Anda di halaman 1dari 3

Teks Hari Pendaftaran dan Transisi Tahun 1 2017

_________________________________________________________________________

Sebelum memulakan majlis, disini suka untuk saya ingatkan kepada semua waris
bagi mendapatkan borang APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) dari Puan
Azizah atau Puan Zarina. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan
diserahkan kepada guru-guru kelas semasa pembayaran dilakukan nanti.

**

Bismillahirrohmanirrahim..

Yang berusaha, Encik Mohamad bin Rahmat, guru besar Sekolah Kebangsaan
Taman Bukit Tiram,
Yang dihormati, Puan Jamilah bt Nain, guru penolong kanan Kurikulum,
Puan Som bt Koming, guru penolong kanan Petang,
Puan Faezah bt Sadik, guru penolong kanan kokurikulum,
Seterusnya, guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram,
Ibu bapa pelajar-pelajar tahun 1 sesi 2017,
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.

Hadirin sekalian, majlis mengucapkan selamat datang kepada ibu bapa dan
pelajar-pelajar tahun 1 bagi menjayakan Hari Pendaftaran dan Program
Transisi tahun 1 Sesi 2017 pada hari ini.

Untuk makluman hadirin dan hadirat, matlamat program ini diadakan adalah
untuk membantu murid-murid serta ibu bapa menjiwai nilai-nilai organisasi
berteraskan falsafah pendidikan negara selaras dengan tuntutan kurikulum
standard sekolah rendah (KSSR).

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, pihak majlis
mempersilakan Encik Zairol Hisham bin Ab Hamid untuk memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Encik Zairol
Hisham bin Ab Hamid atas bacaan doa itu tadi.

Majlis pada pagi yang berbahagia ini dimulakan dengan ucapan


daripada , Encik Mohamad bin Rahmat, guru besar Sekolah Kebangsaan Taman
Bukit Tiram. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
, Encik Mohamad bin Rahmat, atas ucapan itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi taklimat kurikulum standard Sekolah


rendah (KSSR) dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang akan
disampaikan oleh Puan Siti Zubaidah bt Abd Rahman. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih kepada Puan Siti Zubaidah bt Abd Rahman atas taklimat yang
telah diberikan.

Ibu bapa yang dikasihi Allah sekalian,


Tanpa melengahkan masa, pihak majlis menjemput dan mempersilakan
Puan Nur Firda Aien bt Muhammad Yazid untuk sesi taklimat yang berikutnya
berkenaan aktiviti-aktiviti Program TRANSISI Tahun 1. Majlis dengan berbesar
hati mempersilakan.
Terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Wan Mohd Taufik bin Wan Ismail bagi
sesi taklimat HEM dan Disiplin. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas taklimat yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi taklimat Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM) yang akan disampaikan oleh Encik Nur Luqman bin Marsan / Cik
Mardhiyah bt Maidin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, pihak majlis mempersilakan Cik Nur Najwa bt Abdullah bagi
menyampaikan taklimat berkenaan Skim Pinjaman Buku Teks. Majlis dengan
berbesar hati mempersilakan.
Terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan.

Dengan berakhirnya penyampaian taklimat-taklimat itu tadi, maka


berakhirlah hari pendaftaran dan Program Transisi Tahun 1 sesi 2017 pada hari
ini.

Sebagai ingatan, suka untuk saya mengingatkan tuan,puan kedudukan kelas


bagi tahun 1.
Kelas tahun 1 Amanah terletak di tingkat satu, bersebelahan pejabat.
Dan disebelahnya adalah kelas tahun 1 Bestari.
Kelas tahun 1 Cerdik terletak di tingkat bawah, bersebelahan dengan bilik muzik
diikuti dengan kelas 1 Dedikasi dan 1 Efektif.
Di sebelah kiri dewan adalah kelas 1 Fikir dan disebelah pentas dewan adalah
kelas 1 Gigih.

Di sini, saya akan bacakan perjalanan pendaftaran bagi anak-anak tahun 1.


Pada mulanya, tuan dan puan diminta untuk ke kelas yang telah ditetapkan dan
menjelaskan pembayaran keperluan Tahun 1 pada guru kelas masing-masing.
Setelah pembayaran dilakukan, tuan dan puan diminta untuk ke bilik
kokurikulum bersebelahan bilik muzik bagi mendapatkan baju sukan anak-anak
tuan puan. Seterusnya, tuan puan diminta untuk ke foyer bagi mendapatkan
buku-buku aktiviti murid tahun 1. Setelah semuanya selesai, ibu bapa
dibenarkan untuk pulang bersama anak-anak.

Bagi ibu bapa murid-murid tahun 2,3,4,5 dan 6 yang ingin menjelaskan
pembayaran buku pendidikan Islam dan Modul SKTBT bolehlah ke kaunter yang
telah disediakan.

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kekeliruan, tuan puan boleh


merujuknya kepada guru-guru sedia ada.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Saya bagi pihak majlis memohon seribu kemaafan sekiranya ada


keterlanjuran percakapan atau perbuatan sepanjang program ini berlangsung.

Sekian, wabillahitaufik wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai