Anda di halaman 1dari 3

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1


MASA : 1 JAM 30 MINIT

ARAHAN :

1. Kertas ini mengandungi 4 soalan. Pilih dan jawab satu soalan sahaja.
2. Setiap murid perlu membawa peralatan sendiri mengikut keperluan tajuk yang dipilih.
3. Murid dikehendaki menggunakan kertas lukisan yang disediakan.

SOALAN SOALAN :

1. Bidang : Menggambar
Tajuk : Gajah
Alat dan bahan : Pensel, pensel warna / oil pastel atau krayon.
Arahan : Murid dikehendaki menghasilkan lukisan gajah menggunakan
media kering tersebut.

2. Bidang : Membuat Corak dan Rekaan


Tajuk : Langsir Berjuntai
Alat dan bahan : Kertas warna, pembalut hadiah, gam, gunting dan hiasan yang
sesuai.
Arahan : Murid perlu menghasilkan satu karya langsir berjuntai yang
berwarna-warni dan kreatif.

3. Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan


Tajuk : Rama-rama
Alat dan bahan : Sudu, pen marker kekal, kad manila / kertas warna, gam UHU,

dawai dan bahan yang sesuai.


Arahan : Murid diminta menghasilkan asemblaj rama-rama yang kreatif.

4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional


Tajuk : Gasing
Alat dan bahan : Kadbod / mounting board / kertas keras, oil pastel / krayon,
gunting, gam, pembaris, pensel, lidi sate dan bahan yang
sesuai.
Arahan : Murid dikehendaki menghasilkan gasing yang menarik.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2
MASA : 1 JAM 30 MINIT

ARAHAN :

1. Kertas ini mengandungi 4 soalan. Pilih dan jawab satu soalan sahaja.
2. Setiap murid perlu membawa peralatan sendiri mengikut keperluan tajuk yang dipilih.
3. Murid dikehendaki menggunakan kertas lukisan yang disediakan.

SOALAN SOALAN :

1. Bidang : Menggambar
Tajuk : Bunga Raya
Alat dan bahan : Krayon / oil pastel / lilin, cat air, berus lukisan, span dan
pensel.
Arahan : Murid perlu menghasilkan catan bunga raya menggunakan
teknik resis iaitu melukis garisan bunga raya dengan oil pastel.

2. Bidang : Membuat Corak dan Rekaan


Tajuk : Alas Kusyen
Alat dan bahan : Ubi kentang yang diukir, cat poster / cat air, span / berus
lukisan, palet , dan bahan yang sesuai.
Arahan : Murid diminta menghasilkan capan menggunakan ubi kentang.

3. Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan


Tajuk : Topeng Muka Haiwan
Alat dan bahan : Kad manila, pensel, oil pastel / krayon, gunting, dan tali.
Arahan : Murid dikehendaki menghasilkan topeng muka bertemakan
haiwan dengan kemas dan menarik.

4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional


Tajuk : Anyaman
Alat dan bahan : Pensel, pembaris, kertas warna, gunting dan gam.
Arahan : Murid perlu menghasilkan anyaman mata bilis yang kreatif.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3
MASA : 1 JAM 30 MINIT

ARAHAN :

1. Kertas ini mengandungi 4 soalan. Pilih dan jawab satu soalan sahaja.
2. Setiap murid perlu membawa peralatan sendiri mengikut keperluan tajuk yang dipilih.
3. Murid dikehendaki menggunakan kertas lukisan yang disediakan.

SOALAN SOALAN :

1. Bidang : Menggambar
Tajuk : Kumbang dan bunga
Alat dan bahan : Oil pastel, surat khabar, dan lidi sate.
Arahan : Murid diminta menghasilkan sebuah karya bertemakan flora
dan fauna menggunakan teknik gurisan.

2. Bidang : Membuat Corak dan Rekaan


Tajuk : Corak Bingkai Gambar
Alat dan bahan : Straw, cat poster / cat air, span / berus lukisan, palet dan
bahan yang sesuai.
Arahan : Murid perlu menghasilkan satu corak tidak terancang
menggunakan teknik tiupan.

3. Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan


Tajuk : Boneka Ikan
Alat dan bahan : Pinggan kertas, kertas warna, gunting, gam UHU, manik,
bijirin, perca kain dan bahan yang sesuai.
Arahan : Murid dikehendaki menghasilkan boneka ikan menggunakan
teknik kolaj.

4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional


Tajuk : Parang
Alat dan bahan : Kadbod / kertas keras, gunting, gam, pensel dan oil pastel.
Arahan : Murid perlu menghasilkan sebilah parang yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai