Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2. Persoalan
(a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan
dalam kalangan masyarakat.
(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila
berada di tempat orang.
(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu
di luar kemampuan diri.
(d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu
yang belum pasti hasilnya.
(e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa
kemudaratan kepada diri sendiri.
(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
(g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke
kampung halaman juga.
(h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar
diubah apabila sudah dewasa, begitu juga apabila semasa
makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.
(i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi
bahasa.
(j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.
3. Bentuk
(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas
rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah
sama.
4. Unsur bunyi
(a) Asonansi.
Contohnya,
Alas nikah raja Melayu (perulangan vokal a);
Limau Bentan ditepi tingkap (perulangan vokal e);
Hujan ribut gunung terbakar (perulangan vokal i);
(b) Aliterasi.
Contohnya,
Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan
b);
Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan
d);
1. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
1. Hiperbola. Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
2. Inversi Ikan busuk jangan dibuang;
Gila apakah ikan di laut.
3. Penggunaan ikan;burung dekut; gelam;
unsur alam. kenanga; kumbang; bunga;
4. Peribahasa Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung;
5. Personifikasi nyawa menangis di pintu
kubur.
6. Repetisi tikar (rangkap 1, baris 1);
7. Sinkope Kilat memancar hujan tak lalu;
8. Simile Macam melukut di tepi
gantang;