Anda di halaman 1dari 2

Kuala Lumpur: Dalam sehari, rakyat Malaysia dianggarkan membuang

7,986.47 tan sampah.

Itu data terbaru dicatatkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan


Pembersihan Awam (SWCorp) bagi tujuh negeri bawah seliaannya setakat
Jun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp, Dr Mohd Pauze


Mohamed Taha berkata, sisa domestik terutama makanan adalah sampah
paling banyak dibuang dengan 204,421.13 tan sebulan.

Makanan paling banyak dibuang bila tiba perayaan dan paling banyak dikutip
setakat ini.

Kajian komposisi sisa isi rumah yang dijalankan pada 2015 oleh SWCorp
menunjukkan sisa makanan adalah komposisi tertinggi iaitu 40 peratus
daripada sisa pepejal diikuti sisa plastik 14 peratus, katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian sama, 15,000 tan sehari makanan yang
dibazirkan boleh diberi kepada 11 juta orang untuk tiga kali hidangan sehari
dan purata berat satu hidangan setiap orang adalah 0.45 kilogram (kg).

Daripada jumlah sisa makanan yang dibuang, 20 peratus adalah makanan


yang tidak dapat dihabiskan dan seterusnya berlaku pembaziran makanan.

Sebanyak 80 peratus pula terdiri daripada bahan buangan yang tidak


diperlukan sewaktu penyediaan makanan seperti kulit buah, sayur, bawang,
bahagian dalaman ikan, ayam dan makanan tamat tempoh, katanya.

Sementara itu, katanya, pertambahan penduduk, peningkatan taraf


sosioekonomi dan perubahan gaya hidup masyarakat adalah faktor utama
peningkatan sisa pepejal negara dan perubahan sisa komposisi.

Pada 2015, kapasiti janaan sisa pepejal domestik di Malaysia mencecah


38,000 tan sehari.

Kadar ini melepasi jangkaan yang dinyatakan oleh Agensi Kerjasama


Antarabangsa Jepun (JICA) iaitu 30,000 tan menjelang tahun 2020, katanya.

Menurut Dr Mohd Pauze, senario itu adalah isu besar negara dan
menguruskan sisa pepejal secara teratur jika tidak mahu berdepan dengan
kerosakan alam sekitar dan peningkatan kos pengurusan sisa pepejal yang
akan membebankan negara serta rakyat.

Bagi tujuan meminimumkan penjanaan sisa pepejal harian, katanya,


pengurangan, guna semula dan kitar semula (3R) adalah kaedah yang paling
berkesan.

Memandangkan penjanaan sisa pepejal rakyat Malaysia semakin tinggi, 3R


diperkenalkan sebagai usaha mengatasi masalah itu.

Aplikasi 3R dalam kehidupan seharian perlu disegerakan dengan pembelian


dan penyediaan makanan yang tepat dapat mengurangkan sisa makanan.

Selain itu, plastik dan kertas dapat dikurangkan di tapak pelupusan dengan
mengasingkannya daripada sisa yang tidak dapat dikitar semula.

Setakat ini, kadar kitar semula negara adalah 17.5 peratus dan tidak mustahil
dapat mencapai tahap 22 peratus pada 2020 seperti yang diinginkan,
katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2016 @ 8:55 AM

Anda mungkin juga menyukai