Anda di halaman 1dari 4

Karangan Manfaat-manfaat kemajuan teknologi dan sains

Salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan,puan-puan dan


para hadirin yang saya hormati sekalian.Setinggi-tinggi penghargaan
ingin saya rakamkan melalui ucapan terima kasih kerana sudi
mengundang saya bagi menyampaikan syarahan saya yang
bertajuk`Manfaat-manfaat yang diperoleh daripada kemajuan sains
dan teknologi dalam konteks peningkatan taraf hidup.Pada era abad
ke-21 ini,ledakan teknologi telah mewujudkan zaman IT yang
berkembang maju tanpa sempadan.Hasil ledakan ini memberi impak
yang hebat dalam kehidupan manusia zaman kini yang dipenuhi
dengan cabaran.Penciptaan alat-alat baharu yang canggih semakin
meningkat dari hari-hari.Keadaan ini sinonim dengan peribahasa
bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Terdapat pelagai manfaat
kemajuan sains dan teknologi dalam konteks peningkatan taraf hidup
rakyat di negara ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Hasil buah fikiran manusia yang cuba menyelesaikan sesuatu
masalah yang timbul telah mewujudkan pelbagai peralatan yang
canggih.Penciptaan kenderaan telah membantu manusia untuk menuju
ke suatu destinasi dengan mudah dan lebih selesa.Penciptaan ini
menunjukkan peningkatan taraf hidup manusia apabila dibandingkan
dengan masyarakat dahulu yang menggunakan haiwan sebagai
kenderaan mereka.Tamsilnya,penggunaan LRT memudahkan
masyarakat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan lebih mudah di samping dapat menjimatkan kos.Manusia
perlu bijak dalam menggunakan teknologi untuk memudahkan
urusan harian agar dapat menjalani hari yang sibuk dengan lebih
terurus.Jelaslah kepada kita bahawa sumbangan sains yang telah
menjadikan pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa
meningkatkan taraf hidup rakyat di Malaysia.
Kemajuan teknologi turut menyumbang dalam
meningkatkan taraf hidup para usahawan.Hal ini kerana,teknologi
yang semakin meluas fungsinya membantu para usahawan untuk
mengendalikan sesuatu bisnes yang dijalankan dengan lebih
efektif.Teknologi ini juga dapat membantu seseorang usahawan itu
untuk memasarkan produknya secara atas talian lalu mengenalkannya
ke seluruh dunia.Sebagai contoh,aplikasi media sosial seperti
WhatsApp,Facebook dan Instagram boleh digunakan sebagai
medium untuk memasarkan sesuatu produk.Para usahawan perlulah
bijak menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan
pendapatan di samping mengelakkan risiko muflis. Pendek kata,
kemajuan teknologi membantu usahawan-usahawan untuk
menjalankan perniagaan mereka.
Puan-puan sekalian,
Saya amat pasti bahawa kemajuan turut mendatangkan
manfaat dalam kehidupan anda sebagai seorang suri rumah.
Penggunaan mesin dalam melakukan kerja-kerja rumah telah
menjimatkan banyak tenaga para suri rumah.Tambahan pula,wanita
zaman kini ramai yang bekerjaya.Mesin basuh,mesin pengisar dan
mesin penyedut hampagas merupakan antara hasil perkembangan
teknologi yang telah memudahkan suri rumah dalam melakukan
kerja-kerja selain dapat menjimatkan masa mereka.Kesannya,mereka
dapat menguruskan kelurga dengan baik walaupun sibuk dengan
kerja. Hal ini memang meningkatkan taraf hidup rakyat di Negara
kita. Jadi, kemajuan sains dan teknologi dapat membantu suri rumah
untuk menjalankan kerja-kerja domestik.
Selain itu, kemajuan sains dan teknologi juga membantu
manusia berkomunikasi. Pada masa dahulu, manusia berkomunikasi
melalui kaedah-kaedah yang tidak efisien seperti asap api, burung
merpati, surat, telegram dan lain-lain lagi tetapi telah berubah
mengikut putaran roda masa. Sekarang kita dapat berhubung dengan
sesiapa sahaja yang berada di mana-mana sahaja dalam masa sesaat.
Penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan lebih pantas dan
mudah. Natijah, kita dapat menjimatkan banyak masa dan wang
melalui kemajuan ini. Telefon bimbit, televisyen, radio, internet
merupakan sebahagian daripada pelbagai jenis alat komunikasi yang
terdapat pada masa sekarang. Aplikasi-aplikasi seperti Facebook,
Whatsapp dan Twitter juga banyak membantu manusia untuk
berkomunikasi. Secara ringkasnya, kemajuan sains dan teknologi
memudahkan komunikasi atau perhubungan sesame manusia.
Para hadirin,
Di samping itu, kemajuan sains membantu manusia
dalam bidang perubatan. Pelbagai kaedah dan peralatan
canggih dicipta untuk mengesan dan menyembuhkan pelbagai
penyakit berbahaya kini. Penyakit yang dapat dikesan pada peringkat
awal dapat memberikan peluang yang besar untuk sembuh. Antara
ciptaan yang amat diperlukan dalam bidang perubatan ialah stetoskop,
thermometer, tensimeter dan lain-lain lagi. Selain itu, mesin seperti
mesin sinar x yang digunakan untuk melihat struktur badan dan organ
dalaman juga merupakan hasil usaha teknologi.Kita dapat
menyelamatkan banyak nyawa dengan adanya peralatan-peralatan
teknologi ini. Selain peralatan, teknologi digunakan dalam
penghasilan ubat-ubatan yang lebih berkesan untuk menyembuhkan
atau mengawal penyakit. Sesungguhnya, sains dan teknologi memang
meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menigkatkan taraf kesihatan
manusia.
Seterusnya, kemajuan teknologi dan sains juga boleh
meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita. Penggunaan komputer
dalam proses pembelajaran dalam setiap sekolah merupakan salah
satu bukti bagi kemajuan teknologi. Penggunaan komputer dalam
kelas menjadikan proses pembelajaran sangat menarik dan membantu
murid-murid untuk memahami sesuatu topik dengan lebih jelas.
Contohnya, pembentangan yang dilakukan dengan komputer dapat
menarik perhatian lebih banyak pelajar kerana berwarna-warni.
Kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-
sekolah bestari yang menjadikan teknologi sebagai teras pendidikan
untuk meningkatkan mutu pendidikan. Selain itu, kemajuan dalam
teknologi juga membantu murid-murid untuk menyiapkan tugasan
yang diamanahkan oleh guru. Mereka boleh melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tentang tugasan mereka. Oleh itu, kemajuan
teknologi sangat membantu rakyat untuk meningkatkan mutu
pendidikan kita yang secara langsung akan meningkatkan taraf hidup
kita.
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, kemajuan sains dan teknologi banyak
meningkatkan taraf hidup rakyat di negara kita. Masa depan kita
bergantung pada kemajuan teknologi untuk menjalankan kehidupan
harian kita dengan lebih lancar. Oleh itu, kita tidak haruslah
ketinggalan untuk menguasai kemahiran sains dan teknologi kerana
bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Impian kita
untuk menrealisasikan wawasan 2020 boleh tertunai dengan bantuan
teknologi. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, kita haruslah berusaha untuk memajukan sains
dan teknologi dan menyokong segala usaha yang diambil oleh
kerajaan untuk memajukan teknologi untuk meningkatkan lagi taraf
hidup kita dan Negara kita bak kata peribahasa kalau tidak dipecahkan
ruyong, manakan dapat sagunya.

Anda mungkin juga menyukai