Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PELANCARAN PEMBUGARAN PROGRAM NILAM 7

1.0 PENDAHULUAN
Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui
masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk
membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental
seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya
berorientasikan peperiksaan.

Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan


rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati
keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk
bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk
tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang mewajibkan
bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.

2.2 Program NILAM adalah usaha KPM bagi membina tabiat membaca seterusnya
mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat
Malaysia.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membina tabiat membaca murid-murid khususnya murid SK Assunta Satu secara berterusan.

3.2 Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang
berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus.

3.3 Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.

3.4 Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SK Assunta Satu untuk menjadikan
Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.

4.0 TEMA
Budaya Membaca Budaya 1 Malaysia

5.0 NAMA PROGRAM


Majlis Pelancaran Pembugaran Program Nilam SK Assunta Satu Tahun 2013

6.0 TARIKH DAN TEMPAT


6.1Tarikh: 15 April 2013 (Isnin)
6.2Tempat : Dewan SK Assunta Satu

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Assunta Satu

8.0 AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM


Aktiviti galakan membaca sempena Program NILAM akan dijalankan
sepanjang tahun. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah :

1
MAJLIS PELANCARAN PEMBUGARAN PROGRAM NILAM 7

1. Membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM
2. Promosi Buku Baharu
3. Aktiviti galakan membaca di kantin dan foyer sebelum perhimpunan pagi,
semasa rehat dan semasa waktu balik.
4. Kempen Menderma Buku
5. Penganugerahan kepada pembaca terbanyak bulanan
6. Penganugerahan kepada peminjam buku terbanyak bulanan
7. Anugerah Tokoh Nilam peringkat sekolah..
8. Minggu Pusat Sumber

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Naimah bt Mohd Nasir


Naib Pengerusi 1 : Pn Zakiah Yusof
Naib Pengerusi 2 : Cik Ramlah Safri
Naib Pengerusi 3 : Pn Junaidah Ithnin
Penyelaras Keseluruhan : Pn Norfaizah binti Ab Hamid
Setiausaha : Pn Aidawaty bt Jamaludin

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS PELANCARAN


PEMBUGARAN PROGRAM NILAM

Tugasan Nama Guru


Penyelaras Keseluruhan Pn Norfaizah binti Ab Hamid
Disiplin Murid Guru Bertugas Mingguan
Pengacara Majlis Cik Rashidah bt Mohd Rashid
Jurugambar Cik Salamiah bt Md Hadzri
P.A. Sistem Pn Vimala a/p Thachanamurthy
Gimik Pelancaran Cik Foong, Pn Loo (Guru Praktikal)
Persembahan Murid Pn Norfaizah bt Ab Hamid
Cik Siti Salmiza Ahmad
Pengurus Penerima Collar Pin Pn Rosilah Hj Kapeh,
Cik Rini Rosmin
Hadiah & Dokumentasi Pn Aidawaty Jamaludin
Pn Noraini bt Abu Bakar

2
MAJLIS PELANCARAN PEMBUGARAN PROGRAM NILAM 7

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Banner 4x8 - RM 100.00


Banting Perasmi- 2x5 RM 50.00
Gimik Pelancaran RM 50.00
Jamuan RM 100.00
JUMLAH RM 300.00

12.0 TENTATIF PROGRAM


Hari : Isnin
Tarikh : 15 April 2013
1:00 Persiapan Perhimpunan Rasmi
1:10 Perhimpunan Bermula
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah
- Ucapan Pelancaran Program Nilam
- Gimik Pelancaran
- Penganugerahan Lencana Nilam (Collar Pin)
- Sesi Bergambar
1:40 Majlis bersurai murid masuk ke kelas

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

. ..
PUAN NORFAIZAH BT AB HAMID PUAN NAIMAH BT MOHD NASIR
Penyelaras Pusat Sumber Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai