Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Dosa dalam pengertian bermaksud kesalahan yang disebabkan melanggar larangan Tuhan

atau melalaikan suatu kewajiban yang diperintahkannya. Kamus besar Bahasa Malaysia

memberikan pengertian yang kursus bahawa dosa adalah perbuatan yang melanggar hukum

Tuhan atau agama. Konsep dosa dalam agama Hindu adalah sama dengan agama-agama lain di

mana, apabila mereka melanggar perintah Tuhan maka mereka dianggap berdosa.

Berbicara asal-usul dosa, ada kaitannya dengan cerita ataupun peristiwa Adam dan Hawa. Kisah

Adam dan Hawa ini telah menggambarkan kepada kita bahawa Nabi Adam as telah melakukan

dosa kepada Allah swt apabila perintah Allah swt melarang Nabi Adam untuk memakan buah

khuldi dilanggarnya. Maka dengan ini, Allah swt memerintah Baginda untuk turun ke bumi

dengan memisahkan mereka iaitu Hawa.

Adam dan Hawa mendengar perkataan Tuhan itu, sedarlah bahawa mereka telah melanggar

perintah Tuhan dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa yang besar.

Seraya menyesal berkatalah mereka: Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami

sendiri dan telah melanggar perintah-Mu, karena terkena bujukan Iblis. Ampunilah dosa kami

karena niscaya kami akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi bila Engkau tidak

mengampuni dan mengasihi kami.

Berkisar dengan kisah ini, apa yang dapat dilihat manusia tidak terlepas daripada melakukan

dosa. Di dalam setiap agama, hukum melakukan dosa ini adalah salah satu perkara yang ditegah

oleh Tuhan dan yang membezakan dosa dalam setiap agama ialah hukuman yang diterima

setelah manusia melakukan dosa. Sebagai contoh, hukuman minum arak dalam agama Islam

adalah salah satu perkara yang haram manakala dalam agama Hindu ianya tidak haram.
2.0 ASAL USUL DOSA DALAM AGAMA HINDU

Agama Hindu telah mengajarkan kita bahawa manusia adalah sama dengan Brahman. Hal ini

adalah kerana manusia adalah sebahagian daripada Brahman. Brahman adalah penjelmaan

daripada individu manusia. Oleh kerana itu, manusia dianggap suci, murni dan bersih, tanpa

cacat cela. Dosa disebabkan adanya unsur-unsur Prakti, iaitu perkara-perkara yang bersifat

kebendaan dan jasmani. Unsur-unsur ini sering dikaitkan dengan Purusa iaitu unsur yang

bersifat kejiwaan dan kerohanian. Apabila prakti dan purusa ini bersekutu di dalam jiwa

maka manusia akan disilaukan hingga mereka tidak mengetahui bahawa dunia ini adalah

ciptaan Tuhan. Dalam Prakti sendiri mempunyai nafsu-nafsu yang apabila dihubungkan

dengan indera manusia serta unsur yang berbagai-bagai di dunia ini maka bentuk khayalan

akan muncul dalam benak jiwanya. Dengan demikian, setiap langkah yang dilakukan itu

adalah salah dan berdosa.

Dalam kitab Weda sendiri ada menjelaskan bahawa secara dasarnya manusia mempunyai

kesedaran akan dosa. Hidup mereka tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Perlakuan

dosa ini boleh terjadi melalui pelbagai aspek iaitu dosa yang timbul melalui pemikiran

seseorang, dosa yang timbul daripada perkataan dan kata-kata yang diucapkan tersebut boleh

menggerakkan perbuataan manusia ataupun tingkah laku manusia itu dengan sengaja ataupun

tidak sengaja. Dengan demikian, perkara-perkara ini menjadi satu penyiksaaan kepada

mereka dan penghalang kepada penganut agama Hindu untuk mendapatkan Moksha dan

bersatu dengan Brahman.

Perbuatan dosa yang dilakukan oleh mereka ini juga menjadi batu penghalang untuk mereka

mendekatkan diri kepada Tuhan kerana hati dan jiwa mereka itu kotor daripada sifat-sifat

kebaikan. Selain itu, tingkah laku yang mereka lakukan serta perkataan yang diucapkan
dengan perbuatan yang dilakukan menghalang mereka daripada mendapat rahmat Tuhan.

Lalu mereka akan jauh daripada Tuhan. Kerana Tuhan hanya dapat didekati melalui kesucian

individu tersebut. Oleh itu, pentingnya suddha ataupun penyucian zahir dan batin seseorang

penganut bagi agama Hindu.

Persoalan mengenai hal asal dosa, agaknya memang menarik sekali. Banyak orang yang

menanyakan hal ini, mungkin hal itu disebabkan kerana mereka didorong oleh keinginan

untuk mengetahui asal-usul dari hal yang mengakibatkan segala keraguan di dalam dunia ini.

Akan tetapi biasanya di belakang pertanyaan itu terkandung suatu gagasan, bahwa sekiranya

segala sesuatu diperintah oleh Tuhan, maka sebenarnya Tuhan sendirilah yang menjadi asal

kesengsaraan dan kecelaruan dunia ini yang menjadi ujian kehidupan bagi manusia.

Oleh karena itu kita harus benar-benar berhati-hati, jikalau kita membicarakan hal asal dosa.

Pertanyaan mengenai asal dosa memang sukar dijawab, bahkan dapat dikatakan, tidak

mungkin dijawab oleh manusia, siapa pun dia. Maka sebenarnya kita tidak dapat menjawab

denga pasti atas pertanyaan yang mengenai asal dosa itu. Tidak ada seorang pun yang dapat

menunjukkan hubungan antara sebab dan akibat di dalam soal dosa ini, tanpa tersesat kepada
bahaya dengan membersihkan diri dan melontarkan segala tanggungjawab atas dosa itu

kepada Tuhan Allah.

3.0 KATEGORI DOSA DALAM AGAMA HINDU

Dosa dalam agama Hindu juga boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu dosa besar dan

dosa kecil. Tetapi perinciannya tidak selengkap agama Islam. Hal ini kerana agama Hindu,lebih

banyak menitikberatkan soal perbahasan tentang masalah tentang dosa.

3.1 Pencurian
Perbuatan yang disebut pencurian itu adalah mengambil harta benda orang lain tanpa pengetahuan

dan persetujuan si pemiliknya. Perbuatan itu merupakan pelanggaran etika dan merupakan perbuatan

dosa, karena mengakibatkan kerugian kepada orang lain. Perbuatan itu berlawanan dengan ajaran Tat

twam asi dan Tri kaya parisudha yang banyak menekankan nilai-nilai kebaikan dan Hyang

Widhi sentiasa memerhati.

Kalau Hyang Widhi kasih kepada manusia dan manusia harus kasih kepada sesama manusia,

mengapa kes-kes pencurian sering berlaku secara berleluasa ? Pencurian yang berlaku pada zaman

ini adalah pencurian yang bukan sahaja melibatkan harta benda yang sedikit tetapi nilai yang cukup

besar. Pencurian dapat terjadi kerana orang yang mencuri itu tidak sradha kepada hukum karma,

pahala dan ia tidak menaruh kasih kepada sesama manusia, malas bekerja, tetapi ingin hidup senang

seperti peribahasa pangku tangan cerut perut. Di samping itu sering pula pencurian itu disebabkan

oleh sifat tamak dan rakus. Pencurian dapat terjadi mungkin disebabkan oleh perubahan lain sebagai

contohnya faktor perjudian. Dalam masyarakat Hindu, pencurian itu pada umumnya berbentuk

pencurian pakaian, perhiasan, buah-buahan dan sebagainya. Manakala dalam dunia perdagangan

pula, kes pencurian terjadi apabila mereka mengambil tindakan dengan pengurangan timbangan,

pengurangan ukuran, pemalsuan barang-barang dan sebagainya.

Hukum karmapala mengatakan bahwa setiap pekerjaan, perbuatan pasti akan mendapat

balasan pahala dan dosa, baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Kitab Vrcasana

menyebutkan bahawa pencurian itu harus dihukum dan hukumannya tidak saja diberikan

kepada pelaku utamanya, akan tetapi mereka yang tersangkut kepada pencurian itu, baik

langsung mahupun tidak langsung ada hubungan dengan pencurian itu. Jadi hukuman harus

diberikan kepada pelakunya sendiri, orang yang menyuruh mencuri, orang yang melindungi

pencuri dan orang yang memberi makan kepada pencuri, orang yang memberikan tempat dan
memberitahu caranya mencuri. Hukuman itu tidak sama berat dan besarnya kepada kedua-

dua pelaku tersebut.

3.2 Perjudian, Pertaruhan dan Sejenisnya.

Permainan judi dan pertaruhan ini merupakan bentuk permainan yang menggunakan wang

atau barang untuk mendapatkan kemenangan dari lawannya, sebagai contoh main daun terup,

main mesin judi, dan sebagainya. Perjudian adalah tindakan seseorang dalam berusaha untuk

mengalahkan lawannya sehingga ia mendapatkan kemenangan berupa wang atau barang dari

pihak yang dikalahkannya. Dilihat dari sudut etika ekonomi, perjudian itu merupakan

perbuatan tidak baik dan boleh dianggap dosa. Perjudian dipandang sebagai pelanggaran

terhadap etika ekonomi, hal ini demikian kerana dalam masyarakat tersebut ekonomi dan

pembangunan terganggu dan sangat merosot perkembangannya.


Selain daripada itu, permainan judi ini juga menimbulkan sifat ego dan keinginan yang

terlalu tinggi untuk memuaskan diri sendiri sehingga tanggungjawab terhadap anak dan isteri

diabaikan. Orang tua dan orang muda yang telah ketagih dalam perjudian, akan kehilangan

sifat-sifat kebaikan dalam dirinya dan dalam pemikiran mereka hanya tertumpu kepada

kemenangan yang akan dimiliki serta kepuasan dalam bermain judi.


Permainan judi itu sering mengakibatkan pelanggaran terhadap norma-norma yang berlaku

dan sangat mengganggu pertumbuhan ekonomi. Maka dari itu agama Hindu secara tegas

melarang permainan judi atau main taruh itu seperti ditandaskan dalam Rig-Weda X, 34, 13
sebagai berikut: "asair madewyah krsimit krsaswa wita ramaswa aryah" artinya: "janganlah

berjudi, kerjakanlah sawah ladangmu itu, cintailah dan kerjakanlah dengan tekun, ingatlah

kepada ternakmu dan istrimu.


4.0 KAEDAH PENGHAPUSAN DOSA

Dalam agama Hindu, terdapat kaedah ataupun cara seseorang hamba menyucikan diri mereka

daripada dosa-dosa yang telah mereka lakukan itu. Kaedah ini bukan sahaja dapat

menyucikan dosa zahir mereka malah dosa-dosa yang melibatkan perkara-perkara batin.

Antaranya, dosa-dosa yang melibatkan hubungan denga Tuhan dan dewa-dewa mereka.

Kaedah pertama ialah dengan upacara prayascitta. Prayascitta adalah satu bentuk

pendamaian yang dilakukan melalui sesuatu upacara. Upacara-upacara ini termasuklah

undang-undang yang harus dipatuhi (vyavahra) serta acara yang di dalamnya terdapat

hukum-hukum adat yang akan membentuk dharmastra bagi menjalani proses-proses

penghapusan dosa. Menurut Manu, dalam petikan kitab Veda ada menyatakan bahawa segala

yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan akan dihapuskan dalam prayascitta. Antara

upacara prayascitta ialah pengupasan kuku, mencukur kepalanya, mandi bersama tanah liat,

tahi lembu, dan air suci, minum mentega, dan membuat suatu perisytiharan melaksanakan

penebusan dosa yang ditunjukkan oleh seluruh orang-orang alim Brahmana. Terdapat

pantang larang semasa upacara proses prayascitta itu berlangsung di mana mereka tidak
boleh mengambil makanan daripada orang lain, tidak boleh melakukan hubungan seks dan

tidak boleh berbohong. Selepas daripada upacara prayascitta, pelaku dosa tersebut perlu

melaksanakan rddha dan Homa yakni memberi makan kepada golongan Brahmana serta

hadiah.

Selain daripada itu, terdapat upacara lain untuk proses penyucian dosa dalama agama Hindu

iaitu Kumbh Melaa. Kumbh Mela adalah satu upacara penyucian dosa di mana penganut

agama Hindu akan turun beramai-ramai ke sungai untuk mandi. Upacara ini sering dilakukan

saban tahun dan selalunya dianjurkan tiga tahun sekali. Kumbh Mela merupakan satu

perayaan terbesar bagi masyarakat India yang mana semua penganut Hindu, terutamanya

golongan lelaki akan berhimpun dan berendam bersama di dalam air, selain tidur dan makan

beramai-ramai di lokasi sama selama dua hari berturut-turut. Selain itu, Kumbh Mela juga

membawa maksud festival periuk kera yang merupakan salah satu mitos bagi penganut

agama Hindu dan lazimnya dilakukan di empat batang sungai berbeza di negara tersebut.
Sungai tersebut ialah Ganga di Haridwar; Saraswati (Allahabad), Godawari (Nashik) dan

Shipra (Ujjain). Sebenarnya upacara ritual ini dilakukan adalah bersempena dengan

pertempuran epik yang melibatkan dewa dan syaitan.


5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, konsep dosa dalam agama Hindu ini lebih bersifat memberi pengajaran dengan

hukuman yang telah ditetapkan oleh sami-sami mereka dengan melakukan upacara ritual bagi

menghapuskan dosa-dosa mereka yang telah lalu. Penganut agama Hindu perlu sedar bahawa

apabila mereka sering melakukan dosa, maka mereka tidak akan bersatu dengan Dewa Brahman.

Ini adalah bertepatan dengan konsep Moksha di mana kehidupan manusia adalah kitaran. Mereka

yang tidak dapat bersatu dengan dewa akan dilahirkan semula tetapi dalam kasta yang lebih

rendah atau dilahirkan sebagai bukan manusia. Ini merupakan kosep Karma yang diguna pakai

oleh penganut-penganut agama Hindu dalam kitab-kitab mereka dalam menjatuhkan hukuman

kepada seseorang pelaku dosa. Selain itu, konsep dosa dalam agama Hindu adalah berbeza

daripada agama Islam, di mana agama Islam mempunyai hukuman-hukuman tertentu kepada

pelaku dosa yang berlandaskan al-quran dan hadis-hadis Nabi. Melalui kajian tentang konsep

dosa dalam agama Hindu ini, saya berharap agar masyarakat di luar sana lebih peka terhadap

balasan atau karma yang akan diterima selepas kita melakukan dosa. Ini bagi melahirkan

kesedaran dalam diri mereka agar tidak melakukan dosa. Dan daripada itu, banyak gejala-gejala

jenayah dapat dikurangkan dan konsep dosa ini perlu diberi penekanan yang lebih serius kepada

semua penganut agama masing-masing.


6.0 RUJUKAN

1. Fachruddin, Ensiklopedi Al-Qur'an, Buku 1, Rineka Cipta, Jakarta, 1998, hlm. 322

Anda mungkin juga menyukai