Anda di halaman 1dari 1

Mahasiswa dan mahasiswi harus tahu akan pentingnya pengurusan keawangan

semasa pengajian di universiti. Sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi, anda harus lah

bijak dalam berbelanja. Dalam perkara ini, anda mesti tahu akan perbezaan keperluan dan

kehendak. Sebelum saya menerangkan lebih terperinci akan maksud bijak dalm berbelanja,

kita mesti faham kan dahulu akan maksud keperluan dan kehendak. Keperluan merujuk

kepada keperluan manusia yang terhasil secara semulajadi dalam diri manusia. Sebagai

contoh, keperluan fisiologi seperti makanan dan minuman. Kehendak pula merujuk kepada

keperluan asas manusia dan biasanya terbentuk di persekitaran budaya. Bijak dalam

berbelanja yang saya maksudkan di sini adalah mendahulukan keperluan daripada kehendak.

Misalnya pada bulan September baru-baru ini telah keluar Iphone siri ke 7 di pasaran,

berikutan itu ramai pengguna telefon pintar ingin menukar telefon meraka untuk mengikuti

trend terkini. Trend ini turut melanda pelajar pelajar universiti termasuk Unimas Malaysia

Sarawak. Saya merasakan tidak perlu untuk membeli telefon pintar yang baru sekiranya

telefon pintar yang lama masih dapat digunakan. Saya ingin memetik hadis yang mana

Rasulullah s.a.w pernah bersabda Sebaik baik perkara adalah yang tengah tengah

(sederhana). (Hadis riwayat Baihaqi). Maksud tengah tengah dalam hadis ini merujuk

kepada maksud kesederhanaan. Dari segi konteks pengurusan wang, konsep bersederhana

haruslah di terap kan dalam diri setiap mahasiswa dan mahasiswi. Walau bagaimanapun, tiada

salahnya kita membeli barang untuk memenuhi kehendak sekiranya semua keperluan

terutamanya wang makanan mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai