Anda di halaman 1dari 4

Tajuk: Dasar dan motif Amerika Syarikat sewaktu Darurat 1948-1960 di Tanah Melayu.

1.0 Pengenalan

Pengistiharan Darurat di Tanah Melayu pada 1948-1960 merupakan satu catatan penting

dalam lipatan sejarah negara. Peristiwa tersebut bertitik-tolak dari alasan pihak British yang

mengatakan peristiwa kematian tiga orang pengurus di sebuah ladang di Sungai Siput dengan

pemberontakan oleh pihak komunis. Pengisytiharan darurat ini dalam masa yang sama turut

mengakibatkan golongan pejuang yang dilabelkan sebagai golongan kiri oleh pegawai British

diberkas. Tempoh 12 tahun itu kemudiannya diwarnai dengan pelbagai operasi

pembenterasan komunis oleh pihak British di Tanah Melayu dengan pelbagai cara. Strategi

seperti Rancangan MC. Donald dan Rancangan Gerni telah dilaksanakan untuk mengatasi

ancaman komunis ketika itu. Dalam hal ini, Pihak British telah mendapat bantuan serta

sokongan dari sebuah kuasa besar dunia ketika itu iaitu Amerika Syarikat. Pihak Amerika

Syarikat telah memberi sokongan dan bantuan kepada British melalui beberapa cara seperti

bantuan ekonomi dan persenjataan di Tanah Melayu yang menjadi benteng terakhir

imperialisme British. Perlu ditegaskan bahawa ketika inikedudukan British sememangnya

dalam keadaan tenat dari segi ekonomi kesan daripada Perang Dunia Kedua dengan pihak

fasis. Dari sinilah kita dapat lihat bahawa British berasakan perlu untuk mereka mendapat

sokongan Amerika Syarikat untuk menampung pemulihan ekonomi mereka. berkaitan dengan

Amerika Syarikat pula, sekutu British ini ketika itu berada dalam peringkat Perang Dingin

dengan Rusia dari segi pertembungan ideologi demokrasi liberal dan komunisme. Hal ini

menyebabkan Amerika Syarikat berasakan perlu untuk mereka membantu British di Tanah

Melayu daripada jatuh ke tangan komunis. Oleh sebab itu, kita akan melihat pelbagai dasar

dan motif Amerika Syarikat untuk membantu British di Tanah Melayu untuk memastikan

tanah jajahan British ini berada dalam lingkungan pengaruh British.


1.2 Permasalahan kajian.

1. Wujud kekurangan dari segi kajian lepas terhadap pengaruh Amerika Syarikat

terhadap British semasa darurat 1948-1960 di Tanah Melayu.


2. Tiada kajian yang menjelaskan bentuk bantuan yang diperoleh oleh British dalam

mereka mengekalkan survival imperialismenya di Tanah Melayu.


3. Tiadanya kajian yang mendalam untuk mengaitkan pengisytiharan darurat 1948-1960

dengan pengaruh bersifat eksternal.

1.3 Objektif kajian.

1. Akan mengkaji dasar serta motif Amerika Syarikat terhadap British semasa darurat di

Tanah Melayu.
2. Akan mengkaji bentuk reaksi British terhadap sokongan yang telah diberikan oleh

Amerika Syarikat terhadap usaha mereka mempertahan imperialisme di Tanah

Melayu.
3. Akan mengkaji sama ada penting atau tidak pengaruh luar khususnya Amerika

Syarikat terhadap pelaksanaan darurat pada 1948-1960 di Tanah Melayu.

1.4 Kaedah kajian.

Kajian ini akan menggunakan kaedah pengambilan sumber pertama dalam bentuk

dokumen di arkib Negara Malaysia di samping Arkib Amerika Syarikat. Sumber tersebut

akan dilihat berdasarkan kesesuaian dengan fokus kajian dan dokumen yang diperoleh itu

akan dianalisis serta melalui kritikan dalaman yang merupakan satu daripada kaedah

penggunaan sumber dalam sejarah. Dalam masa yang sama, tinjauan dan bacaan lanjut turut

dibuat terhadap penulisan berbentuk buku, tesis serta jurnal yang terdapat di Perpustakaan

Negara. Pada akhirnya satu analisis dan sintesis akan dilakukan untuk menghasilkan satu

dapatan kajian yang dapat menjawab persoalan terhadap tema kajian yang ditetapkan.

1.5 Skop kajian.


Kajian ini akan meliputi tempoh masa 1948-1960 sebagai fokus utama perbincangan

kajian. Walau bagaimanapun, tempoh beberapa tahun sebelum tahun 1948 akan disentuh

supaya satu gambaran dapat dibuat berkenaan senario imperialisme British di Tanah Melayu

sebelum tercetusnya darirurat di Tanah Melayu.

Dalam bab pertama, perbincangan akan tertumpu kepadaperbincangan awal

berkenaan gambaran awal yang membawa pengistiharan darurat di Tanah Melayu. Dalam bab

kedua, satu bentuk historiografi berkenaan peristiwa darurat di Tanah Melayu akan

diperjelaskan berdasarkan penulisan yang bersifat autoritatif dan informatif. Dalam bab

ketiga pula, fokus perbincangan akan melihat kepada sokongan politik Amerika Syarikat

terhadap British sepanjang tempoh darurat tersebut. Melalui bab empat, fokus kajian akan

cuba melihat dasar dan motif Amerika Syarikat terhadap British dalam bentuk bantuan

ekonomi untuk memastikan imperialisme British itu terus bernafas di Tanah Melayu. Di

samping itu, bab lima turut akan menganalisis dasar dan motif Amerika Syarikat terhadap

British dari segi bantuan persenjataan untuk mengukuhkan pertahanan serta rancangan

pemberantasan komunis di Tanah Melayu. Akhir sekali, bab enam akan merumuskan

perbincangan berkenaan dasar dan motif Amerika Syarikat terhadap British pada tempoh

darurat 1948-1960 di Tanah Melayu.

1.6 Signifikan kajian

Kajian ini diharapkan dapat menyingkap keupayaan British mempertahan Tanah

Melayu sebagai tanah jajahannya melalui sokongan daripada pihak Amerika Syarikat.

Bantuan yang diterima itu turut mencerminkan bahawa kuasa-kuasa ini turut berhadapan

dengan gelora Perang Dingin yang baharu sahaja bermula. Selain itu, kajian ini turut

diharapkan dapat menyediakan satu dimensi baharu terhadap keadaan darurat di Tanah

Melayu yang sebelum ini sering kali dilihat dari perspektif dalaman tanpa analisis lanjut
terhadap pengaruh luaran. Pada akhirnya kajian ini diharapkan dapat menjadi suntikan ke

arah kajian yang lebih konfrehensif berkenaan isu berkenaan darurat di Tanah Melayu 1948-

1960.

Anda mungkin juga menyukai