikan dan membaik pulih sebilangan daun pintu yang


rosak

7. PENUTUP

7.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Keceriaan tahun 2017


dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

8. ULASAN GURU BESAR/YANG DIPERTUA PIBG


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Disediakan oleh: Disemak oleh :

(Pn.Siti Balqis Binti Fatdri) (Pn. Rozita Binti


Ismail)
Setiausaha Unit 3K SK Balok, Kuantan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
SK Balok, Kuantan

Disahkan oleh:

(Pn.Fauziah Binti Ayob)


Guru Besar, SK. Balok, Kuantan.

Anda mungkin juga menyukai