Anda di halaman 1dari 2

ISNIN 27 MAC 2017

Gariskan jawapan yang betul.

1 Puan Saharah menjaga dan menyayangi keempat-empat anaknya tanpa (pilih kasih, kasih sayang).

2 Sebagai rakyat yang prihatin, Danny sentiasa menjaga (kebajikan, tingkah laku) apabila bergaul
dengan rakan-rakan sekolah.

3 Muhairi mendengar dengan (tenang, marah) pendapat Aizatul walaupun dia tidak bersetuju.

4 Jun Sang (membantu, mengusahakan) mangsa ribut taufan di Langkawi dengan mengumpul
pakaian, makanan dan wang kepada mereka.

5 Hilmi sentiasa (bergaduh, berhubung) dengan sepupunya yang melanjutkan pelajaran di England
melalui e-mel.

6 (Pemikiran, Penampilan) yang sihat akan melahirkan tingkah laku yang baik dan progresif.

7 Datuk Lee Chong Wei merupakan idola Fikri, dia bercadang untuk menghantar penghargaan kepada
Datuk Lee Chong Wei sebagai tanda (menghina, menghargai) sumbangannya kepada negara.

8 Rohit menjaga (imej, harta) keluarganya dengan sentiasa berpakaian kemas dan bersih.

9 Sebagai seorang pengawas sekolah, Syaiful sentiasa menjadi (teladan, sempadan) kepada murid-
murid lain.

10 Airizal seorang yang bertanggungjawab kerana (lupa, peka) terhadap perkara-perkara yang berlaku
di kawasan tempat tinggalnya.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


mengenal pasti bahagia rundingan positif tokoh-tokoh

berterima kasih latihan cermat semangat baik hati

1 Seseorang murid yang ________________ akan sentiasa memberi sumbangan secara ikhlas demi
kebaikan orang lain.

2 Kita perlu ________________ kepada mereka yang memberikan kita bantuan dan sokongan moral.

3 Sebelum menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu ________________ punca masalah itu terlebih
dahulu.

4 Keluarga yang ________________ ialah keluarga yang mempunyai sikap saling hormat-menghormati
antara satu sama lain.

5 Perselisihan faham dapat dielakkan sekiranya kita menyelesaikan apa jua perbezaan pendapat secara
_________.

6 Kita hendaklah menggunakan kemudahan awam dengan betul, ________________ dan berhati-hati.

7 Pemikiran dan kelakuan ________________ akan menjadikan seseorang mampu menjaga dan
memelihara maruah keluarga.

8 Rakyat yang mempunyai ________________ bermasyarakat akan sentiasa bersama-sama menjaga


kemudahan awam.

9 Setiap murid perlu menjaga maruah keluarga dengan meningkatkan kemahiran diri melalui
________________ yang kerap dan bersungguh-sungguh.

10 Kita perlu menghargai sumbangan ________________ dan anggota masyarakat


yang berbakti

kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai