Anda di halaman 1dari 8

DP Jilid 5, Bil.

212005 Pendidikan Bahasa

Penggunaan Humor Dalam Pengajaran Bahasa

Abd. Rahman Hj. Abd. Aziz


arahman@usm.my
Abd. Ghani Abdullah
agk@usm.my
Mohamad Zohir Ahmad
zohir@usm.my

Pengenalan
Saban tahun guru-guru akan berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menghasilkan
suasana, persekitaran, dan pengajaran yang akan membolehkan pelajar mencapai
kejayaaan. Kebanyakan guru menganggap cabaran ini menarik, menggembirakan dan
mampu menunaikan hasrat kemanusiaan. Senyum, ketawa dan humor adalah ramuan
semula jadi yang seharusnya menjadi pegangan seseorang yang mahu menjadi guru.
Dalam hubungan terse but, seseorang tidak semestinya menjadi pak lawak (badut) atau
menunggu dianugerahkan bakat sebagai pelawak untuk memperoleh kelebihan
menggunakan humor dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha dan hasrat mahu
menjadikan pengajarannya lebih hidup dan kondusif, seharusnya boleh menjadikan
seseorang guru berinovasi ke arah tersebut. Bak kata Dickinson (1982:2) "Classrooms
in which laughter is welcome help bring learning to life."

Sejak kebelakangan ini banyak penulisan yang menegaskan ten tang pentingnya
menghasilkan persekitaran yang kondusifuntuk pengajaran bahasa. Suasana pengajaran
yang menggalakkan pelbagai ganjaran dan pujian untuk meningkatkan usaha pelajar
sentiasa dialu-alukan. Namun begitu kita terlepas pandang betapa pentingnya penggunaan
elemen humor dalam pengajaran, dalam latihan perguruan dan kemampuan humor dalam
memberi sumbangan terhadap penghasilan persekitaran pembelajaran yang positif.

Humor pada segelintir guru dianggap sebagai perkara yang remeh dan tidak perlu
diendahkan tetapi sebenamya humor merupakan aset yang bemilai dalam suatu pengajaran
berkesan (Gibson, 2001). Jika dalam konteks pengurusan, humor dapat membantu
menceriakan suasana organisasi maka dalam konteks pengajaran, ia dilihat sebagai
pelengkap pengajaran yang berkesan seperti mana seorang tukang masak yang mahir
menambah asam dan garam secukup rasa bagi mengenakkan masakannya.

Apakah itu Humor?


Mengikut Kamus Dewan (2005) humor ialah keadaan hati (gembira, sedih, marah, senang)
dan kebolehan mengatakan sesuatu sambi I menggelikan hati. Manakala Collinson (2002)
pula menjelaskan humor sebagai satu fenomena 'superficial' kepada kehidupan kerana
ia adalah sesuatu elemen yang kompleks, adakalanya mengelirukan (ambiguous) dan
dinamik. Semen tara itu dari perspektif perubatan, Privine (2000) menjelaskan:

"... the quality of perception that enables us to experience joy, even


when faced with adversity. Humour can stimulate the immune system,
enhance perceptual flexibility, and renew spiritual energy."

37
Pendidikan Bahasa DP Jilid 5, su. 212005

Justeru dapat disimpulkan bahawa humor ialah perbuatan atau kata-kata yang dapat
menggelikan hati, membangkitkan ketawa, lueu, perbuatan atau kata-kata untuk
membuatkan orang ketawa, berkelakar, berlawak, dan mengurangkan tekanan.

Mengapakah Kita Tidak Menggunakan Humor di dalam Bilik Darjah?


Banyak sebab guru tidak mahu menggunakan humor semasa pengajaran. "Saya bukan
ahli lawak. Saya tidak perlu guna humor" atau "Saya tidak tahu menggunakan humor,
biarlah orang lain yang menggunakannya di dalam kelas mereka". Sementara itu, ada
juga guru yang berpendapat bahawa penggunaan humor adalah sesuatu yang ditakuti
boleh menyebabkan sua sana tidak teratur berlaku dalam kelas dan takut untuk kehilangan
kuasa ke atas pengawalan disiplin pelajar.

Selain itu terdapat juga sebilangan guru yang enggan menggunakan humor dalam pengajaran
kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang penggunaan humor secara efektif dalam
bilik darjah, walaupun pada dasamya mereka mahu menggunakan humor. Kebimbangan
ini bertambah dengan anggapan mungkin mereka kelihatan agak 'bodoh' bila menggunakan
unsur humor. Ada juga dalam kalangan guru yang menganggap humor sebagai aktiviti
proses pengajaran yang tidak produktif. Hal ini adalah kerana bagi mereka pelajar tidak
akan belajar jika mereka bergelak ketawa. Namun begitu tidak ramai yang mengetahui
bahawa humor adalah satu kaedah berkomunikasi dan kemahiran sosial manusia apabila
berhubung dengan rakan taulan, walaupun nampak santai namun mampu memberi kesan.

Kepentingan Humor dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Humor merupakan bidang yang kurang diberi perhatian oleh pengkaji walaupun ia menjadi
salah satu elemen penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran seseorang.
Loomax dan Moosavi (1998) dalam kajiannya mendapati penggunaan humor dalam
pengajaran dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan suasana pembelajaran,
menjadikan pembelajaran lebih seronok dan menarik perhatian pelajar, dan meningkatkan
interaksi antara pelajar-guru. Selain itu penggunaan humor dalam pengajaranjuga dapat
meningkatkan perlakuan efikasi kendiri seseorang (Provine, 2000), terutamanya bagi
pelajar yang agak malu dan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan.
Selain itu, penggunaan humor dalam pengajaran juga didapati mampu:

1. Meningkatkan konsentrasi
Pada asasnya, konsentrasi pelajar bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran jarang
kekallama bergantung kepada kebolehan dan latar belakang individu. Lebih berat sesuatu
tajuk dipelajari umpamanya rumus, pembelajaran konsep dan fakta-fakta yang
membebankan, seringkali menghilangkan daya turnpu pelajar terhadap sesuatu tajuk
dengan berkhayal atau fikiran meneroka ke tempat lain.

Bagi mengatasi masalah tersebut, guru yang berkemahiran boleh mengesan keadaan itu
dengan melakukan pause kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan menyelitkan
unsur humor sebagai remedi kepada keadaan kebosanan tersebut. Ketawa akan
mengurangkan tekanan dan memberi kerehatan serta ketenangan kembali kepada individu
sambil menyedut udara baru bagi menemukan konsentrasi selanjutnya dalam keadaan
yang lebih santai dan bersedia (Loomax dan Moosavi, 1998) .

38
OP Jilid 5, Bil. 212005 Pendidikan Bahasa

2. Menjadikan pembelajaran menggembirakan dan kegembiraan itu


adalah satu motivasi kepada pelajar
Dalam konteks ini, belajar dalam keadaan menggembirakan akan membuat pelajar lupa
sebentar kepada masalah mereka. Kegembiraan sering memberi semangat baru kepada
individu. Efikasi pelajar akan menjadi lebih cemerlang jika seseorang itu gembira
melaksanakan sesuatu tugas tanpa rasa tertekan dan dalam suasana yang relaks sambil
berkongsi kegembiraan (Provine, 2000). Keadaan ini boleh menjadi satu motivasi kepada
seseorang individu,

3. Mewujudkan suasana kelas yang tidak tegang (stress free) bagi kerehatan
otak supaya mampu menjana kepada pemikiran yang lebih tenang
Loomax dan Moosavi (1998) menjelaskan bahawa pembelajaran dalam sua sana seronok
akan mendekatkan hubungan antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan
guru. Kemesraan yang wujud melalui gelak ketawa yang dirancang akan membantu
menyuburkan otak untuk menerima ilmu secara santai dan tidak membebankan. Guru
yang bijaksana perlu menjadikan suasana kelas sebagai 'syurga' kepada pelajar-pelajarnya.

4. Berfungsi sebagai sebahagian daripada langkah membentuk budaya


tingkah laku pelajar menangani konflik
Konflik dalam hidup manusia sering terjadi akibat hubungan yang renggang sesama
manusia. Kerengganan ini sering mengakibatkan hilangnya keakraban, mudah berkecil
hati, cemburu, marah, berdendam dan sebagainya. Ketawa bersama sering kali
mendekatkan hubungan sesama insan. Pelajar-pelajar itu berkongsi satu pengalaman
yang sarna dan bergembira bersama, walaupun pada asasnya (pada peringkat awalnya)
mungkin mereka tidak betul-betul mengenali an tara satu sarna lain. Ketawa dapat
menghubungkan mereka secara tidak langsung untuk lebih memahami rakan di sekitar
mereka. Dalam hubungan ini, humor boleh menjadi salah satu alat komunikasi yang
mampu mewujudkan interaksi/hubungan berkesan dalam sesuatu kelompok. Dalam
konteks yang lebih luas, humor boleh melatih pelajar membudayakan diri bagi menangani
setiap masalah yang timbul melalui perantaraan fikiran yang padu, kesantaian hidup ,dan
ketenangan diri bagi memandang hidup ini dari sudut yang positif dan ceria.

5. Mengurangkan tekanan
Semua pelajar mempunyai tekanan semasa belajar. Situasi ini boleh berlaku disebabkan
kerja yang dilakukan mungkin membebankan atau ia mungkin terpaksa dilakukan walaupun
tidak mendatangkan sebarang makna kepada mereka. Mereka akan terdesak kerana
mengejar kesempumaan dalam tempoh masa yang telah diberikan untuk menyiapkan
sesuatu pekerjaan. Didapati subordinat yang mempunyai sense of humor mempunyai
perasaan yang menggembirakan dan lebih bersedia untuk menggembirakan orang lain
berbanding dengan orang yang tidak mempunyai kelebihan sedemikian. Kepentingan
humor dalam menangani tekanan didapati selari dengan kajian yang pemah dijalankan
oleh Duncan, Smelter dan Leap (1990) iaitu humor mampu berperanan untuk menghadapi
situasi yang tegang, mengurangkan tekanan, membolehkan seseorang berhadapan dengan
kebosanan dan meningkatkan rasa pemilikan.

39
Pendidikan Bahasa DP Jilid 5, Bi/. 212005

6. Meningkatkan hubungan dengan orang lain


Apabila humor dipraktikkan atau digunakan dalam pengajaran, seeara tidak langsung akan
meningkatkan keberkesanan komunikasi antara satu sarna lain. Sebagai eontoh apabila
seseorang terbaea satu bahan jenaka yang sangat lueu, mereka dapat berkongsi bahan
tersebut dengan rakan yang lain. Dengan itu akan mengeratkan lagi perhubungan antara
satu dengan lain. Seeara tidak langsung, apabila tugasan yang memerlukan kerja sepasukan,
keadaan akan lebih senang kerana setiap orang telah mengenali dan sangat rapat antara
satu dengan yang lain di dalam kelompok tersebut. Oleh itu humor mampu membantu
meningkatkan hubungan dengan rakan sekuliah kerana mereka tidak akan berasa bosan
dengan adanya bahan jenaka yang dapat mereka kongsi bersama setiap hari.

7. Mengurangkan konflik
Dengan adanya humor, sesuatu konflik yang berlaku dapat dikurangkan iaitu dengan
memudahkan sesuatu keputusan diambil bagi menyelesaikan konflik dalaman yang timbul.

8. Membina dan mengekalkan kerjasama


Humor dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan
pelajar. Aspek ini amat penting kerana humor dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan
dalam sesebuah kelas. Apabila wujud hubungan kekeluargaan, sikap saling mempereayai
antara satu sarna lain akan terhasil. Individu yang mempunyai sifat sedemikian pastinya
akan menjaga keharmonian persahabatan. Di samping itu humor juga dapat mewujudkan
persekitaran yang eeria yang mana dapat melahirkan golongan pelajar yang sentiasa
bersedia untuk memberi kerjasarna. Pelajar juga lebih bersemangat untuk menjalankan
tugas demi menjaga keutuhan 'kekeluargaan' yang telah terjalin. Kerap kali, hubungan
mesra yang terjalin akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
antara guru - pelajar, memudahkan interaktif dalam kelas, mengelak perasaan keeil hati
dan yang lebih utama, mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran. Tidak mustahil
juga, akan wujud fenomena seseorang pelajar akan berkata "aku minat kepada subjek
itu kerana aku minat dengan eara guru itu mengajamya".

9. Kelebihan humor dari perspektif minda (Brain Experience)


Satu bentuk yang unik muneul apabila seseorang itu berjenaka dari sudut
electroencephalogram iaitu semasa merangka sesuatu humor, hemisfera kiri korteks
akan memulakan fungsi analitik untuk memproses perkataan. Seterusnya, aktiviti
kebanyakan bahagian minda akan mula bergerak ke arah hadapan iaitu di bahagian
pusat pemperosesan emosi. Hemisfera kanan otak pula mula berkongsi sintesis dengan
fungsi pemprosesan kiri untuk memilih bentuk atau memilih humor, Beberapa saat
kemudian, sebelum seseorang itu mula ketawa seeara fizikal, getaran aktiviti minda
akan berkembang untuk menguasai kawasan pengesanan pemprosesan dalam minda.
Peningkatan dalam gelombang delta akan sampai dan memberi tahu otak bahawa unsur
humor telah disarnpaikan/terjadi. Hal ini akan diluahkan melalui derai ketawa oleh unsur
lelueon tadi (The Cheers Project, Teaching Humour).

Pengalaman tadi telah menunjukkan bahawa penggunaan unsur humor penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia menggalakkan penggunaan otak kiri dan
otak kanan sekali gus, iaitu penggunaan unsur kreativiti dan praktikal seeara serentak.

40
DP Jilid 5, Bil. 212005 Pendidikan Bahasa

Fenomena ini cukup baik dalam proses pencarian dan penyampaian ilmu kerana seseorang
akan mendapat mesej dengan lebih cepat dan mengingatinya dengan lebih lama (Dr.
Janice Fletcher, The Joy of Teaching).

Panduan Menggunakan Humor dalam Proses Pengajaran


Menurut Tom Davies dalam Elaine Lundberg & Cheryll Miller (1997):
"The job of the teacher is to get students laughing, and when their
mouths are open, to give them something on which to chew."
Walaupun pemyataan di atas dihuraikan dalam bentuk yang menarik dan humorus, tetapi
bukanlah peranan kita sebagai seorang guru untuk menjadi seorang badut semasa
merealisasikan aktiviti humor. Kita juga mungkin tidak mampu untuk mengemukakan
humor pada setiap kali mengajar atau mengemukakan humor yang berlainan pada setiap
kali mengajar. Dengan alasan tersebut kita perlu mempunyai satu persedian rapi yang
boleh digunakan sebagai panduan bagi penggunaan unsur humor dalam bilik darjah,
Berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan
menggunakan humor dalam proses pengajaran dan pembelajaran:-

1. Jangan memaksa diri.


Biarkan humor itu datang secara semulajadi, galakkannya tetapijangan dipaksa. Jangan
kecewa jika yang anda harapkan tidak sampai matlamat pada kali pertama, kali kedua
atau kali ketiga! Akan datang kali keempat atau seterusnya yang bakal menemukan
anda dengan humor yang akan 'menjadi'.

2. Laksanakan humor mengikut gaya anda sendiri.


Sedapat mungkin janganlah melakukan sesuatu humor di luar daripada bidang atau
pengetahuan anda. BeJajarlah menggunakan humor secara seadanya mengikut gaya diri
anda sendiri. Ertinya anda menggunakan humor secara bersahaja sesuai dengan pandangan
orang terhadap diri anda. Binalah diri anda ke arah mesra pengguna. Lama kelamaan ia
akan membina imej anda yang tersendiri dalam penggunaan humor.

3. Gunakan unsur humor secara berhemah dengan tidak menyentuh, menyakiti, sarkastik
atau menghina mana-mana individu, kelompok, agama, ras, budaya atau kepercayaan.
Sedapat mungkin, humor itu gembira untuk dikongsi bersama oleh semua pelajar berbilang
kaum di dalam suasana ceria di bilik-bilik darjah.

