Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Bersyukur keatas illahi kerana says dapat melaksanakan Kajian Komuniti

Tahun II Semester II bagi unit Kesihatan Sekolah ini dengan jayanya mengikut

waktu yang telah ditetapkan.

Ribuan ucapan terima kasih kepada staf Unit Kesihatan Sekolah Klinik

Kesihatan Rantau kerana telah banyak member ikan tunjuk ajar serta

kerjasama sepanjang FASA klinikal saya di unit ini. Tidak dilupakan juga

kepada kepada pengajar yang banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar

kepada saya sepanjang saya melakukan kajian ini.

Dengan saya melakukan kajian ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam

tugas dan peranan perawat kesihatan dalam memberikan perkhidmatan

kesihatan di sekolah yang bertujuan untuk memberikan penjagaan kesihatan

awal kepada murid-murid sekolah. Selain itu, saya juga dapat menambah

ilmu pengetahuan tentang penyakit-penyakit serta masalah kesihatan yang

sering dihidap oleh murid-murid sekolah.

Disamping itu juga, saya juga dapat melihat bagaimana sebuah Klinik

Kesihatan beroperasi di sepanjang tempoh klinikal saya di sini. Banyak

pengalaman baru yang dapat saya perolehi di sepanjang tempoh saya

menjalani klinikal ini.


PENGENALAN

Kutu kepala ialah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup

dibahagian kepala. Kutu kepala merupakan masalah yang sering dialami oleh

golongan wanita dan boleh juga berlaku kepada golongan lelaki. Masalah

kutu kepala ini berpunca daripada kurangnya penjagaan kebersihan kepala

dan berpunca daripada cara hidup seharian kita.

Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat

dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang

8 hari. Kutu kepala ini tidak boleh melompat atau terbang, kutu kepala ini

merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang

bermasalah kutu. Sentuhan langsung ini adalah dengan melalui perkongsian

alatan peribadi seperti tuala, sikat, tudung dan topi.

Seseorang yang disyaki mengalami masalah kutu kepala ini akan mengalami

tanda-tanda seperti gatal yang kuat pada permukaan kepala yang

disebabkan oleh bahan yang terdapat di dalam air liur kutu kepala. Selain

itu, individu itu akan mengalami tanda-tanda merah pada permukaan kepala,

leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak

berlaku di belakang telinga. Di samping itu, rambut individu tersebut


terdapat telur-telur yang kecil dan ia kelihatan bersinar dan berwarna putih.

Ia seperti kelemumur tetapi ianya susah untuk dikeluarkan.

Di Malaysia, golongan yang mempunyai masalah kutu kepala ini ialah

golongan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 11 tahun yang selalunya

bermain bermain di prasekolah atau sekolah rendah. Ibu bapa dan ahli

keluarga kanak-kanak ini juga berisiko untuk mendapat jangkitan kutu

kepala.

PENYATAAN MASALAH

Kutu kepala atau Pediculosis Capitis merupakan masalah kesihatan komuniti

yang sering berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak sekolah yang berumur

antara 5 hingga 12 tahun. Menurut pendapat Mohammad Nik (2010), jangkitan kutu

kepala selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan

5 hingga 12 tahun dan anak perempuan lebih kerap dijangkiti berbanding perempuan.

Kutu kepala merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan boleh

menyebabkan rasa tidak selesa yang teramat sangat. Masalah ini sering melibatkan

pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah berasrama penuh. Kejadian infestasi kutu kepala

ini berlaku kerana pengurusan tahap kebersihan diri yang rendah. Selain daripada itu,

pergaulan rapat dengan rakan yang mempunyai masalah kutu juga merupakan

penyebab rebakan kutu di kalangan pelajar.Pediculosis humunus capitis tidak

mengakibatkan sebarang komplikasi kesihatan lain kepada perumahnya, walau

bagaimanapun, infestasi kutu kepala ini boleh menyebabkan sosial distress,

ketidakselesaan, kebimbangan dan keaiban. Masalah ini seterusnya menjadi lebih teruk
apabila kanak-kanak yang mempunyai infestasi kutu kepala ini enggan ke sekolah

disebabkan perasaan malu.

PENCARIAN LITERATURE

Menurut Dr. Andrew Bonwit, Kebersihan pribadi dan status sosial ekonomi tidak ada
hubungan dengan memiliki atau ketularan kutu. Kutu kepala merupakan hama yang
mempunyai kesempatan yang sama,

(Dr.Andrew Bonwit (2013), intisari Online)

Menurut pendapat Hasnan Azlan (2010) Simptom kegatalan bergantung kepada


sensitiviti kulit kepala kepada komponen antigen air liur kutu. Kadangkala ia mengambil
masa 4 minggu hingga 3 bulan sebelum rasa gatal muncul, manakala ada juga yang
tidak merasa gatal langsun.

(Hasnan Azlan (2010), the asian parent)

Menurut Shafinaz Sheikh Maznan (2008) di dalam Utusan Online, kutu kepala sudah
menjangkiti manusia sejak berjuta tahun lamanya tidak kira di negara-negara
membangun mahupun maju. Setiap tahun, dianggarkan antara enam juta hingga 12
juta orang manusia di seluruh dunia dijangkiti oleh kutu kepala.
(Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan online)

BUTIRAN PERIBADI PESAKIT

NAMA: DEEVANI A/P VELLANGANNY

NO PENDAFTARAN : 2120

UMUR : 10 TAHUN

JANTINA :PEREMPUAN

BANGSA : INDIA

BERAT :21 kg

TINGGI : 128 cm

ALAMAT SEKOLAH : SJK (T) LADANG LINSUM

KLINIK : KLINIK KESIHATAN RANTAU

Di atas ialah penemuan kanak-kanak yang mengalami infestasi kutu kepala.


Ketika pemeriksaan fizikal, pemeriksaan kepala telah dijalankan bagi memeriksa
rambut pelajar. Melihat kepala pelajar jika terdapat kutu, atau telur kutu. Selain itu,
pemeriksaan kulit kepala juga dijalankan bagi melihat kelemumur, kulit kering, luka
dikepala akibat digaru atau ruam disebabkan oleh kutu. Tambahan lagi, pemeriksaan
leher dan belakang telinga juga dilakukan. Selain itu, pemeriksaan kepala dijalankan
untuk melihat rambut pelajar yang didapati kotor dan tidak bersih atau tidak dijaga
dengan baik seperti kusut, berbau, tidak basuh rambut, berminyak dan kering.

Semasa pemeriksaan dijalankan, didapati pelajar ini infestasi kutu di kepalanya.


Terdapat bintik-bintik merah pada permukaan kepala, leher dan di belakang telinga.
Kepala pelajar tersebut terdapat kesan luka calar dan ruam di kulit kepala akibat digaru
oleh pelajar tersebut. Terdapat juga telur-telur yang kecil, berwarna putih dan bersinar,
seakan-akan kelemumur tetapi tidak mudah dikeluarkan. Pelajar juga mengadu rasa
sangat gatal yang berterusan terutama pada waktu malam pada kulit kepala serta di
belakang telinga dan leher.

Jangkitan kutu ini adalah di sebabkan oleh pengkongsian sikat rambut ketika di
rumah atau di sekolah. Selain itu, perkongsian tilam dan bantal juga adalah faktor di
jangkiti kutu kepala di rumah. Di sekolah pelajar merupakan seorang yang aktif dan
suka bergaul dengan rakan di sekolah. Pelajar sering bergaul sesama mereka di kelas
menjadikan kutu mudah merebak.Hal ini juga adalah salah satu faktor pelajar dijangkiti
kutu kepala.

Rawatan telah diberikan kepada pelajar tersebut dengan pemberian syampu


Malathion dan berkesan menghapuskan kutu kepala dan telur-telurnya selepas 10 minit
disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan. Cara penggunaan juga
diberitahu kepada pelajar tersebut. Pendidikan kesihatan juga diberikan kepada pelajar
seperti penjagaan kebersihan diri seperti kebersihan dengan mencuci rambut dan kulit
kepala. Menjaga kebersihan diri dengan mandi dan bersyampu. Pengunaan syampu
berubat seperti malathion hendaklah dipakai jika didapati mengalami jangkiti kutu
kepala. Selain itu, pendidikan kesihatan untuk mencegah dari dijangkiti kutu kepala juga
diberikan. Langkah-langkah pencegahan dari dijangkiti kutu kepala ialah elakkan
daripada berkongsi berus, sikat, atau aksesori rambut. Selain itu, elakkan berkongsi
penggunaan tuala atau pakaian di rumah. Selain itu, pengkongsian cadar atau tilam
perlu dielakkan jika didapati ahli keluarga atau rakan dijangkiti kutu kepala.
PERBINCANGAN KAJIAN

ETIOLOGI

Kutu kepala ini merebak dengan mudah melalui sentuhan langsung dengan

perkongsian barangan peribadi. Kebanyakkan kes ini berlaku kepada murid

sekolah kerana mereka kurang perihatin dengan kebersihan diri dan kurang

pendidikan dalam kesihatan diri. Perkongsian barangan peribadi adalah

termasuk:

Berus atau sikat rambut

Perhiasan rambut

Tuala

Topi

Tudung kepala

Bantal

Tilam
Oleh itu, ibu bapa dan pihak sekolah mestilah bekerjasama dengan pihak kesihatan

sekolah untuk memastikan murid-murid ini diberikan pendidikan kesihatan tentang

pentingnya penjagaan kebersihan diri agar mereka sedar.

TANDA-TANDA

Antara gejala-gejala yang dialami oleh kanak-kanak tersebut ialah rasa yang sangat
gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher. Ini disebabkan oleh air liur
kutu kepala.
Mereka sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di
belakang telinga. Kelihatan bintik-bintik putih pada rambut iaitu merupakan telur kutu
yang melekat kepada rambut. Telur kutu juga dikenali sebagai nits. Dalam kes-kes yang
teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan kulit yang pecah
akibat digaru dengan kuat.

Diagnosis masalah kutu dikalangan kanak-kanak yang dijangkiti dapat dibuat


berdasarkan inspeksi pada kulit kepala dan helaian rambut mereka dimana terdapatnya
kutu yang masih hidup serta telur kutu yang melekat pada helaian rambut.
RAWATAN

Kutu kepala ataupun Pediculosis Capitis merupakan penyakit yang berjangkit melalui

sentuhan langsung dengan individu yang bermasalah. Walaubagaimanapun, penyakit

ini boleh dirawat dengan beberapa kaedah.

Pada masa dahulu, rawatan yang diberikan kepada individu yang mempunyai masalah
kutu ini dengan cara menyapukan minyak tanah di bahagian kepala yang bertujuan
untuk membunuh kutu kepala tersebut. Tetapi kaedah itu tidak bersesuaian dan boleh
mengundang bahaya kerana minyak tanah mudah terbakar.

Terdapat juga beberapa jenis racun serangga yang boleh digunakan untuk merawat
masalah kutu kepala ini.Malathion merupakan antara contoh racun serangga yang
digunakan untuk Merawat kutu kepala yang paling berkesan. Syampu Malathion
didapati berkesan menghapuskan kutu kepala dan telur-telurnya selepas 10 minit
disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan.

Cara penggunaan syampu malathion adalah dengan cara:


1. Basahkan rambut terlebih dahulu kemudian sapukan syampu Malathion ke seluruh
rambut sehingga kulit kepala berasa basah. Beri perhatian terhadap bahagian belakang
kepala dan leher.

2. Tutup kepala dengan tuala dan biarkan selama 10 15 minit.

3. Basuh dan syampu rambut selepas 24 jam.

4. Selepas rawatan syampu, buangkan telur kutu yang mati dengan sikat bergigi yang
halus.

5. Rawatan ini hanya boleh diulang selepas 7 9 hari.

PENCEGAHAN

Seperti yang kita tahu, kutu kepala tidak mempunyai sayap untuk terbang, tetapi ianya
hanya merangkak untuk bergerak dan ia bergerak dengan cepat. Oleh itu, terdapat
beberapa cara untuk mengelakkan penyebaran kutu kepala ini.

Pencegahan kutu kepala ini boleh dilakukan dengan mempraktikkan perkara yang
kebiasaan. Kutu ini merebak melalui sentuhan langsung. Dengan itu benda-benda yang
menyentuh rambut sangat mungkin menjadi perantara penyebaran kutu. Oleh itu,
elakkan untuk berkongsi peralatan peribadi dengan individu yang bermasalah rambut.

Selain itu, kanak-kanak seringkali mendekatkan kepala mereka ketika berinteraksi


dengan rakan- rakan mereka. Jika salah satu dari mereka mempunyai masalah kutu,
ianya boleh merebak dengan mudah dan cepat. Ibu bapa harus menasihati anak-anak
mereka supaya tidak memdekatkan kepala mereka ketika berinteraksi dengn rakan
mereka.

Disamping itu, sekiranya terdapat tanda-tanda seperti kegatalan yang kerap pada
kepala, lakukan pemeriksaan kepala dengan segera. Sekiranya terdapat masalah kutu
ini, dapatkan rawatan dan nasihat dari pengamal perubatan di klinik kesihatan yang
berdekatan untuk mengurangkan risiko penyebaran kutu kepala ini.

RUMUSAN

Jangkitan kutu kepala atau Pediculus Capitis adalah masalah yang tidak boleh
dipandang remeh. Hal ini kerana, jangkitan ini boleh merebak kepada individu lain.
Kutu merebak dengan cara penggunaan bersama barang peribadi. Elakkan berkongsi
penggunaan barang peribadi seperti sikat, aksesori rambut. Cara penyebaran penyakit
ini adalah melalui sentuhan kepala dengan kepala atau melalui benda-benda seperti
sisir, bantal, dan aksesori rambut. Kutu ini juga boleh merebak kepada rakan-rakan
yang lain termasuk guru sendiri.

Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai kutu kepala ini juga akan hilang
tumpuan dalam kelas akibat kegatalan kulit kepala. Gejala yang paling sering timbul
adalah gatal pada kulit kepala terutama pada bahagian belakang telinga dan leher yang
disebabkan oleh air liur dari kutu yang mengigit kulit kepala semasa menghisap darah.
Bintik- bintik merah juga terdapat di kulit kepala disebabkan oleh gigitan kutu kepala.
Justeru, amatlah penting untuk mengurus kebersihan diri bagi mencegah
jangkitan kutu kepala atau Pediculus Capitis. Rawatan utama adalah dengan
menggunakan ubat syampu seperti Malathion. Pencegahan dapat dilakukan terutama
dengan menjaga kebersihan rambut, pakaian, serta benda-benda yang dapat menjadi
media penularan

RUJUKAN

1. Kutu sukakan kepala bersih. Maklumat dari:


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hi
ve

2. Jangkitan kutu kepala. Maklumat dari:


https://my.theasianparent.com/jangkitan-kutu-kepala/
3. Mitos tentang kutu kepala. Maklumat dari :
http://intisari-online.com/Wellness/Fitness-And-Health/Mitos-Tentang-Kutu-
Kepala
4. Kutu kepala Maklumat dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kutu_kepala
Pediculosis Capitis (Head Lice)Maklumat dari:
http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?
ijkey=e9ca60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c
5. Graham-Brown R, Savin J, Milner J, editors. Head Lice. In : In Clinical Practice
Series Dermatology. China : Churcill Livingstone, 2004. p 48-5