Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN PELATIH DI DALAM

GELANGGANG PERSILATAN
Peraturan ini haruslah diikuti oleh semua ahli persilatan di dalam di dalam semua gelanggang
Perguruan Seni GerakPanca CakraBuana, Perguruan Seni Silat Gabungan GerakPanca,
Perguruan Seni BelaDiri InderaSakti, Perguruan GerakPanca Murni WangsaSakti dan
Perguruan GerakPanca Syifaa' al-Qubra.

Bahawa Sanya setiap pesilat haruslah mematuhi panduan-panduan


seperti berikut;
Jangan Mendengar Hasutan
Janganlah tergoda dengan kata-kata manis yang akhirnya akan membinasakan diri anda.
Bukanlah musuh yang akan merosakkan anda tapi rakan anda sendirilah yang selalunya
merosakkan diri anda. Musuh akan dapat diatasi hanya dengan sedikit bengkak di dahi tetapi
kawan anda yang selalu bersama anda akan kerap membisekkan perkataan negetif untuk
melemahkan semangat dan pendirian anda setiap masa. Oleh itu; anda janganlah mendengar
segala hasutan mereka.

Gunakanlah Akal Dan Kebijaksanaan


Janganlah terlalu ghairah! Jangan mendengar pujukan kerana anda telah dikurniakan Tuhan
fikiran untuk memikirkan mana yang baik dan buruk, yang benar atau yang palsu. Semua perkara
mestilah dikaji, diteliti dan diselidiki lebih dahulu samada wujud atau hanya khayalan. Beranikan
hati, buang rasa malu dan tanya kepada mereka yang tahu demi untuk keselamatan anda daripada
tertipu. Sentiasalah beringat kerana banyak perkara buruk yang akan berlaku jika sekiranya anda
tergesa-gesa membuat keputusan. Maka gunakanlah akal dan kebijaksanaan anda selalu.

Fikiran Yang Positif


Fikiran anda mempengaruhi seluruh hidup anda. Apabila fikiran positif menguasai anda, maka
anda dengan yakin dan mudah akan meraih kejayaan dan cita-cita anda. Maka cara yang paling
berkesan untuk mengelakkan di.ri dari menjadi negetif ialah dengan menjauhkan diri anda serta
mengelakkan daripada bergaul dengan orang yang selalu berkata; " Nanti dulu, tak bolehlah,
Susah, takut, lecehlah" dan sebagainya. Tetapi yang menghairankan ialah mereka yang berfikiran
negetif ini terdiri daripada kawan dan sahabat baik anda , bukannya musuh anda. Musuh anda
hanya akan bersorak apabila anda gagal. Maka jauhilah anda daripada mereka ini dan
masukkanlah di dalam fikiran anda dengan kata-kata positif seperti; "Aku boleh, aku berani, aku
boleh berjaya" dan sebagainya kerana itulah fikiran yang positif.

Keperibadian Sendiri
Jadilah diri anda sendiri kerana anda adalah anda dan tidak ada duanya. Berbanggalah dengan
keperibadian anda sendiri, bukannya berbangga dengan bayangan orang lain kerana anda tahu
hanya yang tulen sahaja yang akan kekal. Anda telah dilahirkan dengan kebolehan dan bakat
yang tersendiri. Diri anda telah sedia hebat dan unik, mengapa perlu meniru orang lain? Selama
ini manusia hanya menggunakan kurang sepuluh peratus sahaja dari keupayaan pemikirannya,
mengapa tidakanda menggunakannya seratus peratus! Bolehkah anda meniru
keperibadian orang lain? Jika tidak boleh, maka jadilah diri anda sendiri. Gunakanlah
kehebatan dan kebijaksanaan anda dan anda pasti berja ya.

Masa Itu Emas


Tepat pada waktu adalah perkara yang begitu penting dalam membina reputasi 'boleh dipercayai'.
Jika sekiranya suatu waktu telah ditetapkan anda mestilah berada di tempat tersebut tepat pada
waktu itu walau apapun yang telah terjadi. Biasakan melakukan sesuatu seawal mungkin supaya
walaupun terjadi sesuatu, anda akan sampai ke tempat tujuan tepat pada masanya. Bilamana anda
telah mempunyai reputasi boleh dipercayai, maka berhati-hatilah agar jangan sampai anda akan
merosakkan reputasi yang anda telah anda bina itu dengan tidak lagi menepati waktu yang
dijanjikan. Maka biarlah anda dipercayai dalam setiap perkara yang benar samada kecil maupun
besar. Jadikanlah masa itu emas sebagai prinsip hidup anda.

Berusaha Dan Berkerja Keras


Berusahalah dengan belajar dan berlatih bersungguh-sungguh serta běkerja keras dengan tekun,
sabar dan bermatlamat merupakan jalan untuk berjaya di dalam apa-apa yang anda cita-citakan.
Suatu cara yang terbaik untuk menjadi yang 'terbaik' ialah dengan sentiasa belajar dan berlatih
dengan sempurna, dan terbaik sepanjang masa. Gunakanlah otot-otot anda sehingga sakit, perah
fikiran anda sehingga pening, sentiasa belajar daripada kesilapan dan jadikan.pengalaman
sebagai guru yang paling terbaik. Oleh itu, jadikanlah sesuatu hanya yang terbaik sahaja. Maka
keluarkanlah tenaga fizikal dan minda untuk berusaha dan bekerja keras demi menjamin
kejayaan.

Alah Bisa Tegal Biasa


Seorang Pendekar pada awalnya sentiasa belajar dan selalu mengamalkan 'zuhud' dan hidup
dalam kekurangan. Mereka telah biasa dengan kesusahan, kepayahan, kesusahan, kesakitan,
kesengsaraan, ketakutan dan penderitaan pada peringkat permulaan. Maka kesusahan itu telah
mengajarnya menjadi seorang yang berani dan sentiasa beringat-ingat dan secara tidak langsung,
kesusahan juga telah membuat seseorang itu menjadi bijak berfikir. Malahan kesusahan itu telah
memberi berbagai-bagai pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna untuk menghadapi
hari akan datang dengan yakin. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa tabah menjalani latihan yang
sukar kerana;, 'Alah bisa tegal biasa'.

Tidak Berputus Asa


Perkataan 'teruskan' hendaklah sentiasa berada di dalam fikiran anda. Teruskanlah segala usaha
anda, jangan berhenti selagi belum berjaya apa yang kamu inginkan. Berhenti hanyalah untuk
berehat seketika, kemudian teruskan semula. Bergaul rapatlah dengan orang atau rakan yang
mempunyai sikap 'meneruskan' dengan gigih serta menghapuskan tabiat buruk anda iaitu suka
berputus asa. Semakin kuat keinginan anda maka semakin kuat anda mahu meneruskan cita-cita
tersebut sehingga berjaya. Oleh itu, jangan mudah untuk berputus asa.

Sedia Menghadapi Cabaran


Segala persiapan anda adalah seperti soldadu yang ingin pergi berperang lakunya. Langkah anda
merupakan langkah menang kerana kehidupan di -sekeliling anda sentiasa mencabar.anda. Maka
sebab itu anda harus melengkapkan diri secukup-cukupnya supaya anda menang. Maka
persiapkanlah kelengkapan belajar dan pakaian yang sesuai seolah anda seorang pendekar serta
Selalu bersedia menghadapi cabaran.

Kuatkan Semangat Perjuangan


Separuh hidup dan separuh mati merupakan gelaran bagi mereka yang mahu hidup tetapi tidak
mempunyai semangat. Sesiapa yang tidak mempunyai keinginan maka ia tidak akan berjaya di
dalam hidupnya. Semangat yang padu, kuat.dan meluap-luap adalah senjata dan perisai yang
mesti dibawa bersama anda setiap masa dalam memburu ilmu dan cita-cita anda. Kuatkanlah
semangat anda kerana hanya mempunyai keinginan sahaja boleh menyebabkan anda mengaku
kalah dan berputus asa apabila bertemu kegagalan, walau pun tujuan anda pada mulanya untuk
menang dan berjaya. Keinginan dan semangat yang kuat dan padu akan membuatkan anda terus
mengejar cita-cita dan memperolehi suatu kejayaan. Oleh itu, kuatlah semangat perjuangan anda.

Kerja Bertangguh Tidak Akan Menjadi


Lakukanlah matlamat atau rancangan cita-cita anda hari ini juga, sekarang!. Jika anda sentiasa
menangguhkan matlamat tersebut maka keperibadian anda akan menjadi lemah dan anda akan
dicap sebagai pemalas. Setiap saat dalam setiap hari mestilah dipenuhi dengan penuh tenaga
yang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Bukannya hanya mengisi kegagalan dan kesedihan
semalam. Tugas hari ini, hendaklah dilaksanakan pada hari ini juga. Percayalah bahawa sikap
lakukan sekarang talah membuat ramai orang berjaya kerana hanya dengan cara melawan
perasaan malas, anda akan menjadi mereka. Ingatlah bahawa kerja bertangguh tidak akan
menjadi.

Bila Sauh Diangkat, Tentu Kapal Mempunyai Tempat Yang Ditujui


Jika sekiranya hidup anda bermatlamat, maka anda akan pasti mendapatkan apa yang anda
mahukan. Ambillah masa yang panjang, apakah sebenarnya matlamat atau tujuan hidup yang
anda inginkan. Apakah perkara yang anda ingin capai; kekuatan? Kebahagian? Kuasa?
Kehormatan atau ketenangan fikiran?. Tanamkanlah di dalam fikiran anda matlamat yang besar
dan janganlah lepaskan lagi sepertimana apabila sauh diangkat tentulah kapal mempunyai tempat
yang akan ditujuinya.

Kepandaian Akan Menaikkan Nilai Diri


Anda sememangnya bertuah sekiranya dilahirkan pandai tetapi janganlah merasa kecewa jika
anda tidak sepandai kawan atau sahabat karib anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan
belajar dan berusaha menambahkan kepandaian anda itu. Kepandaian anda akan menjadikan
nilai diri anda lebih daripada orang lain. Kepandaian ini pengalaman dan kemahiran di dalam
bidang apa sahaja yang anda sedang ceburi. Orang yang pandai sentiasa mempunyai imaginasi
yang tinggi dan fikiran yang tajam. Sesungguhnya kepandaian akan menaikkan nilai diri
seseorang.

Sabar Separuh Daripada Iman


Sifat sabar sebenarnya terlalu kurang dalam diri manusia kerana sabar itu pahit tetapi
menghasilkan buah yang sangat manis iaitu kejayaan. Walau sepahit mana pun, sifat sabar
mestilah ada pada seseorang yang ingin memenuhi cita-citanya supaya ia boleh sentiasa tenang
ketika menerima kegagalan, maka itulah juga kemanisan sifat sabar itu disebalik rasanya yang
pahit. Sikap berani tanpa rasa kesabaran boleh membunuh kehidupan anda keseluruhannya.
Begitu besar kuasa kesabaran itu sehingga boleh mengatasi rasa marah, benci, cemburu, angkuh
dan sifat-sifat negetif lainnya yang boleh merosakkan.

Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang Kemudian


Kehidupan ini adalah bermusim sebagaimana buruk dan baik bertukar silih berganti. Tidak ada
suatu keadaan pun yang akan berkekalan untuk selamanya. Apabila tiba musimnya maka
semuanya akan berubah. Beringat dan berhati-hatilah agar anda tidak mendapat suatu
kemalangan dan sentiasa bersedia jikalau nasib malang itu mendatang juga. Oleh itu, bersedia
dan beringatlah.sedari awal semasa anda sedang bernasib baik. Sekiranya malang yang datang
maka anda.telah bersedia. Jika tuah yang datang, anda tetap juga dengan persediaan kerana entah
esok atau entah lusa, entah tahun depan atau sepuluh tahun akan datang malang akan mendatang
menjengok anda. Oleh itu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian sebagai
persediaan anda selalu.

Cintai Hidup Ini, Cintai Dunia Ini


Tukarkanlah rasa kebencian kepada rasa cinta dan anda akan merasai kebahagiaan. Teruskanlah
segala usaha dan cita-cita anda kerana anda pasti akan berjaya. Cintailah semua perkara yang
anda alami dan berlaku kepada diri anda. Jadikanlah rasa cinta sebagai perisai untuk menangkis
semua kegagalan dan perkara yang negetif yang sentiasa datang kepada anda. Setiap,perkara dan
kejadian Tuhan yang berlaku pasti ada hikmahnya; lihatlah di sebalik sengatan lebah, anda
mendapat madu. Maka cintailah hidup ini dan cintailah dunia ini.