Anda di halaman 1dari 9

Dasar Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Dalam Pendidikan Malaysia


Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam
Pendidikan Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri
Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan
Perdana Menterri Malaysia merangkap Menteri
Pelajaran pada 26 Oktober 2010.

Pernyataan Dasar:

ICT untuk semua murid


ICT dalam pendidikan menjadi
tanggungjawab bersama sektor awam,
swasta dan komuniti
ICT sebagai pengupaya dalam pendidikan
ke arah pembangunan modal insan
berteraskan kemahiran abad ke-21
ICT untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanan sistem
pengurusan dan pentadbiran pendidikan

ICT Dalam Pendidikan


October 31, 2015

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan
sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus
maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet,
teknologi penyiaran dan transmisi.

ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP
membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan
penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping
mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid.

Definisi ICT dalam Pendidikan

Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk
menyelesaikan masalah PdP dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah dengan
menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi
maklumat dan komunikasi seperti Internet (e-mel, forum, portal, laman wab), video
telesidang atau instruksi berasaskan komputer. Literasi ICT seperti kebolehan mengakses,
mencari, memilih, menilai, menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdP
merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua guru dalam Zaman Maklumat ini. (Yusup
Hashim & Razmah Man, 2006).

Perkembangan ICT Dalam Pendidikan

Penggunaan komputer dalam pendidikan bermula pada tahun 1987 apabila Lembaga
Peperiksaan (LP) menggunakan teknologi komputer dalam urusan pemprosesan data
peperiksaan. Menyedari bahawa pendedahan awal kepada ICT akan menyediakan generasi
muda dengan nilai tambah kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi ledakan maklumat
serta mengharungi arus globalisasi, ICT dijadikan mata pelajaran di sekolah pada tahun 1990-
an.
Dasar Wawasan 2020 telah memacu penggunaan ICT dengan meluas dalam pendidikan
negara melalui pelancaran projek Koridor Raya Multimedia pada tahun 1997 melalui Projek
Sekolah Bestari. Pelbagai usaha membudayakan ICT juga telah diperkenalkan di sekolah
bagi merapatkan jurang digital yang dihadapi oleh negara berbanding negara maju. Projek
Makmal Komputer yang dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan
Internet mula dilaksanakan pada tahun 1999.

KPM telah melancarkan program pembestarian sekolah bagi tujuan melengkapkan murid
dengan Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan penggunaan ICT sebagai pemangkin.
Sejajar dengan program pembestarian ini, penyediaan capaian Internet jalur lebar melalui
Projek SchoolNet dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara. Bagi
membudayakan ICT di sekolah dan meningkatkan penggunaan komputer oleh murid, Projek
Pusat Akses Sekolah (PuAS) diperkenalkan pada tahun 2006. KPM juga telah
menambahbaik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dengan pelaksanaan WebTV
KPM atau lebih dikenali sebagai eduWebTV pada tahun 2008. Ia merupakan sumber
pendidikan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan PdP dalam bentuk
audio-visual kepada murid dan guru terutamanya di kawasan pedalaman.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem


pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah
pembangunan negara.

Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK
menyatakan ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan
pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan.
Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut:

ICT untuk semua murid

ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran

ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem


pengurusan

Pembangunan ICT Dalam Pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk:

meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT

memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT

memperluas kurikulum berasaskan ICT

meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT

menekankan pengintegrasian ICT dalalm PdP

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan murid, tenaga


pengajar, dan personel KPM
meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan

meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT

meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT

meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam


membantu memperkembangkan ICT Dalam Pendidikan

Kemahiran ICT

Kemahiran ICT yang diperlukan oleh guru / setiap individu adalah berbeza. Ini bergantung
kepada keperluan tugas, organisasi, minat dan kecenderungan individu.

Dalam alam pendidikan, kemahiran mengguna aplikasi pemprosesan perkataan seperti


Words, aplikasi paparan seperti Excel, aplikasi penyampaian seperti Powerpoint, kemahiran
mencari maklumat, dan kemahiran mengolah data yang diperoleh menjadi satu kemahiran
asas untuk semua. Pengkhususan selanjutnya bergantung kepada keperluan tugas individu.
Contohnya:

Guru perlu tahu bagaimana berkomunikasi melalui e-mel, serta mengintegrasikan


ICT sebagai satu bentuk sumber pendidikan dalam PdP.

Guru Pendidikan Seni boleh mencuba perisian melukis dan diikuti dengan perisian
untuk animasi.

Pentadbir sekolah perlu tahu bagaimana menggunakan ICT untuk memudahkan


kerja pentadbiran, meiningkatkan keberkesanan kerja dan mewujudkan saluran
komunikasi dengan guru dan agensi luar dengan menggunakan e-mel.

Guru Penyelaras Bestari / ICT perlu tahu menyenggara komputer, memasang dan
mengurus rangkaian setempat dan lain-lain.

Guru Perpustakaan dan Media perlu meneroka aplikasi atau perisian terkini yang
boleh dicadangkan kepada guru untuk disesuai dan diintegrasikan dalam PdP.

Kaedah Meningkatkan Kemahiran ICT

Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya:

Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KPM atau pihak luar

Menghadiri latihan dalaman sekolah

Meneroka sendiri melalui web atau e-pembelajaran

Belajar sambil bekerja (On-the-job training)

Melalui rakan sejawat


Mengajar

Peningkatan kemahiran bermula dengan minat, kesedaran, keperluan dan motivasi untuk
belajar yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran individu. Selepas
mengikuti latihan kemahiran, individu mesti menggunakan kemahiran yang diperoleh dalam
menjalankan tugas harian. Secara tidak langsung, seseorang itu akan memperoleh lebih
banyak kemahiran. Kemahiran ini juga boleh dipindah ke penggunaan program yang baharu.

Latihan secara tidak formal seperti on-the-job training dan aplikasi perisian dalam kerja
memainkan peranan yang penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu. Perkongsian
pengalaman dan mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami
kefahaman berkaitan kemahiran yang diperoleh.

Category Teknologi Maklumat Dalam


Pendidikan
May 20 2016

Aplikasi Kahoot!!!

Kahoot merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk merangsang
minat murid semasa proses P&P melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini
dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon pintar.

Guru dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi nombor
pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin dihadapan kelas akan menjadi paparan
utama yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan menggunakan peranti
masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi.
Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadikan murid fokus dalam menjawab soalan
kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada
paparan skrin utama di hadapan kelas.

Di samping itu, murid juga dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui
kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak
langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui
permaian secara interaktif. Bukan itu sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan suasana P&P
yang menyeronokkan dan mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa menjawab
sesuatu soalan. Penggunaan Kahoot dalam P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan
dilihat sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.

Tutorial Kahoot!!

Pengenalan Teknologi Pendidikan


Definisi
Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran
menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi
melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia
merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan

idea, manakala kejayaan untuk


mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin
sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan
idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini
bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan
penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah
merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai
kejayaan.

Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau
pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan
personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan,
logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan
cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi
dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.

Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka
bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan
meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga
ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh
mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi


pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran
untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber
yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya.

Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang
bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan(Crowell (1971):Encyclopedia of
education)

Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam
keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran
setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran(Uhwin Derek (1976): Applying Educational
Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,
organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran
dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Peranan Teknologi Dalam Pendidikan


Peranan Teknologi Dalam Pendidikan
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang
baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga
kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan
bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih
baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan
alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video,
visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah
merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan
melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan
kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci
serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang
lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti
pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di
akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT
seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua
benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang
tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana
melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih
menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek
yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar
dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di
fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT
melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini
kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi
tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan
sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.
Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai
teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan
setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang
banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang
mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai
kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui
penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana
proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,
grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang
di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk
difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh
pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar
menggunakan ICT.