Anda di halaman 1dari 28

PEKELILING PERMOHONAN

UPUOnline KEMASUKAN KE
UNIVERSITI AWAM (UA),
POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI
DAN INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program
Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan
STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM
Sesi Akademik 2016/2017
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya

07 Disember 2015
ISI KANDUNGAN

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 2


Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera ............. 2
Penyelarasan Penawaran ............................................................................ 3
2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID .............................................................. 4
3. e-PANDUAN ............................................................................................. 5
Syarat Am Kemasukan ................................................................................. 5
Syarat Khas .................................................................................................. 5
4. PERMOHONAN ........................................................................................ 6
Kategori Permohonan .................................................................................. 6
Sah & Hantar ................................................................................................ 7
Semakan Permohonan ................................................................................. 8
Kemas kini Permohonan .............................................................................. 8
Permohonan FASA 2 STPM Ulangan (U3) ............................................... 8
5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN .............................................................. 9
Penentuan Aliran STPM ............................................................................... 9
Dasar & Kriteria Pemilihan ........................................................................... 9
Markah Kokurikulum ................................................................................... 10
Pengiraan Merit .......................................................................................... 10
Proses pemilihan jaya ................................................................................ 12
6. HEBAHAN .............................................................................................. 13
Surat Tawaran ............................................................................................ 13
7. RAYUAN ................................................................................................. 14
8. TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 14
9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 ..................... 15
10. SOALAN LAZIM (FAQ) ........................................................................... 16
CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM
DAN MARKAH MERIT .................................................................................. 24

1
Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program
Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan
STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM
Sesi Akademik 2016/2017

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN

1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan


kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di 18 buah UA
bagi Ambilan September seperti berikut :-

18 Universiti Awam (UA)


Universiti Penyelidikan
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Komprehensif
4. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
6. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Berfokus
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
18. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

1.2 Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan


Universiti Malaya (UM) adalah melalui laman web USM dan UM.

Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera

1.3 Semua program pengajian di UiTM hanya terbuka kepada Bumiputera


sahaja

2
1.4 Semua program pengajian di UA lain (selain UiTM) terbuka kepada
Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Penyelarasan Penawaran

1.5 Penyelarasan penawaran antara USM, UM dan 18 UA lain dilaksanakan


bagi mengurangkan pertindihan tawaran. Kriteria penyelarasan
penawaran adalah seperti berikut:

a) Program pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi; dan


b) Tawaran bertindih bagi lain-lain program pengajian selain Perubatan,
Pergigian dan Farmasi

3
2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID

2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli


Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah
pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

a) Pembelian mulai 18 Januari hingga 04 April 2016. Jualan


Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup
permohonan.

b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin


Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet.
Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM)
dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki
Akaun GIRO BSN.

c) Bayaran Wang Proses sebanyak RM15.60 (tidak termasuk GST).


Pihak BSN akan mengenakan caj GST tersebut. Pemohon perlu
membayar RM15.64 untuk membeli No. Unik ID.

d) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan


semasa pembelian.

e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan


Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon. BSN akan
mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan
Nombor Unik ID.

2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya
adalah SULIT.

4
3. e-PANDUAN

3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA bagi Sesi Akademik
2016/2017 boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan
URL seperti berikut :-

https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta

3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan


STPM/Setaraf Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan
maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut UA, Aliran dan
Bidang.

3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon


juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan
khas yang telah ditetapkan.

3.4 Selain e-Panduan, pemohon juga boleh menyemak kelayakan melalui


Aplikasi IMASCU di URL http://www.semaksyarat.info berdasarkan
keputusan peperiksaan.

Syarat Am Kemasukan

3.5 Warganegara

i. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang


mempunyai No.KP/My Kad sahaja
ii. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan

3.6 Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)


Pemohon mestilah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa
Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.
Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
dan
ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3
mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; dan
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia
Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.

Syarat Khas

3.7 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti


yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan
Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf.
5
4. PERMOHONAN

4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan


STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 akan disiarkan pada hari Ahad
sebanyak dua (2) kali iaitu pada 17 Januari 2016 dan 06 Mac 2016.

4.2 Permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengah
hari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang.

4.3 Pemohon Lepasan STPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan


permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier melalui Sistem
Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di
http://upu.mohe.gov.my.

4.4 Permohonan ke USM dan UM dikemukakan terus melalui laman web


USM dan UM masing-masing.

4.5 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon


dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak
melepasi syarat khas program.

Kategori Permohonan

4.6 Permohonan kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM


dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 dibuka untuk kategori berikut :-

Kategori A Kategori S Kategori T

Pemohon Lepasan Pemohon Lepasan Pemohon Lepasan


STPM Tahun 2015 STPM Tahun 2015 STAM Tahun 2015
Aliran Sastera Aliran Sains dan 2014

4.7 Pemohon wajib memasukkan lapan (8) item login berikut untuk
mengemukakan permohonan kali pertama :-

a) No. Kad Pengenalan/ My Kad;


b) No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan
SPM
c) No. Unik ID;
d) Kata Laluan (alphanumeric - 6 hingga 8 aksara);
e) Pengesahan Kata Laluan;
f) Nama Ibu;
g) Kategori; dan
h) Kod Imej

6
Isi Maklumat Isi Maklumat Isi Maklumat Status
Login
Peribadi Keluarga Sosioekonomi (SES)

Isi Maklumat
Isi Maklumat Lain- Isi Maklumat Pilihan Isi Maklumat
Kokurikulum (jika
lain Program Pengajian Akademik
berkaitan)

Semak semua
Paparan Slip
maklumat yang
Klik Sah & Hantar Permohonan dalam
dimasukkan adalah
format PDF
betul

Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline

4.8 Pemohon wajib memilih 12 pilihan program pengajian yang berbeza.


Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon
boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi
Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2
sahaja.

4.9 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan
tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

4.10 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan
tanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar.
Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu
medan maklumat.

Sah & Hantar

4.11 Pemohon wajib klik butang Sah & Hantar bagi memastikan maklumat
permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak
sebelum klik butang Sah & Hantar tidak boleh dijadikan sebagai bukti
bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.

4.12 Setelah klik butang Sah & Hantar, penyataan Terima Kasih!
Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem dan Slip
Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan.

4.13 Emel makluman akan dihantar kepada alamat emel yang telah diisi
memaklumkan bahawa pemohon telah mengemukakan permohonan
dan perlu mencetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar.

7
Semakan Permohonan

4.14 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika


mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap
permohonan boleh dicetak melalui pautan SEMAKAN. Sekiranya
pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan
memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan
cetakan.

4.15 Proses Semakan boleh dibuat dengan pemohon hanya memasukkan


No. Kad Pengenalan/ MyKad sekiranya ingin membuat semakan/
cetakan maklumat permohonan yang telah berjaya diisi oleh pemohon.

Kemas kini Permohonan

4.16 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon
selepas berjaya mengemukakan permohonan.

4.17 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon


tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang
pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

4.18 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa


mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon
boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan Lupa Kata Laluan.
Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Permohonan FASA 2 STPM Ulangan (U3)

4.19 Pemohon yang terlibat dengan U3 perlu mengemaskini permohonan


Fasa 2.

4.20 Pemohon mesti mengisi permohonan Fasa 1 untuk membolehkan


mengemaskini permohonan Fasa 2.

4.21 Pemohon yang memohon program bertemuduga semasa Fasa 1 tidak


dibenarkan mengemaskini pilihan program tersebut semasa Fasa 2.

4.22 Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti


berikut :-
a) Pilihan Program (bukan program bertemuduga)
b) Alamat yang boleh dihubungi
c) Alamat emel
d) Nombor telefon yang boleh dihubungi

8
5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN

5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan
diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan
dipanggil untuk menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dan
tempat yang telah ditetapkan oleh UA.

5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman
web masing-masing yang turut akan dipautkan dari laman web
http://upu.mohe.gov.my.

Penentuan Aliran STPM

5.3 Aliran Sains

Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil


mata pelajaran Matematik M/ Matematik T

Dan

Mengambil mata pelajaran Fizik/ Kimia/ Biologi

5.4 Aliran Sastera

Pemohon STPM yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara


automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.

Dasar & Kriteria Pemilihan

5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan


mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-


a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan
SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program
pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.

9
5.5 Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI
b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.

Markah Kokurikulum

5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian
Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.

5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan


maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang


terbaik dengan markah 10%.

Pengiraan Merit

5.10 Markah Akademik

a) Kaedah Pengiraan PNGK STPM

Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan


pengiraan markah adalah seperti berikut:

GRED NILAI GRED


A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran
diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata
nilai gred empat (4) mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

10
Jumlah
Markah 4 MP
PNGK Terbaik
---------------
4

Rajah 2 - Pengiraan PNGK STPM

b) Kaedah Pengiraan Markah Akademik STAM

Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah
akademik adalah seperti berikut:

GRED PANGKAT MARKAH


Mumtaz 1 4.00
Jayyid Jiddan 2 3.00
Jayyid 3 2.00
Makbul 4 1.00
Rasib 5 0.00

5.11 Pengiraan Markah Merit:

Markah PNGK
Akademik -------------- 90
(90%) 4.00

Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%)

Markah Markah
Markah Akademik Kokurikulum
Merit (90%) (10%)

Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit

5.12 Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran A.


11
Proses pemilihan jaya

5.13 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan


Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.

5.14 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan


pengesahan pemilihan oleh semua UA. Berikut adalah gambaran
pemprosesan pemilihan :-

Merit Pil1 Pil2 Pil3 Pil4 Pil5 Pil6 Pil7 Pil8 Pil9 Pil10 Pil11 Pil12 Jaya

000101 PIL3

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 = Melepasi Syarat Pil 3 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga Ada perakuan temu duga

000102 PIL5

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga

000103 PIL9

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 8 = Melepasi Syarat

Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada


Ada temu duga dan UA
tidak peraku temu duga

000104

Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 12 = Melepasi Syarat

Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada


Ada temu duga dan UA Tidak
tidak peraku temu duga Berjaya

12
6. HEBAHAN

6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk


memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan
kemasukan ke UA.

6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan


pada Minggu Ke-2 Ogos 2016 (Tentatif) melalui saluran hebahan
seperti berikut:

a) Internet
http://upu.mohe.gov.my
https://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my

b) TALIAN AM 1 : 03-8870 6755


c) HELPLINE UPU : 03-8870 6777
d) HOTLINE UPU : 03-8870 6767
e) SMS 15888 (IOD)

6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di
alamat dan talian seperti berikut :-

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar


Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. Putrajaya
(03) 8870 6767, (03) 8870 6777
upu@mohe.gov.my

Surat Tawaran

6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai sehari selepas
keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA masing-
masing.

6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran


melalui Laman Web UA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas
keputusan permohonan diumumkan.

6.6 Tawaran adalah muktamad.

13
7. RAYUAN

7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang


boleh mengemukakan permohonan rayuan.

7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan


permohonan kemasukan ke UA diumumkan.

7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program


pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon
dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga
tarikh tutup permohonan rayuan.

7.4 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan


tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.

8. TARIKH-TARIKH PENTING

8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan


kemasukan ke UA Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf Sesi
Akademik 2016/2017 :-

Tarikh

Siaran Iklan 17.01.2016 dan 06.03.2016

Jualan No. Unik ID 18.01.2016 hingga 04.04.2016

Permohonan 18.01.2016 hingga 05.04.2016


Semakan Panggilan Temu Duga
(Bukan Pendidikan) dan Ujian Minggu Ke - 3 Mei 2016
MEdSI
Semakan Panggilan Temu Duga
16.05.2016 hingga 19.05.2016
(Pendidikan)

Sistem e-temu duga dibuka Minggu ke- 4 Jun

Hebahan Keputusan Minggu Ke-2 Ogos 2016

Minggu Ke 2 Ogos 2016


Permohonan Rayuan
(Rayuan dalam tempoh 5 hari)

Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke-4 Ogos 2016

14
9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-12 Tahun 2016 akan
diadakan di enam (6) zon mulai Januari hingga April 2016. Objektif utama
pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut :

i. Mempromosi serta menyebar luas maklumat mengenai program


pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh
Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, Bahagian
Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2016/2017;

ii. Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan


masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke
UA dan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA melalui UPUOnline.

iii. Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan


kemasukan ke UA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan
10% markah kokurikulum; dan

iv. Memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebar luas


maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan
ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan
pendidikan tinggi.

JADUAL PELAKSANAAN
KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

ZON TARIKH NEGERI LOKASI

Kedah
30-31 Perkarangan Stadium Darul
Perlis
1 Jan. Aman, Alor Setar, Kedah
Pulau Pinang
2016
Perak (Utara)
Dataran DABS, Kampus Gong
13-14 Terengganu
Badak, UNISZA
2 Feb. Kelantan
Kuala Terengganu,
2016 Pahang
Terengganu
20-21
Johor PERSADA
3 Feb.
Melaka Johor Bahru, Johor
2016
5-6
Sabah One Borneo Mall,
4 Mac
WP Labuan Kota Kinabalu, Sabah
2016
19-20
5 Mac Sarawak Pullman Hotel & Hill Shopping
2016 Mall

15
Selangor
2-3 Dataran Gemilang, UKM,
Perak (Selatan)
6 Apr. Bangi, Selangor
WP (KL & Putrajaya)
2016
Negeri Sembilan
10. SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN 1:
Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)
dalam pembangunan pendidikan?

JAWAPAN 1:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan
UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke
Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan
STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej
Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan
pelajar ke Universiti Awam?

JAWAPAN 2:
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA),
Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah
selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan
Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam
pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,
keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

SOALAN 3:
KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas
maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi
Negara (KPTN), Jom Masuk IPT pada setiap tahun. Bagaimanakah program
ini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya
mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?

JAWAPAN 3:
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk
persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di
tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada
Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahan
bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur
permohonan.
16
Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan
proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama
masyarakat di facebook rasmi di Kemasukan BPKP JPT FB rasmi UPU di
laman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di
sekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan
ILKA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi bersama-sama
Kementerian.

SOALAN 4:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?

JAWAPAN 4:
Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh
dicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my

SOALAN 5:
Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut?

JAWAPAN 5:
Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di
mesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan.

SOALAN 6:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuat
kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih
diproses oleh pihak BPKP?

JAWAPAN 6:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan
kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870
6767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan
menyukarkan proses permohonan.

SOALAN 7:
Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan
penglibatan dalam Kokurikulum?

JAWAPAN 7:

17
Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumat
Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan
Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakan
dokumen sebagai bukti.

SOALAN 8:
Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?

JAWAPAN 8:
Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA,
Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah
terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus
kepada UA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan
Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UA
berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh
memohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my

SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran
atau sijil kelahiran telah hilang?

JAWAPAN 9:
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

SOALAN 10:
Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini permohonan
disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

JAWAPAN 10:
Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had
dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan.

SOALAN 11:
Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersama
dokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan?

JAWAPAN 11:

18
Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen
tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar
bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah
disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.

SOALAN 12:
Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program
Pengajian yang telah ditetapkan oleh setiap UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?

JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e-
panduan kemasukan di http://upu.mohe.gov.my dan IMASCU
http://www.semaksyarat.info dan pemohon perlu memastikan mereka
memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa
menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon
program pengajian aliran sains.

SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM
tahun semasa (tahun 2015)?

JAWAPAN 13:
Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah seperti
berikut:
Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.
Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau
2014.
Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau
sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil
ulangan SPM 2014 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau,
SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015.

SOALAN 14:
Apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA?

JAWAPAN 14:

19
Syarat kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bergantung
kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah
warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma,
pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk
matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil,
pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan
atau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera. Maklumat secara
terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di
www.politeknik.edu.my

SOALAN 15:
Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonan
kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program
Pengajian Lepasan STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan
SPM/Setaraf?

JAWAPAN 15:
Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA
melalui 3 kaedah berikut :
Internet :
http://upu.mohe.gov.my
http://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my

SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888


Telefon :
Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-8870
6767

SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik,
Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan
tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?

JAWAPAN 16:
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan
setiap permohonan perlu Klik Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap
pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.

SOALAN 17:
Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasa
mengemukakan permohonan?
20
JAWAPAN 17:
Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).

SOALAN 18:
Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus luar
pilihan sekiranya pemohon menyatakan tidak di ruangan penyataan khas
untuk menerima tawaran luar pilihan?

JAWAPAN 18:
Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan Tidak.
Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my .

SOALAN 19:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang
sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian
tersebut?

JAWAPAN 19:
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan
tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga
dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program-
program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah
sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik,
Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.

SOALAN 20:
Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagal
mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?

JAWAPAN 20:
Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan
merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,
berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program
pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon
di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan
yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA
berkenaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yang
memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA.
Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang

21
pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut
tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan setuju terima
untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon
yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan
rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke
mana-mana UA adalah kerana:

i. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT


ii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
iii. Permohonan tidak lengkap
iv. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan
permohonan
v. Memohon program luar bidang aliran
vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
vii. Pemohon sedang belajar
viii. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan
(bagi kategori STPM/Setaraf)

SOALAN 21:
Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan
kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus
lain?

JAWAPAN 21:
Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran
ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran
kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.

SOALAN 22:
Pemohon telah mendapat tawaran ke UM atau USM dan gagal mendapat
tempat melalui permohonan BPKP, JPT. Adakah pemohon boleh membuat
rayuan melalui BPKP, JPT?

JAWAPAN 22:
Ya, boleh sekiranya pemohon telah membuat permohonan melalui BPKP
pada permohonan kali pertama.

SOALAN 23:
Pemohon telah mendapat tawaran ke USM dan tawaran melalui BPKP.
Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP?

JAWAPAN 23:
Ya. Pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP dan menerima tawaran
ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan.

SOALAN 24:
22
Saya telah mendapat 3 tawaran ke UA. Apakah implikasi sekiranya saya
menolak dua daripada tawaran tersebut?

JAWAPAN 24:
Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja
dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat.

SOALAN 25:
Mengapakah pemohon yang mendapat keputusan PNGK yang
tinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam bidang
perubatan/pergigian/farmasi?

JAWAPAN 25:
Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanya
akan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP,
JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.

23
LAMPIRAN A

CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH


KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT

a) STPM

Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan pengiraan
markah adalah seperti berikut:

GRED NILAI GRED


A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

i. Pengiraan PNGK

Jumlah
Markah 4 MP
PNGK Terbaik
---------------
4

CONTOH:

BIL MATA PELAJARAN GRED MARKAH

24
1. Pengajian Am B+ 3.33
2. Fizik B 3.00
3. Kimia B+ 3.67
4. Biologi A 4.00

PNGK = 3.33 + 3.00 + 3.67 + 4.00


= 14.00
4
= 3.50

ii. Markah Akademik (90%)

Markah PNGK
Akademik -------------- 90
(90%) 4.00

CONTOH:

MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.50 X 90


4.00
= 78.75

iii. Markah Kokurikulum (10%) = Markah kokurikulum yang diperolehi


daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia

iv. Markah Merit

Markah Markah
Markah Akademik Kokurikulum
Merit (90%) (10%)

Jika calon mendapat :

a) Markah Akademik = 78.75

b) Markah Kokurikulum = 9
c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 78.75 + 9

25
= 87.75

b) STAM

Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah
akademik adalah seperti berikut:

GRED PANGKAT MARKAH


Mumtaz 1 4.00
Jayyid Jiddan 2 3.00
Jayyid 3 2.00
Makbul 4 1.00
Rasib 5 0.00

Markah bagi Pangkat STAM diselaraskan bagi penyediaan markah


akademik 90%

i. Pengiraan PNGK

Contoh :

Calon mendapat Pangkat 2 untuk keputusan STAM.

Markah diselaraskan bagi Pangkat 2 = 3.00

ii. Markah Akademik (90%)

Markah PNGK
Akademik -------------- 90
(90%) 4.00

CONTOH:

MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.00 X 90 26


4.00
= 67.50
iii. Markah Kokurikulum (10%) = Berdasarkan maklumat kokurikulum
yang dimasukkan oleh calon (purata
2 daripada 4 bidang yang terbaik)
dengan markah 10%.

iv. Markah Merit

Markah Markah
Markah Akademik Kokurikulum
Merit (90%) (10%)

Jika calon mendapat :

a) Markah Akademik = 67.50

b) Markah Kokurikulum = 9
c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 67.50 + 9
= 76.50

27

Anda mungkin juga menyukai