Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM PERSEDIAN KE ALAM REMAJA


SK KUBANG KERIAN 3
2016

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dibangunkan bertujuan untuk:

Mendapatkan kelulusan pelaksanaan aktiviti program daripada


pihak sekolah dan/atau kelulusan penggunaan premis luar.
Mendapatkan kelulusan peruntukan kewangan daripada pihak
sekolah atau pihak tertentu.
Memohon kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, swasta
atau individu perseorangan.

2.0 PENDAHULUAN

Perkembangan emosi dan psikososial murid adalah amat penting


dalam memacu halatuju hidup mereka untuk bergelar remaja. Istilah
remaja merujuk kepada masa peralihan daripada zaman kanak-kanak ke
alam dewasa. Walaubagaimana pun tempoh peralihan ini berbeza-beza
bagi setiap individu. Pendedahan di sekeliling amat mempengaruhi
perkembangan mereka yang banyak melibatkan perubahan bentuk fizikal,
emosi, kognitif mahupun hubungan intersosial.

Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk memberikan


pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid khususnya yang bakal
menempuhi alam remaja denga persediaan mental dan emosi yang
positif.

3.0 OBJEKTIF

Memberi pendedahan dan kesedaran tentang alam remaja.


Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk
menempuhi alam remaja dengan lebih yakin.
Dapat menerima dan memahami akan perubahan bentuk fizikal
dan emosi diri dengan sebaik mungkin.
Berupaya menjaga keselamatan diri dan menjada adab sopan
Berupaya menjada kesihatan dan kebersihan diri dengan
sempurna.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 6 (223 orang)

6.0 TEMPAT
Dewan Puncak Gemilang, SK Kubang Kerian 3

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 16 Oktober 2016 (Ahad)

Masa : 8.30 Pagi 10.45 Pagi

8.0 ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kubang Kerian 3

9.0 PENCERAMAH & FASILITATOR

9.1 PENCERAMAH

Tn Hj. Ghazali Bin Salleh


(Penceramah & Motivator)

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Perbelanjaan

Bil Perkara Kos


1 Bayaran Penceramah (RM200.00) RM 200.00

JUMLAH RM 200.00
RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA

11.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Sumber Kos


1 UNIT BIMBINGAN KAUNSELING RM 200.00

JUMLAH RM 200.00
RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA

12.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Seperti lampiran A
14.0 PENUTUP

Semoga dengan pendedahan ini dapat membina jati diri insan yang
positif dan berkeyakinan untuk menempuhi alam remaja. Harapan Unit
Bimbingan & Kaunseling agar murid dapat mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi daripada program ini dalam kehidupan seharian kelak

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................ ..................................
(Ab Halim B Mustappa) (En Nik Zamri bin Nik
Husin)
Setiausaha Bimbingan & Kaunseling Guru Kanan
HEM
SK Kubang Kerian 3 SK Kubang Kerian 3
Tarikh:...................... Tarikh:.....................

Disahkan oleh,

..............................
(Pn Seri Dewi Bt Mohd Ibrahim)
Guru Besar
SK Kubang Kerian 3
Tarikh:......................
Lampiran A
Persiapan Tempat : Ust. Mohammad Syah Yasin
: En Mohamad Rahimi Bin Maidin
Bidang Tugas:
1. Menguruskan kesediaan tempat untuk peserta dan penceramah serta jemputan
sewaktu perjalanan program.
2. Memastikan keadaan tempat program sentiasa dalam keadaan selesa dan kondusif.

Pendaftaran : Pn Norzuraini Bt Yusof


: Pn Norsyafira Bt Ariffin
: Pn Suwaibah Bt Yunus
: Pn Razniyanty Bt Abd Razak

Bidang Tugas:
1. Memastikan setiap peserta program mendaftarkan nama sebelum perjalanan program
bermula.

Pengurus Peserta : En Wan Fadlul Imran B Wan Sapie


: Pn Norihan Bt Mohd Zainun
: Pn Samihah Bt Ismail
Bidang Tugas
1. Menjadi pemudahcara untuk peserta/ murid mengikuti program yang dijalankan
samada sewaktu perjalanan
program dan tamat program.
2. Memastikan setiap peserta mendapat tempat ketika perjalanan program.

Dokumentasi : Cik Nor Aziemah Bt Jafri


: En Mat Razali B Hasan
Bidang Tugas
1. Bertindak merekod setiap aktiviti/ program yang dijalankan.

2. catatan dan rekod akan dimasukkan ke dalam sistem pemfailan.

Siaraya : En Zaharude B Ismail


: En Ab Halim B Mustappa
Bidang Tugas
1. Memastikan setiap pembesar suara, audio dan sebagainya dalam keadaan baik
sewaktu program berlangsung.