Anda di halaman 1dari 2

Unit bimbingan & kaunseling

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG


08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN.

Terapeutik & Antentik


MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH 2016

BIL : 1 TAHUN : 2017

TARIKH : 25 JANUARI 2017


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : SERAMBI BESTARI, SMK BAKAR ARANG

KEHADIRAN

Hadir :
1. PN. MAY KHOR GUAT SIM (Penolong Kanan Hem)
2. TN HJ. HASAN BIN MAT
3. PN. ROSHAIDAR BINTI ABDULLAH
4. PN. NOR HIDAYAH BT AMIN
5. PN. FATIN HANIM BT ROSDI
6. PN. OOI PHAIK CHOO
7. PN KHAITIRI A/P ARUMUGAM`

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berusaha Pn. May Khor Guat Sim.Beliau mengalu-alukan kehadiran semua
ahli dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan jasa dalam menjayakan program yang telah dijalankan
pada tahun 2016
Makluman : Semua Guru

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2. Pn. Fatin Hanim membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa PPDa bil 4 / 2016 dan memohon minit
mesyuarat diterima dan disahkan.

Makluman : Semua Guru

3. Pn Roshaidar Abdullah mencadangkan agar minit mesyuarat Kali ke-4 Tahun 2016 disahkan dan Pn Hidayah
Binti AMin menyokong cadangan minit mesyuarat kali ke-4 disahkan.

Makluman : Semua Guru

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


1
4. Merujuk kepada perkara 5 mesyuarat PPDa bilangan 4 / 2016 berkaitan dengan lawatan penanda aras ke SMK
Batu 5 yang tidak dapat dijalankan , cikgu Roshaidar telah menghubungi guru bimbingan dan kaunseling SMK
Batu 5 dan telah membuat permohonan lebih awal pada tahun ini.

Makluman : Semua Guru

II. PERKARA YANG DIBINCANGKAN


5. Tuan Pengerusi meminta perancangan strategik dan carta gatta PPDa 2017 di hantar melalui google drive dan
dicetak untuk disimpan ke dalam fail PPDa

Tindakan : Setiusaha PPDa

6. Pn Fatin membentangkan dan menjelaskan aktiviti yang telah dirangka oleh unit PPDa pada tahun 2017 . Antaranya
ialah ,
6.1 Ceramah PPDa
6.2 Pameran PPDa
6.3 Ujian Air Kencing (urin test)
6.4 Pelancaran Bulan PPDa
6.5 Lawatan Penanda Aras
6.6 Pertandingan Mewarna PPDa bagi pelajar tingkatan 1
6.7 Kuiz PPDa dan Silang Kata
6.8 Sudut PPDa
Makluman : Semua Guru

V. HAL-HAL LAIN
7. Pn Fatin Hanim bertanyakan status papan kenyataan PPDa kerana papan tersebut telah diceriakan oleh unit
kokurikulum dan pengerusi menjelaskan papan tersebut telah digunakan oleh unit kokurikulum. Oleh hal
demikian, setiusaha PPDa akan mencari papan kenyataan baru bagi mengisi bahan yang telah diserahkan oleh
pihak INTI.

Makluman : Semua Guru

PENUTUP

Puan Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan atas komitmen yang
diberikan. Beliau mengharapkan agar unit Pendidikan dan Pencegahan Dadah akan terus melaksanakan perkhidmatan
dengan jayanya

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

.
(FATIN HANIM BINTI ROSDI) (MAY KHOR GUAT SIM)
Setiausaha Unit Pendidikan Dan Pencegahan Dadah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Bakar Arang SMK Bakar Arang
08000 Sungai Petani 08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman

Anda mungkin juga menyukai