Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: NAMA GURU PELATIH:


PPG (AMBILAN JUN 2011)

TAJUK KURSUS: SEMESTER: 2/2014


ASAS KEPIMPINAN DAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
(EDU3083)

TARIKH MULA: 18 Ogos 2014 TARIKH HANTAR: 5 September 2014

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.

2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional

3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat


yang lebih tinggi.

4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional.

5. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek


pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 5.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menghasilkan satu esei peranan yang perlu dimainkan oleh kepemimpinan


sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi
tinggi
.

2. Menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan etika, akauntabiliti dan


profesionalisme keguruan
3. Mengemukakan idea dan pandangan berkaitan dengan kepimpinan dan
profesionalisme guru secara atas talian.

4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Tugasan Projek (100% )

Kepemimpinan merupakan dinamika hubungan yang bertimbal balik antara mereka


yang memimpin dan kelompok yang dipimpin untuk mencapai matlamat yang
dipersetujui. Kepimpinan dalam organisasi sekolah melibatkan kebolehan pentadbir
untuk mempengaruhi dan membina keyakinan guru-guru, ahli ahli di dalam dan di
luar sekolah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. (Lee Ong Kim, 1991)

1. Berdasarkan penyataan di atas, secara berkumpulan anda dikehendaki


menulis satu esei ilmiah tentang peranan yang perlu dimainkan oleh
kepemimpinan sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan
berprestasi tinggi selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara
yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan.

(30%)
2 Secara individu, anda dikehendaki:

(i) Memberikan ulasan kritis tentang konsep profesion , etika, akauntibiliti


dan profesionalisme atau isu berkaitan yang terdapat di dalam filem
pendek yang bertajuk The Inviligator dan video klip Cikgu Shaari
yang dimuatkan di dalam portal pembelajaran atas talian (PPG On
Line ). Kemukakan cadangan dan pandangan untuk memperbaiki
amalan tersebut.
. (50%)

(ii) Mengambil bahagian yang aktif di dalam portal pembelajaran atas


talian dengan mengemukakan pandangan serta bahagian secara aktif
dalam forum yang disediakan.
(10%)

(ii) Membuat refleksi tentang tugasan yang telah dilaksanakan. (10%)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:


1. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan (soalan 1) dan secara
Individu. (soalan 2)
2.Setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga tiga orang. Anda perlu bergerak
secara kolaboratif untuk merancang dan melaksanakan tugasan tersebut.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.
3.2 Fon Arial
3.3 Saiz huruf: 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Jadual dan gambar dilabelkan
3.6 Lampiran adalah wajib
3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
4. Panjang tugasan soalan 1 dan 2 (a) adalah antara 2, 500 hingga 3,000 patah
perkataan atau antara 10 15 muka surat. ( Tidak termasuk persembahan visual
dan lampiran )
5. Panjang penulisan refleksi adalah tidak lebih 5 muka surat.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh tiga minggu.
7. Tugasan bertulis yang dihantar perlu sertakan Borang Maklumbalas, Soalan
Tugasan dan Rubrik Pemarkahan di mukasurat hadapan.
8. Lampiran / gambar perlu di namakan.
9. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


(mengikut kehendak soalan tugasan)

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut,
a. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan aspek yang dibincangkan.
b. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.
i. Keseluruhan persembahan dan pengolahan perlu menunjukkan
keaslian dan sokongan ilmiah.

ii. Format dan organisasi perlu jelas dan koheran.


iii. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan
hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

3. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (buku, internet, jurnal dan bahan bercetak yang lain)
Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................................... ...........................................................
(ZAINI BIN. ABDUL GHANI) ( )
Penyelaras Subjek Pengajian Pakar Bidang (SME)
Profesional, PPG
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus IPOH

Disahkan Oleh,

.............................................................

Anda mungkin juga menyukai