Anda di halaman 1dari 2

1.

PENDAHULUAN
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan
kokurikulum di sekolah. Penyertaan para pelajar dalam badan beruniform sangat
memberi kesan dalam membentuk disiplin, akhlak, keselarasan, semangat
kerjasama dan sifat kepimpinan. Justeru pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik
minat pelajar dalam menyertai badan beruniform sekolah. Aktiviti yang akan
dijalankan ialah memasang khemah, memasak, membuat gajet, ikhtiar hidup dan
sebagainya. Aktiviti kebudayaan dan warisan tidak lupa diadakan. Melalui aktiviti
ini, unsur-unsur asas pembangunan manusia dapat dipupuk dengan sifat mulia
seperti toleransi, bertolak ansur, tolong-menolong, berdisiplin dan kerjasama,
seterusnya mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor.

2. RASIONAL
Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kerjasama, kepimpinan,
kreatif, daya saing dan jati diri yang kuat melalui aktiviti-aktiviti yang
diadakan.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) serta berpotensi memberi sumbangan kea rah kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat dan negara.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian
secara teratur dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-
masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

4. TARIKH : 28 30 Julai 2016

5. TEMPAT :

6. KONSEP PELAKSANAAN
Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran
melalui aktiviti. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah
dirangka yang boleh memupuk semngat kerjasama dalam kumpulan, keimanan,
pengukuhan disiplin, pembinaan daya saing dan kepimpinan yang berwibawa.
Pelajar akan memasak sendiri makanan untuk kumpulan unit masing-
masing sementara pihak sekolah akan membekalkan bahan mentah. Mereka juga
akan diuji dengan kemahiran memasak. Setiap unit beruniform lelaki diminta
mewakilklan seorang pelajar untuk menjadi imam solat.

7. SENARAI JAWATANKUASA
(Rujuk Lampiran)

8. SASARAN
Setiap badan beruniform akan menghantar 20 orang pelajar yang terdiri daripada
pelajar Tingkatan 1 dan 4 dan dibahagikan mengikut jantina. Pemilihan peserta
dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru Penasihat Badan Beruniform.
Keseluruhan peserta adalah seramai 160 orang pelajar.

9. TENTATIF PROGRAM
(Rujuk Lampiran)

10.AKTIVITI
(Rujuk Lampiran)

11.PENGINAPAN
Peserta perkhemahan akan mendirikan khemah masing-masing bersama unit.

12.PERALATAN YANG PERLU DI BAWA


(Rujuk Lampiran)

13.PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN


Sumber pendapatan diperolehi daripada BBTP, PIBG, BPL dan yuran pelajar
(RM10/kepala).

14.PENUTUP
Program yang dirancang berjalan lancar dan sempurna. Kerjasama antara guru-
guru dan para pelajar berjalan dengan baik. Begitu juga dengan disiplin pelajar
yang memuaskan.

LAMPIRAN
1. KERTAS KERJA
2. SENARAI JAWATANKUASA
3. TENTATIF PROGRAM
4. AKTIVITI (LAPORAN BERGAMBAR)
5. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
6. PAMPLET
7. SENARAI PESERTA PERKHEMAHAN
8. PERATURAN PERTANDINGAN & AKTIVITI
9. SENARAI PEMARKAHAN AKTIVITI
10. MENU MAKAN PELAJAR
11. SURAT-SURAT BERKENAAN
12. GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
13. SIJIL PESERTA

Anda mungkin juga menyukai