Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH KONFLIK

Kata Konflik itu berasal dari bahasa Latin Confligo yang terdiri daripada dua

perkataan, iaitu con yang bermaksud bersama-sama dan fligo yang bermaksud penghancuran

atau pemusnahan1. Selain maksud konflik dari bahasa, para ahli falsafah juga memiliki

kefahaman dari sudut pandangan masing-masing mengenai konflik.

JENIS KONFLIK

Menurut James A.F. Stoner dan Charles Wankel terdapat 5 jenis konflik iaitu:

Konflik intrapersonal

Konflik seseorang dengan dirinya sendiri. Konflik tersebut terjadi apabila seseorang

memiliki dua keinginan pada waktu yang sama dan tidak dapat dipenuhi sekaligus. Seperti

diketahui bahawa, dalam diri seseorang kebiasaannya memiliki sejumlah keinginan dan peranan

yang berasingan. Pelbagai cara yang berbeza dalam mendorong peranan dan keinginan itu

terlahirlah juga pelbagai bentuk halangan yang boleh terjadi diantara dorongandorongan, dan

terdapat aspek positif serta negative yang dapat menghalang sesuatu tujuan yang diinginkan. 2

Terdapat tiga jenis konflik tersebut iaitu:

1 Sellin, Thorsten. 1938. Culture Conflict and Crime. New Jersey: Social Science Research Council, p.3.

2 Sellin, Thorsten. 1938. Culture Conflict and Crime. New Jersey: Social Science Research Council, p.15.
1. Konflik pendekatan-pendekatan, dimana seseorang didorong untuk melakukan

pendekatan positif terhadap dua persoalan atau lebih, tetapi tujuan-tujuan yang dicapai saling

berlainan antara satu sama lain.

2. Konflik pendekatan-pengelakan, dimana seseorang didorong untuk melakukan

pendekatan terhadap persoalan-persoalan yang merujuk kepada satu tujuan dan pada waktu yang

sama untuk melakukan terhadap persoalan-persoalan tersebut dan tujuannya dapat mengandungi

nilai positif dan negatif bagi seseorang yang mengalami konflik tersebut.

3. Konflik pengelakan-pengelakan, dimana seseorang didorong untuk mengelakkan dua

atau lebih hal yang negatif tetapi tujuan-tujuan yang dicapai saling terpisah antara satu sama lain.

Dalam hal ini, konflik tersebut merupakan jenis konflik yang mempunyai risiko paling kecil dan

mudah diatasi, serta akibatnya tidak begitu teruk.

Konflik Interpersonal pertentangan

Konflik antara seseorang dengan orang lain kerana pertentangan, kepentingan atau

keinginan. Hal ini sering terjadi antara dua orang yang berbeza status, jabatan, bidang pekerjaan,

dan lain-lain. Konflik interpersonal ini merupakan suatu dinamik yang amat penting dalam

organisasi kerana konflik tersebut akan melibatkan beberapa peranan dari segelintir anggota

organisasi.3

Konflik antara individu-individu dan kelompok-kelompok

3 Sellin, Thorsten. 1938. Culture Conflict and Crime. New Jersey: Social Science Research Council, p.16-17.
Hal ini sering kali berhubungan dengan cara-cara individu menghadapi tekanan untuk

mencapai pematuhan, yang ditekankan kepada mereka oleh kelompok kerja mereka. Sebagai

contoh dapat dikatakan bahawa seseorang individu akan dihukum oleh kelompok kerjanya

kerana dia tidak dapat mencapai norma produktiviti kelompok dimana dia berada.

Konflik antara kelompok dalam organisasi yang sama

Konflik ini merupakan jenis konflik yang kebanyakkan terjadi di dalam organisasi

organisasi. Konflik antara barisan dan kakitangan, pekerja dan pekerja pengurusan merupakan

dua jenis bidang konflik antara kelompok.

Konflik antara organisasi

Sebagai contoh seperti di bidang ekonomi dimana negara AS dan negaranegara lain

dianggap sebagai bentuk konflik, dan konflik ini biasanya disebutkan dengan persaingan.

Konflik ini berdasarkan pengalaman ternyata telah menyebabkan timbulnya pengembangan

produkproduk baru, teknologi baru, perkhidmatan baru, yang memiliki harga lebih rendah dan

pemanfaatan sumber yang lebih cekap.4

4 Sellin, Thorsten. 1938. Culture Conflict and Crime. New Jersey: Social Science Research Council, p.18.

Anda mungkin juga menyukai