Anda di halaman 1dari 3

Yang Berbahagia Dato Seri Abdul Rahman Bin Hj.

Ali, YDP
PIBG SMK Seafield, Yang berbahagia Datin Hjh Zaleha Abu
Hasan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Seafield,Yang Berusaha ......................................... PPD, Yang
dihormati barisan pentadbir, guru-guru tingkatan 5 dan 6 atas,
barisan AJK Pelaksana Majlis, para ibu bapa, serta yang
diraikan para graduan, seterusnya, hadirin hadirat yang
dihormati sekalian.

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA.

Bertuah sungguh dapat kita berkumpul dalam majlis yang penuh


bermakna sempena Majlis Graduasi SMK Seafield yang ke 2. Terlebih
dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana telah sudi mengundang saya ke majlis ini untuk
merasmikan majlis lalu menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar
Tingkatan 5 dan para pelajar Tingkatan 6 Atas yang akan menamatkan
sesi persekolahan mereka pada tahun ini.Saya berharap agar
pertemuan pada petang ini akan membuka ruang ke arah kerjasama
yang lebih meluas antara Taylors Universiti dan SMK Seafield pada
masa akan datang dalam pelbagai bidang.

Hadirin dan para pelajar sekalian,


Majlis ini merupakan satu majlis kesepaduan yang akrab terjalin antara
guru, pelajar, dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian
para pelajar untuk mencipta kecemerlangan akademik. Justeru, majlis ini
tidaklah harus dilihat sebagai suatu upacara keraian semata-mata tetapi
merupakan satu permulaan perjalanan baharu untuk menghadapi dunia
yang lebih mencabar sebagai bakal graduan selepas ini.

Ahli falsafah Yunani, Socrates pernah berkata: Education is the


kindling of a flame, not the filling of a vessel. Sebagai generasi
pewaris kepimpinan dan peneraju pembangunan negara, semangat
para pelajar perlulah sentiasa membara umpama api dengan menguasai
lingkungan perspektif yang luas dan akal budi yang waras untuk
menerima pendidikan sebagai bekalan hidup.

Sesungguhnya, kepujian akademik dalam bentuk diploma dan ijazah


tidak mencukupi bagi seseorang graduan. Anggapan sedemikian hanya
akan menjadikan seseorang itu menjadi jumud dan beku, sekaligus
culas untuk mentransformasi dirinya dari semasa ke semasa.
Sebaliknya, anda sekalian mestilah bijak membuat perancangan
mengenai laluan akademik dan kerjaya anda pada masa hadapan.
Dalam konteks ini, para guru dan ibu bapa juga memainkan peranan
penting bagi membantu anak-anak ini menentukan laluan yang ingin
diambil selepas ini.

Big things have small beginnings. Tidak dapat dinafikan bahawa


kebijaksanaan dalam membuat pilihan pada saat ini bakal melakarkan
masa depan yang gemilang. Untuk mencapai aras kejayaan yang lebih
cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM yang akan diduduki
kelak, anda sekalian mestilah bersedia untuk mencabar keupayaan diri
supaya cita-cita yang ditekadkan dapat dipacu sebaik mungkin oleh
keazaman dan usaha terbaik anda sendiri.

Para graduan dan hadirin sekalian,


Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini
sekali lagi untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah
kepada graduan sekalian. Selain itu, diingatkan juga bahawa anda
sekalian bertanggungjawab untuk menjadi alumni yang tahu mengenang
budi dengan kembali berbakti dalam apa-apa jua bentuk kepada SMK
Seafield sebagai alma mater anda.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa yang telah
berjaya membimbing anak-anak tuan-tuan dan puan-puan sebagai insan
cemerlang yang pastinya menjadi kebanggaan seisi keluarga. Begitu
juga kepada para pendidik yang menjadi tulang belakang kepada
kejayaan anak-anak ini. Oleh yang demikian, sebagai tanda kasih
sayang, tanda penghargaan dan tanda terima kasih kepada ibu bapa
dan para guru, saya meminta agar para graduan memberikan tepukan
yang gemuruh buat mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Akhir kata, as Mahatma Gandhi said that Be the change that you
wish to see in the world. Live as if you were to die tomorrow.
Learn as if you were to live forever. Oleh itu belajarlah sepanjang
hayat anda.Dengan ini, saya merasmikan Majlis Graduasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya bagi tahun 2013.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai