Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN KATA KERJA

LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.

1) Puan Hidayah____________ kari ayam dan rendang daging untuk hidangan


makan malam.

A menggoreng C menjerang

B memasak D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah pada pukul 10.45 malam.

A berlepas C bertolak

B berangkat D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan Maharaja Lawak.

A menangis C ketawa

B menjerit D melompat

4) Encik Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk


menyambut Deepavali.

A membakar C menconteng

B membersihkan D menghiasi

5) Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.

A berpindah C berlari

B bermain D berdiri

6) Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak


sulungnya.
A meminta C mengangkut

B menjemput D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi pantai sambil melihat kanak-kanak bermain


layang-layang.

A berpindah C berehat

B beradu D berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan


para penumpang.

A membawa C mengangkut

B memandu D menunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing


berlari ke arah mereka.

A duduk C tidur

B turun D lari

10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Mak Limah berjaya ditangkap oleh


penduduk kampung.

A membunuh C mengulung

B mematuk D memakan
LATIHAN 2

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Amira ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

A merintih B mengeluh

C mengenang D mengerang

2 Badan Nabil__________kerana ketakutan.

A menggeliat B menggeletar

C menggelupur D menggelepar

3 Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.

A dihalang B dibuang

C dihalau D ditindas

4 Mak Cik Gayah sedang ___________bawang di dapur.

A menumbuk B mengetuk

C memukul D memalu

5 Kakak ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.

A memicit B melenyek

C memerah D menindih

6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.

A merenggut B menyambar
C merampas D mengambil

7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Kampar akan ______pameran


lukisan.

A melaksanakan B menjalankan

C mengadakan D melahirkan

8 Kampung Kelam dan Kampung Batang Pinang _________oleh sebatang sungai.

A terbelah B terpisah

C terpecah D terbahagi

9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.

A menelan B meneguk

C mengunyah D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.

A merancang B menimbang

C melaksana D melihat
LATIHAN 3

1) Mak Esah __________ ayam yang telah dipotong itu dengan garam dan kunyit
sebelum menggorengnya.

A) menabur B) melumur

C) memalit D) mencalit

2) Saya ___________ kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak, kata


Tuan Ismail.

A) mengharapkan B) menginginkan

C) meletakkan D) melepaskan

3) Keluarga Pak Mail telah ___________ di kampung ini sejak dua puluh tahun
yang lalu.

A) bermastautin B) berziarah

C) bertukar D) bernaung

4) Malaysia banyak ______________ barangan elektrik untuk dieksport ke luar


Negara.

A) memperoleh B) mendapatkan

C) menyediakan D) menghasilkan

5) Pekerja itu sedang tekun __________ kain dengan corak batik di bengkel
tersebut.

A) menekan B) menekap

C) mengecop D) mengecap

6) Nenek _____________ sayur kacang panjang untuk hidangan tengah hari nanti.
A) menjerang B) mengukus

C) mencelur D) merebus

7) Selain puisi, satu bidang lagi yang ___________ nama Dato Dr Usman Awang
ialah drama.

A) mewangikan B) mengharumkan

C) mengindahkan D) menelokkan

8) Majlis perasmian pembukaan pasar raya baru itu ___________ dengan upacara
memotong reben.

A) di habisi B) disudahi

C) didahului D) dilapisi

9) Kerja-kerja meracun perlu dilakukan untuk _____________ tanaman daripada


serangan penyakit dan serangga.

A) memusnahkan B) membiarkan

C) menghindarkan D) menghilangkan

10) Mengapakah kamu selalu ____________ dengan adik kamu? tanya Pak Ali
kepada Hassan.

A) berkasar B) bermasam

C) beradab D) bertampar