4, Jadikanlah humor sebagai sebahagian daripada pengajaran bukan sebagai sesuatu


yang paling istimewa. Pada asasnya, humor berfungsi dengan baikjika digunakan secara
on-going part semasa sesi pembelajaran di bilik darjah. Guru tidak perlu menggunakannya
secara 'berlebih-lebihan' kerana ia boleh melemahkan nilai dan keberkesanan unsur humor
tersebut. Di sinilah letaknya 'seni' menggunakan humor di dalam bilik darjah.

5. Penggunaan un sur humor dan kartunjuga boleh membantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Umpamanya penggunaan sumber kartun pada overhead projector
atau pada persembahan power point boleh mencetuskan perbincangan, dialog, proses
alih bahasa dan juga pembelajaran bahasa kedua dengan menarik dan berkesan. Unsur

41
Pendidikan Bahasa DP Jilid 5. Bit. 212005

ilustrasi, wama, dan cahaya sering memukau audiens. Dalam konteks ini, penggunaan
kartun atau karikatur mampu menjana minda para pelajar secara santai dan kreatif.

6. Perlu bagi seseorang guru menggunakan humor bagi mengaitkan dengan tema atau
fokus pengajaran masa itu supaya humor itu memberi kesan dan tidak menerawang
tanpa arah.

7. Perlu diingat bahawa unsur humor dilaksanakan secara ringan dan mudah tetapi
mampu mencapai objektif pembelajaran. Berdasarkan hakikat tersebut, unsur humor
seolah-olah menjadi sebahagian daripada perancangan pengajaran guru dan bukanlah
dimasukkan secara sewenang-wenangnya. Dalam erti kata lain, senyum simpul dan
ketawa pelajar tidak dilahirkan atas satu landasan yang kosong semata-mata tetapi ada
nilainya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

Contoh Pengajaran Menggunakan Humor


1. Penggunaan lagu-lagu dan muzik
Umpamanya penggunaan lagu-lagu seperti "Oh Bangau", "Duit", "Ayam", dan sebagainya.
Guru boleh menggalakkan sesi perbincangan tentang maksud atau tema lagu, menghurai
makna perkataan, menjelaskan makna keseluruhan dan sumbangsaran, dan falsafah
tersembunyi yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat. Perbincangan dan sumbangsaran
sebegini seringkali melahirkan unsur humor. Dalan hubungan ini, guru perlu bijak
mengekploitasi situasi dan membimbing seluruh kelas bagi mencapai objektifpengajaran
dan pembelajaran.

2. Pantun jenaka dan pantun kanak-kanak


Budaya Melayu mempunyai pusaka yang kaya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang bermutu tinggi yang disalurkan melalui wahana yang mudah, ada unsur lelucon
tetapi kaya dengan nilai intelektualisme. Antaranya ialah pantunjenaka dan pantun kanak-
kanak. Seringkali apabila sesi pengajaran bahasa Melayu yang menyentuh topik ini dan
dengan kepimpinan guru bahasa yang berkualiti, suasana pembelajaran menjadi riang
dan hidup. Kebijaksanaan seseorang guru bahasa memimpin para pelajar menghurai
pembayang dan makna pantun, seringkali terdapat ruang untuk penggunaan unsur humor
secara berhemah dan berkesan. Kesan yang terdapat daripada pengajaran bahan seperti
ini ialah pelajar boleh menghayati bahawa sejak zaman silam lagi orang Melayu sudah
bijak mengajar anak-anak mereka dengan ilmu yang berguna melalui perantaraan humor,
ringan tetapi meninggalkan kesan yang lama.

3. Kaedah guru sebagai pengajar dan pencerita yang dramatik


Dalam pengajaran, guru memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan suasana
di dalam bilik darjah. Sesuai dengan pandangan bahawa mengajar itu sebuah seni, adalah
penting bagi seseorang guru terutama guru-guru bahasa mempelbagaikan kaedah dan
menjadi pengajar dan pencerita yang dramatik. Dengan intonasi suara yang sesuai, bahasa
badan dan memek muka yang baik, unsur humor yang diselitkan secara berhemah,
sesebuah tajuk mungkin dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bermakna.

42
DP. Jilid 5, 8il. 212005 Pendidikan Bahasa

4. Penggunaan bahan kartun atau karikatur


Bahan kartun atau karikatur daripada akhbar harian, mingguan atau majalah boleh
diekploitasi dalam bentuk menghurai watak atau menulis dialog dengan menggunakan
imaginasi sendiri dan diperdengarkan kepada seluruh kelas semasa sesi pembelajaran.
Elok juga kita memberi ruang kepada pelajar-pelajar berhujah dan mempertahankan
faktaJdapatan untuk melahirkan interpretasi mereka mengenai sesuatu bahan atau senario
yang dibincangkan. Bagi tujuan menajamkan daya imaginasi/kreativiti pelajar, rninta pelajar
meramal peristiwa 'sebelum' atau 'selepas' sesuatu segmen secara ceria tetapi sesuai
dan logik dengan cerita.

Kesimpulan
Pada dasamya unsur humor mampu menyumbang kepada keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam konteks
yang sarna, humor juga mampu mewujudkan iklim pembelajaran yang posit if dalam
suasana yang ceria dan kondusif. Pembelajaran yang disertai dengan unsur humor
mewujudkan suasana yang lebih santai. Iklim pembelajaran sebegini membolehkan pelajar
melahirkan pendapat atau ekspresi mereka tanpa kebimbangan atau takut dikritik. Perasaan
kebimbangan atau stres dapat dikurangkan bagi para pelajar malah pada guru sendiri.
Berasaskan kemampuan unsur humor menyumbang dalam aktiviti pembelajaran dan
kesihatan, adalah perlu bagi guru menjadikannya sebagai sebahagian daripada
perancangan pelajaran yang positif. Matlamat dan objektiftentang keperluan penggunaan
unsur humor dalam sesi pengajaran dan pembelajaran haruslah jelas dalam minda
seseorang guru yang akan melaksanakannya. Dalam kata yang lebih mudah, senyum
simpul dan gelak ketawa yang lahir daripada penggunaan unsur humor dalam proses
pengajaran dan pembalajaran bahasa bukanlah 'lawak bodoh' namun adalah sesuatu
yang dirancang dengan rapi sebagai satu segmen yang penting dalam mencapai objektif
pelajaran yang berkesan dan penuh kondusif.

Rujukan
Gibson, B.A. (2001). Humor,lauhgter and comformity: Whose line is it anyway? Paper presented
at the Colloquim : Humor and Laughter: Theory, Reseach and Application. Queen's
University, Belfast [30 Jun 2001]

Rissland, B. (200 I). The Importance of humor for the teaching profession. Paper presented at the
Colloquim : Humor and Laughter: Theory, Reseach and Application Queen's University,
Belfast [30 Jun 2001]

Dickinson, P.( 1998) The Humour Lounge: Humour and Multiple Inteligence;
http://www.newhorizons.orglrech_mi.html[24 Jun 2004].

Fletcher, r. ( ). The Joy of Teaching http://www.australia.edu/QueenslandTeaching/The ~oy


_ofhtml [24 1un 2004]

Loomax & Mosavi. (1998). Using Humor to Teach Statistics Must They be Orthogonal. Paper
presented at the annual meeting of the American Educational Reseach Association. San
Diego, April 17 tho 1998. http://www.bamaed.ua.edu/-r1omaxILOMAX/HUMORlHTM
[27 Jun 2004]

43
Pendidikan Bahasa DP Jilid 5, Bil. 212005

Furch, M. (2001) Coping humor in early adolescene. Paper peresented at the Colloquim : Humor
and Laughter: Theory, Reseach and Aplication. Queen's University, Belfast [30 Jun
2001]

Chiasson, P.E. (t.th ). Using Humour in the second language classroom.


http://iteslj-orgffechniques/Chiasson-Humour.htrnU24 Jun 2004]

Provin, R. (2000). The science of laughter. Psychology Today. November- Disember


2002,33,(6),58-62

The Cheers Project. Teaching humor http://www.cheersproject.comITeaching%20Humour.htrn


[27 Jun 2004]

Davies, T. in Elaine Lunberg and Miller. (1997). "If they 're laughing "
http://venus.cottonwoodpress.comlextra/ideas/humor.htrn_ [30 Jun 2004]

44

Anda mungkin juga menyukai